Dashboard
Refresh
New Post
Sign Out
Gallery Myspace Facebook Twitter Friendster

Thursday, July 31, 2008

Dreaming about my DREAMS!:)

Semua orang punya impian dan angan-angan.

Muqadimah yang simple tapi bermakna. *sebab dah takde idea nak tulis pe tu sebenarnye. haha. Oklah, semua orang punye impian yang tersendiri, kan kan. Sape takde impian tu bohong la tu agaknye. Walau sekecil, sekurus, setinggi, serendah, sekurang kurus dan seape ape je la manepun diri kamu, kamu mesti akan pernah mengimpikan sesuatu yang diimpikan. Ngehngeh.

Malas nak cakap banyak, gambar-gambar yang di search di bawah ni cukup kot untuk menggambarkan impian saye ketika ini, yang berbentuk material. Impian yang berbentuk dalaman tu susah la nak digambarkan. Hehe. Sedangkan yang berbentuk material ni pun penat nak search, apetah lagi nak cari gambar untuk impian dalaman ataupun mentaliti. eceh! hahaha. walaupun tak sama tapi ianya tetap kelihatan serupa!:)

Berikut merupakan beberape angan-angan dan cita-cita yang ingin dicapai pabila dewasa kelak! eceh! haha:P

Menjadi KAYA! haha :P

Membeli rumah yang sedang-sedang aja!:)

Bilik tidur yang bertemakan HITAM dan MERAH.

Kereta idaman, Nissan Fairlady Z Roadster!

Menjadi salah seorang jemaah haji.

Melawati 7 Wonders Of The World.

Nak pergi Venice!:D

Melihat Joe Jonas dari DEKAT!:D

Menjadi salah seorang penonton konsert A7x!:)

Menjadi seorang Muslimah Sejati. ECEH!:P

Setakat ni, tu je la yang dapat difikirkan. Tapi sebenanye ade banyak lagi bende nak di cari tapi tak sempat kot buat mase sekarang ni tu je la kot yang ingin dicapai. Huehuehue. Semoge berjaye la ye! haha

Satu hari nanti, InsyaAllah. hehehhee!:P

Tuesday, July 29, 2008

Alamak! lupe lak nak wish..

Happy birthdayyyyyyyyyyyyyyy MAN TOLOL!:)

Wah wah wah, dah tua abangku sorang ni. 22tahun DAH! fuyoooooooooo. Tak caye aku ko dah tua dah MAN! hahaha. Semoga berjaye dalam hidup. Jangan nakal-nakal lagi macam budak-budak. Sakit otak aku layan ko Man. Hahaha gile punye abang. Perangai macam mr.BEAN! heh. Pesanan aku, kalo takde orang nak dibuli pun jangan la buli cekteh. Kesian die oo! hahaha

Ok lah, malas nak tulis pepanjang. Nak hadiah nanti bile aku ingat aku beli la yeh. Hehehe. Nah aku bagi hadiah ko kat sini je la. Memandangkan baru je tadi aku tengok ko search orang buat dengung-dengung camtu sambil ko eksen kat aku. Mentang-mentang aku tak reti buat ko bleh la eksen yeh?? haha papepun enjoy!! :)




Alaa name stacie tu spoil.tp bantai je la ye. Nnti ade mase aku tukar le!
papepun,ensem la pulak laki kt video tu. haha!:P


Yakult Yakult

Baru lepas minum yakult. 2 Botol kecik ku kebas baru tadi. Burrppp. *tak kenyang pun. saje buat sound effect macam tu. Hehe. Sape yang tak pernah rase yakult ni meh sini saye cite sikit ape yang saye rase bile sedut air ni dari stro yang diberi. Ehem

Yakult ni rasenye masam-masam sikit. Sedap ke tak tu.. boleh la kot. Bagi orang yang suke rasa masam macam saye ni memang akan suke la ngan yakult ni. Haha ianya diperbuat daripada susu kalo tak silap. Nak tahu lebih lanjut, sile la bace info yang dicopy paste dari wikipedia kat bawah ni:
Yakult (ヤクルト, Yakuruto?) is a Japanese probiotic milk-like product made by fermenting a mixture of skimmed milk with a special strain of the bacteria Lactobacillus casei Shirota. Yakult Honsha Co., Ltd. (株式会社ヤクルト本社, Kabushiki-gaisha Yakuruto Honsha?) (TYO: 2267) It was created by Minoru Shirota who graduated from the Medical School of Kyoto University in 1930. In 1935, he started manufacturing and selling Yakult. Official claims state that the name is derived from jahurto, an older form of jogurto, the Esperanto word for "yogurt".[1][2] Since then, Yakult has also introduced a line of beverages for the Japanese market that contain Bifidobacterium breve bacteria, and has also used its lactobacilli research to develop cosmetics. More recently, the Yakult Honsha played a major role in developing the chemotherapy drug irinotecan (Camptosar, CPT-11).[3]

Yakult also owns one of Japan's major baseball franchises, the Tokyo Yakult Swallows.

Today, Yakult is sold in 31 countries[4], although its bacteria cultures are provided from a mother strain from Japan regardless of production location.[citation needed]

Yakult is marketed in different sizes. In Australia, Europe and Indonesia, Yakult comes in 65mL bottles. In America and the Philippines, 80 ml bottles are available, whereas in Taiwan and China, it comes in 100 ml bottles. [5][6][7] In South Korea, where it is also produced, it is called yakult (hangul: 야쿠르트) and is marketed by the Korea Yakult company.
HAHA. rasenye korang tak paham ape yang die cakap. Copy paste dari sini je. Sekali ngan nombor2 tu dicopy paste. Malas la nak padam. Bukan korang bace pun kan? hehe. kalau saye pn saye tak bace. Yang penting, air tu sedap di minum dan baik untuk kesihatan kite minum je la. Lagipun eklan Yakult ni sume menarik-menarik, tak gitu?? haha

Ok, sekian untuk harini punye posting. :)

Monday, July 28, 2008

Tersurat dan Tersirat..

Pukul 8.21am, saye mengonlinekan diri di rumah.

Isi tersurat: Awal jugak saye bangun hari ni kan kan?
Isi tersirat: Hari ni hari isnin.
*Muahahahaha:P

Sunday, July 27, 2008

Wudhuk


Pengambilan wuduk yang sempurna bukan sahaja menjamin diterimanya solat tetapi ianya juga dapat menghapuskan dosa-dosa selagi tidak melakukan kesyirikan.

Secara amnya kita mendapati wuduk adalah salah satu langkah wajib atau syarat untuk memastikan solat atau sembahyang yang dilakukan oleh umat Islam itu dianggap sah.Serta memastikan kebersihan anggota badan dan kesucian rohani dan jiwa itu sentiasa terpelihara.Namun demikian terdapat fadhilah lain juga boleh diperolehi oleh orang yang bersifat ikhlas dan menyempurnakan wuduknya dengan baik sekali.

Sabda Rasullullah SAW:
"Sesiapa yang mengambil wudhuk dengan baik kemudian dia berkata,Asyhadu al laa ilaaha illAllah wahdahu laa syarikalah, wa asyhadu anna Muhammadan 'Abdahu wa rasulluh, Allah hummaj 'alni minat tawwaabin, waj'alni minal mutatohhiriin (maksudnya:Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah satu(Tuhan) saja tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba dan utusan-Nya.Allah jadikanlah aku dari kalangan orang yang banyak bertaubat dan jadikanlah aku dari kalangan orang yang menyucikan diri), akan dibuka untuknya kesemua lapan pintu-pintu syurga agar dia memasukinya dari mana dia suka"
(Hadis Riwayat Al-Tarmizi(50);Sahih:Sahih Al-Tarmizi(55) dan Al-Nasai(148); Sahih: Sahih Al-Nasai(148))

Telaga Zam Zam


Telaga Zamzam (atau Zamzam Well, atau Zamzam; Arabic: زمزم) ialah telaga biasa yang terletak di dalam Masjid al Haram di Mecca, hampir dengan Kaabah, tempat paling suci dalam Islam.

Telaga zam zam merupakan satu-satunya sumber air bersih dari bawah tanah di Mekah satu ketika dahulu. Umat Islam sangat mengambil berat tentang air zamzam ini untuk air wuduk dan perubatan.

Sekarang ini, setiap hari ratusan ribu liter air zam-zam dikeluarkan untuk diminum oleh kaum Muslimin samada yang datang ke Ka'bah, untuk Makkah, dihantar ke Ta'if, Madinah dan juga sebagai buah tangan jemaah Umrah. Jumlah itu mencapai jutaan liter setiap hari jika bulan Ramadhan dan musim haji. Walau demikian , air Zam-zam tidak habis atau berkurang. Itu adalah Anugerah Allah.

Pakar saintis ,ahli perubatan telah menjalankan kajian yang menunjukkan khasiat dan keistimewaan yang terdapat dalam air Zam-zam yang tidak terdapat dalam air-air yang lain.

Dari Anas bin Malik r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Aku dibawa orang (Jibril a.s) ke telaga zamzam; di sana dadaku dibelah kemudian dibersihkan dengan air zamzam, sesudah itu aku dihantarkannya kembali ke tempatku semula.”
Sejarah Air Zam zam : SINI


Tentang Kiblat


Kiblat atau juga dieja qiblat, merujuk kepada arah Kaabah yang menjadi titik arah sembahyang bagi orang Islam. Pada mulanya, kiblat mengarah ke Baitulmuqaddis atau kini Jerusalem, namun pada tahun 624M diganti menjadi mengarah ke Kaabah di Mekah.

Kiblat merupakan perkataan Arab yang merujuk arah apabila seseorang Muslim solat. Asalnya, mengarah ke Baitulmuqaddis atau kini Jerusalem (dan dengan itu dikenali sebagai Pertama dari Dua Kiblat). Pada tahun 624M, semasa penghijrahan Nabi Muhammad SAW di Madinah, arah Kiblat ditukar ke arah Kaabah, dan kekal sehingga kini. Sesetengah pakar berpendapat, pertukaran tersebut berlaku akibat perselisihan antara Muhammad dengan puak Yahudi di Madinah.

Apabila mengerjakan solat dalam Kaabah itu sendiri, seseorang Muslim menghadap ke arah dinding keluar semasa solat, manakala bagi berada di luar Kaabah pula, mereka boleh menghadap mana-mana arah kerana pusingan Kaabah itu 360 darjah.

Kiblat, merupakan titik rujukan di Bumi, ke arah Kaabah. Dalam amalan agama Islam, solat mesti menghadap ke arah Kaabah. Perlu diingatkan bahawa seseorang Muslim tidak menyembah Kaabah atau kandungannya, sama seperti pengikut Kristian tidak menyembah gereja atau salib; Kaabah hanya merupakan titik rujukan untuk solat.

Kiblat menunjukkan arah terpendek ke Kaabah. Disebabkan Bumi hampir bulat, laluan ini membentuk bulatan besar seperti laluan kapal terbang. Lokasi Kaabah (di 21° 25' 24" N, 39° 49' 24" E) boleh ditentukan secara geometri (sfera) untuk menentukan arah Kiblat di mana-mana sahaja di muka Bumi ini.

Hanya satu kes khas wujud: apabila bersolat dalam Kaabah sendiri, seseorang Muslim menghadap ke arah dinding keluar semasa solat.

Pada masa silam, Muslim yang mengembara menggunakan astrolob untuk menentukan arah Kiblat. Pada tarikh tertentu dalam tahun apabila Matahari berada tepat di atas Kaabah, arah bayang di semua tempat akan menunjukkan dengan tepat arah Kiblat.

Kiblat penting bukan semata-mata sebagai arah solat, tetapi juga dalam upacara harian/keagamaan. Kepala haiwan yang disembelih (untuk korban mengikut kepercayaan Islam) diselaraskan dengan kiblat. Selepas meninggal dunia, seseorang Muslim dikebumikan dengan muka menghadap kearah Kiblat.

Beliau berkata, semua empat mazhab iaitu Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali bersepakat bahawa menghadap kiblat adalah syarat sah solat. Mazhab Syafie menetapkan tiga syarat yang boleh diguna pakai bagi memenuhi syarat menghadap kiblat.
SUMBER: Wikipedia

Flashback!

STATUS: Busy dan tiada mood untuk memblogging.

Minggu lepas, RABU. saye dan hanim datang lambat LAGI tapi kali ni kena tangkap, so kene denda ketuk ketampi, dalam 40kali macam tu la. Hahaha. Padan muke kami! Selalu datang lambat boleh lepas, tapi kali ni nasib tak baik. ataupun nasib kami BAIK sebab tu kena tangkap. Supaye next time tak lambat lagi.

Mase ketok ketampi tu tak la sakit mane. Tapi ESOKnye tu la kesan nye datang. Sakit kaki! Budak yang tak kuat senaman, camni la! Hehe. Nak turun tangga tu yang payah tu. Naik tangge okey lagi.

KHAMIS tak datang sekolah. Pertama, sebab kaki sakit. Kedua, sebab nak pergi tengok choral speaking. Nak support la katekan. Ececeh. Patutnye pergi ngan Hanim, Farah dan Ain tapi mereka macam kentut last menet tak jadi. So pergi la dengan Sarah, Murni, Ajey dan lain-lain.

JUMMAT lak, pergi sekolah macam biase. Petang tu pergi tengok choral speaking lagi. Haha. Kaki tak baik lagi still berjalan banyak. Takpe la, hari ni pn still sakit tapi boleh la. Mak cakap, dalam 1minggu camtu ok la tu. So sekarang ni, sabar je la. Sape suruh lambat, padan muke! hahaha.

Sabtu? Sabtu semalam patutnye sekolah. Tapi TERbangun lambat so tak datang sekolah. Farah mesej die kate die sorang je yang datang sekolah. Hahaha. Padan muke! Tapi taktahu lak yang Hanim, Ain dan lelain tu pun tak datang. Kire sikit gile la yang datang. Hahaa. Esok iaitu ISNIN mesti cikgu akan memberi komen pasal hari Sabtu semalam. hehe

AHAD? Hari ni taktahu lagi nak buat ape. So, tunggu laporan seterusnya pada hari yang berikutnya, pabila mood malas berada di paras normal. Haha :P

Tuesday, July 22, 2008

Budak sekolah



Budak sekolah lagi: Tingkatan 4 baruu! :P
Sekolah: Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam.

Monday, July 21, 2008

Perempuan dan wanita...

Daripada Aisyah r.a, dari Nabi S.A.W baginda telah bersabda yang maksudnya:
"Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka."
(Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)

Perempuan atau wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan mereka.

Kedua ibu bapa wajib memberi perhatian terhadap anak-anak perempuan lantaran anak-anak perempuan merupakan aset penting yang menentukan sama ada ibu bapa mereka layak memasuki syurga atau terhumban ke dalam neraka disebabkan oleh mereka.

Rasulullah SAW pernah bersabda dalam hadis baginda yang bermaksud: "Takutlah kamu kepada Allah SWT dalam perkara-perkara yang berhubung dengan kaum wanita." Ini bermaksud bahawa setiap ibu bapa dan yang bergelar suami hendaklah sentiasa mengawasi anak-anak perempuan dan isteri mereka agar sentiasa berpegang teguh dengan agama dan mematuhi perintah Allah SWT.

Kata orang ‘menjaga lembu sekandang adalah lebih mudah daripada menjaga anak perempuan seorang’. Kemungkinan ini ada benarnya apakala kita melihat ramai ibu bapa yang menjaga anak-anak mereka dengan hanya memberi tempat tinggal, makan dan minum semata-mata seperti menjaga dan memelihara binatang ternakan yang hanya bertujuan menggemukkan sahaja. Sedangkan pendidikan agama tidak diberi penekanan yang sepatutnya.

Contohnya dalam perkara aurat dan pergaulan hingga akhirnya ramai perempuan atau wanita yang menjadi bahan fitnah dan terdedah dengan berbagai keburukan yang mencemarkan nama baik keluarga dan agama.

Sesungguhnya anak-anak yang diajar dengan didikan agama yang baik akan memberi faedah kepada ibubapanya semasa hidup dan selepas mati bahkan secara logiknya tiada ibubapa yang inginkan anak-anak mereka menjadi beban dan membawa kecelakaan kepada mereka di dunia apalagi di akhirat kelak.


Sunday, July 20, 2008

CAMPROCK!!:D

CampRock dah dapat tengok!

Dollah tolong downloadkan pastu burn kat CD pastu buat bisnes. Terima kasih dollah! Tapi bukan dia bagi free. Kena bayar RM3. Ayoo. Den die cakap kalau nak video pape bagitau die, die try download. Kecik-kecik dah jadi tauke cetak rompak. :P

Tapi CD tu tak boleh tengok oo. Taktahu pesal. Dah try dah tak boleh. Hanim ngan Farah pun ade beli CD tu. Dorang cakap boleh je tengok. Haih, maybe computer ni yang bermasalah agaknya. Takpe la, try kat komputer Man pulak lain kali. hehe :P

Kisah Rasulullah S.A.W bercerita tentang Dajjal..

Pada suatu pagi Rasullullah berbincang dengan para sahabatnya mengenai Dajjal, kadang kala baginda meninggikan suaranya dan kadang kala merendahkan suaranya, sehingga kami merasa seolah-olah kami berada di dalam kelompok lebah.Petang hari kami yang mendengar cerita Rasullullah pergi ke rumah Rasullullah, baginda telah tahu tentang soalan kami. Tanya Rasullullah;

“Apa khabar kamu semua”, jawab kami “Baik”, tapi kami hendak bertanya mengenai Dajjal, dan mengapa apabila Rasullullah berbicara, kadang kala suara Rasullullah tinggi dan kadang kala rendah ?. Jawab Rasullullah; “Bukan dajjal yang mengkhutirkanku terhadap kamu semua, jika dia muncul dan aku masih berada di antara kamu tentu aku akan membela kamu terhadapnya. Dan jika dia muncul, sedangkan aku tidak berada di samping kamu, maka umat manusia akan menjadi pembela atas dirinya sendiri, dan Allah Taala pengantiku menjadi pembela atas setiap orang muslim”.

Dajjal pemuda berambut kerinting, matanya sepet, aku lebih suka mengatakannya serupa dengan Abdul Uzza bin Qathan. Barang siapa di antara kamu bertemu dengannya, hendaklah dibacakan padanya permulaan surah Al-Kahfi. Dia akan muncul di suatu tempat sunyi antara Syam dan Iraq. Lalu dia akan merusak ke kanan dan ke kiri. Wahai hamba Allah kerana itu teguhkan pendirian kamu!.

Tanya kami; “Berapa lamakah Dajjal akan tinggal di bumi ?”, jawab Rasullullah : “Selama empat puluh hari, satu hari sama seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti sepekan dan selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang”. Tanya kami; “Ya Rasullullah, ketika sehari seperti setahun, cukupkah kalau kami solat seperti solat sekarang ?”, jawab Rasullullah; “Tidak” tetapi hitunglah bagaimana pantasnya. Berapakah kecepatannya di bumi ?” jawab Rasullullah; Seperti hujan ditiup angin.

Dia mendatangi suatu, maka diajaknya kaum itu supaya beriman kepadanya, lalu mereka beriman kepadanya dan mematuhi segala perintahnya. Di perintahkan langit supaya hujan, maka turunlah hujan. Maka diperintahkan bumi supaya subur, maka suburlah tumbuhan-tumbuhan. Bila hari sudah petang, ternakan mereka akan pulang ke kandang dalam keadaan lebih gemuk dan dengan susu yang lebih besar kerana cukup makan.

Kemudian didatangi kaum yang lain dan diajaknya supaya mereka beriman kepadanya tetapi mereka menolak ajarannya, maka dia berlalu dari mereka. Besok pagi negeri mereka menjadi kering kontang dan habis semua kekayaan mereka. Kemudian katanya; “Keluarkan perbendaharaanmu!” maka keluarlah seluruh kekayaan negeri itu dan pergi mengikuti Dajjal seperti pemimpin lebah diikuti rakyatnya.

Kemudian dipanggilnya seoarang pemuda remaja lalu dibelah dengan pedangnya sehingga anak muda itu terbelah dua dan belahannya itu di lempar sejauh anak panah dipanahkan. Dajjal memanggil tubuh yang terbelah itu kembali, dia datang seutuhnya dan dengan wajah yang berseri-seri sambil ketawa.

Sementara Dajjal asyik dengan perbuatannya yang merosak, maka Allah Taala menurunkan Nabi Isa Al-Masih Ibnu Maryam. Dia diturunkan Allah dekat menara Putih sebelah timur Damsyik dengan memakai dua pakaian berwarna, berpegang pada dua sayap malaikat. Apabila dia menundukkan kepala hujan akan turun, dan apabila dia mengangkat kepala, berjatuhan daripadanya biji-bijik perak bagaikan mutiara. Orang kafir tidak boleh mencium bau nafasnya, sesiapa yang kena bau nafasnya akan terus mati. Bau nafasnya boleh dirasa sejauh mata memandang, maka Nabi Isa a.s. akan mencari Dajjal. Dan Isa bertemu Dajjal di pintu gerbang kota lid (sebuah kota dekat Baitul Maqdis), lalu dibunuhnya Dajjal tersebut.

Kemudian Isa menghampiri kaum yang dipelihara Allah dari kejahatan Dajjal. Maka diusapnya mereka dan dikhabarkan kepada mereka kedudukannya di syurga. Allah mewahyukan kepada Isa a.s. “Aku akan mengelurkan hamba-hambaku yang tidak terkalah oleh sesiapa pun, kerana itu selamatkanlah hamba-hambaku yang soleh ke bukit”, lalu Allah Taala mengeluarkan Ya’juj dan Ma’juj.

Mereka turun melanda dari tempat tinggi. Gelombang pertama melewati telaga Thiber, lalu mereka minum habis telaga tersebut. Kemudian datang pula satu kumpulan yang lain, kata mereka; “Sesungguhnya dahulu ada air di sini”. Nabi Isa dan para sahabatnya terkepung, sehingga sebuah kepala sapi lebih berharga bagi mereka dari seratus dinar bagi seorang kamu pada hari ini (kerana kekurangan makanan).

Maka nabi Isa a.s. dan pengikutnya memohon kepada Allah s.w.t semoga Allah Taala menghancurkan Ya’juj dan Ma’juj. Maka Allah s.w.t mengirimkan kepada mereka penyakit hidung seperti ada haiwan-haiwan sehingga mereka mati semuanya.

Kemudian Nabi Isa dan para sahabatnya turun ke bumi. Tetapi tidak sejengkal tanah pun di dapati melainkan penuh dengan bangkai-bangkai busuk. Nabi Isa dan para sahabatnya mendoa kepada Allah s.w.t semoga sudi menghilangkan bangkai-bangkai yang busuk itu. Maka Allah s.w.t mengirimkan burung-burung sebesar unta lalu di angkut bangkai-bangkai tersebut dan dilemparkan ke tempat yang diperintahkan Allah s.w.t.

Kemudian Allah menurunkan hujan, sehingga walaupun rumah-rumah tanah liat dan rumah-rumah bulu dibersihkannya. Sehingga bumi kelihatan seperti kaca, kemudian Allah perintahkan kepada Bumi; “Tumbuhkan tumbuhan-tumbuhan dan kembali keberkatan mu!”

Ketika itu sekumpulan keluarga, kenyang memakan sebuah delima dan mereka dapat berteduh di bawah kulitnya. Rezeki mereka sangat berkah, sehingga susu unta cukup untuk orang sekampung, susu sesekor sapi cukup untuk orang satu kabilah, susu seekor kambing cukup untuk sekeluarga terdekat.

Ketika itu mereka berada dalam keredaan Allah Taala. Tiba-tiba Allah mengirimkan angin yang baik memasuki ketiak mereka, maka tercabutlah roh setiap mukmin dan orang muslim. Maka tinggal orang-orang jahat belaka, mereka bercampur baur seperti kaldai, maka dengan itu terjadilah hari kiamat.

Dipetik dari Himpunan Cerita-Cerita Wanita dan Laki-Laki Dalam Al-Quran dan Hadis”, Jilid 1, ms. 52. © Hakcipta Terpelihara 1991, Syarikat Nurulhas.

Artikel mengenai Kedatangan Dajjal, Iman Mahdi dan Nabi Isa a.s: SINI

Neil Alden Armstrong

Neil Alden Armstrong (lahir pada 1930 di Ohio, Amerika Syarikat) adalah astronout AS, dan orang pertama yang menjejakkan kaki di Bulan. Pada 20 Julai 1969, Neil Armstrong dan Buzz Aldrin mendarat di Bulan dengan kendaraan udara kecil, yang telah dikirim ke Bulan dengan roket Saturn V dalam misi Apollo 11. Mereka berdua berjalan di Bulan, dan jutaan orang menonton peristiwa ini dari TV.

Dicopy paste dari : SINI

PERSOALAN: Korang rase betul ke Neil Armstrong ni penah jejak ke bulan?

Pernah ke tak hek? Ade orang kate betul, ade juge yang tak percaye. SAYE? saye pun tak tahu la. Dulu ade cikgu saye pernah cerita yang Neil Armstrong bile jejak bulan je die dengar bunyi. Bile balik bumi balik die dapat tahu yang ape yang die dengar tu adelah Azan, iaitu panggil solat 5 Waktu untuk orang Islam oleh seorang Muadzin. Then, die terus masuk Islam.

Tak tahu la. Bile difikir balik kenape takde projek susulan untuk ke bulan sekarang ni padahal sekarang ni teknologi lagi maju. Jarak bulan daripada bumi ade lah kira-kire 384,400 kilometer. Jauhh tu! Dalam perjalanan nak pergi bulan tu tak tersasul pergi mane-mane ke?

Dan ade pule kawan saye cakap bahawe cerita tu tipu. Sebab orang Barat ni selalu nak tipu tipu untuk mendapat Nama. Die pernah tanye saye yang betul ke matahari ade banyak lapisan? saye pun kate la entah la. Awk rase? Pastu die pun kate lah macam mane dorang kaji matahari sedangkan nak pandang pun sakit mate. Kite yang jarak jauh ni pun boleh rase bahang nye.


Saye pernah mempersoalkan bende ni kat ustazah. Betul ke Neil Armstrong pernah sampai bulan? Ade ke manusie boleh pergi bulan? Ustazah senyum je. Pastu ustazah cakap memang betul ade manusia pernah sampai ke bulan tapi orang pertama bukan Neil Armstrong. Saye tanye la siape? Ustazah jawab Rasulullah S.A.W kan pernah diangkat naik ke langit. (Isra' Mi'raj).

Kemudian saye tersenyum puas dengan jawapan Ustazah. Hehehe. Pasal Neil Armstrong tu saye pun tak tahu. Tadi saye ade bace kat internet, die pergi sane berdua dengan dua orang astronout yang bername Buzz Aldrin Michael Collins. Gamba-gamba dorang kat bulan tu macam mane dorang tangkap ek?

Dan posting saye yang sebelum ni, pasal bintang. Macam mane lah dorang dapat kaji dan tahu ade bintang lagi besar dari matahari, pasal ade berbillion lagi galaksi selain galaksi kite iaitu Bima Sakti ni kan? Wallahualam. Sungguh hebat ciptaan Allah sampai kite sendiri boleh jadi gile kalau fikirkannya.
"La tafakkaru fi zatillah walakin tafakkaru fi khalqillah"
Jangan kamu berfikir tentang zat Allah, tetapi berfikirlah mengenai ciptaan Allah.

Antara khutbah terakhir Rasulullah S.A.W:
"...Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku..."

Beberape jam selepas post yang ini, saye terjumpe satu artikel mengenai manusie yang pergi ke bulan kat SINI. Wah wah wah satu pengetahuan baru sekaligus menjawab pertanyaan saye tadi. Hahaha. Entah lah. Wallahualam~


Bumiku, Duniaku dan...


Planet yang sedang kite diami dikenali sebagai BUMI dan BIMA SAKTI merupakan galaksi dalam sistem suria bagi bumi dan juge 9 planet yang lain dan jaraknya dari matahari iaitu:

Utarid (57.9 juta KM), Zuhrah (108.2 juta KM), Bumi (149.6 juta KM), Marikh (227.9 juta KM), Musytari (778.3 juta KM), Zuhal (1,427.0 juta KM), Uranus (2,871.0 juta KM), Neptun (4,497.0 juta KM), Pluto tetapi pluto kini digelar planet kerdil dan dikeluarkan daripada kalangan planet sistem suria.

Mengikut wikipedia, sistem suria kite pule dipercayai terbentuk sekitar 4,600 juta tahun dahulu hasil pengumpalan gas dan habuk di angkasa yang membentuk matahari dan kemudiannya planet-planet yang lain. Ok, mari kite lihat pule saiz bumi di dalam alam semesta.

Bumi dibandingkan dengan planet selepasnya.
BESAR kan?

Bumi di bandingkan dengan planet sebelum.
KECIK!

Bumi dibandingkan dengan matahari.
SETITIK je.

Matahari dibandingkan pule dengan bintang yang lain.
SANGAT KECIL!

Matahari dibandingkan dengan bintang yang lain.
SUBHANALLAH

Gambar terakhir. Tak nampak pun matahari yang sizenye BESAR bagi kite. Bumi lagi la hilang terus dari pemandangan. KITE kat mane pulak time ni?

Tak nampak langsung kan?

Kadang-kadang saye tertanye selain bumi, ade tak lagi planet lain yang didiami oleh manusie? Sebab selain bima sakti, ade banyak lagi galaksi-galaksi lain yang terdapat dalam alam semesta ni. Bilangan nye pule terlalu banyak kan.

Dan ape pula yang akan kite lihat di sebalik langit, sebalik planet dan disebalik angkase? Takut jugak kalau fikir-fikir. Meremang bulu roma bile dengar orang cite pasal angkasa ni sebenarnye. Hehehe. Entah lah. Hanya ALLAH yang mengetahui.

Dalam bumi yang kecik tu pun manusie hidup saling bergaduh, bermusuh, berperang sini sane. Kenape ek? Lagi-lagi kalau Melayu sesame Melayu. Islam sesame Islam. Tu pun nak gaduh. Macam politik kite, pening saye memikirkannye. Sesame bangsa pun nak gaduh. Tak boleh ke nak berbaik-baik?


Para yahudi sekarang dah bersiap sedia untuk berperang dengan kite, orang Islam. Mereka sudah menyediakan senjata perang iaitu PEDANG platinum, bukan lagi senapang dah sebab mereka tahu suatu hari nanti segala ape yang terdapat di dalam bumi akan habis. Bahan api dah takde. Petroleum lagi la.

Sebab sudah tercatat di dalam Al-Quran bahawa nanti suatu hari Nabi Isa akan turun, Imam Mahadi akan muncul untuk bersame-same dengan orang Islam berperang dengan mereka. dan ketika ini semua bahan api dah takde, so perang gune pedang je la. Dorang da ready. tunggu mase je nak perang. Tapi KITE?

Kite masih sibuk dan leka dengan hal-hal yang melekakan. Semua yang melalaikan ni pun asalnye merupakan barangan Yahudi jugak kan? Taktahu la kenape Islam selalu ditindas. Jadi mangsa kutukan semua padahal banyak lagi agama lain dalam dunia ni kan? Dan selalu mereka tetap akan mencari jalan untuk memerangi umat Islam. Bukan lagi dari segi fizikal tapi dari segi mental.

Malaysia sekarang ni pun macam-macam hal politik. Pening betul saye. Tak amik tahu rase macam duduk di bawah tempurung. Bile amik tahu saye sendiri tak tahu mane betul mane salah. Kan senang kalau semua pihak berdamai je. Fikirkan care macam mane nak majukan Malaysia. Majukan umat. Daripade buang mase bergaduh. Hmm~ Susah lah. Manusia ooh manusia..

Mungkin saye masih muda dan mentah untuk memikirkan hal hal politik ni. Tapi saye rase sedih la tengok gaduh-gaduh ni. Kalau pemimpin pun dah bergaduh, rakyat macam mane pulak kan? Haih, taktahu kenape entry kali ni rase macam serius dan sensitif je. Saye sendiri pun masih leka dan lalai. Enak diulit mimpi dunia.

Tak tahu ape nak jadi. :(
*Seronok bace komen penghujah-penghujah kat SINI.

Friday, July 18, 2008

Khas buat ATA! Hahahhaa

HPEY BDEY ATATAAAAAAAAAAAAIK! :)

Smoge panjang umur dan murah rezeki ye ata! Yey kite dah sebaye dah! Tapi eyka tua 2hari. Huahuahuahua. Ata ni busuk orangnye. Tapi best. (blueks) Ntah pe yang bes pun tatau la. Haha. Die ni BAIK orangnye, agaknye la. HAHAHA. takde la. memang baik kot. Bajet gengster tapi die kate die malu ngan dak pompuan, DULU la. skrg taktahu la camne kan ata kan kan. :P

Kenal kat myspace tahun lepas. Tak perasan lgsg ade approve mamat ni. Layan pun cem biase je. Start perasan time die pun sibuk join web SYNKOZA dlu. Admin die pak Aiman/Auryn. Ingat tak ata? Sbb time tu situ tak ramai orang join. So bleh kenal kawan-kawan kat situ. Tapi skg web tu da tadak da. Haha. Cheyy ata dengan gambanye bediri atas skateboard. Bajet!! Huahuahua.

Start rapat bile pun tak prasan. Tapi First time YM pun tahun lps time nak raye kot tak silap. Kite due nak balik KEDAH kan kan kan. Pastu time cuti sekolah tahun lepas hari-hari YM ngan mamat ni sampai pepagi bute. Gile SAKIT MATE eyka tahu tak ata oi!! hahahaha. Rindu la pulak bile ingat balik. Hehehhe

Pastu ata ni suke main drum, skate sekarang ni gitar pulak ye ata? Grunge, Skate, INDIE, semua la die nak try. Haha. Pastu die punye semangat setiakawan tinggi (macam Dollah-kwn kls eyka) Agak nye laaa. Huahuahua. Setia gile kat sorang awek ni. Tapi.. Nak tahu lebih lanjut sile tanye tuan empunya badan itu sendiri. hehe :P

Nah deck baru hadiah eyka untuk ata. :P

Ata ni BANYAK betul cakap. Maybe sebab tu la boleh rapat ngan mamat ni. Macam-macam bende die nak cite. Pokpekpokpek je tak habis-habis macam maknenek! haha tapi best apeee. Tak la hambaarrr je kan. Hari-hari ade je la bende baru yang die nak share. Tu yang best tu! Haha. Sebab Ata jugak la eyka dapat kenal ngan diyana kan yana kan kan? Hehehe. Thanks ataaaaaaa tahik!

Jangan lupe 18 Tahun nanti kite jumpe okey! Kalau ade jodoh la hahahaha. Kalau takde jodoh nak jumpe nak buat camne ye dak? Lagipun eyka malas la nak keluar jumpe Ata. SEGAN! dan juge MALAS! la sebenarnye. Dok umah lagi bagus. hauhuahua. :P

Dah la. malas pulak nak cakap banyak pasal Ata ni. Cite pasal die esok pun tak habis agaknye. Hehehehe. Papepun Ata, mekasih kerane menjadi kawan yang baik.(baik ke?:P) Seronok dapat kenal Ata.(tipu je tu.ha3) Saaaaaaaaaaaaaaayang ata sebagai kawan je. Takleh lebih-lebih! Tak ingin pun nak lebih-lebih ngan Ata! hahaha. Semoge berjaye dalam hidup ye ata dan hepi hepi la selalu ok!:)

*Happy Bdey juge diucapkan kepade FARHABOMBASTIC yang ke-SEBAYE! Semoga panjang umur dan murah rezeki! THX sebab rajin visit blog eyka. hehe.:)


Thursday, July 17, 2008

Surveyyyyyyyyyy!

Ditagged oleh kakandaku Diana Hamasuba! Huahuahua. Dah lame tak buat tagging mentagging ni. Dulu selalu jugak jawab buat survey internet bile takde keje. Tapi sekarang dah jarang. Busy la katekan. Eceh! Busy la sangat~ hahaha.


1. Nama-nama timangan oleh orang yang tersayang :

Eyka!
Dulu khas family,relatives ngan jiran tetangge je panggil Eyka ni. Tapi sekarang hampir semua orang panggil eyka. Kawan sekolah pun ade la beberape yang da terbiase panggil Eyka.

Fatin, Aten.
Kawan sekolah/cikgu yang selalu panggil.

TWINKLE!
Hanim busuk yang panggil. :P

AWAK!
Kawan sekolah yang perempuan sahaja yang panggil. AWAK! dengan nada menjerit tu saye tau la dorang tengah panggil saye. Dorang jerit sebab saye ni pekak sikit agaknye. hahahahha. :P

2. Anda seorang yang . . . . .

Baik hati rasenye. hehehe
BISING-TAPI-CERIA kot.
kedekut! :P
Suke ketawe. tapi,
Sensitif jugak kekadang. huahuahua!!

3. Insan-insan teristimewa?

Mak Abah Ana Man Atin Ijat Cekteh.
Sahabat handai yang sentiase di sisi ketika ini. SIAPE? mereka! Siape?
korang laaaaa. buat buat taktahu lak. :P
dan juge manusia jauh yang kurindui buat mase ni. Iaitu,
SYAKIRAH, ili, Shima Azmi, Khalilah!, Alis dan juge..
ehem ehem! haha:P

4. Favourite Food?

Mee/kuetiau bandung sekolah punye.
Nasi goreng thai.
Anything WESTERN. *cheyy. haha
dan yang berkuah, bersup
serta masakan yang minyak die tak nmpk.

5. Favourite Colour?

HITAM nampak kemas.
PUTIH itu suci.
adik beradik MERAH
anything BRIGHT! hehehe
senang cite, ikut mood. =,="

6. Favourite Songs?

Mostly, yang didendangkan oleh,
Avenged Sevenfold! untuk yang jerit-jerit punye genre.
Silverstein pun rock! MUSE..
Secondhand Serenade..
Yang feeling-feeling. Tak kisah dan
senang cite, IKUT MOOD! haha

7. Sikap Yang Membuatkan Anda Stress

Orang yang terlalu EMOSI.
ANNOYING terlebih punye orang.
Yang selalu serius. TAKUT!
dan orang yang selalu fikir NEGETIF.

8. 3 Benda Yang Mesti Ada Dalam Handbag?

Takde handbag la camne nak jawab?. hehe
Tapi 3 barang wajib yang wajib ade
dalam saku baju sekolah,
duit, SAPU TANGAN dan juge kunci rumah!
Kalau keluar jalan-jalan lak,
PURSE, kunci rumah dan juge phone.

9. Kali terakhir anda menangis beria-ria?
Bile EMOSI mengawal segalanya. eceh. :P

10. Tag 4 of your friends/family (mesti buat okeh!)
Malas la nak tag. :S


First time jawab dengan penuh semangat. ha ha ha!

Wednesday, July 16, 2008

16 Julai - 16 Tahun

Syukur ke hadrat ilahi, saye dengan ini mengumumkan bahawe saye telah selamat hidup selama 16 tahun dan masih lagi bernafas di atas muka bumi ni! Alhamdulillah:).

Wahwahwah umur ku kini kian meningkat! Petanda kedut-kedutan akan mula menampakkan diri. haha. Takde la tua sangat. Baru 16 tahun. Satu setengah dekad. Mude lagi ape. Tak cecah 20 lagi. Sekolah pun tak habis lagi. Nak kawin jauh sekali. Huahuahuahuaha!:P

Dengan ini, saye ingin mengucapkan terima lah kasih kepada Mak Abah, adik beradik, cekteh, para pendidik, sahabat handai serta sesiapa sahaja yang dikenali kerane telah memberi tunjuk ajar serta sokongan untuk saya terus hidup dan berkongsi pengalaman hidup bersama saye selama ini.

Selain itu, saya juge ingin meminta maaf kepada sesiapa sahaja yang pernah terasa hati ataupun menyimpan dendam terhadap saye di atas kesalahan yang saye lakukan tidak kire lah samada dalam keadaan sedar, tidak sedar mahupun separa sedar. ngehngehngeh.

Lagi ape lagi ek?

Ha! Terima kasih la kepada sesiapa yang sudi memberi ucapan hari lahir kepade saye dan mendoakan kesejahteraan hidup saye tidak kirelah samada secara live mahupun melalui msg, SMS, kad, telefon rumah, myspace, friendster, blog dll. Terharu ni! Semoge kite same-same diberkati-Nya. Hehehe.

Dan buat kembarku, Nur Atikah Binti Mohd Anuar yang kini berada di Johor, Selamat Hari Ulangtahun kelahiran kite yang ke-16! hauhauhuaa. Jangan nakal-nakal ye tikah. Nanti raye ni eyka balik Johor buleh kite bertemu. Jgn lupe sediakan kek batik bebanyak. hahaha *Tikah ni kazen saye yang kebetulan lahir pade tarikh yang same, cume JAM keluaran je yang lain. hehehehe

5 Para pengwish terawal selepas pukul 12am/16July08.

SUMBER: Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).

HANIM! tepat pukul 12:00:54!
hahahhaa. apsal la 54 saat? kalau 1 saat kan best. :P

AJ, ex-classmate
Mekasih Ajey. Aku pun terkejut ko igt bdey aku! haha

Ana, kakandaku.
OI, dok satu rumah pun wish pakai mesej ka??
hahaha

Hafetz, kazen Alis.
Mekasih busy-busy pun igt gak nak wish eh. HAHA:)

Murni!
SAYANG awak murni. :)

SUMBER: Lisan, ketika berada di sekolah.

Ain Patrick!
"Happy bdayyyyy eykaaa!!"

Farah BUSUK
"Awak dah tua!"

Ayesha
"HAPPY BEDAY ATENN!!"

Syamimah
"Hari ni bday awak yeh??heppy bday!"

Arifah
"Selamat Hari Jadi!"

SUMBER: Komen kat Myspace.

Hanis Aleeya
THXX! walaupun lame menghilang,
still boleh jd pgwish terawal.hehe

Nawie
Kawan myspace yang tak kukenal.
SORRY, tapi thx!:)

Kikiey Deey

Same dengan Nawie, tak berape nak kenal.
Tapi tersenarai! HEBAT! hehe :P

ATIKAH, si KEMBAR!
hahaha. wish jugak tikah ye!!
THX tikahh!:)

Justin, My SHIZ!
Hahahaha..love you always SHIZ!:)

SUMBER: Komen kat Friendster.

Ana, kakandaku.
SEKALI lagi ko jadi pengwish terawal.
Tahniah! ko memang kakak yang prihatin.
hhehehe :P

Lyia.
MEKASIH lyia yang menyukai TORRES!
haha. torres busukk!:P

Izzu.
Tak ku kenal. Tapi die tersenarai.

JUSTIN, my shiz.
AGAIN! haha thankssss! so many wishes from u.
hehe

Mereka Bilang.
Tak kenal. Tapi die wish.
OKAY THX!:)

SUMBER: Kotak chat blog.

Sarahsamz.
Kak sarah sungguh baik hati.
hehehe mekasih.:)

Atin, kakandaku.
HA BARU NAMPAK NAME KO!
siut nye budak.hahahahahaha
btw thx aten!take care!:)

MiraRainbow.
Oh budak kenit macam Hanim. hahaha
Mekasih ye. :)

SHIRA.
Thx for the emoticon bday yg ade candle tu.
comeyy!hehe

Amirah, ex-classmate.
Wah wah wah ingat jugak awak ye.
THX AWAK!!:)

SUMBER-SUMBER LAIN: melalui msg di myspace/friendster.
Tak tersenarai. Sorrryy tapi thx!:)

Ape ape pun, tak kisah la pengwish terawal ke terakhir ke anda tetap rok!!:) Ade yang dah wish awal daripade dorang ni tapi tarikh belum 16 so tak tercalon. Haha. Niway thx sekali lagi kepada yang wish upcoming bday, currently bday dan juge belated bday. Saya HARGAI dengan ucapan berbanyak-banyak terima kasih. Hehe

Akhir sekali, Selamat Hari Lahir juge diucapkan kepada mereka yang lahir ataupun menyambult ulangtahun kelahiran pade hari Rabu bersamaan 16 Julai 2008, 13 Rejab 1429 (tahun islam). Semoga berbahagia selalu dan berjaya mencapai cita-cita yang dikehendaki. Amin. :)

Sepp sikit!! bday kite same! huahuahuahua

Sunday, July 13, 2008

Bermula Hari Rabu depan..

*Re-posting! [ why?? ]


Rabu depan ade Ujian Setara 2. Wuuuuu. Takut? Takut ke? Entah. Takut sikit je la agaknye. Hehehe. Study study dan STUDY!=)

Oh ye, selepas hari Rabu depan, saye berazam dan berharap untuk:
  • Berjimat cermat dalam perbelanjaan seharian.
  • Bangun awal, siap awal ke sekolah.
  • Belajar untuk memahami pembelajaran.
  • Kurangkan tido petang.
  • Tidak lagi merindui someone yang dirindui.
  • Lebihkan fokus di dalam kelas.
  • Menyiapkan kerja rumah.
  • Mengikut peraturan sekolah.
  • Menjadi seorang yang lebih berguna!:)
Kenapa Rabu?

Sebab Rabu depan merupakan antara hari terpenting dalam hidup saya.
Semoga segala hasrat dan azam saye tercapai.

Bermula Rabu depan. InsyaAllah. :)


Edit mengedit Gambar

Tadi saya berjalan-jalan di photobucket saye. Browse gambar lelame kat sane. Dan kemas kini album semua. Pastu ternampak la beberape gambar yang saye edit. Dulu saye memang suke ngedit gambar ni. Sekarang dah takde mase nak edit sangat dah. Edit pun simple-simple je.

Gambar sebelum: SINI


Kiri: Saye edit. Kanan: Kwn edit.
Gambar Sebelum: SINI

Klik pada gambar untuk besarkan. Gambar-gambar ni saye edit pada tahun lepas ke tahun lepas punye lepas ntah. Menggunakan Adobe Imageready sebab Adobe Photoshop takde serial no. so tak buleh gune. Wuahahahhaa. Kesiann!

Tapi takpe lah. Gune imageready pn okey gak pe. Nak buat GIF pun senang. Argh rindu pulak time sibuk ngedit-ngedit gambar dulu. Gambar di atas semua diambil mengguna kan kamera henpon 1.3mp je. hehe :P

Ade banyak dalam photobucket. Nak tayang semua ke? Hm takmau la. Segan la saye. Bukan nye lawa pun. Hehehe. Kalau lawa takpe la jugak kan? Hohoho. Gambar kawan-kawan kat myspace yang mintak tolong edit pun ade. Nanti lah bile bile saye rase saye rajin nak post gambar-gambar dorang saye post la ye? :)

Sekarang dah jarang edit gambar. Nak edit pun terkial-kial je. :|


Mengapa Rindu?

Sekarang mendengar, lagu Kotak Hati daripada Hujan.

12.36pm

Sekarang, hanye tinggal Saye, Man, Mak, Abah dan Cekteh di rumah. Ana keluar bersama yang terchenta, Atin pun same keluar bersame temannya kemudian terus ke rumah sewanye. Ijat pula entah ke mane. Saye berada di hadapan komputer Ana. Lame betul tak sentuh komputer die. Selalu sentuh Man punye je. Ngehngehngeh.

Kembali kepada tajuk.

Kenape mesti ade perasaan rindu? Warghh tensen betul bile rindu rindu ni. Korang tak tensen ke? Taktahu la pasal korang. Tapi saye, bile rindu saya akan merasa tensen, sedih, pilu, sayu, hiba, rimas, lemas dan sebagainya. Nak buat ape pun macam ade yang tak kena je. Waaaaaaaaaaaaa. sedihhhhhh betul. Lagi-lagi bile orang yang kite rindu tu jauhhh je pastu jarang contact. Hauhuahuahaa.

Kenape rindu? Entah lah. Tibe-tibe je terase macam nak rindu. Tibe-tibe je datang Rindu tu. Sibuk je kau ni rindu. Berambuslah. Sakit otak aku bile kau datang tibe-tibe. Kan best kalau tak rindu. Kan best kalau tak teringat. Kan best kalau semua kembali normal. Tanpe perasaan rindu ni. Kan kan kan?

Macam mane nak hilangkan rase rindu ni ha? Busykan diri anda dengan aktiviti. Itu yang cuba saya lakukan. Dan keputusannya, rindu tu tetap ade! tapi hilang bile bersama rakan di sekolah. Tu yang best stayback lelame kat skolah tu. Takpayah rindu rindu. Hahaha. Kalau kat rumah, bile sorang-sorang je kite akan terase sepi pastu timbul la perasaan rindu yang mengada-ngada ni. Menyampah!

Hihihi. Dengan orang yang ade di depan mate ni taknak pulak wujud perasaan rindu tu. Sebab ape? Sebab dah die ade kat depan mate kite buat pe nak rindu ye dak? Bile mereka tiada di depan mate tibe tibe baru la terasa rindu. Argh manusia manusia. Pening aku dengan manusia. Pening aku dengan karenah diri sendiri.


Lagu bertukar, kini mendengar lagu Hampir daripada Hujan.

Susahhhnye bile da wujud perasaan rindu tu. Sebab bile da ade, susah nak buang. Tu yang susah nye merindui orang ni. Hahahaha. Fatin, awak rindu kat sape ni fatin?? Mesti kawan sekolah yang membace ni mesti tertanya-tanya kan kan? hauhuahuaha. Ado ar rindu kat someone. Rindu juge kat kawan-kawan yang dekat mahupun yang jauh, kat masa-masa lalu.

Biase la tu kot. Tapi nak buat camana. Mase lalu biarlah berlalu. Sekarang mase ni lah yang penting. Lakarlah memori, lakarlah kerinduan bagi mase depan pulak. Sedih sedih sebab rindu tu biarlah. Satu hari akan hilang juge. Bile teringat orang yang kite rindu tu memang rase seronok, best je ingat. Tapi dalam 5minit pastu, kite akan sedih pulak sebab rindu. Hahaha. Manusia ooh manusia.

Pastu lagi sedih bile kite fikir-fikir kite je yang rindu kat orang tu padahal die tak ingat langsung kat kite. Ha tu lagi parah tu. Sebab tu kadang-kadang malas nak fikir pasal semua ni. Tapi biase lah manusia.

Takpe lah, sekarang ni tengah cube untuk tidak merindui! Rase lega je bile dah hilang rase rindu tu nanti. Semoga tercapai hasrat! Kepada orang yang dirindui pule, semoga bahagia dengan hidup masing-masing. :)

Dari tadi asyik mendengar lagu Hujan dalam Windows Media Player. Bile dengar lagu-lagu Hujan taktahu kenape tibe tibe je wujud perasaan rindu. Hmm...? Entahlah. Layan je la ye! Sronok gak rupenye melayan perasaan ni kekadang. huahuahua. :P

Sarah, awak nak pindah dah.
Nanti bertambahlah lagi list orang yang akan saye rindu!:(



Pergaduhan Internet

Comel je vid ni. Cerita pasal Myspace, Facebook, Friendster dan lagi satu tu ape ntah tak sure la. :D *Pause music player tu dulu.



Jumpa kat blog Sue Anna Joe (bududanbelacan). hehe :D
See also the related videos.

Saturday, July 12, 2008

Sabtu sabtu sabturday!:D


Wargh! Perutku terasa senak+mual kerana makan banyak sangat harini! Fuhhh gile tak larat nak bangun dah sekarang ni. (ayat hiperbola je,sbenanye bleh lagi bangun jalan-jalan) Haha. Lemak dan makin bertambah sebab tu bontot da berat,agaknye. Sebab tu malas nak bangun. hehehe. :P

Sarapan:
Nasik Lemak 20 (sebab beli kat sec20,bukan 20kuantiti)
Putumayam satu keping.
Milo ais.

Tengahari:
Masakan mak.
Milo ais.
Buah jambu batu.

Petang:
Keropok yang mak masak
DURIAN 4-5ulas je.
Manggis bape ketul tah.
Donut J&CO 2ketul

*Time ni pun perut dah senak + fulled.

Malam:
Cookies dapat kt wedding Vishnu (jiran)
Nasik goreng ayam lemon.
Roti bakar 2 ketol.
Honey lemon tea.


Buah-buahan tu tibe tibe je ade sebab Abah baru pulang dari kursus mane ntah. Pastu dapat free buah-buahan. BANYAK pulak tu. lagi lagi durian. Abis rumah bau durian dah sekarang ni. Hehehee. Tapi takpe la. Sebab best oo makan buah banyak banyak dan BANYAK!:)

Donut lak Atin yang bawak balik sebab die ngan Ana keluar tadi. Saye je malas nak ikut. Dok umah lagi syok agaknye. hehehe. Tapi dok rumah tak buat pape pun. Tido je banyak. Study? ade la jugak. bace buku sejarah. Sebab nak tido. Hahahaha.


Pastu dalam pukul 7 tadi kami ber-6 (satu family kecuali Man je yang tak ikut) pergi menghadiri perkahwinan jiran yang bernama Vishnu (Indian) di Dewan Peladang, Jalan Templer, Petaling Jaya. First time woo menghadiri wedding orang India. Boleh tahan la meriahnye. Best gak la. Tapi kitorang sampai lewat sebab SESAT. huahuahua.

So tak sempat nak makan makan dan makan. Sebab tu pergi makan kat tempat lain. Hehe. Kat wedding tu kitorang je Malays agaknye. Time nak masuk pagar dewan tu pun ade pak guard tu cakap kat kitorang:

Guard: Ni kenduri orang India la.
Ijat: Jiran jiran! Neighbour.
Guard: Oh ok ok, masuk la. *senyum.

Hehehe. kelakar je. Kitorang pakai baju kurung, lain lain sume pakai sari dan juge punjabi. Dorang pun pelik agaknye asal kitorang sesat datang. Haha. Tapi family Aunt Radha (jiran) antare yang kitorang dah lame rapat sejak kecil lagi. Vishnu & Leyka (anak aunt Radha) pun teman sepermainan ana ngan man time kecik dulu.

Saye tak sempat sebab time tu saye lagi kecik agaknye. Sebab mase saye umur 7tahun, kami sekeluarga berpindah ke Sabah dan menetap di sane selame 4Tahun. Daripada darjah 1-4 saye sekolah kat sabah. Kire zaman kanak-kanak saye di Sabah la. Zaman ana ngan man time kat sini seblom pindah sabah then balik ke sini semula. hehehehe. Dorang duduk betul-betul seblah rumah kitorang.

Btw,rase kaku je kat wedding tu. Kitorang pun ikut je ape yang tetamu buat. Sebab taktahu pape kan. First time la katekan. Huahuahua. Dah la kat situ ramai mamat ensem. NI yang payah ni. Orang bollywood kan tinggi-tinggi + hidung tajam. Ensem! Relatives dorang pun sume educated belaka. Tengok muke pun dah tahu. Dah la vishnu muke macam hans isaac sikit. Serius! hehehe.

Papepun, Congratulation diucapkan kepada Vishnu dan Isteri. Selamat pengantin baru dan semoge bahagia kekal ke anak cucu. Hehe :D

Gambar ade amik sikit. Tapi nanti la upload oke.

Peristiwa Minggu ni..


Hai kawan-kawan!:)

Oleh kerana lame tak update dan malas nak update dan juge takde mase nak update,di sini saye kepilkan terus beberapa peristiwa/aktiviti saya sepanjang minggu ini.

Sekolahh!! hahaha. Ape yang menarik sangat tentang sekolah ni ye? Hm hm, pikir jap. Oh ye mggu ni kene buat presentation for English. ULBS for the second time. Yang first dulu sorang-sorang je, tapi kali ni kene buat berkumpulan. So minggu lepas kami (saye,hanim,ain dan farah) sibuk menyiapkan segalanya. Teacher pun macam strict je so kene buat betol-betol punye betul. Kalo tak, nanti kene reject. Susah je kene buat balik.

Kami kene present pasal ape ape tajuk literature form 4. Kump kami dapat tajuk The Road Not Taken. Senang je kut. Dah lepas present dah pun. Alhamdulillah kami berjaye jugak walaupun mule mule tu rase berdebar gilegilegile. Taktahu pesal berdebar. hahaha. Tapi bile da start present tu tak de la bedebar mane pun.

Lepas tu, untuk ULBS Bahasa Melayu kali kedua juge perlu secara berkumpulan. Kene buat forum. Tak kisah tajuk ape. Tak bincang lagi nak amik tajuk ape. Nanti-nanti lah bincang ye. Minggu lepas banyak kali stay back sampai petang. Letih oo. Tak cukup nak tidur petang. Hahaha. Tapi seronok pule stay petang tengok bebudak form1 ngan form2. Comel! kecik je dorang. Rindu lak time dedulu mase form 1, form2 mesti kecik camtu gak. hehehe

Lepastu, start semalam(jumaat) sape yang datang lambat ke sekolah akan disuruh naik ke atas pentas. huahuahua. dan macam biase, saye ngan hanim memang hari-hari datang lambat. Skrg ni dalam pukul 6.55am/7am baru nak mandi. Dulu 7.05 rase macam dah lewat sangat tapi sekarang pukul 7.05 tu rase cam awal je. Start jalan g rumah hanim pun kurang-kurang pkul 7.15am. Hahahaha

Semalam sampai sekolah je tengok ramai dah kene naik pentas. Saye ngan hanim terselamat tak kene naik pentas. Lalu pintu belakang. Pastu pengawas yang nmpk pun macam buat taktahu je. Saye ngan hanim pun buat taktahu je la. Gile la. Nex week tak buleh nak lewat-lewat dah! Kalo tak nanti kene ketuk ketampi 20 kali+PSP(markah disiplin) sebanyak berape ntah. Ngehngehngeh.

Ok, nanti sambung balik!:)

Wednesday, July 09, 2008

Gambar Hiasan je.

Kehidupanku kini semakin bertambah sibuk. Jarang ade mase nak online lelame. Tak kisah sangat pun dapat online ke tak. Online bukan lagi merupakan priority utama saye sekarang ni. Banyak lagi benda lain yang perlu disetelkan terutama bende berkaitan dengan kehidupan saye seharian.

Pasal kehidupan tu semestinya sekolah menjadi priority utama. Ye, pagi saye bangun gosok baju, mandi siap siap untuk ke sekolah. Balik sekolah selalunye saye memang akan online. Lagi-lagi time sekarang ni Man,Ijat dan Ana takde kat rumah sebab dorang ade kelas. Time malam baru nampak dorang.

Tapi saye online sangat sekejap sebab terlalu letih, saye lebih suka tidur. Lepas tu bangun, ulangkaji pelajaran kejap. (makna sekejap tu memang sangat sekejap) hahaha. Blog ni pun bile ade mase baru update. Ni pun sebenarnye tengah ngantok gak ni. Tapi saje curi mase nak update kejap. Hehehe.

Oklah, selamat maju jaya kepada mereka yang akan menghadapi sebarang ujian dan peperiksaan dalam mase terdekat ni. Yang takde ujian dan peperiksaan pun takpe, selamat maju jaya untuk kamu juge. Semoge berjaye dalam kehidupan seharian. :)

Buat pertama kalinya,saye berasa seronok
dan tidak terlalu stress untuk membusykan diri. :)


Bercerita tentang kawan

(tajuk pemes yang selalu saya nampak)

Assalammualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada kawan-kawan yang di kasihi. Tidak kira lah kawan sekolah mahupun kawan di alam maya kerana semua orang yang saya kenal dan mengenali saya merupakan kawan-kawan saya. Asyik pasal kawan je. Kenape ye?

Kerana setiap hari kite akan bertemu dan bercakap dengan seseorang. Dan seseorang itu lah yang kite gelar sebagai kawan, memandangkan mereka bukanlah adik-beradik dan juga ahli keluarga kite, ye kan?:) Kire kawan juge sudah masuk dalam rutin harian kite.

Asalkan kawan, sejati tak sejati saya dah tak kisah sangat. Nak kawan untuk kepentingan diri pun takpe asalkan tak effect kehidupan saye dengan teruk. Kite juge kena pandai bawak diri. Nak kawan taknak, tak kisah la. Sebab hidup ni tak boleh bergantung sangat pade kawan. Sebab semua ni, hidup kite, masalah kite semua berkait tentang kite je.

Lagipun, kawan sentiase berubah. Dari alam tadika, sekolah rendah sampailah sekarang ni, bermacam jenis kawan-kawan yang saye dah kawan. Ade yang suke, ade setengah yang saye tak berkenan sangat tapi saye cube untuk menerima mereka seadanya. Kawan baik saye pun ramai yang dah pindah, hidup jauh dari saye. Ade jugak yang dah lost contact. Tapi kami pernah berkawan dan tetap berkawan.

Asalkan kite mempunyai kawan yang sudi memanggil nama kite, sudi bercakap, berkongsi cerita, bergelak tawa dan makan di kantin bersama pun dah dikire sejati. Tak kisah lah die ikhlas ke tak yang penting kite ikhlas. Sebab saye malas nak amik pusing hal-hal sejati tak sejati ni. Buat sakit otak dan juge boleh merosakkan mood serta menimbulkan kekacauan dalam hubungan seharian kite dan kawan kite je.

Jadi, jangan lah terlalu emosi bile terfikirkan tentang kawan. Oh, aku takde kawan. Takde sape nak kawan ngan aku. Aku ingat die kawan sejati tapi.. blablabla. Die ingat aku time ade masalah je. Die lupe aku dan sebagainye lagi. Ala, saye pun kekadang bile sorang-sorang, persoalan macam tu akan timbul.

Biase lah tu, manusia memang macam tu. Tapi sekarang saye dah malas nak ambil pusing hal-hal macam ni. Cuba untuk berdikari. Cuba untuk melakukan segalanya dengan sendiri. Memang kite perlukan teman, tapi tak usahlah memikirkan sangat tentang sejati tak sejati tu. Bile kite terase ngan kawan kite, mulelah kite fikir yang die bukanlah kawan kite dan sebagainye.

Kesian kat kawan kite tu. Die pun sibuk dengan masalah sendiri yang kite pun taktahu perkara yang sebetulnya. Bile die buat something atau pergi mane-mane tak bagitahu kite, kite mule lah rase yang die lupe kite dan sebagainya tapi perkara sebetulnye bukan macam tu. Mane boleh kawan lupe kat kite. Die tak ajak tak bermakne die tak ingat kite.

Mungkin ada hal disebalik hal yang kite nampak yang kite tak tahu. Jadi, jangan lah terlalu melayan emosi kawan tak kawan ni. Bende ni betul boleh merosakkan perhubungan yang pade mulanya elok je. Die ajak, kite pergi. Taknak ajak takpe, takyah kisah sangat.

Haih, susah nak terangkan maksud yang saye nak terangkan ni dengan kate-kate. Harap faham faham lah sendiri ye. Hati manusie berubah. Kadang kawan kite tu memang baikkk sangat sejati dan sebagainye. Kadang yang lain lak kawan kite tu macam taknak layan kite. Tu biase lah, tapi jangan terlalu emosi memikirkan kawan ni. Sebab takde pape pun. Wasting time je emo pasal kawan.

Nak datang, datang. Taknak datang dah. Tak kisah. Yang penting kalau kawan kite tu datang untuk meminta tolong, kite tolonglah dengan ikhlas. Tak perlu minta balasan. Bile oneday kite minta tolong kat kawan kite tu, die tak dapat nak tolong, tak perlu lah nak ungkit dan bersedih. Itu juge telah menunjukkan sifat kite yang menolong dengan harapan die akan tolong kite balik. Cube lah untuk usaha sendiri. Berdiri atas kaki sendiri lagi seronok sebenarnye.

Macam saye, orang mintak tolong saye edit page, edit pic, edit ape ape je lah yang berkaitan internet ni, boleh je saye edit JIKALAU saye free. Tak kisah sangat pasal balasan tu. Cukup lah dengan ucapan terima kasih. Kalau takde terima kasih pun takpe, sebab time tu lah kesabaran kite diuji. So, saye sabar je la. Malas nak ambil pusing. Tak berapa nak kisah sangat la. Janji saye dah cube untuk tolong.

Yang penting,
Allah perlu sentiasa di sisi. Dan sifat sabar perlu disebatikan dalam diri.

Baik fikir dan buat kerja lain, lagi bagus. Kan?:)



Saturday, July 05, 2008

Camp ROCK!





Tak sabarnye nak tunggu cite ni keluar!:)
CAMPROCK! JONAS BROTHERS ROCK! JOE JONAS ROCK! DEMI LOVATO ROCK!

semuanya rock rock belaka! :)