Dashboard
Refresh
New Post
Sign Out
Gallery Myspace Facebook Twitter Friendster

Thursday, December 30, 2010

Maya Dan Penipuannya

Ini lah Maya.

Hai rakan-rakan! *kau rakan aku ke eyka? erk. Baiklah. Hai para hadirin! -,-" Percaya tak kalau saye cakap, dalam internet ni, semua benda kita tak boleh nak percaya? Maya (alam maya) memang suka menipu. Internet is full of lies and liars are the gamers. Is that so? Abis tu eyka ni liar lah ye? Apa yang eyka cakap semua tu lies ke? Eyka, apa ni? Tak baik menipu tau.


Tak tak. Ish korang ni, kan saye tanye tu PERCAYA TAK.. So jangan lah percaya. Haha. Bila tak percaya semua nya jadi tak betul. Bila tak betul, kita je lah yang betul. Bila kita yang betul mesti kita nak betulkan orang lain. Bila nak betulkan orang lain tak pasal-pasal kita yang jadi tak betul. Begitu eyka? Entah lah. =,="


Internet ni lah tempat untuk kita membina satu dunia untuk kita sendiri di mana orang lain tak boleh nak halang kita daripada melakukan sesuatu di dalam alam maya ni. Me-reka atau mewujudkan sesuatu yang tiada di dunia sebenar ataupun di alam realiti. (assumption je)


Tapi betul kan internet is just a fantasy? :O Created by a creative mind to rule the viewers. Manusia memang suka mengawal. Betul tak? Kalau tak suka mengawal, kenapa perlu kita mengawal mouse untuk tekan ke sesuatu link? dan kenapa kita mengawal keyboard untuk menekan sesuatu abjad? *ke situ pulak ko ye eyka. Rumit sungguh -,-

Maya dan Epal.

Oh, dan kenapa kita menaip kalau bukan untuk mengawal pemikiran orang supaya tenggelam dengan apa yang kita taip tu? It's all about controlling things. OMG OMG eyka! Kenapa rumit sangat ni? Fantasy tak fantasy, i like it very much. Internet is my life now. SO, just shut up boleh tak? Tak nak tahu pun pasal tu semua eyka, percayalah. Hehehe.


It's a fantasy. Sebenarnya apa yang anda nampak dalam internet tak semestinya sama dengan apa yang anda akan nampak di dunia sebenar. Dan apa yang anda baca juga sama. Tak semestinya betul. People can make up things so other people will believe them. Well, who cares? yang penting menarik tertarik gempakksss memang lah orang suke terpikat, itu je aiming nye sebenarnye.


Oh jap. Sebut pasal mengawal. Bukan internet je, tapi real life pun sama. Manusia memang dilahirkan untuk mengawal lah saye rase. Eh bukan. Kawal mengawal pengawalan ini memang sesuatu yang semulajadi. Kalau tak, tak hiduplah manusia ni. Sebab tak pandai mengawal kaki untuk berdiri, tangan untuk makan, mata untuk melihat dan sebagainya. Haha. Perangai yang tak baik taknak pulak kawal =,="


Apepun, makin hari makin maju teknologi makin macam-macam perangai dan trend pelik kita akan jumpa. Sekarang ni trend semua orang nak letak macam-macam teknologi dalam badan supaya kulit tak berkedut. Hmm. Mungkin orang sekarang susah nak terima diri dah tua kot. Tua kan tak market. Lagi-lagi perempuan. Ye ke.. =,="


P/S : Baca baca baca, tapi jangan terus percaya. Bahaya! :O


SEKIAN, 5.14pm. Pictures by : Phixo.

Wednesday, December 29, 2010

Malaysia Boleh!

Update! 1.30a.m P/S/S kat pengakhiran entri ini!
Masa awal-awal perlawanan.

Seronok tengok warga Malaysia berpatriotik kat facebook pasal kemenangan ni. (Piala Suzuki AFF 2010) Nak menitis air mate pun ade. Sebab bahagia sangat. Bahagia tengok orang kite bahagia. Hehe :') *emosi*


Kalau korang nak tahu, since petang tadi saya like fanpage Persatuan Bola Sepak Malaysia. Kat situ ramai betul warga asing iaitu orang Indonesia duk like-like page tu sampai memberi komen yang tidak membina. (tapi membina jugak dalam diam) :P


Seronok layan diorang yang tak habis-habis nak kutuk Malaysia. Layan je lah. Diorang memang macam tu kan. Rase lawak pun ade sebenarnye. Bile kite menang, mule nak cakap macam-macam. Kan senang kalau terime je kekalahan tu kan. Hesh. =,="

Masa pertengahan dan akhir perlawanan.

Dan buat kali kedua saye menonton perlawanan bola dari awal sampai akhir. Rase macam WOW! Semangat tau siap update status bertubi-tubi cerita pasal match tu. :P Dan seronok tengok orang update status semua duk bangga jadi anak Malaysia. Macam tu lah best kan? :)


Harap-harap sangat semangat patriotik orang kite kekal sampai bile-bile (bukan time bola ni je). Aminn. :) Dan tahniah kepade pemain-pemain Malaysia. Anda memang terbaik! dan comel dan hensem dan kacak dan macho dan gagah, serta segak lagi bergaya! Teruskan perjuangan ye! :D

Kata-kata penutup. Haha :P

P/S: I love you Malaysia dan Malaysian! :'D

P/S/S : Ok. Baru tahu keeper Malaysia sedang bercinta sekarang ni & kekasih dia merupakan seorang blogger! Muehehe. *terase segan pulak dok puji BF die kat status atas tu:P* Btw, BF akak sangat gagah, dan tabah! Haha. :D :D Semoge akak dan dia berkekalan sampai ke akhir hayat. Aminn :)


SEKIAN, 10.26pm

Monday, December 27, 2010

Bila Putus Cinta II

Nak dicapai berterbangan.

Salah satu perkara yang paling menyedihkan manusia adalah putus cinta, ataupun brokenhearted. Yaa, perkara itu memang amat menyedihkan. Dunia yang dulunya indah permai ditemani pohon pohon yang merimbun kini bagaikan padang jarang padang tekukur di hati kita.


Siapa suka kalau putus cinta, ye dak? Walau sekuat mana pun anda (macam saya perasannya), still akan rasa sedih kalau satu hari nanti tiba-tiba je status saya bertukar menjadi single kembali. Saat itu mungkin saya akan memarahi diri sendiri ataupun si dia yang dulu pernah bertakhta di hatiku. Wawawa.


Marah sebab apa? Sebab dah membazirkan masa dan keringat dan duit dan segalanya kat atas orang yang bukan The Right one. Rasa macam Ish, bazir masa aku je! Nak-nak orang yang time bercinta tu selalu buat maksiat kan, memang menyesal tak ingat dunia lah agaknye bile dah putus cinta tu kan kan. Kui kui kui.


Tapi nak buat macam mana. Perkara putus cinta, tak kisah lah anda yang memutuskan atau diputuskan, tetap akan terjadi kat sesebuah perhubungan tu. Orang berkahwin pun boleh bercerai, apetah lagi orang yang tengah bercinta tu kan?

Put some plasters to your broken heart.

Persoalannya, macam mana nak handle diri sendiri bila dah putus cinta? Ada orang memang menggila lah bertindak kan, tak dapat terima hakikat punya orang. Sedih, marah, geram, menyampah, menyesal semua bercampur-baur. Nak nak orang tu memang orang yang kita sayang separuh nyawa kat dia kan.


Siapa tak gila, bila separuh nyawa tiba-tiba hilang macam tu je? Itu baru putus cinta, belum yang putus cinta sebab dia memang dah tiada. Itu saya rasa memang lagi sangat depresi habis lah. Memang susah orang nak terima kenyataan. Silap-silap boleh bunuh diri. Mula lah nak salahkan takdir sebab tak adil la apa la, ish ish.


Ye lah, tengah syok-syok bercinta perasaan masih berbunga-bunga tiba-tiba je dapat berita orang yang kita sayang tu meninggal dunia. Dunia bagaikan roboh seketika. Rasa macam nak cabut nyawa diri sendiri je kan? Tapi itulah dugaan. Nak buat macam mana, orang dah tiada.


Kalau saya di tempat orang yang kehilangan orang yang disayangi sebab dah sampai ajal tu pun saya tak pasti saya boleh terima kenyataan ke tidak. Walaupun saya dapat tahan perasaan sayang, which is sayang tak banyak sangat, tapi still saya rasa macam... speechless.

Macam taknak hidup pun ade.

Lagi-lagi bila time tu kita tengah bergaduh dengan dia kan. Bergaduh sebab kita keras kepala ke apa. Time tu kita berharap agar diri kita mati, tapi kita lupa yang bukan kita seorang je yang hidup. Maknanya, kita harap kita mati supaya dia rasa menyesal, tapi kalau dia yang mati macam mana pula kan?


Memang boleh gila lah jawabnya. Hohoho. Perkara putus cinta ni bukan perkara main-main sebenarnya. Benda ni serius sebab melibatkan perasaan orang. Kadang-kadang kita sendiri tak tahu apa yang perlu dilakukan. Kalau kawan baru putus cinta, saya sendiri terkedu tak tahu nak bagi nasihat apa dan macam mana.


Nak suruh bertenang dan bersabar serta bercakap kumbang bukan seekor bunga bukan sekuntum tu pun rasa serba salah. Yelah, it's easier said than done. Senang je kite nak cakap, tapi sebenarnye susah nak melaksanakannya. So ape yang mampu kita lakukan hanyalah mendengar dan mendengar. Itu je yang termampu sebenarnya.


Situasi akan menjadi sukar bila yang memutuskan perhubungan tu adalah dia, bukan dengan kehendak kita. Rasa macam diperbodoh-bodohkan. Rasa macam nak soal takdir. Mesti akan terfikir di mana silapnya kita, di mana salahnya kita sampai dia sanggup nak putuskan hubungan macam tu je. Ape kau ingat aku ni apa? (tipikal)

Berapa banyak hati kita bahagikan supaya menjadi satu?

Selalunya orang yang kene dump ni memang sukar nak terima hakikat berbanding orang yang menge-dump. Sebab orang yang men-dumping tu memang dah bersedia untuk menge-dump orang padahal orang yang didump tu tak rasa pun macam nak menge-dump pasangan mereka. Sebab tu rasa macam clueless. Tiba-tiba je.


Banyak alasan untuk menge-dump orang ni sebenarnya. Alasan tu boleh direka, tapi apa yang pasti anda kena terima dan tak perlu cepat melatah. Yakinlah bahawa Allah itu Maha adil dan maha mengetahui. Jangan bertindak terburu-buru mengikut perasaan. Ada orang tu bila kena dump terus rasa nak bunuh orang. Memang naya la macam tu.


Jadi, apa yang mampu kita lakukan? Tarik nafas panjang-panjang lepas mendapat berita bahawa kita telah menjadi single. Menjadi single itu bukan satu perkara yang buruk pun sebenarnya. Tunggu je orang masuk meminang, senang cerita. Tak yah bercinta, takyah putus cinta terus kahwin je, kan senang. Senangnye kalau macam tu kan!

No more time for you, love.

Tak perlu tahu kenapa dia memutuskan perhubungan. Kalau tahu, mungkin kita lagi bertambah sedih. So, just go on with the flow~ Haha. Mane boleh tak tahu, eyka. Entah-entah aku dianiaya. Dia putuskan sebab orang lain reka cerita. Okay. Mungkin macam tu.


Tapi, kalau orang lain reka cerita dan pasangan anda itu terus mintak putus, dia memang bukan pasangan yang baik. Yelah, senang percaya kata orang lain daripada kata kita sendiri, memang teruk lah kan. Tu baru bercinta, memang patut pun putus awal-awal. Nanti dah further lebih jauh nak kahwin dah baru macam tu, lagi teruk agaknya kan?


Lupakan dia. Jangan paksa diri anda untuk melupakan dia, tapi biar kelupaan itu datang dengan sendiri. Sibukkan diri sendiri dengan aktiviti yang dekat dengan alam semulajadi. Sibukkan diri dengan pembelajaran. Takpun, sibukkan diri mengabdikan diri dengan Tuhan. Itu yang lebih baik. Hati kompom tenang lepas tu. Ngeh ngeh ngeh :P


Lebih senang, takyah membenci orang tu. Kalau kite benci, lagi kite akan ingat secara tiba-tiba. So, jangan ada benci jangan ada rasa apa-apa pun. Kosong. Ya, itu lebih senang. Kosong. Buat tak tahu je dah la kan. Wawawa.

Bercinta dengan buku lebih indah rasanya.

Persoalannya, kenapa agaknya orang yang dulu sayang kita tu tiba-tiba je boleh nak putuskan hubungan macam tu je? Tu sebenarnye bukan persoalan. Dah Allah nak tarik perasaan dia tu, nak buat macam mana. Atau mungkin sebab hormon seperti yang dikatakan Mr K, telah kehabisan. Sebab tu lah kot?


Atau mungkin sebab time bercinta tu kita dah membazirkan hormon tersebut, lalu tak sengaja mengeluarkannya secara banyak, dan mungkin untuk mengneutralisekan kembali hormon tersebut, kita mengeluarkan hormon membenci pulak kan, who knows? (ini saya sendiri pandai-pandai assume, jangan percaya)


Apapun sebab musababnya putus cinta ni, saya boleh simpulkan satu je konklusi untuk mengelakkan putus cinta ni iaitu, jangan bercinta. Haha. Bagi saya, bercinta itu sesuatu yang sangat indah, tapi rumit dan payah dan memenatkan. So, jangan terlalu fokus untuk bercinta.


Tapi fokuslah untuk mencintai yang Maha Esa tu kan, itu lebih bermakna dan berbaloi-baloi sebenarnya. Cinta kat manusia ni tak kekal lama pun. Nikmat bercinta yang diperoleh tu pun tak sebanyak bila kita bercinta dengan Dia yang satu.


P/S: Nak bercinta tu boleh, cuma kenalah pandai kawal, ye adik adik :P


SEKIAN, 5.38pm. Pictures by : Jearvi.

Avenged Sevenfold

Band kegemaran saya di masa lampau, dan kini.

Dah lama rasanye saye tak tulis apape pasal Avenged Sevenfold ni. Dulu rajin betul kan saye update lirik lagu die la post video die la ape la dalam blog ni (siape ikut perkembangan blog saye dari dulu mesti tahu kan:P). Dulu memang gile band ni rasenye.


Tu dulu, zaman sekolah. Sekarang? Sekarang dah jarang dengar lagu diorang dah. So, baru tadi teringin pulak nak dengar balik lagu-lagu diorang ni. Lepas tu terase macam terfall in love balik la pulak. Kih Kih. Serta-merta saye letak balik lagu-lagu diorang dalam blog ni. (nanti tukar balik,ikut mood)


Bagi yang tak biasa tu mesti rase lagu ni bising bingit dan memekak. Kalau kamu rase macam tu, better stopkan je music player kat tepi tu. Hehe. Saye letak lagu-lagu ni sebab teringat balik memori-memori dulu-dulu time saye tengah dok melayan lagu-lagu cam gini. :P


Sekarang Avenged Sevenfold dah ade drummer baru (rasenye). Since The Rev R.I.P last year. 28th December ni genap la setahun die meninggalkan dunie ini. ho ho ho. Since die meninggal, diorang lebih membawa lagu ke arah yang tak heavy sangat macam dulu.


Dulu last album yang saye follow adelah album bertajuk 'Avenged Sevenfold'. Dalam tu lagu-lagu boleh tahan la jugak. Lepas album tu keluar album baru Live in the Lbc & Diamonds in the Rough. dan paling latest album Nightmare.


Lagu-lagu kat album Nightmare banyak yang cerita pasal kehilangan The Rev dalam kumpulan diorang. Huhuhu. Cop! Cop! Ape kene la saye cite pasal band ni malam-malam gini kan? keke. Entah lah. Tibe-tibe terbace posting yang ini, tu yang ter-rindu tibe-tibe tu.


Lagipun saye memang suke lagu diorang ni dari dulu sampai sekarang. Cume sekarang jarang dengar sebab bile nak dengar lagu lagu macam ni je otak saye jadi berat, lepas tu pening. Mungkin petanda saye dah lanjut usia kot. Haha. Lanjut la sangat kan padahal baru 18 tahun. Kui kui :P


Oh ye! Actually post yang sebelum ni 'Bila Putus Cinta' tu saye dah lame dah karang, cume tinggalkan dalam draft je. Baru haritu TERpublish. :P Lepas post tu ingat nak post sambungan post tersebut: Bila Putus Cinta II, tapi macam... esok esok je la saye post! Ni saje nak menyelit pasal A7X kat sini. Haha Jangan mare :P


P/S: Sekarang saye cuti sem selame seminggu! hurrey! :D


SEKIAN, 2.38am

Saturday, December 25, 2010

Bila Putus Cinta

Macam mana lah agaknya kan? :O

Ehem. Salah satu perkara yang menyedihkan bagi pasangan bercinta adalah mati pucuk putus cinta. Yaa, putus cinta itu lah yang paling ramai orang nak elak tapi tetap tak dapat dielakkan kerana:


Pergaduhan yang berpanjangan.
Tak tahan dengan karenah pasangan.
Sentiasa nak menang.
Tidak berkesefahamanan.
Pudarnya rasa sayang.
Jumpa orang yang lebih baik.


Dan sebagainya. Senang cerita, tiada jodoh. Orang kata kalau kita biarkan orang tu pergi dan tiba-tiba orang tu datang balik bermakna memang dia jodoh kita. Tapi macam mana kalau dia jodoh kita pada mulanya tapi kita sengaja biarkan dia pergi kerana terpengaruh dengan kata-kata orang tadi + tidak mahu berusaha, akhiranya kita yang mendapat rugi. kannn? :O


Mungkin sebab kekasih kita itu cantik atau handsome atau baik atau bijak atau kaya. Bagi saya, bercinta ni memang satu perkara yang payah dan penat. Nak-nak yang hari-hari gaduh tak ingat dunia. Macam singa dengan buaya merebutkan kambing yang sedang berenang. Masing-masing tak nak mengalah. Nak menang je kerja memang payah lah kan.


Baiklah. Saya rasa, walau sekuat mana pun kamu (perempuan), bila putus cinta mesti kamu akan rasa sedih, down, kecewa, menangis dan sebagainya especially bila bukan anda yang ingin memutuskan, tapi si dia yang anda sayang gila nak mati tu yang membuat keputusan sedemikian. Silap-silap boleh jadi seorang yang murung dan depresi yang amat teruk.

Sekarang semuanya musnah.

Walaupun kita takde lah sayang bebenar dengan kekasih kite tu, tapi tetap dah namanya putus cinta, kita mesti akan rasa sedih walau sedikit. Bagi orang yang dah biasa putus cinta ni memang tak terasa sangat la saat-saat perit bila putus cinta tu kan, sebab dah biasa. Dah immune. Dah lali. Dah macam, ah lantak kau lah laki tak____ (isi sendiri)!


Tapi, bagi orang yang jarang bercinta, yang susah nak bercinta, yang kalau bercinta memang itu je lah yang dia sayang dia pandang dia suka dia seronok bersama, lepas tu tiba-tiba TERputus cinta, memang nak menggila la kan jadinya. Memang down gile rase macam nak korek kubur sendiri. Itu memang tahap extreme to the max punye depresi la kan.


Tapi nak buat macam mana, terima je lah walaupun sukar. Takkan kite nak pakse orang yang tak sudi kot? Jatuh lah maruah kita kan? Tidak eyka, bagi saya cinta segalanya. Maruah kedua, cinta pertama! Ceit. Maruah itu mencerminkan kualiti pasangan yang akan kita dapat satu hari nanti sebenarnye tahu! :O (Pandai-pandai je eyka ni, wawawawa)


Okehlah, saya tak tahu bila saya akan merasai putus cinta ni (mintak dijauhkan) tapi kalau dah takde jodoh, mungkin dia yang sekarang ni bukan dia di masa hadapan. So saya berfikir-fikir dan berangan-angan jugak ape la agaknye yang akan saye rase dan lakukan bile saye putus cinta nanti kan?

Nak gunting tak sampai hati.

1. Sedih dan sepi.

Yelah, sebab setiap hari, hari-hari akan berinteraksi dengan mamat tu kan tak kisah lah dalam phone ke, internet ke, surat layang ke atau berjumpa, at least still kita MESTI akan sekali berinteraksi dengan dia. Bayangkan tiba-tiba putus, terus tak contact. Memang sepi je la phone kita kan. Bile sepi, autometik akan terngiang-ngiang balik memori bile kite eksaited terima mesej/call daripada dia sebelum putus dulu. Autometik kita akan sedih dan sepi.


2. Geram dan benci.

Geram sebab dah banyak masa/duit kita belanjakan untuk dia. Time ni baru lah nak rasa menyesal apa semua padahal dalam hati still sedih tak terhingga. Rasa sangat benci, kalau boleh nak je bunuh lelaki yang tak guna tu tapi apakan daya, takkan nak jadi pembunuh pulak kan? Benci pulak boleh jadi dua, benci pasangan atau benci diri sendiri sebab tak pandai bercinta dengan baik. (HAHA)


3. Menangis dan membazirkan air mata.

Ye kot. Walaupun saye ni jenis yang keras kepala ke ego menggunung semua tu tapi saya tetap suke menangis! HAHA. Mencuci mata itu satu tindakan yang tidak dapat dielakkan oleh perempuan. Lagipun, tu je lah jalan paling mudah. Lepaskan semuanya. Well, Perempuan kan sensitif. Dah sensitif, emosi memang sangat mendalam lah kan. Padahal boleh je relax dan buat macam takde ape-ape berlaku. Boleh, tapi susah. It's easier said than done.

Talk to the hand when the hand got message.

4. Pandang ke depan.

Bile dah puas menangis, mungkin saya akan penat dan malas dah nak menangis. Lepas tu macam dah tak kisah. Macam dah mati perasaan je dekat lelaki yang putuskan hubungan tu kan. Rasa macam, ahh lantak hangg la! Lepas tu terus macam takde ape-ape berlaku. Dalam memori ni terus macam dah kena format, hilang pulak memori masa tengah bercinta dulu. Macam, tiba-tiba folder missing! Haha, dahsyat betul.


5. Cuba berkawan dengan dia.

Ya, dah putus tak semestinya tak boleh berkawan kan? Sebenarnye memang tak boleh pun. HAHA. Sebab rasa macam janggal. Nanti bile kite berkawan kang tak pasal-pasal still anggap kite masih in relationship dengan dia, so secara tiba-tiba kita akan menjadi seorang yang depressi balik semula dan start menangis sebab tak boleh terima hakikat rupanya kawan kita tu sebenarnya orang yang pernah kita sayang dulu, tapi dah putus tapi tak biasa so terlayan lebih terjadilah babak-babak emosi yang meruntun jiwa lagi sekali seperti menyalahkan diri sendiri.


6. Cari je orang lain.

Kawan dengan orang lain ni mungkin adelah salah satu cara yang paling mudah nak lupekan kekasih hati kite yang baru putuskan hubungan murni kite tu. Tapi jangan lah pulak cari orang secara rushing atau secara terburu-buru atas niat ingin melupakan orang yang dah pergi tu. Niat nak berkawan kene ikhlas, baru lah berpanjangan kan kan. (ececeh :P)


Apape pun situasi nye, kite kene lah tabah ye adik-adik. Tabah macam mane tu eyka? Tabah dalam erti kata, percaya bahawa memang die bukan untuk anda pun. Mungkin die tak cukup baik untuk anda, atau anda sendiri yang tak cukup baik untuk die kan (pulakk!) haha. Everything happens for a reason. And the reason is mystery. Bukan misteri nusantara dah, tapi misteri hantu kak limah balik kampung. Kekekeke :P (okay tak lawak)


P/S: Kalau putus cinta je mesti orang menangis kan. Kenape ye? :O


SEKIAN, 1.38am. Pictures by : Flickr.

Sunday, December 19, 2010

Dear Myself

Photo by : Svenmarck.

I read a blog just now. and i was like wow, amazing! yeah, it's so amazing. what so amazing? well, the blog and the owner. and the layout. and everything about THAT particular blog i'm walking in to coincidentally.


the writer wrote in English. simple English yet it is so interesting where i didn't notice that i was actually turn to some of the older posts posted by this particular writer. It's like you click the button without realizing that you're clicking the button.


i really admire that kind of blogger. humble and talented. talented yet not exposed. and i really liked it if i can accidentally jumped into that kind of blog more often, where i find it is kind of rare for it to happen. i used to think of having a blog like that before.


simple blog without too much colors as attraction, without songs and other stuff on the widgets, but is filled with just words of expression as postings. without care for the followers without care of anything else but yourself. where you can write what you actually feels to write.


write not for others to read, but write just to share your thoughts, your day, your experiences in your own words. it's like writing for yourself and never bother for others to read your words. it's kind of writing your storyline in a very simple way.

Fly with the words.

ah! i lost words to describe what i actually wanted to convey in the beginning. Never mind eyka, just move on with your life! and to that particular writer, you're amazing! and i know that you don't know that i am actually talking about you! :)


Well, everyone has their own style of writing. as for me, i changed depends on time and situation. sometimes i prefer that way and the other time i prefer the other way. it's like changing together with your hormones.


it feels like there are two souls in my body. and i don't know which one is the true one. this one or the other one? how i wish i can invent things that can help me answering every single questions that always running trough my mind. *Sigh Sengih ;P


Starting from now i will create a section, maybe once per week or once per month or depends with my mood where it is a section for me talking to myself, similarly like this one. English or malay let the time decides. or maybe i'll post in some other languages, with the help of any free online translator! tehe :P


P/S: i remember that; last time i also have this kind of monolog dalaman section in my blog. hehe :D


END, 2.55pm.

Saturday, December 18, 2010

Kajian Psychology

Siape pernah dengar pasal Stanford Prison? :)

Pertame kali saye dengar adelah mase kelas psychology last 2 weeks, tak silap. First time dengar dan tahu peristiwe Stanford Prison tu. Nak tahu ape peristiwe nye? Menarik bagi saye sebab..

Stanford Prison tu bukanlah sebuah penjare yang sebenar. Tapi adelah sebuah makmal kajian untuk student psychology ni mengkaji keadaan manusia bila berada di dalam penjara.

Mula-mula, para pengkaji diketuai oleh Philip Zimbardo membuat iklan dalam surat khabar. Siapa nak jadi banduan boleh datang pergi temu duga. Ramai yang datang temuduga tu tau. Sebanyak 75 orang kot datang interview nak jadi banduan.

(Semue lelaki je yang dipanggil. Sebab ape? Mungkin, sebab perempuan ni kan leceh. HAHA. :P)

Iklan dalam surat khabar.

Dalam 75 tu, hanye sebanyak 24 orang je yang berjaye menjadi bahan kajian diorang ni. Cara diorang panggil orang yang layak tu adelah dengan membuat macam kejadian sebenar. Polis datang ke rumah mereka dan tangkap mereka macam mereka ni memang penjenayah la kan.

Lepas tu diorang di bawa ke sebuah penjara... yang sebenarnya merupakan faculty university Stanford tu je. Tapi diorang yang dibawa tu semua tak tahu yang itu hanyelah faculty sebab semuenye dah diubah menjadi macam penjara yang sebenar.

Mase kat situ, semua banduan tu tadi ditukarkan baju macam baju kat penjara tuuu yang gaun putih tu. Semue kepale dibotakkan dan semuenye dilabel dengan nombor. Labelling mereka dengan nombor adalah untuk menghilangkan identiti mereka.

Lepas tu, mereka akan menge-toss coins untuk membahagikan siape jadi banduan dan siape jadi guard. Kire, ade la yang jadi guard dan ade jugak yang jadi prisoner. Macam main-main pulak kan? macam cute pun ade. Banduan akan diikat dengan rantai yang kat kaki tu. Yang ade bende berat bulat besar warne hitam tu.

Antare gambar-gambar yang dijumpai.

Para pak guards pulak akan diberi semue keperluan untuk meng-guard para banduan tadi. Mereka di beri pemukul tu yang macam kayu besbal tuuu dan juge cermin mate hitam (kot) untuk mengelakkan eye contact antare mereka.

Mase hari pertama penjara tu bermule, banduan-banduan tu still ok lagi. Start 2nd day, diorang start buat riot. Diorang memberontak nak keluar daripade penjare. Guard guard tu pulak terpakse gunekan kekerasan. Sebab diorang ade kuase.

Diorang asingkan orang yang memberontak tu dalam privilege cell, iaitu cell yang muat muat je untuk satu badan. Lepas tu kat sebelah cell tu, kawan-kawan diorang (banduan yang baik) akan diberi makan makanan yang baik baik, dilayan baik-baik.

Perkare ini secara psychologynye akan membuatkan banduan yang dalam cell persendirian tu rase jeles. Tak lama lepas tu, mereka bertukar pulak. Yang baik tu pulak masuk dalam cell sendirian tu. Ish ish. Kire memang kene tortured la kan.

Macam ni kot penjare nye. (bukan privilege)

Then hari ketige (kot), guard-guard ni dapat berite yang para banduan tu cube nak larikan diri. Then guard guard ni macam terpaksa panggil polis kot untuk nak tangkap banduan yang nak lari tu. Tapi rupe-rupenye itu hanyelah khabar angin je. Mane ade banduan nak larikan diri.

Jadinye, para guards merasa sangat penat dan marah. Lalu diorang mula mengganas. Diorang seksa betul-betul banduan-banduan tu. Again, sebab diorang ade kuase sebagai seorang penjaga banduan. Diorang start pukul dan tendang dan seksa banduan-banduan tu.

Mule-mule rancang nak buat selame 2 minggu, tapi oleh sebab keadaan jadi makin tak terkawal, so diorang tamatkan research tu dalam masa 6 hari je. Mase diberitahu yang kajian tu tamat hari ke-6, para guard guard semue rase sedih sebab terpakse tinggalkan role sebagai guard.

Ye lah, dah jadi guard ade kuase siape tak sedih bile kene tinggalkan role tu kan? Keputusannye, ade banduan yang gile dan mengambil mase 2 bulan kot untuk pulih. Dan banyak lagi la. Sebab tekanan bile berade dalam penjare. So, ape yang boleh dikonklusikan dalam cerita di atas ni ye? :)

One of the guards.

Setiap orang secara psychologynye akan bertindak mengikut role masing-masing. People act based on their roles. Macam kisah tadi, secara autometiknye orang orang yang jadi guard yang sebelum ini hanye orang biase je same macam banduan tu tibe-tibe bertindak violence sebagai seorang guard.

Orang yang jadi banduan tu pulak secara autometik akan bertindak mengikut kata-kata guard. Sebab ape? Sebab diorang tahu diorang banduan (walaupun sebenarnye tidak) tapi secara psychologynye memang begitu. Macam kite lah, role sebagai anak, secare autometiknye bertindak sebagai anak kan? :)

Dan role sebagai student, bertindak sebagai student. Yang pergi kelas dengar lecturer memberi lecture. Sebab ape kite dengar lecturan lecturer kite tu? Sebab role kite sebagai student memang untuk mendengar lecturan lecturer kite tu la. hehe :)

Menarik tak kisah Stanford Prison tu? Menarik kan! Haha. Menarik sebab diorang buat kajian based on orang yang real dan tempat jadi tempat yang real dan result pun real (tapi tak sereal keadaan sebenar). Dan membuatkan saye rase macam tertarik je untuk belajar psychology dengan lebih mendalam. Haha. :D

Oh btw, sem ni subject semua macam tough-tough oo. Banyak keje pulak tu. Ish, harap-harap boleh la carry subject-subject sem ni kan kan. Dah sebulan rasenye, tapi rase macam masih diawang-awangan. Tak patut betul. Ish, ish. Kene start rajin dah sekarang ni! Harap-harap boleh score. Aminnn. :)


P/S: Teringin jugak nak buat kajian diri sendiri bila kene kurung selame sebulan ape tah yang akan terjadi agaknye kan. Kekekeke :P


Pictures by: Google Image and Flickr.
SEKIAN
, 1.38am.

Friday, December 17, 2010

Taip sekadar ingin menaip

Perempuan memang selalu emo.

YA, perempuan sangat emo sebenarnya. Sampai kadang-kadang emo tak kena tempat dan masa. All the time rasa macam nak maki hamun je orang. Nak cekik je orang yang kite nampak kat tepi jalan tu. TAK. Bukan saya yang saya maksudkan. Gila nak cekik orang tepi jalan. Tak berani nyah, lain lah kalau saya betul betul nyah.


Nampak lembut, tapi tetap tak lembut lembut. Sekali pihak berkuasa datang nak tangkap, ZUUPP lari macam tak ingat dah diri sebenarnya dah transform jadi perempuan. Keh keh. OPSS, ni bukan cerita pasal mak nyah. Jangan tak tahu ye golongan mak nyah sekarang ni sangat sangat sangat (err, takde lah SANGAT sangat) cuma, sangat mudah ditemui.


Kalau dulu, masa saya kecik-kecik, sangat sangat sangat dan sangat sukar nak nampak golongan mak nyah ni. Tapi sekarang, amat mudah. Tapi tak lah mudah sangat, kadang-kadang tu sukar jugak nak bezakan yang tulen ataupun tidak. AUW AUW. APA? eyka pun sudah pandai mengusha perempuan? EYKA! Perempuan dicipta untuk lelaki. Awak jangan lari daripada yang asal eyka nanti awak sesat!


ERR. Saya tak tahu mana datangnya kata-kata di atas tadi. Tapi tiba-tiba tertaip sendiri. Mungkin, ada bisikan asmara di sebelah telinga? :O Okay, kita abaikan. Ini bukan entry nyah atau apa. Langsung tiada kene mengena tapi eyka kenapa tiba-tiba je termasuk sekali part nyah tu eyka? TELL ME! Jangan salahkan saya, sebab ianya. Macam, tiba tiba dah ada. Lalala~

It's not my fault.

Di mana kita tadi? Oh ya, di kisah perempuan yang emosi. Saya pun perempuan. Dan saya amat emosi. Bila time-time saya emo, saya amat garang jadinya. Bukan. Saya memang garang orangnya. So, bila time emo saya jadi bertambah-tambah garang. SENYUM? Jangan harap saya nak sedekah. Dah garang, kedekut pulak tu. Padanlah orang cakap sombong.


Hambui. Sombong tu apa sebenarnya? Tak suka dekat lelaki yang suka cakap orang sombong sebab tak layan diorang. Gigit kepala tahu lah! Bukan gigitan cinta, tapi gigitan puaka. Haha. Tak. Segarang-garang saya pun, saya tak pernah gigit orang. Baiklah, mungkin kecik-kecik dulu pernah. Saya gigit tangan abang saya ke kakak saya. Sebab time tu saye tengah emo. SEE SEE saya memang garang. Dari kecil lagi dah garang. Besar apatah lagi kan?


Muahaha. Kejap. Apa kaitan entry ni dengan kegarangan kau eyka? Kau garang ke tak, ada aku kesah? Ye ye tak kisah. Tapi entah. Rasa macam gatal-gatal nak menaip. Korang pernah tak rasa macam tu? Rasa macam tangan tak boleh stop menaip padahal takde apa yang nak ditaipkan. Itulah fungsinya blog ini kepada saya sebenarnya. Untuk melayan segala kegatalan di tangan. Ngeh ngeh.


Mula-mula nak cerita pasal perempuan yang emosi, sekarang dah masuk cerita apa dah. Daripada nak cekik orang, maknyah, garang, gigit orang, sombong, gatal tangan, lagi apa lagi? EYKA. AWAK MEMANG PERLUKAN KERANGKA KARANGAN SEBELUM MEMULAKAN SESUATU KARANGAN! Jika tidak, ini lah hasilnya. Taip sekadar ingin menaip. Tanpa isi-isi yang memberangsangkan. Tengok-tengok je dah 6-7 perenggan.

Juggling with things together.

Eyka, awak sebenarnya telah banyak membazirkan masa awak dan juga masa-masa pembaca yang lain. Mereka membaca inginkan sesuatu yang interesting, bukannya membaca apa yang awak ingin taip tapi sebenarnya nothing. YEAH, NOTHING sebenarnya. Takpelah, saya bahagia taip macam ni. Dan kemudian publish. Dan kemudian taip lagi berulang-ulang. Seronok rasanya. Heh heh.


Apa salahnya menjadi sombong kan? Perempuan sebenarnya digalakkan menjadi sombong kepada golongan yang bertentangan jantina. Baru nampak macam perempuan, yang susah nak didekati. Dan itu sangat menarik sebenarnya. Baru lelaki rasa adventure nak dekat dengan mereka. Tapi janganlah TERLAMPAU sombong. Itu pun payah sebenarnye. Kui kui. Akan tetapi, perempuan yang sombong dengan orang yang sama jantina adalah sangat harus dielakkan.


Sebab apa? Sebab.. banyak sebabnya sebenarnya. Dan saya malas nak sambung penaipan. hehe. Biasa lah tu mood ade dan tiade secare tibe-tibe bile menaip. Kira saya memang normal la kan. EH, ke tak normal? :O Entah lah. Malas nak fikirkan kenormalan pada masa ini. Haha. Apape pun terima kasih sudi membace ye. Ok lah, jumpa lagi! :B


Pengumuman: Baiklah kawan-kawan, saya akan benarkan kentut kurap, yang kini bertukar menjadi nota tambahan dekat sesetengah entry yang saya rasa saya nak je. Yang lain lain banyak merapu meraban rasa macam tak perlu komen lah kan? Keh keh keh. Yang ini pun same. Merepek je eyka ni haish =,="


P/S : Entry ni dah lama di tulis, cuma baru dipublish. :P

Pictures by: Flickr.com
SEKIAN, 5.28pm.

Sunday, December 12, 2010

9 Jenis orang yang tidak disukai

Sentiasa salahkan pihak ketiga!

Sepanjang kehidupan ni, banyak jugak lah saye dengar komplen-komplen kehidupan (secara nyata ataupun tidak) tentang orang-orang yang kebanyakannye orang tak berkenan, iaitu tak berapa nak suka. Antaranya:

1. Orang yang belagak.

Orang belagak ni macam, die suke cerita pasal ke-lucky-an diri sendiri sama ada dilahirkan kaya, cantik, handsome, pandai dan sebagainya. Siape je suke orang belagak? Kadang-kadang rasa macam nak hentam je orang macam tu kan. Tapi, tak boleh jugak sebab selalunye orang tu tak sedar pun diri die belagak.

Anda belagak jika anda suka cerita tentang nikmat-nikmat yang diberikan tanpa melahirkan rase kesyukuran dengan niat untuk membangga dan biar orang pandang anda macam wow die tu kaye gile wa cakap lu! <-- lebih kurang macam tu lah.

Tapi kebanyakkannye orang yang memang betul cantik, kaya, handsome dan pandai (YANG BETUL BETUL) Selalu tak belagak. orang yang TAK BERAPA nak cantik, kaya, handsome dan pandai tu pulak yang selalu melebih-lebih.


2. Orang yang tak committed.

Committed dengan tanggungjawab yang dipikul. Sebagai contoh, teamwork. Teamwork dalam group discussion, presentation ataupun lain-lain. Teamwork dalam sukan pon boleh. Selalu bile sampai tarikh presentation, discussion, ataupun lain-lain tu tiba, orang yang tak committed ni selalu tak datang ataupun lewat dengan pelbagai alasan.

Nenek meninggal, demam panas, penat sangat sampai tak terbangun dan sebagainya. Alasan je yang diberikan. Kata maaf jangan sekali. Sebab apa? Sebab alasan itu disengajakan. Kalau memang betul tak sengaja, secara autometiknya kita akan rasa samgat serba salah dan meminta maaf kan?

Tapi orang yang jenis yang tak committed dengan kerja ni selalu menyusahkan orang dengan memberi alasan, lepas tu buat macam takde apape berlaku. Muka pun nak kerek je sama ada nak tarik simpati atau ingin memberi message 'ape aku kisah?' lebih kurang macam tu la.


3. Orang yang suka menggatal.

Sebut menggatal je ni mesti akan terasa perempuan yang kuat menggatal daripada lelaki, bukan? Sebenarnya lelaki pun sama suka menggatal. Tapi kalau satu pihak je menggatal, memang tak berlangsung la kegatalan tersebut kan?

Saya rasa ramai yang tak suka bila ada orang lain menggatal dengan korang punya kekasih hati kan? Orang juga tak suka bila ada orang yang sentiasa menggatal dengan semua jenis manusia berlainan jantina dengan si penggatal tu sebab orang tengok pun rasa macam 'E!'

Bukan E! news tapi E yang melambangkan kejijikan. Oh, sebentar. Mungkin mereka tak sedar kerana bagi mereka, mereka bukan menggatal, tapi berniat ikhlas untuk menjalinkan persahabatan. Ape salahnye berkawan kan? Tapi.. jangan salahkan ibu mengandung jika anda dibenci oleh masyarakat dengan sifat anda yang terlebih friendly itu. Keh keh.


4. Orang yang berkata bohong.

Berkata bohong ni dalam erti kata lain, suka cerita gebang. Gebang ni cerita nak kebabom je tapi apa pun tarak. Lebih kurang macam orang belagak la. Tapi orang belagak tu dia memang ada nikmat kekayaan, kecantikan, kehenseman dan kepintaran secara semulajadi walaupun sedikit, tapi

orang yang suka cerita gebang ni jenis yang tak mempunyai ciri keempat yang dinyatakan tu, tapi ingin merasakannya lalu mula la menceritakan kat orang lain bahawa dia juga tergolong dalam ciri keempat yang dinyatakan, cuma sebenarnya dia tiada benda tu semua.

Juga, orang yang suka reka cerita kebabom supaya orang respek orang suka orang ter-attract attention dan sebagainya. Mungkin, jenis begini adalah jenis yang sangat ingin menonjolkan diri sendiri ke public society dengan cara yang mudah dan senang.


5. Orang yang terlalu nak menonjol.

Macam biasa, orang yang terlalu nak menonjol ni jenis yang orang dah kenal ataupun nak dikenali, nak orang tahu segalanya sama ada mengenai dia, keluarga dia ataupun cara hidup dia. Nak tahu kenapa orang tak suka dengan orang yang terlalu nak menonjol ni?

Sebab, siapa suka orang yang suka menunjuk-nunjukkan segalanya? Tak kisah lah di mana-mana. Di tengah jalan ataupun di dalam internet ni. Memang ramai yang suka, tapi ramai jugak yang tak suka. Sambil menglihat barang atau perkara yang ditonjol, sambil itu hati atau mulut si penengok akan berkata-kata negetif.

Mungkin mereka jeles? Mungkin. Tapi kan, jeles itu kan satu perkara negetif jugak yang ramai orang tak suka kan? Jadi, jangan berbangga jika ramai orang jeles terhadap anda kerana perkara jeles itu sebenarnya bukanlah satu perkara yang positif.

Tapi biase lah tu, kalau orang jeles, diri akan terase hebat. Bile terase hebat, mane nak kisah dah. Makin ramai yang jeles, makin seronok rasanya hati mereka.


6. Orang yang kolot.

Kolot di sini adalah orang yang jenis suka menceritakan benda yang negetif daripada yang positif. Kadang-kadang cerita negetif yang disampaikan tu bukannye betul sangat pun. Cuma biaselah tu, hidup tak tenang kan tak mengata orang.

Lagi satu, orang kolot ni bagi saya orang yang bila nampak sesuatu je, mesti nak fikirkan benda yang negetif dulu daripada yang positif. Mindanya terkawal dan dipenuhi dengan perkara negetif walaupun sebenarnya benda tu takde apape pun.

Sebagai contoh, bile orang pandang anda, anda rasa apa? Anda adalah seorang yang kolot bila orang pandang anda dan anda rasa orang tersebut pandang anda kerana sesuatu yang negetif. Lalu, anda akan memaki hamun orang tersebut padahal sebenarnye orang tu pandang anda sebab dia meng-envy anda, mungkin.


7. Orang yang over confident.

Confident boleh, tapi jangan over. Selalu orang yang over confident ni terlalu sangat merasakan bahawa diri mereka itu sangat hebat, dan tiada yang lebih hebat melainkan dia dan kalangan-kalanganya yang hebat itu. Selalu yang over confident ni akan bergaul dengan mereka yang sama jenis je. Berkelompok.

Sangat boleh dan tidak dibenci apabila orang itu over confident dengan mendatangkan income, ataupun faedah yang baik. Tapi jenis over confident yang di-tidak disukai adalah jenis yang terlalu confident, tapi sebenarnya apa pun tiada.

Sebagai contoh, dia sangat confident yang dia boleh melakukan sesuatu kerja itu. Tapi sebenarnya dia tak tahu pun bagaimana nak melakukannya. Lalu, apa yang akan terjadi? Mestilah orang meluat. Tadi beriya-iya cakap boleh buat semua, confident je lebih padahal, ape pun tak reti. Sort of like that la.


8. Orang yang suka mengarah.

Orang yang suka mengarah yang dimaksudkan di sini adalah orang yang mengarah tanpa sebarang jawatan. Freelance lah kot. Haha. Kalau macam cikgu mengarah anak murid, itu satu yang normal. Ayah mengarah anak, normal. Ketua mengarah anak buahnya, normal. Tapi kawan mengarah kawan, normal ke?

Sape je tak annoying bile selalu di arah oleh kawan. Kejap suruh buat itu, kejap suruh buat ini. Orang yang di arah itu mungkin ikut je arahan sebab nak jaga hati punya pasal walaupun dalam hati berkata KAU BUAT SENDIRI BOLEH TAK? Kalau boleh, hidung sendiri pun nak suruh orang korekkan.

Padahal benda yang disuruh tu sebenarnya boleh je dibuat dengan sendiri. Lainlah kalau mintak tolong sekali skala, tu takpe. Ni setiap masa nak harapkan orang yang buat. Mesti kawan pun sakit hati. Dah sakit hati ape terjadi? Mesti lah akan meluahkan kat kawan yang lain.

Lepas tu cerita tentang perangai buruk orang yang mengarah tu tersebar lalu orang pun jadi tak suka dengan diri orang yang mengarah tu.


9. Orang yang plastik.

Plastik ni same jugak macam hipokrit. Orang yang memang tak real. Ramai tak suka orang plastik ni sebab orang plastik ni kan macam... takde identiti sendiri. Macam terlalu ingin menonjolkan diri sendiri sampai terpaksa jadi plastik.

Selalunye orang plastik ni die suke menampakkan diri die tu baik sangat macam malaikat. Pijak semut pun tak mati, tendang gajah tak pengsan. Kire memang nampak sangat baik dan suci murni. Bile tengok muke rase macam ade 'nur' padahal..

Jeng jeng jeng. Hanya tuhan saja yang tahu. Haha. Kenapa perlu menjadi plastik dan belagak macam diri tu baik padahal perangai macam hantu? Memang lah aib tak perlu ditayang kan, tapi beragak lah sikit nak plastik pun jangan lah ketara sangat. Bile muke baik tapi perangai macam hantu plastik, memang kompem kompem orang terus tak suka kan.


Malu nak tayang muka.

Ok. Itu je yang mampu saye senaraikan hari ini. Based on experience, which is sama ada saya sendiri yang tak berkenan sangat ataupun kebanyakkan kawan-kawan saya juga tak suka. Saya assume mereka tak suka bila mereka selalu menceritakan dan meluahkan sesuatu tentang seseorang sambil menyatakan sifat tak suka dengan 9 jenis di atas.

Yang saya peliknya, mereka(9 jenis manusia di atas) sebenarnya tak sedar yang mereka sebenarnya tidak disukai oleh masyarakat. Yelah, ape mereka kisah kan? Mungkin sebab masyarakat yang mengenali mereka itu baru sahaja mengenali mereka tapi tidak tahu perkara sebenar.

Mungkin juga masyarakat lain yang dah tahu tu malas nak berbuat apa-apa lalu hanya bersikap hipokrit menerima keadaan orang yang mereka tak suka tu walaupun di dalam hati selalu memaki hamun sifat sifat mereka.

Yaa, nobody is perfect enough kan. So BE nobody! Haha. Buat apa be somebody yang menyakitkan kalau be nobody itu yang lebih sempurna kan? Makan dalam tak ayat saya ni. Hehe. Dan selalunya bila ada orang cerita atau memberitahu perangai mereka yang orang tak suka, selalunya respons yang diterima sangat lah annoying jugak.

Ada aku kisah? :O

Sama ada anda akan di marah kembali, atau orang tersebut jenis yang I DONT GIVE A DAMN di luaran padahal hati sakit, cuma taknak tunjuk dan tak nak mengaku kerana ego, mungkin. Atau mereka akan mengatakan yang anda sebenarnya jeles dengan mereka. Selalu macam tu.

Sebab tu ramai yang mengambil keputusan untuk berdiam diri daripade menasihati orang yang annoying seperti yang 9 jenis di atas. Berdiam diri di sini bukannya maksud berdiam sahaja, tapi hanya berdiam terhadap orang yang tidak disukai tersebut. Tapi selepas itu, akan diluahkan kepada kawan-kawan yang lain yang secara autometiknya orang akan katakanya mengumpat.

Itu bukan mengumpat, tapi itu perkara sebenar yang lahir dari hati tapi disembunyikan kerana mungkin ingin menjaga hati orang tersebut punya pasal kan? Memang lumrah manusia kan yang sentiasa perlukan seseorang yang dapat mendengar luahan hati mereka mengenai perasaan suka duka kehidupan mereka tu kan.

Biasa la tu. Tapi yang peliknya orang yang selalu orang menyampah tu tak nak pulak ubah diri, malah nak pertahankan perangai sendiri yang majority orang tak suka tu lalu memberi banyak alasan seperti aku tak kacau kau pun, kau yang dapat dosa sebab umpat aku. dan sebagainya kan kan.

Tanda W yang menggambarkan 'Whatever!'

Biasalah orang macam tu memang banyak bagi alasan untuk menaikkan balik keyakinan diri yang semakin menghilang tu sebab ramai dah tak suka kan. Kan lebih baik berbincang secara terbuka dan cuba untuk improve diri sendiri. Orang kata terima lah diri dia seadanya.

Tapi hakikatnya, manusia mana nak terima seadanya. Lagi-lagi perangai negetif yang boleh membuatkan orang menyampah ni kan. Perkara yang perlu anda lakukan apabila ada orang tak suka (walaupun seorang) adalah dengan menanyakan kenapa dia tak suka anda.

Orang yang boleh menerima kritikan lalu membaiki diri untuk mengatasi kritikan tersebut adalah orang yang paling cool daripada orang yang menerima kritikan lalu mengkritik balik orang yang mengkritik tersebut. Haha :P

Nasihat bagi mereka yang mempunyai krisis perangai di atas: bersyukur lah jika ade orang yang sudi berkawan dengan anda. Sebab selalunye orang-orang macam kat atas tu susah nak dapat kawan. Sebab perangai mereka yang orang tak berape nak berkenan tu kan? Anyway ade sesiape nak tambah senarai tak? :)


P/S: Salahkan diri sendiri dulu sebelum nak salahkan orang lain. :D


Picture credit to: FLICKR
SEKIAN, 12.05am

Friday, December 10, 2010

Khamis Malam Jumaat

Hello world! 

Masa mula-mula masuk uitm shah alam bulan 5 yang lepas (program asasi), saya memang tak kenal siapa-siapa. Mule-mule tu rase takut jugak la kan. Terfikir-fikir jugak siape lah agaknye roomate saye, sape la kawan saye nanti. Harap dapat kawan yang baik-baik.


Alhamdulillah saye mendapat kawan yang baik-baik. Mase semester 1 haritu saye roomate dengan Aina, Nadiah dan Fatin. Fatin sekejap je sebab due minggu lepas tu dia pindah ke maktab perguruan, so tinggal je la kami bertiga berbahagia dalam bilik tu.


Nak dijadikan cerita, Aina ni budak asasi tesl, nadiah pulak sama dengan saya, asasi undang-undang (cuma dia under KPTM). Mase minggu orentasi tu saye banyak bersame dengan Aina daripada fatin dan nadiah. Nadiah sebab mase mule-mule tu die takde 2minggu sebab pergi umrah dengan family.


Jadi, mase minggu-minggu terawal tu, saye selalu lah pergi makan ke pergi mane mane ke dengan Aina dan Fatin. Kate pun room mates kan. Ditambah tak kenal sape-sape pun mase mule-mule dulu, so agak senang bergandingan dengan room mate. (Tapi, ade jugak kawan yang lain, nanti saye cerita)

Me with Aina (left) and Fatin (right)

Ingat lagi mule-mule masuk, mase 1st day masuk tu masing-masing dah boleh sesuaikan diri. Malu pun sekejap je, lepas tu terus kamceng. Ape tah lagi bile dah berbulan-bulan duduk bersame kan. Bile fatin dah keluar uitm, saye lebih rapat dengan Aina.


Sebab Nadiah lepas baru balik umrah tu die busy sikit nak catch up studies die so die banyak habiskan mase dekat bilik kawan die (yang dah kenal mase sekolah menengah), so jarang sikit dengan nadiah ni. TAPI lame-lame kami ok, makin sesuai jadi roomate.


Tak lama lepas tu, masuk pulak budak baru menggantikan katil fatin yang sunyi itu. Kitorang panggil dia Kak Yat. Kak yat ni lebih tua setahun daripade kitorang. Mule-mule tak biase lagi. Lame-lame seronok pulak, sebab masing-masing dah ok kan.


Nak dijadikan cerita, saye memang seronok dan bahagie lah berromatekan mereka ni. Sebab tak banyak hal. Bukan tak banyak, tapi langsung takde hal la. Masing-masing ok. Masing-masing boleh dipercayai. Dah la saye jenis duit letak merata-rata. Tapi tak pernah hilang. Dah tu otak masing-masing pun tak center sangat. Best sangat! :)

Us again. Tak sempat amik gambar dengan Nadiah&Kak Yat :(

So kami bersame sampailah tamat Semester 1. Semester kedua (bulan November) baru-baru ni, mase nak daftar kolej tu ingatkan nak pergi same-same sebab nak dapat bilik same lagi. Tapi... dah takde jodoh agaknye. Sebab saye daftar lambat sehari. So kami masing-masing pun terpisah antara dua benua (blok).


Tapi, kami still ok. Kalau ade mase terluang tu, memang rajin datang melawat bilik kawan-kawan. Dan malam semalam (9 Disember 2010)...saya telah dikejutkan dengan satu berita yang amat mengejutkan.


"Eyka..ayah aina meninggal.." - Message daripada Nadiah.


Terus saye stuck, otak saye jammed, taktau nak buat ape. Sebab tibe-tibe je kan dapat message macam tu. Saye terus pergi bilik Nadiah, lepas tu call Aina. Mase call Aina tu saye sangat gementar sebab tak tahu nak cakap ape. Speechless. =/


Aina kedengaran amat tenang di hujung talian. Saye yang sebak. Air mate memang mengalir lah kan. Sebab memang terkejut sangat-sangat. Bayangkan kawan rapat korang tidur sebilik, makan sepinggan, gelak ketawa same-same semua yang korang dah kenal kakak,mak,ayah,adik beradik die, tibe-tibe dapat berita ayah dia dah takde.


Sangat sedih korang.. Saye tak dapat bayangkan kalau saye berade di tempat Aina. Mungkin, saye terus taknak contact sape-sape. Mungkin saye akan murung sentiase. Mungkin, saye tak setabah Aina. Ayah die baru je pulang daripade mengerjakan Haji seminggu sebelum kejadian. Sedih sangat. :(


Dengar cerita tempat tu memang dah banyak kali terjadi kemalangan jiwa. (cerita yang diGoogle). Hmm.. entahlah. Mungkin dah sampai ajal kan, kita manusie pun tak mampu nak buat ape-ape. Hanya doa dan al-Fatihah yang mampu kite berikan.


Doakan semoge mangsa-mangsa kemalangan tersebut ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.. Amin. Saye ucapkan takziah kepade keluarga Aina dan keluarga mangsa-mangsa yang lain.


P/S: Semoga mereka tabah menghadapi semua ni.

SEKIAN, 3.45pm.


Saturday, December 04, 2010

Rasa yang dirasai ketika ini.

MEOOOOWWWW!!

Rase macam malas je nak blogging.
Dah takde mood, takde adrenalin untuk berblogging.
Adrenalin tu ape? Rasa macam tahu.
Tapi, malas nak bagitahu.
Bunyik macam sedap, so guna je la kan, Keh keh.

Rase macam nak simpan je semua benda dalam fikiran.
Rase macam nak tutup blog buat sementara waktu.
Rase macam malas malas malas.
Rase macam bosan.
Rase macam pointless.
Rase macam nak PMS.
Rase macam nak terjun bangunan.

Rase macam HOMAIGOD bile mase aku on Nuffnang ni?
Kantoi dah lawat beberape blog.
Mesti keluar kat Community diorang. WUU WUU T__T

Rase macam nak balik kolej balik.
Rase macam nak putuskan hubungan sulit. (HAHA)
Rase macam tak betul je dah.
Rase macam tak diperlukan.
Rase macam nak patah balik ke zaman tadika.
Rase macam rindu dekat zaman sekolah rendah.
Rase macam.... takde perasaan dah. T__T

Why why why? Please don't say biase lah tu,
awak mesti nak PMS dah ni, PASTI!
NOPE sebab saya dah lepas dah okeh.
Ah eyka, apakah message di sebalik posting kali ini?

Message tersembunyi nya fikirlah sendiri. :)
yang penting saya memang rasa macam nak tutup blog,
dan aktif balik di kemudian hari.
Ok tak macam tu? :)
Bukan sebab malas (Walaupun memang malas)
Tapi mungkin sebab rasa macam diri ni entah apa-apa.

Oh, kamonn. Eyka tolong lah jangan emo.
Ter-emo jugak la. isk.
Dah la, selamat tinggal semua. Gua chow.
Eleh berapa lama je la dia nak chow tu agaknya kan.
Kita tengok kita tengok. =__="

P/S: Rasa macam nak berseni balik. Berseni yang dimaksudkan=melukis. Bukan berphotography.

SEKIAN, 5.45pm

Saturday, November 27, 2010

Bila kawan tak lagi berkawan

When a friend become a no-friend.

Pernah tak korang bergaduh dengan kawan baik korang sampai satu hari tetibe kawan yang baik bertukar menjadi tak baik? Langsung tak baik. Nak pandang pun rase macam dah taknak. Apetah lagi nak bercakap dengan kawan tersebut.


Pelik kan.


Macam mana senang je persahabatan yang terjalin sejak lame lame dulu tibe-tibe musnah tak sampai satu saat je pun, kan kan? Macam mana senang je orang nak memutuskan sesuatu persahabatan. Adakah ini yang sedang saye alami? OH, tidak~ Jangan salah sangke ye. Haha tetibe terdapat ilham nak tulis pasal ni.


Sebab tibe-tibe teringat ade phrase yang berbunyi "your bestfriend is your worst enemy" Muahaha. Macam seram je kan bunyik nye. Ye lah, dah bestfriend, tibe-tibe enemy pulak, ape pasat? Haha.


Tapi itu yang terjadi sebenarnye. Sebab dah rapat sangat, kadang-kadang benda kecik pun boleh jadi isu. Padahal takde ape pun sangat. Patutnye dah rapat sangat tu la yang lagi susah kite nak terase kan? tapi lagi rapat, lagi senang rasenye nak terase.


Same jugak macam orang bercinta. Dulu pernah jugak ade kawan saye ni cakap, kalau tak bercinta rase biase, bile dah declare tu bende yang biasenye biase je pun boleh jadi isu. Nak gurau pun susah, cepat terase punye pasal. Hohoho.

Dah terase masing-masing pon dok buat muke ketat.

Sesetengah orang tak kisah sangat pasal kawan datang dan pergi ni. Tapi ade sesetengah orang ni berdendam sampai nak mati. Tak tahu ape yang diorang dapat bile simpan dendam tu kan. Tak rase macam penat, ke huh?


Biase lah tu, dah dendam dengan kawan baik kan. Mesti tak sahnye kalau tak stalk kawan baik tu 24jam. Stalk stalk, kutuk kutuk, sedapkan hati. Ade je tak kene. TU yang memang busuk hati lah kan.


Tapi ade jugak yang stalk stalk stalk, tak kutuk, tapi sedih, sebab rindu dengan kawan die tu. Nak mintak maaf terase ego menebal di dada. Buat ape aku mintak maaf, padahal die yang salah dengan aku. dan macam-macam jenis keegoan yang melande.


Kalau saye? Yang dulu rapat kini tak rapat? Entah lah. Nak buat macam mana. Saye kan jenis yang berserah je kejenye. Macam malas nak fikir. So, just biar lah. Yang lepas tu lepas, tak perlu dikenang. Mase yang belum nak lepas lagi ni la perlu kita hargai kan kan? :)


Yang penting, berkawan tu biar ikhlas. Allah pun redha. Dah redha, persahabatan tu pun insyaAllah akan sentiase diberkati. Bukan macam sesetengah orang. Bile rase memerlukan, baru nak cari kawan. Bile orang lain buat macam tu kat die, tahu pulak nak terase kan padahal diri pun same je.


So anda anda anda dan saye, fikir-fikir kan lah. Adakah kite tergolong dalam orang yang suke cari kawan untuk kepentingan diri sendiri ataupun, kite berkawan sebab kite ikhlas? selalunye, kalau orang berkawan sebab ikhlas ni memang tak banyak problem sangat.

Even monkey boleh berkawan dengan pigeon tau.

Macam mana nak tahu kita ikhlas ke tidak kawan dengan orang? Rasanya kita ikhlas bila kita kawan sebab nak kawan bukan sebab kita takde kawan. Kita kawan sebab kita rasa selesa berkawan dan kita kawan sebab kita suka berkawan dengan dia, tanpa niat lain seperti:


Kita kawan sebab kawan kita tu cantik. Kita kawan dia sebab dia kaya. Kawan sebab dia pandai kawan sebab pointer dia tinggi kawan sebab dia ramai kawan lelaki dan perempuan kawan sebab dia suka belanja orang kawan sebab dia famous dan sebagainye. Tu betul tak ikhlas tu.


Kalau kita bergaduh sebab orang ketiga. Orang ketiga ni tak kisah la manusia ke setan bertopeng manusie ke ape, tapi yang penting selalunye orang gaduh sebab salah faham. Salah faham yang sangat sukar untuk difahamkan tu lah yang dimaksudkan dengan orang ketiga. haha


Macam kita terkutuk kawan kite ke kite tergunakan kawan kite ke kite terasekan kawan kite ke kite ter-sebagainye dengan kawan kite tu. Bile dah ter-kantoi, tahu pun nak rasa bersalah, padahal kononnye kutuk takde niat nak mengutuk tapi terkutuk sebab entah, hobi rasanya.


Oh siapa kutuk saya? tiada siapa sebenarnya. Haha. Biaselah orang selalu ingat kalau saye tulis pasal benda ni mesti saye tengah mengalaminye. CEH :P saye sebenarnye takde keje je malam ni tu yang teringin nak tulis something dan ini yang terkeluar. Haha


Dan bagi saya, kalau ada kawan saya yang kutuk kawan saya yang lagi satu, saya tak namakannya sebagai kutuk, tapi sebagai meluahkan perasaan tidak puas hati antara satu sama lain. Apa tugas saya? Dengar je la. Tak perlu tambahkan kutukan, atau jadi batu api.

Pandai-pandai lah pilih, nak rambut merah ka kuning.

Jangan sokong kawan kita tu semata-mata sebab kita ni 'kawan' dengan dia. Cuba jadi kawan yang baik dengan memberi pandangan yang rasional. Sebab ye lah, kadang-kadang orang emosi mane pandai berfikir dengan rasional. Semua nak ikut perasaan je kan.


Jangan pulak kite galakkan die lakukan sesuatu yang tak baik. Itu sangat tak baik. tapi orang tak baik mana perasan dia tak baik kan? entah-entah orang yang tak baik itu lah yang baik dan orang yang nampak baik itu yang tak baik. Who knows? HAHA.


Tapi macam mana kalau kite ni orang yang suke berkawan untuk kepentingan diri sendiri? Entah lah, saye pun tak pasti nak buat macam mana. Tapi yang saye tahu, memang tak lama la kalau kawan orang sebab niat lain. Mungkin terputus macam tu je, satu hari nanti. :)


Bile terputus tu, tak perlu nak sedih sangat. Sedih tu memang la sedih. Kate pun kawan. Best friend forever-la sangat. Yang saye rasekan tak perlu semue tu. Kang tak forever kang sedih nak mati. So tak perlu nak bff sangat. Cukup lah takat kite sedar yang die tu penting dalam hidup kite.


Kadang-kadang bende yang kite tak ungkapkan tu lagi bermakna dari bende yang kite selalu ungkap. Kadang-kadang bende yang bermakna tu kite tak perasan pun sampai dah hilang baru terase nak cari. Nak buat macam mana, manusia kan memang mengada-ngada. Sangat. Haha.


P/S: Biar dia pergi sebab dia yang nak, bukan sebab kita yang taknak.

SEKIAN, 2.24am