Dashboard
Refresh
New Post
Sign Out
Gallery Myspace Facebook Twitter Friendster

Saturday, August 30, 2008

FRIENDSHIP

.Befriends with bunch of different types of people.

We meet, we laugh, we fight, we back together again, we smile, we walk, we eat,
we gossips, we make troubles, and any other things that
we DID and DO together.
Thats how our Friendship goes.
Even some of them are in other schools or classes,
We still manage to keep in touch. We still close and we LOVE each other.

Fighting, unsatisfy-ing, jealousy, prejudice, misunderstanding, and any other
Friendship problems are normal.
The different is how we SOLVE our problems together. :)

and yeah.. I LOVE THESE PEOPLE...


Started in primary school. Suhaila, Erisya, Sabrina, Syakirah n Intan.

(all of us are in different schools right now)

and then, Secondary school with different people as in the primary's.

Secondary friend meet up with my primary school friend

and I meet their primary school friend.

and we even hang out together..

Both from primary's and secondary's

Grown up together in Secondary since Form 1.

Secondary school friends

and bestfriends..

Then i met these girls from other secondary school

and we become close..

But I'll never forget my other friends.


.NEVER WILL I FORGET ANY OF YOU! :)
(coz it will take forever for me to forget all of you.hehe)

We've been together through ups and downs
Never classified them into something like
Primary or secondary
New or OLD.
Coz they're all my friends.
and will always be my friends
Even we're not gonna be close like we used to.

.ISERIOUSLYLOVETHEMALLEQUALLY.

...and i miss them too. =(


Menang anugerah lagi sekali

Yeah yeah. Menang award lagi! hauhuahuahua. Terharu tak terhingga. Terima kasih tak terhingga diucapkan kepada mereka yang sudi memberi award. Anugerah tersebut akan ku sematkan dengan kemas di dalam blog ku ini dan juge di dalam hatiku. Ececeh. hahahaha. :P Hehehe. Malas nak cakap banyak sebab dah selalu cakap banyak hari-hari, so..

Spread The Love Award
Thanks to HidayahAdmar for giving me this award!:)
"This award is for those bloggers who are nice people. Good blog friends and those who inspire good feeling and inspiration also for those who are a positive influence on our blog world."
Creative Blogger Award.
Got this from FarhaBombastic! :)
1. The winner may put the logo on her blog.
2. Put a link to the person you got the award from.
3. Nominate 5 blogs.
4. Put links to the blogs.
5. Leave a message for your nominees
The nominees are..... MALAS hahahaha. :P

And this GREAT BUDDY AWARD from Dianalulu. :)
"Eykahamasuba mesti nak tahu ken nape saye baik2 bg awk GREAT BUDDY AWARD. Haha. Awak BEST! Tak SOMBONG! CUN! Blog yg awak post pun BEST2! Sudilah Cik Eykahamasuba mengambil award yg tak seberape ni. Saye IKHLAS. Hihi." - Diana. =)
...You guys make me smile. hehe :P


Friday, August 29, 2008

Hari Kemerdekaan

Hari ni ade Sambutan Hari Ambang kemerdekaan.
Tempat: Sekolah.
Masa: 7.20am-12.30pm (kot)

Description: Boleh la. Ade undangan khas Datuk Aziz Satar datang melawat sekolah kami dan memberi ucapan dan cerita kemerdekaan. Beliau sungguh comel, serius. Tak sangke seniman berada di hadapan saye ketika itu. Walaupun jarak jauh, ku tetap dapat melihat kelibat kecomelan beliau dengan jelas! hehe.

Lepas tu, drama drama and drama. Bukan takat drama kemerdekaan je, kehidupan real pun penuh dengan drama. PENAT nak layan semua orang. Jadi diri sendiri dikata salah, nak jadi orang lain, diriku tak berminat. Habis tu nak jadi ape? Mulut orang macam-macam. PENAT nak layan semua, PENAT nak jage hati semua orang. dan sekarang..

Malas nak amik tahu dah. Amik kisah salah, tak amik kisah pun salah tapi at least kalau tak amik kisah kite sendiri akan rase senang hati. Impian ku kini adalah ingin HIDUP BEBAS TANPA KONFLIK. dan pedulikkan mereka yang hipokrit. Nak hipokrit, tak kisah. Saye penat lah dengan semua bende ni.

Impian kedua : TAK SABAR NAK HABIS SEKOLAH. dah malas nak suke suke datang sekolah. Malas nak cube suke sekolah. Sekarang, memang PENAT dan malas untuk suke untuk ke sekolah kerana di sekolah lah segalanya bermula.

Ketiga : HIDUP JAUH DARI MEREKA. Mereka yang terlalu sukar untuk menerima kelemahan orang lain. Mereka yang sering mencari kesalahan orang lain tapi kesalahan diri sendiri tetap dikatakan berpunca daripada kesalahan orang lain. Senang cerita, mereka yang membuat hari hari saya kini semakin suram.

Keempat : INGIN BERTEMU TEMAN LAMA. teman sekolah rendah iaitu SYAKIRAH, erisya, sabrina dan juga intan. Bile kite boleh berkumpul seperti dulu? Rindukan saat manis, saat gembira tanpa konflik bersama mereka. Saat semua gembira menjadi diri sendiri dan memahami antara satu sama lain serta menerima antara satu sama lain SEADANYA.

Kelima : Rindu ILI NURYUMNI SAUFIAN. Saye rindu awak. Tempoh perkenalan tak menjamin kebahagian dan keutuhan persahabatan. Tapi sikap faham memahami tu PENTING. dan juge bertolak ansur serta menggunakan otak untuk menyelesaikan segala permasalahan yang berlaku.

Kini, tidak mahu mempercayai sesiapa selain keluarga dan diri sendiri. Hati sakit, otak runsing, hari suram tapi saye masih mampu TERSENYUM. Senyuman ikhlas ku beri kepada mereka yang terlalu suka berkonflik. :)

...dah, saye PENAT la dengan semua ni.


Thursday, August 28, 2008

Saye tak tahu kenape

Baru-baru ni kan saye tak tahu la kenape emosi saye sering terganggu.
Sebab tu ah slalu post pepanjang. kakakakakka. :P
dan bebaru ni juge,
banyak bende telah berlaku.
Antara saya, kawan-kawan dan juga SEKOLAH.

PERASAAN?
Letih, Penat, Sedih, Kecewa, MALAS, rindu, geram, marah, pelik, lega, gembira, tak kisah, blur, sensitif, seronok, Sume ade.
Lengkap satu set emosi untuk satu minggu persekolahan.

Sabar je la kan. hauhuahua.:P


Bercerita Mengenai Perubahan

Saye tak paham la kenape ade orang yang suke tengok dan komen tentang perubahan orang lain tapi tak pernah nak perasan tentang perubahan diri sendiri terlebih dahulu. Mereka yang mengomen ni sudah benar-benar faham ke dengan perasaan,jiwa,raga dan situasi yang dialami oleh orang yang dikomen sampai boleh mengatakan tentang perubahan orang lain.

Perasan tak, selalunye orang yang tak rapat yang rajin melihat tingkah laku dan segale perubahan diri kite. Memang kite pernah rapat tapi tak semestinya mereka boleh judge dan bandingkan diri kite dulu dan sekarang sedangkan mereka tak rapat pun dengan kite dan tak selalu bersame kite. Kawan rapat pule jarang memberikan komen tentang perubahan kerane mereka selalu bersame kite dan faham tentang situasi yang dialami.

Kawan yang PERNAH rapat (dan sekarang tak rapat) selalu nak membandingkan diri kite yang dulu dan sekarang sebab mereka tak selalu bersame kite. Tapi kawan yang betul-betul faham dan rapat dari dulu dan sekarang tak pernah nak bandingkan diri kite yang dulu dan sekarang tetapi mereka cube untuk memahami tentang situasi yang berlaku sebab mereka selalu bersama kita.

Mereka juga cube untuk menerima segala perubahan secara baik dan terbuka tetapi mereka yang kite dah tak berape nak rapat pule akan memandang negetif terhadap segala perubahan yang berlaku. Mereka lebih suka cakap belakang daripada cuba untuk memahami situasi. Mengapa mereka lebih rela membazir masa memikirkan tentang perubahan orang lain daripada mengulangkaji pelajaran yang semakin hardcore ketika usia semakin meningkat?

Macam mane mereka boleh mengatakan tentang perubahan sedangkan mereka jarang berhubung dengan kite. Adekah mereka expect perangai kite sentiase sama dan static tanpa dipengaruhi oleh masa,usia,hormon,persekitaran dan emosi? Atau mereka memikirkan tentang perubahan tersebut kerana mereka sudah jarang berhubung dengan kita?

dan kenape selalu nak pandang yang negetif tanpa memikirkan positifnya perubahan tersebut mengikut masa dan persekitaran? Ingat, semua orang berubah dan akan berubah. Perubahan akan sentiase berlaku. Tapi janganlah terlalu memandang negetif tentang segala-gala perubahan yang berlaku kepada seseorang.

Setiap orang mengalami perubahan dan setiap perubahan seseorang itu mesti akan ade je orang nak komen negetif tentang perubahan tersebut. Sifat faham-memahami amat penting. Kadang-kadang tak hairan lah kenape orang boleh jadi hipokrit sebab mereka rasa serba salah untuk jadi diri sendiri. Takut orang tak terime diri dan perangai mereka yang sebenar. Jadi hipokrit salah, jadi diri sendiri pun salah. Tak paham tol la kadang-kadang!

Saye lebih suke jadi diri sendiri. Dan ini lah saye yang sebenarnye. Siapa yang boleh terima dan melihat saya sebagai SAYA, terima kasih saye ucapkan. Kepada mereka yang suke memberi komen yang negetif terhadap saya, ataupun mempunyai perasaan dengki, jeles, busuk hati semua tu saye doakan anda bahagia dan semoga pintu hati terbuka untuk menghilangkan perasaan-perasaan tersebut.

Semua perkara yang terjadi punya hikmah yang tersendiri. Baru kini saye dapat melihat dengan jelas siapakah kawan yang benar-benar memahami dan CUBA untuk memahami diri saya luaran dan dalaman serta menerima diri seadanya dengan kawan yang hanya memahami saya dari tingkah laku fizikal sahaja.

Kite kene ingat, tak semua bende yang kite lihat benar-benar seperti ape yang kite LIHAT. tapi itu lah, luaran mencerminkan juge dalaman. Tapi tak semua luaran yang baik juga baik dalamannya. Yang penting, kite tidak boleh mempercayai sesiapa pun lebih dari kite mempercayai diri kita sendiri. :)

Sorry, TERemo sekejap. hahaha :P

Monday, August 25, 2008

Cerita Seorang Bendahari.

Sekarang lagu : Bilaaa rinduu terkenangkan dirimu terasa sayuuu..

Haih rindu la pulak bile terdengar lagu ni. Haha. Boleh kate semua lagu slow-slow tak kire la lagu omputih ke lagu melayu ke mesti berkisar tentang rindu rindu ni. Mane tak terfeeling bile terdengar lagu-lagu mcam tu. haha. Lain la lagu nasyid kan kan. Nasyid ke marhaban ke baru tenang jiwa ni. Tapi jarang pulak dengar lagu macam tu. Kenape ye? Entah la. Saye pun same je macam tu. hehehe. *sengih-sengih cam kerang busuk. kakakaka

Hm, tadi baru lepas kire duit kelas 4Pesona tahun 2008 (untuk pengetahuan, saye merupakan seorang bendahari kelas yang berdedikasi) :P Dah lame tol tak kire dan kutip duit kelas. Bukan malas, cume sibuk je la akhir-akhir ni. Dulu awal-awal tahun rajin la jugak mintak mintak duit ni. Bile dah tengah tahun rase macam sibuk sangat-sangat. Sampai ade kawan sendiri nak hulur duit sebab nak bayar untuk kelas punye duit, tanpa diminta. hahaha.

Cara saye meminta duit untuk mereka membayar senang je. Ade dua cara. Tapi mule-mule mesti kene bagi pengumuman depan kelas suruh semua orang bawak duit pade keesokkan harinye. Selalunye pengumuman dibuat apabila duit yang perlu dikutip diperlukan dalam mase terdekat seperti duit potostet ke, keceriaan ke dan sebagainye. Duit kelas jarang sikit pakse dorang bawak sebab duit kelas ni bile-bile boleh bayar.

Saye: Ehem! Korang, esok bawak duit tau. untuk *blablabla

dan bile citer bab duit je dah tentu akan banyak la jugak bende keluar dari mulut dorang. Ade yang tak kisah dan buat taktahu je, ade yang merungut dan yang memang tak kisah dan boleh bayar tapi sesaje je nak merungut. Antaranye :

Huh! Duit lagi!.. Kalau tak nak bayar macam mane? Bendahari pun tak bayar lagi. And blablabla. Lepas tu saye akan berkate :

Hahaha nak tak nak kene bayar jugak. So, BAWAK esok, jangan cakap banyak! kalau tak bawak jugak.. pancung kapla! *sambil menunjukkan isyarat kerat leher.

Pastu ade la pulak makhluk yang bersuara :

"Wah! Macam along! Takutnyee! Jangan la garang sangat" Tak kurang juge muke orang yang tak amik kisah langsung. Hahaha. Saye dengan muke malas nak kisah pun hanye mampu tersengih. Kadang-kadang tu ade jugak makhluk lain yang akan tolong jawabkan seperti, "Kami bukan along, kami cume nak tolong" hahahhaa.


Begitulah situasinye. Tapi budak-budak kelas saye ni tak agresif sangat. Meriah sangat dorang ni. hehe. Walaupun memang banyak alasan la yang dorang bagi tapi mereka tetap mengikut kate-kate ku yang merupakan seorang bendahari yang baikhati lagi berwibawa ini. kakakaka. Kadang-kadang dorang cakap je taknak bayar, tapi last-last bayar jugak. hehe.

Cara pertama untuk mintak duit. Esok pagi, selepas memberi pengumuman supaye dorang bawak duit, saye sendiri datang kat meja sorang-sorang. Mintak duit menggunakan cara yang sepatutnye bagi orang yang berlainan. Kalau kat perempuan dorang selalunye ikut je cakap saye. So senang sikit kerja. Kalau kat lelaki pulak dorang ni macam kentut sikit. Hahahaha. Ade banyak la alasan dorang bagi. Duit aku kat si polan. Ko pergi jumpe si polan kate aku suruh bayar. So pergi la jumpe si polan ni sebab memang satu kelas pun. Pastu si polan ni pun bagi seribu alasan. Dah malas nak layan, saye pergi kutip kat orang lain pulak.

Cara kedua pulak, hari esoknye tu sebelum cikgu masuk ke time cikgu takde ke time cikgu suh buat keje sendiri tu buat je pengumuman kat tempat duduk sendiri. Cakap kuat- kuat : Eh! Duit potostet semalam tu, jangan buat buat lupe lak ye! Hahaha. Lepas tu dorang dengan otometiknye akan datang sendiri kat meja saye untuk bayar duit duit tersebut. Keje saye senang je la lepas tu. Just tande name dan kire kire duit. hehehehe.

Kadang-kadang tu tak payah pun kutip dorang dah pandai datang sendiri kat saye nak bayar duit. Duit kelas la especiallynye, sebab duit kelas saye memang jarang sikit kutip. Senang suruh dorang bayar sekali untuk setahun. Sebulan 2Ringgit so setahun dalam RM20++. So selalu duit kelas memang dorang sendiri yang datang untuk membayarnye. Sebab duit kelas ni saye suke kutip time akhir-akhir tahun je. hehhe.Yang tak bayar tu ntah saye macam malas nak pakse pakse ni.

Tapi sape yang tak bayar tu tak dapat la join jamuan akhir tahun kelas. Kire keputusan nak bayar tak nak bayar tu terletak kat tangan dorang sendiri la. Sape yang nak datang jamuan, bayar. Sape taknak datang takyah bayar penuh, tapi still kene bayar untuk duit suratkhabar ke, duit plastik sampah dan sebagainye. YE la, masing-masing dah besar so pandai-pandai la pikir sendiri kan kan.


Saye sendiri pun tak bayar lagi duit kelas. huahuahuaa. tunggu akhir tahun baru bayar. hehe itu la keistimewaan menjadi seorang bendahari. DI mane, kite sendiri boleh bayar last-last sebab kite yang kutip duit. Hehe. Tapi jadi bendahari ni susah oo. Bukan susah sebab nak mintak. Tapi susah sebab banyak godaan pegang duit orang bebanyak tu. Sape yang tak kuat iman mesti akan tergune gak duit itu. Sebab itu jawatan bendahari diberikan kepade seorang yang boleh dipercayai seperti saye ni. WAKAKAKKAKA. :P

Kepada bendahari-bendahari sekalian, nasihat saye untuk anda semua adalah kalau mereka tetap tak nak bayar duit, setelah di paksa dan diugut untuk potong lidah, korek mate, potong kaki dan sebagainye tapi dorang masih berkeras, kite biarkan aje dorang, dan mule la memberi dakwah dengan suare yang saje-saje dikuatkan seperti:
"Wahai kawan-kawan ku sekalian, membayar duit kelas juge merupakan HUTANG dan tanggungjawab seorang pelajar. Oleh itu, sape yang tak bayar tu nanti pandai-pandai lah tanggung sendiri kat akhirat. Korang tahu kan macam mane dose orang yang tak bayar HUTANG ni. Dimane selagi hutang kite tak terbayar, pintu syurga tetap akan tertutup walaupun telah selesai menjalani pelbagai seksaan sebelum masuk ke syurga. Sape yang masih taktahu tu boleh la merajinkan diri mengulangkaji pelajaran Agama Islam yang bertajuk HUTANG ye,sekian."

Lepas tu kite buat la muke rilek je. Nanti mesti orang yang terinsaf sekejap akan datang dan terus membayarnye. Sape yang tetap tak nak bayar tu biarlah mereka. Semoga pintu hati terbuka untuk membayar duit kelas. Malas dah nak pakse-pakse ni. Dorang bukannye kisah sangat pun. Hahahhaa.

Sekian lah cerita saye mengenai pengalaman saye sebagai bendahari kelas bagi tahun 2008 ni. Sebelum ni pernah jadi bendahari rumah sukan. Tu lagi susah sebab kene kutip RM5 kat setiap kelas. Lagi parah. Tapi saye seronok kutip duit ni sebab ade alasan sikit untuk pergi ke kelas-kelas yang lain dan takpayah masuk kelas sendiri. Huahuahuahuhaua. :P

Yang penting, kite kena lah sentiase enjoy dan gembira serta bahagie dengan tugas yang diberikan. Baru lah boleh buat kerja dengan sukahati dan bersungguh-sungguh. Tak gitu? Sifat AMANAH juge perlu ade dalam diri ini. Kalau yang tak tahan dengan godaan memegang duit banyak-banyak tu boleh la berunding dengan guru kelas untuk meletak jawatan sebelum terlambat. Sekian, terima kasih. hehehe. :)


Hari sekolah

Wahh panjangnye la cerite saye pasal sukahati kat bawah ni. Tak sangke saye berjaye menaip sepanjang itu. Kekekeke. Papepun, syabas kepada sesiapa yang berjaye membacanya sampai ke noktah yang terakhir. haha. Ok ok, hari ni saye nak cite pasal hari ni je la. Memandangkan hari ni hari pertama saye masuk ke sekolah semula setelah bercuti selama seminggu.

Ceehh macam baru first time je nak masuk skola. haha. Tadi mase nak pergi sekolah, hujan turun renyai-renyai oo. So saye mempercepatkan langkah menuju ke rumah hanim. Takut terlebat lak tibe-tibe kang abis la lenjun baju sekolah saye. Dah la baju sekolah warne putih, tak ke seksii kalau lenjun kang. huahuahua.

Lepas sampai rumah hanim kami pun ke sekolah bersame same menaiki kereta yang dipandu oleh bapa beliau. Lepas tu...blablablabla..

Krooohh krooohh. Bosan la pulak cite pasal sekolah ni. Huahuahua. Dah la malas nak type la pulak sebab penat type pasal sukahati kat bawah ni ha. Penat oo. Tapi takde la penat mane pun sebenarnye. hehehe. OK lah, nanti kalau ade pape yang saye nak cite saye cite lah ye. Selamat maju jaya semua!:)

Kesukaan Hatiku!

Tadaaa. Saye telah kembali!! hehehe. Selamat kembali diucapkan kepade saye. kakakkaka. Ehem. Nak cite pasal kesukasukian hati kite menggunakan ayat suka hati di mane mane sahaja tempat yang kite rase kite suke berada di situ. Kenapa dan mengapa kite suke mengucapkan perkataan tersebut selepas bercerita panjang lebar dan tibe-tibe ade orang cube untuk membantah dan menafikan dan juge takpuas hati serta tanye balik mengenai bende yang kite cerita tadi.

Maksudnya, saye sendiri la. Selalu kalau saye sedang bercakap ataupun bersms ataupun senang cite sedang berhubung dengan seseorang, contohnye saye cakap la hari ni saye pakai baju oren! kemudian orang tersebut mule bertanye, ade saye tanye? Saye dengan mood yang ceria tadi pun rase macam down sikit (sikit je) dan dengan senyuman akan menjawab, saje, takbleh? takpun tibe-tibe je orang tu menasihati kite supaye jangan pakai baju oren kerane oren tu blablabla. Dengan muke bengang kite akan jawab balik, Ek ele. SUKE HATI saye/aku la. Sibuk-sibuk plak. Macam la diri tu bagus sangat blablabla dan sebagainye.

Kisah baju oren tadi hanye lah sebagai contoh. Ade banyak cabang suke hati ni. Tapi tak kire lah orang tu tengah bengang ke, gembira ke, mesti akan ade perkataan suka hati diucapkan dalam sehari harian bile tengah bersosial bersame teman. Suka hati yang bergurau tanpa melenting tu masih boleh diterima. tapi bile suka hati orang yang melenting ni susah. Kadang-kadang perkataan suka hati tu lah boleh menyebabkan orang lain marah.

*Huuii pendahuluan pun dah panjang lebar, isi tak masuk lagi. Hahahaha.

Persoalannye, mengape kite suke menggunakan perkataan tersebut? Adakah ianya kerana ego sebab asyik nak menang je tapi takde modal nak menyangkal pertanyaan atau penghujahan pihak kedua? Ataupun kite sedang malas nak terangkan panjang melebar dan ingin jimat air liur oleh itu kite hanye menggunekan perkataan SUKA HATI tu. Suke hati la. malas oo nak cakap. Ewah-ewah suke hati je cakap orang macam ni macam tu. EH suke hati saye la nak cakap ape pun, awak sibuk kenape? SUKE HATI saye la ngok!

Entah la. Kalau saye, saye memang gune perkataan suke hati tu untuk tujuan seperti di atas bergantung pade situasi. Saye tahu anda pun sedemikian juge. Kakakakakaa. Kenape perlu suke hati? SUKE hati la. hehe. seronok lak gune perkataan suke hati ni. hehe. Bende suke hati ni RUMIT nak kupas oo sebenarnye. Sape suruh kupas? *Eleh, suke hati la nak kupas ke tak. hahaha

Masalahnye, kadang-kadang tu kite tak boleh nak suke hati sangat melakukan ape ape bende yang kite rase kite suke nak buat. Kite kene jugak dengar orang yang memberi nasihat dan juge pandangan tentang bende yang kite sukehati nak buat tu. Sebab kadang-kadang bende tu benar cume kite ego dan takmahu kalah so dengan senang lenang je menjawab balik, SUKE HATI saye la. Orang yang menasihati tu pun bole jawab balik, SUKE HATI saye nak bagi nasihat ke tak. Kemudian saye pun boleh jawab balik, so SUKE HATI saye la nak dengar ke taknak. dan pihak yang kalah dan malas nak berdebat pule akan cakap. Ahh suke hati awak la. hahaha

Ayat suka hati ni je boleh menimbulkan perdebatan. Sebenarnye, kite perlu menerima pandangan dan kutukan serta komen orang orang luar terhadap kite. Mendengar dan menerima. Ianya merupakan salah satu cara untuk kite muhasabah dan memperbtul kan diri sendiri walaupun org tersebut membuat dengan cara yang paling kejam dan sinis sekali. Kite walaupun rase sakit hati kite kene cube terime kritikan. dan yang penting REDHA. pasrah je la. haha

Dalam kehidupan sehari-harian, kite tak boleh nak melakukan segala-galanye ikutsuke hati dan kepale otak kite sendiri je sebabnye dunie ni, bumi, tanah dan segale-gale yang kite ade sekarang ni merupakan PINJAMAN dan juge PERKONGSIAN antara satu dengan satu yang lain. Oksigen pun kite kongsi dengan tumbuh-tumbuhan. GIVE and TAKE kot dalam bahase ingris. KONGSI segala-galanye tu takde la SEGALA-GALAnye sangat sampai baju dan seluar dalam orang pun nak kongsi. Hahahhaa. apada.

Kite tak boleh nak sukesuke hati je buat semua bende tanpe berfikir terlebih dahulu dan kemudian bile ade orang yang sukesuke hati die je nak komen pasal perbuatan buruk kite tu, kite mule la melenting dan mengeluarkan perkataan suke hati tu dan kemudian mule komen balik pasal orang tu. Komen mengomen tentang keburukan pule akan berlaku seterusnya tanpa henti melainkan ade orang yang MENGALAH. Bese la sume orang mane nak kalah kan. Sume mesti nak menang je.

Ape yang saye cube nak cakap ni adelah kite sebagai manusie memang kite ade hak untuk bersuka hati tapi kite tak boleh suke suke hati kite je melakukan semua bende ikut sukehati kite tanpe menggunakan otak dan menghiraukan orang sekeliling. Ada paham? Kite kene pandai menerima pandangan orang lain terhadap kite. Jangan terlalu sukahati sangat sampai kite rase dunie ni kite yang punye dan boleh buat apa-apa sahaja yang kite sukehati nak buat. Ianya bukan lah sebagai satu alasan yang munasabah.

Kalau kite asyik melakukan sesuatu perkara secara sukahati kite tanpa berfikir, kite jugak yang susah nanti kan? Kalau camtu semua orang boleh menggunakan perkataan sukahati ni sebagai alasan. Walaupun kadang-kadang saye pun selalu sukahati jugak nak buat ape ape yang saye suke. hheehe. tapi kite tak boleh oo ikut sukahati kepale otak kite je. Yang penting kite kene gune akal fikiran sebelum melakukan sesuatu benda. Fikirkan sebab dan akibat kepade alam sekitar dan orang sekeliling di atas perbuatan sukahati kite tadi tu.

Ye, memang semua orang ade hak untuk bercakap dan privacy masing-masing untuk meluahkan ape di dalam hati secara suka hati. baru PUAS kan? Saye pun rase puas gak kekadang bile boleh cakap sukehati je tanpa berfikir. Seronok o buat macam tu. Lagi-lagi bile bergaduh lidah ngan kawan-kawan. SUKE HATI SAYE ar. lepas tu mesti dorang dah tak cakap pape dah sebab malas nak gado lagi. Takpun dorang malas nak layan trus dorang cakap ahh suke hati awk la! kekekeke.

Memang la ni dunia kite, kite punye suke la nak buat ape kan. Tapi betul ke ni dunie kite je? Tak btul tak btul. Dunia kite kongsi dengan ramai lagi makhluk kat bumi ni. Tanpe makhluk makhluk lain, kite tak boleh hidup jugak kan? Boleh ke kite hidup sorang-sorang je kat bumi ni. Tak boleh kan kan? haha. So, ape yang saye nak cakap ni, kite tidak boleh terlalu bersuka suka hati kite je buat semua bende yang kite sukahati nak buat.

TU je pun isi penting dalam cite yang panjang lebar ni. Kakakaka. Sebab kalau perangai kite tak elok disebabkan sukahati kite je nak buat ape, orang lain mesti akan memandang serong dengan perbuatan kite tu kan. Biarkan je la dorang nak pndang macam mane pun? Mane boleh biarkan. Kadang-kadang kite kene amik tahu jugak perspektif orang terhadap kite. Kalau tetibe ade orang yang dengki ngan kite suke suke hati die je tabur fitnah pasal kite, takkan nak biarkan? Mesti kite kene tegakkan kebenaran. Kalau tak name baik kite, keluarga gak yang rosak kan?

Dan kadang-kadang saye lebih suke biarkan orang yang terlalu bersuka hati ni buat sesukahati die. Suke hati die la nak buat ape asalkan die tak ganggu hidup saye. Malas nak amik tahu dah. Arghh pening lak cite pasal sukehati ni haha. yea yea. Suke hati saye la nak cakap ape pun. Sape suruh korang bace? Hehehhee. :P Yea yea. SUKEHATI SAYE la oi. Bising ah korang ni. kakaka. Seronok oo gune perkataan sukahati ni sbenanye, lagi lagi bile tengah berdebat ngan Hanim dan juge rakan-rakan yang lain.

*Sebab dah takde modal nak lawan balik sbb tu gune perkataan tu. hehe :P

Sunday, August 24, 2008

Selamat kembali!

Yeeeeeeeeeeeeehaaa andre andre yehaa! *bajet seperti bunyik suare seorang koboi gila menunggang seekor kude yang tak bersalah. hehe.

Mari saye terangkan dengan lebih teperinci maksud tajuk yang tertera. Ianya bermaksud selamat kembali ataupun dalam bahase omputehnye Welcome Back, bebeh! hehe. Ianya ditujukan khas kepade kesemua pelajar-pelajar yang masih belajar dan sedang ingin mahu untuk belajar serta akan memulakan sessi pembelajaran pada esok hari iaitu hari ISNIN. :) Amnya, ditujukan kepade semua orang yang mempunyai kaitan antara kembali dan hidup mereka.

Ianya juga boleh ditujukan kepade sesiapa sahaja yang sudah kembali ke pangkal jalan. Maksud pangkal jalan di sini adelah jalan yang lurus dan benar serta tidak berbelok-belok. Yang kejam bertambah baik yang baik pule semakin baik. TAHNIAH. yang kurang baik serta takbaik baik walaupun dah cube untuk berbaik pun tahniah saye ucapkan. Kepade yang takbaik tapi taknak cube untuk baik pule, diharap bersabar dengan karenah orang yang baik macam saye ni. kakakakakka :P

*Dey apada cite pasal baik! Tuka tuka!! Booo!!

Ish. kalau taknak tuka macam mane? kekekkee. ye la ye la. berbalik kepade tajuk. Selamat kembali juge merupakan ayat seorang ibu mithali yang selalu meluahkan ucapan tersebut kepade suami dan anak-anaknye yang baru pulang dari tempat kerja/sekolah. Ianya juga boleh digunekan apebila seseorang itu telah menghilang selame-lamenye sampai semua orang dah lupe tentang kewujudannye tetapi muncul secara tibe-tibe tanpe diduga.

*Oi! Ape ingt aku taktau ke maksud selamat kembali tu ape ha?!

Isk. Sibuk je ah dorang ni. Suke hati lah nak tulis pasal ape pun. Dah tahu bosan lagi mau bace lagi mau salahkan penulis. Mangkuks! - itu lah ayat yang selalu didengari pabila seseorang mule memberi ape-ape komen tentang kite. SUKA HATI AKU/SAYE le. Bagi orang yang seperti saye ni memang tu je la modal menjawab dan memarahi semula orang yang memarahi kite tadi. hahaha.

Jarang kite dengar orang akan cakap seperti.. Baiklah, akan saye perbaiki kelemahan saye blablabla. Takpun terus lari masuk bilik menangis teresak-esak. Golongan ini merupakan golongan yang terlampau baik dan lembik tahap maksima serta EGO yang kurang kuantiti kerana tidak cube mempertahankan pandangan dan hujah-hujah yang mereka ingin sampaikan pada awal-awal tadi.

Yeke? Ntah. YE kot. Huahuahuhaua. Nanti la saye kupaskan pandangan saye mengenai ape tah saye pun tak pasti tapi yang pasti ianya tentang 'sukahati' di dalam post yang berikutnye. Kerane sebenarnya post yang ini merupakan post untuk mengucapkan Selamat Kembali ke sekolah kepade mereka yang sebaya saye dan yang masih bersekolah ataupun mereka yang sedang belajar di mana-mana tempat pembelajaran je, tak lebih dari itu tapi terlebih lak tanpa dirancang. kakakkakaa. Sekian. :)

Saturday, August 23, 2008

Senyuuuuuuumm!!

Nahh terimalah senyumanku yang ikhlas ini. hehhehe. :)
"Dunia belum berak-heyy"-shaden.

Friday, August 22, 2008

Ketawa menceriakan hati

YEKE? tajuk tu macam tak btul je. ishk ishk. Kak Cato kate, banyak ketawe hati gelap. Hahahaha. Kalo macam tu hati saye mesti dah gelap gelite dah ni sebab entah la saye pn taktahu kenape saye suke sangat ketawe. Tapi ketawe memang boleh menceriakan hati. Bahkan orang yang melihat orang lain ketawe pun akan turut terhibur dan same-same ketawe. hahaha

Tapi kekadang rase macam pelik lak bile tengok orang gelak kuat kuat kat khalayak ramai ni tanpe sebarang pengcoveran. Mungkin dorang tak sempat nak angkat tangan untuk mengcover, ataupun saje nak attention. huh negetif la plak. ok ok positifnye, dorang gelak sebab ade la sebab yang menyebabkan dorang gelak tu sebenarnye. Biarkan lah dorang kan. Hehe

Tapi kene la pndai cover-cover sikit gelak. Tak elok orang tengok lagi lagi kalau perempuan gelak macam setan. Mesti pakcik makcik yang tengok pun rase aneh sambil mule kerut kerut dahi sambil menyumpah seranah dalam hati. ERK! negetif lagi. hahaa. alaa saye pun kekadang gelak tak boleh nak tahan. Taktau asal. Samada saye yang bermasalah atau orang yang buat saye gelak tu yang bermasalah pun saye taktahu. hehe

Tak kire lah kat rumah ke, kat sekolah ke, SMS ke, blog ke, YM, myspace comment msg sume ayat ayat saye mesti ade keluar ayat 'Haha' ataupun 'hehe'. hahahaha. *Eh tengok terkeluar lagi ayat gelak tu tanpa sengaje. kekkekee. *lagi satu keluar.

Persoalannye, mengape saye suke buat ayat ketawe? Adekah saye benar-benar ketawe ketika menulis oleh itu tertulis la sekali ape yang saye ketawekan. kekeke.*lagi satu. Hahaha. *erk!=,=" hehe. laaaaaagi. memang tak boleh stop nak tulis ayat ayat tersebut.

Kerane sambil menulis ni pun kadang-kadang saye boleh terketawe sendiri sebab tu tangan ni cepat je taip bende yang terfikir dalam otak saye. Oleh itu pabile saye ketawe otometiknye akan keluar perkataan tersebut dalam penaipan saye.

Alololo. comel nye budak ni gelak gelak. hehehe :)

Sambil SMS pun saye buleh ketawe sorang-soranag apetah lagi bile tengok tv,dengar lagu, bace blog orang dan sebagainye. Ngehngehngeh.*ha gelak ngehngeh ni pule lebih kurang sengihan la. Hehehehe.

Sebab itu la kadang kale bile mood tengah hepi penulisan saye akan keluar banyak ayat gelak gelak tu dan juge smiley smiley yang simple seperti :) :P :D :S :O. hahaha. Tu je yang selalu saye gune. Dalam SMS pun tu je la. Maksudnye pun korang dah tau kan.

So bile saye tak menggunekan perkataan ketawe-ketawe seperti di atas bermakna saye sedang serius. Tapi kadang-kadang dalam serius tu saye akan tergelak sendiri sebab kelakar memikirkan saye sedang serius. Tak percaye lak saye sedang dan akan serius. Wakakkakakka.

Ayat-ayat ketawe yang keluar pule berlainan. Macam-macam jenis ketawe yang sy ketawekan. kekekkee. Perbezaan maksud ketawe dari segi penaipan saye.

Hahahahhaa : Gelak gembira
Hehehehehe : Gelak malu,sederhana, suke.
Kakakakaka : Gelak setan. hehehe
Kekekekeke : Gelak beruk makyeh. Haha
Huahuahuaa : Gelak mengejek.
Muahahaha : Gelak maksud padan muke.
Nyiahahaha : Gelak mengejek.
Huhuhuhuh : Gelak keluhan.*bagi saye la.
Agagagagag : Gelak popeye. hehehe
Agugugugug : Gelak tak kene.
Kuakuakua : Ni pun same. cacat. hahaha



dan sebagainye. Tapi kat atas tu saye paling suke gune 7 teratas. Huhuhu saye jarang gune kecuali mood berada dalam keadaan sedih saye akan menggunakan huhu. Ehehhee. OK lah sebenarnye memang saye sedang ketawe jika mengeluarkan ayat-ayat tersebut.

Akhir kata: Ayat-ayat ketawe tersebut mewakili mood saye ketika menulis dan kadang-kadang saye saje je nak penuhkan ruang. Kekekkee. Btw, saye suke tengok orang ketawe secare ikhlas. Seronok je tengok dorang ketawe. hehe :)


Menang anugerah!

Kali ni saye telah berjaye merangkul sebanyak 6 anugerah sekaligus tanpa membuat sebarang pencalonan diri. Hahahahaha. Satu anugerah daripada adik hanis yang saye pun tak berape nak kenal. Link tidak, dengar khabar pun tidak tibe-tibe die kate saye menang award kat page die. Terkejut dan juge terharu woo! Eceh. :P


Kiri: Best Writing Award daripada adik Hanis.
Kanan: Ape tah name award tu. Haha. drpd kak cato.

Manakala lima anugerah lagi daripada Kak cato yang manis bekrim disukai ramai. Hehe. Mekasih diucapkan kepade kak Aishahtur Raadhiyah Bt Hj Azman Shah kerana memberi anugerah-anugerah tersebut kepada saye.




Lepas ni bleh la bagi tiket pegi sudan pulak ek.Penginapan di rumah kak cato selame 2hari 2malam. Teringin lak merasai kehidupan di sudan yang penuh suka dan duka serta majlis perkahwinan yang kelihatan meriah itu. Huahuahuahua :P

Oh ye, anugerah-anugerah ni saye taktahu la nak passing kat sape tapi senang saye passing balik la kat Kak Cato yang baik hati ni. hehehehe Sebab beliau juge layak menerima anugerah tersebut.

Seronok jugak ek main anugerah-anugerah ni. Haha. Bende ni bukan sekadar hiasan mahupun untuk keglameran semata-mata tapi ianya menunjukkan penghargaan orang lain kepade kite. Tu sebab la saye terharu wo. Kire ade la jugak manusie yang sudi nak bagi award kat saye tanpa bertanding. Hahaha.

Terima kasih lagi diucapkan kepade mereka yang sudi memberi award. Eh posting kali ni malas dah nak tuka tuka kaler. Semak lak rase. Biar la camni je baru simple baru seronok kan kan? Hehe tapi tengok mood la kalo rase diriku begitu rajin memang akan berkaler-kaler la. Ngehngehngeh.


Surat Pemberitahuan

Semalam saye telah membuat sedikit perubahan layout blog ini. Takde la ubah mane pun sebenarnye. Cume menambah beberape page element kat belah kanan ni ha. (tu pun nak bagitahu ke?) :P EH nak la. Mesti la nak bagitahu. hehe. Saye telah menambah ruangan SEDIKIT INFO, tweeet tweeet dan ape tah saye pun dah tak ingat. kakakakkaa

Tweeet tweeet tu best. Boleh update gune SMS. Senang sikit kang malas nak update ke internet rosak ke ape-ape ke senang sikit nak bagitahu. *Kene ke bagitahu? Entah lah. saye pun taktahu kenape saye suke. Mungkin sebab ianya kelihatan baru dan maju bagi saye. So jakun la jap. hehe Nak buat bende tu senang je. Pergi kat website die den register la. Pastu ikut rules die. Semalam da test da SMS satu untuk update. 20Sen per SMS. hahaha. at least lagi murah daripade chat kat Hitz.Tv. :P

Kemudiannye saye telah meletakkan email blog saye di bawah gambar saye tu. Memudahkan bagi mereka yang berminat untuk menginvite saye membace blog mereka. (tu pun kalau ade yang berminat la) Hahahahaha. Sebabnye kakak saye sendiri dah privatekan blognye. Kentut betul kan dia tu. memang pun! haha So, sape yang sudi nak invite tu, Terima kasih saye ucapkan. Jangan lupe memberitahu saye telah diinvite ye. hehe:P

Selain itu, saya juga baru sahaja menghilangkan code No-Right Click. Maksudnye lepas ni bleh la nak right click kat sini. SEBABNYA, Bukan sahaje menyusahkan orang lain, malah saye sendiri terasa susah. Yela, nak right-click utk open link in new tab. Kalo tak bleh right click terpakse la pegi link tersebut dan meninggalkan page saye ni. Tak bleh new tab new tab. Itu yang susah tu. Hahahaha.

Sebenarnye saye pun taktahu kenape tibe-tibe semua bertukar menjadi DEEPPINK, HOTPINK dan juge PINK! Hitam dan putih tak dilupai. Disamping dapat memeningkan kepale orang yang membace, ianya juga kelihatan menarik! kot kot kot kan? hahahaha. :P Dah le. Tu je le. Sekian. Semoge berbahagia disamping keluarga! :)


Jumaat Punye Cerite.

Kepade Darren, yela yela aku buat la ni..
khamis dah berlalu, JUMAAT PULE DATANG! ha puas hati ko? hahahhaha.
Jumpe kat sekolah Isnin kang!
Kirim slm kat awek cun kt ko nye blog tu tau. hehe

Ok ye puan-tuan sekalian,
Hari ini saye ingin menceritakan sedikit perihal semalam.
Semalam tibe-tibe je Hanim hantar mesej pesanan ringkas SMS kepada saye
mengatekan pakcik beliau dimasukkan ke ICU
secara tiba-tiba.
Saye dengan rase macam terkejut sikit pun tanye lah KENAPE?
Berape jam selepas itu baru die balas die cakap,
"Ngeh.Alsa meh"
Saye dengan peliknye pun tanye la, Alsa tu ape?
die cakap ade kaitan dengan perut.
Bape jam lepas tu saye bagi msg kat die,
ALSA ke ULSER awak?? die dengan slenger nye menjawab.
Alsa ulser same le.
Pastu die cakap die baru lepas bace Yassin.
Pakcik die kene opret hari tu jugak(semalam) sebab kehilangan banyak darah.
Saye pun menenangkan perasaan kawan saye dgn
menyuruh beliau berdoa banyak-banyak supaye pembedahan selamat.

Lepas tu tido. Tido tido dan tido.
Bangun pagi tadi dapat mesej dari die lagi.
Beliau mengatakan bahawa,
Pakcik beliau kena ALSA sebab makan air batu banyak sangat!
Lepas tu saye yang baru bangun tido tak sempat nak korek mate, korek hidung
pun rase terkejut. Rase pucat je muke.
Dan serta-merta perut tetibe rase sakit pulak.
perasaan seram tibe-tibe je muncul.
Sebabnye..
sebabnye saye juge suke makan AIR BATU. tak sah tak minum air batu.
Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!

Takpe lah, saye cube untuk STOPkan pengambilan air batu.
Kerane bahawasanya
"MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI!"
(maaf warna lari tema sikit.he he..)

Lagi die(Hanim) kate,
"USUS pakcik saye panjang lengan saye kene buang sebab rosak. :("

Berita seterusnya, Baru beberape minit yang lepas
saye mewujudkan semula ruangan kentut kurap (komentar)
setelah saye menyembunyikan ruangan tersebut selame beberape bulan kot.
Kepade yang berminat,
boleh la komen sesuka hati kerana sesungguhnya
BUDI BAHASA BUDAYA KITA.
(Maaf, sekali lagi warna tema lari) he he he..:P

Kepada Hanim: Semoga pakcik awak sembuh seperti sediakala. Amin.

Thursday, August 21, 2008

Khamis dah datang

Selamat menjalani Hari Khamis lah saye ucapkan. :)
Sebelum tu, ade satu cite..

Pada suatu hari, sang lalat dan bini lalat pergi makan tahi.
Lalu bini lalat berkata pada suaminya sang lalat,
"Bang, kenape kite nak kene makan tahi je hari-hari?"
Suaminya sang lalat menjawab,
"Hish awak nih! Tak baik tau cakap benda kotor mase makan!!"

Haha. Dah lah tu je. Nak pergi tido dah ni.
Ngantok gile
.Bye sume.Selamat Malam!:) Assalammualaikum..


Wednesday, August 20, 2008

Kepuasan Hati.


Yeeeeeeeeeeeeeeehaa! Rase puas sikit hati ni lepas dah tuka playlist kat blog ni ha. Sebelum ni gune myflashfetish tapi stuck-stuck je lagu. Nak dengar pun takde feel. So sekarang dah tuka dah! Harap ok lah dalam jangka masa yang panjang. Sebab malas ooo nak tuka lagi. PENAT! haha

Oh ye, tadi pukul 12tengahari sampai lebih kurang pukul 3lebih elektrik takda oo. BLACKOUT! Mesej kawan tanye rumah dorang ade karan tak dorang pun cakap takda. So memang sah satu 19 takda karan tadi. Taktahu nak buat ape time tu. Redhaa je la. Dengan panas dan berpeluh nye. Dengan ketidaktahuan nak buat apanya. Haha

Tapi syukurrr telah selamat daripada cobaan tersebut. Cobaan kecik je. Tu baru bape jam takde elektrik. Bayangkan nanti kalau sume sumber bumi dah habis kene korek, elektrik pun dah takde camne ntah hidup time tu. Haish.

Hm tadi dorang ajak makan PIZZA tapi tak jadi kot last-last. Taktahu la tapi takpe la. Malas nak pergi pun sebenarnye. Taktahu kenape cuti ni malas gile nak keluar. HAHA. memang dok teperap je la kat rumah ni. Takde la bosan mane. Sebab semua ade kat rumah. Nak buat ape pun boleyy. Hahaha

Eii sukenyeee playlist tu dah smooth balik tak stuck-stuck! Wahh hepi hepi. *kegembiraan tak habis lagi ni. Rase PUAS sikit nak dengar lagu bile lepak-lepak kat sini. Kalau dulu stuck-stuck je menyampah tol. Haha. Ape-ape pun korang, diharap tumpang gembire la sekali ye. Taknak tumpang dah, saye gembira sorang-sorang pun takpe. Kakakaka. :P

Penat oo nak carik lagu-lagu tu. Nak search tu takde hal. Nak fikir nak taruk lagu ape tu yang berhal sikit. Perlukan mase yang agak lame jugak la nak cari lagu. Dari pukul 5lebih tadi sampai la pukul 7lebih. Lame tak lame tak? hehe. Takpe la, asal diriku berasa PUAS! dan juge senang hati. lalala~ Sekian,terima kasih. :)

Info: I put 65 songs woo! :O

Fadhilat dan Faedah Solat


Posisi pertama: Berdiri lurus & kedua tangan di angkat ke atas.

Faedah: Badan rasa mudah menanggung berat badan kerana beratnya terletak sama rata kepada dua kaki. Belakang lurus membuatkan badan tidak bongkok. Fikiran dapat dikawal dan dikonsentrasikan. Pandangan mata ke tempat sujud.Otot ­otot atas dan bawah bahagian belakang terasa tenang dan rehat. Pusat otak yang atas dan bawah bersatu.

Posisi kedua: Berdiri betul serta membaca al-fatihah dan surah

Faedah: Menimbulkan konsentrasi minda.Merehatkan kaki serta bahagian belakang, menimbulkan rasa rendah diri, khusyuk dan tawaduk. Dalam bacaan , hampir semua bunyi dalam bahasa Arab dituturkan, menggerakkan dan menyelerakkan semua getaran dari sebutan 99 nama Allah dalam keadaan yang terkawal dan sempurna ke seluruh badan, fikiran dan jiwa. Getaran vokal panjang, a, i, u, merangsangkan hati, kelenjar gondok (thyroid), kelenjar 'pineal', 'pitunitary', kelenjar adrenal, dan paru-paru, membersih dan mempertingkatkan perjalanan semua anggota tubuh tersebut.

Posisi ketiga: Rukuk

Faedah: Merenggangkan otot-otot bahagian bawah belakang, paha dan betis. Darah dipam ke badan atas. Melembutkan otot-otot perut dan buah pinggang. Lama-kelamaan gaya ini akan mempertingkatkan lagi peribadi, menimbulkan kebaikan hati dan mengharmonikan batin.

Posisi keempat: Iktidal - Berdiri lurus selepas rukuk

Faedah: Darah yang baru bergerak masuk ke dalam semasa gaya rukuk kembah ke keadaan asalnya dengan membawa bahan tidak berguna iaitu sisa sisa tubuh. Badan mendapat balik kerehatan dan melepaskan ketegangan.

Posisi kelima: Sujud

Faedah: Lutut berbentuk sudut tepat. Membangunkan otot perut dan mengelakkan perut jadi buncit. Menambah aliran darah ke bahagian atas badan, khususnya bahagian kepala (termasuk mata, telinga dan hidung) dan paru-paru.'Mental toxin' minda dibersihkan oleh darah. Menyesuaikan dan mewajarkan kedudukan janin wanita yang hamil.Memperbetulkan kedudukan alat peranakan wanita. Mengurangkan tekanan darah tinggi, menambahkan keanjalan sendi-sendi. Menghapuskan egoisme dan keangkuhan. Meningkatkan kesabaran dan tawakal kepada Allah. Meninggikan maqam ruh dan menimbul­kan tenaga jiwa yang tinggi ke seluruh badan. Kedudukan sujud ini adalah pati ibadat solat.

Posisi keenam: Duduk di antara dua sujud

Faedah: Tumit kaki kanan melentur serta berat kaki dan sebahagian badan terletak diatasnya.Posisi Ini membantu mengeluarkan keracunan (toxin) dari hati jasmani dan menggerakkan tindakan otot pada usus besar. Wanita membiarkan kedua kaki mereka bertapak tegak ke atas, di bawah badan mereka.Posisi tubuh badan memberi­kan kerehatan yang selesa, dan gerakan ini membantu penghadaman dengan menekan kandungan-kandungan dalam perut ke bawah.

Posisi ketujuh: Sujud kedua

Faedah: Membersihkan pernafasan, peredaran darah dan nafas serta sistem urat saraf. Memberi keringanan pada badan dan kebahagiaan emosi. Pengoksidanan seluruh badan lebih sempurna. Sistem urat saraf jadi lebih seimbang.

Posisi kelapan: Bangun semula dari sujud.

Faedah: Darah kembali peredarannya ke tubuh atas.Posisi Ini membantu mengeluarkan keracunan (toxin) dari hati jasmani dan menggerakkan tindakan otot pada usus besar osisi tubuh badan memberi­kan kerehatan yang selesa, dan gerakan ini membantu penghadaman dengan menekan kandungan-kandungan dalam perut ke bawah.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
“Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”

Menang Award!

Sukacita dimaklumkan bahawa saye telah dianugerahkan award oleh kawan blogger saya yang bernama PEYUS. Terima kasih kepada beliau yang sudi memberi award kepade saye.YEY!! hehe




Nak tengok tak awardnye? Scroll ke bawah ye nak kasi saspen sket. :P

























.........





























.........









































.........
































.........



































.........









































........























........


















!!!!!!













TADA!! BRILIANTE WEBLOG! *saspen tak? saspen tak? :P
tak saspen bermakne jantung anda masih kuat! Tahniah! haha.

Meaning-meaning:
Brilliant Weblog is a prize given to sites and blogs that are smart and brilliant both in their content and their design. The purpose of the prize is to promote as many blogs as possible in the blogsphere.
Kecik je award tu tapi bermakne. Hehe. Terharu la jugak sebab ade orang sudi nak memberi anugerah kepade saye. Wuwuwuwuu sampai termenitis air mata. HAHA. takde la. Acah je. Hehe. sape suruh bendul sangat pergi percaya. :P

Anugerah di atas merupakan anugerah yang pertama setelah saye memblogging selame bape bulan ntah saye pn tak pasti. Dah lame jugak ye saye blogging. Banyak gak bende yang saye post post. Ntah ape ape ntah saye ni suke sangat post banyak-banyak postos. Haha

Ape-ape pun terime kasih diucapkan kepade pembaca-pembaca sekalian. Tanpe anda, siapa lah saye. ECEH macam menang oscar la plak. kakakaka. Tidak dilupa juge kepade mereka yang sudi memerhati, mengunjungi dan menglink blog saye.

Akhir kate sebelum saye sambung tidur saye ingin menganugerahkan trofi tersebut kepade beberape bloggers yang saye rase saye suke bace blog mereka kerana mereka rajin mengupdate dan pndai mengupdate. Bahase yang digunakan membuatkan saye seronok untuk membace. Manusia tersebut adelah:

Ana dan Atin (Ternyate aku seorang adik yang baikhati)
Sarah, Kak Cato, Murni, Nashrieck, Fakhira, Syada, Kak Rara.

Kalau nak diikutkan, hari-hari saye akan melawati semua blog kawan-kawan sekolah saye. Kepada yang lain, blog kamu pun best-best belaka! Waa cayaaa la sama lu beb!! haha :) Eh lupe lak bende ni pun ade peraturan tau. Dan peraturan-peraturannye adelah jeng jeng jeng. *bajet saspen je. Hahaha

1. Letakkan logo award di blog anda.
2. Maklum dan linkkan daripada siapakah anda menerima award ini.
3. Berikan award ini kepada blogger-blogger yang anda mahu.
4. Letakkan link pada nama blogger-blogger yang telah dipilih.
5. Maklumkan kepada blogger yang terpilih bahawa dia telah diberikan award.

Okeh lah, sekian terima kasih.

Mengekalkan hakmilik

Wah! Entah kenape secara tiba-tiba saye mendapat satu idea untuk mengekalkan hak milik terhadap pemilik gambar-gambar yang saye post. Seperti yang tercatat di ruang tersurat dan tersirat di sebelah kanan column blog saye ni, gambar tersebut BUKAN hakmilik saye tetapi saye amik je kat mane mane kat internet ni. Haha.

Dan untuk mengekalkan hak milik mereka, iaitu copyright, saye akan meletakkan link mereka dan korang semua boleh la ke halaman mereka terus setelah mengklik gambar tersebut. Hehe. Contoh cube tekan gambar bawah ni:

Tujuannye adalah untuk memudahkan sesiapa yang berminat mengambil gambar tersebut untuk di post di mane-mane. Sebelum ni susah nak amik gamba-gamba tu semua sebab saye dah hilangkan link untuk besarkan gambar dan blog saye ni pon telah ditarok kod no-right klik so susah untuk sesape nak amik gamba tu.

Selain itu, ianya juga boleh mengekalkan hak milik tuan yang menghasilkan hasil seni tersebut. Taknak la nanti orang kate saye curik gambo orang pastu tak bagi orang lain copy. Pastu yang tak suke membace tu dorang mesti tak perasan bende TERSURAT DAN TERSIRAT yang saye buat kat seblah kanan ni so nanti dorang ingat gambar tu semua saye yang buat.

Dah la malas nak terangkan lagi. Haha. Tapi bende ni berkuatkuasa selepas posting yang ni je. Sebelum-sebelum ni punye malas nak tarok code. Kekekekeke. Dah la tu je la kot. Sekian, mekasih. Haha :P

Dilemma persahabatan?

Saya sering berada dalam dilemma dan kekusutan di mana saya sering menjadi pihak tengah ataupun seorang yang atas pagar di antara seorang kawan saya dengan kawan saya yang lain. Ada di antara kawan saya yang ini mempunyai perasaan tidak suka terhadap kawan saya yang itu.

Dari sekolah rendah lagi di mane kawan saye yang ini mengatakan yang tidak baik tentang kawan saye yang itu yang kemudiannye mempengaruhi saye untuk tidak berkawan dengan kawan yang itu. Oleh kerana saye merupakan budak baru di sekolah rendah tersebut, saye menjadi seorang yang mudah terpengaruh dengan mereka yang cuba untuk mempengaruhi.

Naik sekolah menengah juga saye mempunyai konflik yang sedemikian. Tetapi bukan di antara kawan yang sama seperti di sekolah rendah. Pihak lain, tapi masih sama situasinya. Saya yang ketika itu masih lagi mentah sangat mudah terpengaruh dengan suka tak suka. Yang suka kite kawan, yang tak suke kite takyah kawan.

Mujur ade seorang kawan baik saya dari sekolah rendah menasihati saya. Jika tidak kerana dia, mungkin saya menjadi seorang yang suke bermusuhan antara satu sama lain. Dan jika bukan kerana dia juga saye mungkin tidak akan rapat seperti saya rapat dengan orang yang saya rapat ketika ini.

Sehingga kini keadaan tersebut sentiasa berlaku. Di mane kawan kite tak suke kawan kite yang lain. Kadang-kadang ade jugak rase bersalah bile kite bersame dengan kawan yang ni, kawan yang tu mungkin akan terasa hati begitu juge sebaliknye. Mereka boleh bergaul tapi dalam hati terdapat perasaan yang cuba dielakkan tetapi tidak dapat dielakkan iaitu tidak menyukai antara kawan-kawan saye kerana masalah dalaman.

Saya pula tidak pernah berpihak di antara mana-mana pihak. Kerana kedua-dua belah pihak merupakan kawan saya. Ditambah pula dengan sikap saya yang tak suke bergaduh dan memang tak pernah bergaduh pun sebelum ni menyebabkan tiada terjadi konflik yang besar di antara kami.

Walaupun mereka ada yang bergaduh secara hati (bukan secara tangan), tetapi saya bersyukur kerana mereka bergaduh secara profesional. Iaitu tidak melibatkan saya dan orang lain di dalam pergaduhan. Kami masih boleh berkawan dan sentiasa berkawan baik. Tidak kiralah terhadap kawan yang ini ataupun yang itu.

Peristiwa tersebut seterusnya mematangkan lagi persahabatan saya dan kawan-kawan saya. Mereka juga tidak menghalang saya berkawan dengan sesiapa walaupun dengan orang yang mereka tidak suka tanpa tidak turut tidak menyukai saya. Maksudnya, saya tetap rapat dengan kedua-dua belah pihak. Mereka faham tentang situasi saya dan cara saya berkawan.

Saye tetap boleh bersama dengan kawan yang tidak disukai oleh kawan saya yang lain. Saya juga cuba untuk membaikkan keadaan tetapi kadang-kala masalah hati dan perasaan berkaitan dengan manusia ni susah kite nak betulkan. Ianya bergantung kepada diri kita sendiri. Ada yang telah mencuba untuk menyukai seseorang tetapi gagal, begitu juga sebaliknya.

Ahhh ape bende skema la pulak bahase saye kali ni. Haha. Ape-ape pun mereka tetap kawan saya. Saya cube menerima mereka seadanya. Yang baik dijadikan teladan yang buruk dijadikan sempadan. Eceheceh. dan kite tak boleh nak pakse orang untuk berubah kerane semuanya bergantung pade diri sendiri.

Ade kawan saye yang dulunya tidak menyukai kawan saya yang ini sekarang telah pun baik sesama mereka, dan ada pula kawan yang nampaknya baik tapi dalam hati mereka masih tidak baik dan cuba untuk membuang perasaan tersebut. Semoga berjaya saya ucapkan kepada mereka yang mencuba.

Walau ape pun yang terjadi, saya tetap sayang semuanya kerana apa yang saye lihat, kesemua kawan saye merupakan kawan yang baik-baik belaka. Cume biaselah tu konflik sentiase terjadi di mane-mane. Sedangkan lidah lagi tergigit kan? Bezanye adekah lidah tersebut semakin membengkak ataupun pulih seperti sediakala selepas tergigit. hehe

Terima kasih diucapkan kepada mereka semua. Terutamanya kepada SYAKIRAH AZAMI, kawan baik saya sejak sekolah rendah dahulu kerana menasihati saya di awal-awal dahulu. Kalau tak, saye pun taktahu macam mane keadaan antara saye dengan HANIM sekarang ni. Haha. Kan dah tayang name. Hehe lain lain name malas nak tayang o tapi bende ni sebenarnye berkaitan KITA semua la. :)

Kepada yang melalui situasi di atas, tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya menghadapinya dan teruskan mencuba untuk berbaik kepada mereka yang masih mencuba dan kepada pihak yang masih tidak mahu mencuba, semoga pintu hati anda terbuka untuk mencuba untuk berbaik. Walaupun ade diantare kite yang lain agama, bangsa, dan negara, kite tetap same-same manusia so,tak elok bermusuhan kan? :)