Bismillah. Awat kekok semacam je nak taip guna keyboard ni. Sebab dah biasa taip guna telefon bimbit ke?! Hahahaha. Okay lah. Nak ucap selamat datang kepada diri sendiri dalam blog diri sendiri. Hello, eyka. Selamat kembali berblogging. *bow
Banyak benda nak catch up ni sebab 5 tahun ok tak update blog. Banyak main twitter je siapa suruh! Ish ish ish. Anyway, since dah berazam nak update blog at least satu post everyday, hopefully dapat lah habiskan update kisah kisah silam dan share recent timeline je. Hihi.
So sekarang plan nak bahagikan antara recent and memories. Recent tu untuk update perkembangan semasa manakala memories untuk kisah-kisah silam yang kita rasa patut simpan dalam blog tapi masa tu busy sangat sampai tak sempat nak update.
Untuk permulaan, wajarlah jika saya update tentang diri sendiri dulu kan? Nak update apa ye.
Tadaa. Ni antara gambar eyka yang paling latest. Siapakah jejaka dan gadis di pangkuanku itu? Gambar ni macam nampak kat airport je. Eyka nak pergi mana tu? Haa. Jangan tak tahu. Eyka sekarang bukan lagi single macam dulu tau. Dah ubah status dah jadi isteri dan mak budak tau! Sekejap je semua ni berlalu tetiba anak dah sorang. hew hew hew.
So itu lah antara update paling latest pasal diri sendiri. Tapi sebenarnya BANYAK lagi yang tak update tau. Cuma bagi sneak peak dulu la dekat blog ni. Kang terkejut pulak dia dah lama kena tinggal tetiba update banyak pasal suami dan anak je. Yela, dulu update pasal diri sendiri je kan. Sekarang kehidupan dah lain, makanya corak update pun kena lah berubah jugak. Tak gitu? Hehe
Till Then, Assalammualaikum.
3:30PM
No comments:
Post a Comment