Dashboard
Refresh
New Post
Sign Out
Gallery Myspace Facebook Twitter Friendster

Wednesday, August 20, 2008

Fadhilat dan Faedah Solat


Posisi pertama: Berdiri lurus & kedua tangan di angkat ke atas.

Faedah: Badan rasa mudah menanggung berat badan kerana beratnya terletak sama rata kepada dua kaki. Belakang lurus membuatkan badan tidak bongkok. Fikiran dapat dikawal dan dikonsentrasikan. Pandangan mata ke tempat sujud.Otot ­otot atas dan bawah bahagian belakang terasa tenang dan rehat. Pusat otak yang atas dan bawah bersatu.

Posisi kedua: Berdiri betul serta membaca al-fatihah dan surah

Faedah: Menimbulkan konsentrasi minda.Merehatkan kaki serta bahagian belakang, menimbulkan rasa rendah diri, khusyuk dan tawaduk. Dalam bacaan , hampir semua bunyi dalam bahasa Arab dituturkan, menggerakkan dan menyelerakkan semua getaran dari sebutan 99 nama Allah dalam keadaan yang terkawal dan sempurna ke seluruh badan, fikiran dan jiwa. Getaran vokal panjang, a, i, u, merangsangkan hati, kelenjar gondok (thyroid), kelenjar 'pineal', 'pitunitary', kelenjar adrenal, dan paru-paru, membersih dan mempertingkatkan perjalanan semua anggota tubuh tersebut.

Posisi ketiga: Rukuk

Faedah: Merenggangkan otot-otot bahagian bawah belakang, paha dan betis. Darah dipam ke badan atas. Melembutkan otot-otot perut dan buah pinggang. Lama-kelamaan gaya ini akan mempertingkatkan lagi peribadi, menimbulkan kebaikan hati dan mengharmonikan batin.

Posisi keempat: Iktidal - Berdiri lurus selepas rukuk

Faedah: Darah yang baru bergerak masuk ke dalam semasa gaya rukuk kembah ke keadaan asalnya dengan membawa bahan tidak berguna iaitu sisa sisa tubuh. Badan mendapat balik kerehatan dan melepaskan ketegangan.

Posisi kelima: Sujud

Faedah: Lutut berbentuk sudut tepat. Membangunkan otot perut dan mengelakkan perut jadi buncit. Menambah aliran darah ke bahagian atas badan, khususnya bahagian kepala (termasuk mata, telinga dan hidung) dan paru-paru.'Mental toxin' minda dibersihkan oleh darah. Menyesuaikan dan mewajarkan kedudukan janin wanita yang hamil.Memperbetulkan kedudukan alat peranakan wanita. Mengurangkan tekanan darah tinggi, menambahkan keanjalan sendi-sendi. Menghapuskan egoisme dan keangkuhan. Meningkatkan kesabaran dan tawakal kepada Allah. Meninggikan maqam ruh dan menimbul­kan tenaga jiwa yang tinggi ke seluruh badan. Kedudukan sujud ini adalah pati ibadat solat.

Posisi keenam: Duduk di antara dua sujud

Faedah: Tumit kaki kanan melentur serta berat kaki dan sebahagian badan terletak diatasnya.Posisi Ini membantu mengeluarkan keracunan (toxin) dari hati jasmani dan menggerakkan tindakan otot pada usus besar. Wanita membiarkan kedua kaki mereka bertapak tegak ke atas, di bawah badan mereka.Posisi tubuh badan memberi­kan kerehatan yang selesa, dan gerakan ini membantu penghadaman dengan menekan kandungan-kandungan dalam perut ke bawah.

Posisi ketujuh: Sujud kedua

Faedah: Membersihkan pernafasan, peredaran darah dan nafas serta sistem urat saraf. Memberi keringanan pada badan dan kebahagiaan emosi. Pengoksidanan seluruh badan lebih sempurna. Sistem urat saraf jadi lebih seimbang.

Posisi kelapan: Bangun semula dari sujud.

Faedah: Darah kembali peredarannya ke tubuh atas.Posisi Ini membantu mengeluarkan keracunan (toxin) dari hati jasmani dan menggerakkan tindakan otot pada usus besar osisi tubuh badan memberi­kan kerehatan yang selesa, dan gerakan ini membantu penghadaman dengan menekan kandungan-kandungan dalam perut ke bawah.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
“Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”