Dashboard
Refresh
New Post
Sign Out
Gallery Myspace Facebook Twitter Friendster

Saturday, May 18, 2013

Macam mana kalau terpaksa bela orang jahat?

Hai sayang-sayang sekalian.


Tetiba harini terasa nak tulis something kat blog walaupun takde idea nak tulis ape pun sebenarnya sebab semua idea dah dicurahkan secara ringkasan kat Twitter sekali lalu setiap masa tapi takpe, kite tengok la macam mana entry ni berakhir. Sekarang kosongkan dulu title sebab tak tahu nak tulis pasal apa, tapi nanti dah habis menaip konfem baru boleh isi tajuk entry ni pasal apa. I'm random liddat. *pakai shades*


Pasal diri sendiri, sekarang ni saya masih steady lagi jadi pelajar undang-undang. Dah nak penghujung part 4 dah ni. Minggu lepas merupakan minggu yang busy buat saya. Minggu ni pun sama, sebab ada 3 tests berturut-turut. Minggu-minggu lain tak berapa nak busy sangat sebab sem ni banyak rilek-rilek je kerjanya. (Padahal, setiap sem busy banyak kerja tapi tetap ada masa nak rilek)


Ya Allah tetiba terasa macam nak cerita banyak benda pulak! Haha. Nak cerita semua benda kalau boleh, tapi semua ni kan bergantung pada kerajinan semasa. Tadi rajin nak menaip something walaupun time tu tak tahu nak taip apa dan sekarang masih boleh meneruskan kerajinan. Lepas beberapa minit mungkin dah berubah jadi tak rajin pulak, kan? Maklumlah manusia kan berubah setiap saat. Keh keh keh.


Jadinya, minggu lepas saya baru habis Mooting! 

Mooting ni kalau korang nak tahu, google sendiri. Haha. Mooting ni group work. Dia macam setiap team akan diberi tugasan sama ada untuk menjadi Appellant iaitu perayu, ataupun Respondent. Kami akan di beri soalan kes dan kena jadi lawyer untuk proceeding kes tu. Macam ala-ala lawyer beri hujah kat mahkamah and memang kena buat kat dalam mahkamah pun. Mahkamah untuk mooting ni kitorang panggil Moot Court. Dalam tu memang macam mahkamah.


Kes mooting ni pulak selalunya amik dari kes sebenar, facts dia, charge dia. Kes tu pulak mesti kes yang dah kalah atau tak puas hati kat mahkamah magistret ke session ke iaitu mahkamah rendah. So mooting ni kita kena act as lawyers untuk appeal kan kes tu ke mahkamah tinggi. So students yang jadi pihak Appellant and respondent ni kena lah cari hujah-hujah untuk dihujahkan kat court nanti.

Contoh Mooting Session kat Moot court.

Gambar di atas di ambil masa first group buat mooting last two weeks! (my group 2nd session). Hakim untuk mooting ni selalunya lecturer subjek mooting yang akan jadi role sebagai judge. Jadinya, macam saya haritu group saya kena handle kes rogol. Group saya 6 orang, jadinya 3 orang appellant, 3 orang respondent. Saya jadi appellant. Kena appealkan kes untuk perogol. Maknenye, saye pihak peguam bela untuk perogol. 


Memula macam down jugak tak tahu nak buat cemana. Dah la kena bekap orang jahat, perogol T__T tapi sebab dah lepas pun mooting dan kepayahan nak setelkan preparation dia ni minggu lepas, so sekarang rasa macam bestnya mooting! Haha. Sebab alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar, walaupun preparation dia banyak betul dugaan. Tak tahu nak cerita macam mana bagi korang feel benda ni tapi kena rasa sendiri baru tahu kot macam mana. Hihi


So feeling-feeling peguam bela sangat tau waktu tu. Try cari hujah yang boleh menimbulkan keraguan yang perogol tu dah merogol orang. Based on facts, evidence semua tu. Walaupun facts nampak macam dia yang rogol, as a peguam bela kena jugak cari kelemahan facts tu. So macam ni rupanya rasanya jadi peguam bela dan sedikit sebanyak saya macam dah dapat jawapan untuk soalan kebanyakan orang termasuk saya masa dedulu,


'Macam mana kalau awak kena bekap orang jahat? Tak takut masuk neraka?'

Rupanya begini ye rerakan. Sebenarnya kita tak boleh nak kata orang tu bersalah sebelum dia dibuktikan bersalah. Nak buktikan orang tu bersalah bukan hanya setakat menabur fitnah dan rumors seperti di twitter mahupun di facebook. 'Dia tu muka ganas, mesti perogol' 'Saya nampak dia lari, mesti dia peragut' and so on sebab semua tu rebuttable. Boleh jadi dia muka ganas, hati ada taman dan selalu tolong orang. Boleh jadi dia tengah lari sebab tengah kejar peragut dan lelain.


Pasal kekukuhan evidence ni saya tak belajar lagi tapi sebab nak bekap perogol haritu punya pasal, kena la baca banyak kes untuk amik hujah yang bersesuaian. Jadinya, macam mana kalau saya kena bekap orang jahat nanti? Saya takkan tahu dia orang jahat selagi dia tak confess. Jadi semuanya bergantung pada evidence para lawyers (both counsels, Pendakwa Raya dan Peguam bela) berjaya kumpul dan kemukakan.


Kalau macam saya kena jadi peguam bela, dan saya kena bekap orang yang tertuduh, tapi saya tak tahu dia jahat masa saya tengah bekap tu, tapi pada naluri saya dia memang jahat, saya tak boleh nak kata macam tu jugak sebab boleh jadi dia tak bersalah. dan semuanya based on evidence yang kita dapat. Macam nak charge orang untuk rogol, ade elements yang kena fulfil.


Jadinya, kalau saya bekap orang jahat dan tugas saya sebagai seorang peguam bela adalah mencari hujah dan bukti semua untuk menampakkan flaws ataupun kekurangan dari pihak pendakwa raya je. Walaupun dia bersalah tapi bukti banyak mengatakan dia tak bersalah, memang dia akan jadi tak bersalah. Tapi kalau saya tak jumpa bukti untuk menampakkan dia tak bersalah, maknanya dia memang bersalah.


Lawyers hanya menjalankan tugas je. Saya yakin kalau orang kita banyak seronok jadi lawyer, mungkin banyak nasib-nasib orang yang tak terbela boleh dibela. Pedulik kata orang yang streotypekan lawyers dengan penipu dan orang jahat sebab biasalah manusia mana nak nampak benda yang baik. Dia tak nampak lawyers ni baik sebab lawyers pun manusia yang bekerja jugak dan hanya menjalankan tugas cuba membela nasib manusia ikut undang-undang yang ada.


InsyaAllah dalam mencari bukti tu, kalau client kita tak bersalah, Tuhan akan tolong kita bukakan mata kita untuk jumpa bukti yang boleh menyokong kata dia tak bersalah. Kalau dia bersalah pulak, Tuhan akan tolong kita dengan tak jumpa bukti-bukti untuk kata dia tak bersalah. Tapi kita still kena jadi peguam bela dia, dan kemukakan dengan bukti-bukti yang ada walaupun sikit. Urusan jatuhkan hukuman bersalah tak bersalah ni Hakim yang tentukan.


Macam tu lah lebih kurang persepsi saya sekarang ni. Mungkin akan berubah, mungkin tidak. Kita nantikan. Yang penting nak buat kerja kena ikhlas. Rasanya semua kerja kalau ikhlas insyaAllah akan mendapat keberkatan Allah kan. Tak kira lah awak tu siapa. Petani ke pekebun ke, lawyer ke doktor ke kalau awak ikhas bekerja insyaAllah diredhai. Kalau awak tak ikhlas dan banyak seleweng, insyaAllah akan dapat balasan memasing.


Sebab saya tak sedih or frust sangat kalau terbekap orang jahat tapi dia terlepas tapi lagi rasa terkesan bila kita bekap orang yang nampak bersalah, tapi sebenarnya dia tak bersalah, tapi kita tak pandai jalankan tugas kita as lawyer, tak jumpa bukti untuk buktikan dia tak bersalah. Kebenaran tu yang sangat perit sebenarnya. Bila nasib orang yang tak bersalah tak dibela. 


Tapi macam mana nak tahu orang tu bersalah ke tidak? 

Ni semua sebab tu lah para lawyers kena usaha bebetul and bersungguh-sungguh bukan bersambil lewa je buat kerja untuk buktikan. Sebab semua ni kan bergantung pada lawyers. Kalau dia kerja betul, pandai kerja, insyaAllah nasib orang pun boleh terjamin kan. Jadinya kalau saya ditakdirkan menjadi peguam satu hari nanti dan terpaksa bela orang jahat, yang saya sendiri tak tahu dia jahat ke tak, yang saya boleh mampu buat adalah jalankan tugas saya sebagai lawyer, mengikut undang-undang.

Bakal Peguam insyaAllah.

Yang lain tu biar Allah yang tentukan.