Dashboard
Refresh
New Post
Sign Out
Gallery Myspace Facebook Twitter Friendster

Saturday, September 10, 2011

Kenapa perhubungan itu selalu gagal, kalau ada orang ketiga?

Dikarang pada : 9hb 9, 2011, Pukul 7.52pm.

Pernah terfikir tak, kenapa orang bercinta paling tak suka kalau ada orang ketiga muncul dalam perhubungan? Adakah sebab ianya dah terlampau biasa, maka terus jadi norma kehidupan untuk tidak menyukai orang ketiga ataupun sebab ada orang ketiga maksudnya pasangan tidak setia ataupun sebab dah setkan pemikiran bahawa orang ketiga tu harus lah dibenci.


Sebab ape ye agaknye. Kite boleh kongsi bumi, kongsi tanah, kongsi oxygen, ilmu, makanan dan sebagainya tapi tak boleh nak kongsi kasih sayang jantina yang berlainan yang bukan muhrim. Rasa macam tertipu, ditipu, tak betul dan sebagainya. Kenapa kan?


Kenapa tak boleh nak rasa macam--- ok, tak kisah lah awak ada orang ketiga, asalkan awak lelaki. Sebab awak boleh kahwin 4, so siapa je saya nak halang hasrat awak untuk beribadah kan. Yes, kahwin itu kan satu ibadah. Tapi atas dasar niat lah. Kalau kahwin setakat ingin memuaskan nafsu, itu dikira ibadah jugak ke ye? Pepandai lah jawab di akhirat sane~ Harhar.

Flying butterfly!

Ok. Sebenarnya, bagi pandangan saya lah kan. Sebab dah merasai perkara-perkara macam ni, so saye rase kenapa orang ketiga tidak disukai dalam perhubungan--sebab perasaan insecure. Perempuan memang selalu rasa insecure terhadap diri sendiri. Pastu, perempuan pun tamak jugak sebenarnya. Eh, bukan tamak. Tapi kedekut. Takmo ah share lelaki dengan perempuan lain. Rasa macam tak suci lak percintaan tu kalau sharing-sharing ni.


Sebab tu selalu 'it's either me or her'. Lelaki pasti runsing nak buat keputusan kan. Dah la lelaki selalu konfius. Tak tahu nak pilih mana. Kalau pilih dia, takut yang satu sedih. Lepas tu, takut diri sendiri menyesal lak kalau salah pilih. So, padan muka jugak kat lelaki tu sebab mengambil risiko bercinta reramai sampai konfiuskan diri sendiri. Haha.


Tapi kalau difikirkan balik, kenapa it's either me or her, dan bukannya ok, jom sesama bercinta dengan lelaki yang sama? Memang tak boleh kan. Kalau ade pun mungkin kes-kes terpencil yang tak diketahui. Adakah sebab ianya akan muncul bias di pihak lelaki tu. Ye la, perempuan dah la selalu kedekut, pastu kalau share, takut lelaki pulak tak reti nak handle.

Just another chapter in his life.

Tak reti nak handle di sini bermaksud, pasti akan lebihkan yang satu daripada yang satu lagi. Perempuan dah la banyak karenah. So kalau pandai nak bercinta reramai, haruslah pandai nak handle semua karenah tu. Kalau tak pandai, haruslah mengelakan diri daripada bercinta dengan ramai-ramai orang. Hihi.


Atau mungkin sebab, kalau lelaki tu ada 2 orang perempuan, akan rasa macam tak special la sebab ape yang dia rasakan kat kita dia rasakan kat perempuan yang satu lagi tu. Rasa macam tak seronok lah kena share. Macam rasa- something yang sukar diungkapkan dengan kata-kata. Eceh. Hehe.


Adakah itu bisikan syaitonnn supaya kita membenci kewujudan orang ketiga dan tidak berlapang dada berkongsi kasih? Kesian kat kaum lelaki ni sebenarnya. Yelah, mereka kan memang ditakdirkan, dibentuk dan diwujudkan untuk mencintai perempuan. Yang cinta kaum sejenis tu kes lain. Ni cakap pasal lelaki yang mencintai perempuan je. :P

Perempuan lebih seksi daripada lelaki. :P

So, bila dah dicipta untuk mencintai perempuan, memang banyaklah perempuan untuk dicintai. Dan takde pun istilah lelaki diciptakan untuk mencintai seorang perempuan sahaja di dunia ini. Sebab tu Allah tak haramkan poligami, tapi melaknat isteri yang menduakan suami. Lain pulak di pihak lelaki.


Lelaki kalau menduakan isteri dengan cara yang halal---iaitu mengahwini kedua-dua isteri, besar tau ganjarannya. Besar untuk lelaki, besar jugak untuk si isteri. Tapi kenapa susah untuk perempuan nak benarkan lelaki menduakan dirinye? Mungkin sebab ganjaran yang sangat banyak di akhirat sana tu bukannya senang untuk didapati. Sebab tu lah agaknye kan.


Itu kalau menduakan dengan cara yang halal la. Dan cara baik. Dan cara berterus terang, bukan menipu dan melakukannya secara senyap-senyap. Tak faham kenapa lelaki kalau nak bercinta dengan orang lain, perlu melakukannya secara sulit. Takut dimarahi ke ape? Atau sebab memang mindset kalau aku bercinta dengan orang lain, dia mesti akan mintak putuskan hubungan?

Pecah kepala nak buat keputusan.

Rasenye sebab dedua tu kot. Lelaki ni penakut jugak kekadang. Takut dengan perempuan. Bukan takut sebenarnya, tapi lelaki tak sanggup tengok perempuan penatkan diri sendiri dengan perasaan sedih dan marah. Tapi siapa kata perempuan tak boleh terima, kalau lelaki tu ada perasaan sayang kat perempuan lain?


Boleh je terima, tapi susah. Lelaki tu punya peranan lah nak tenangkan balik perasaan perempuan tu. Kenapa saye kate boleh? Sebab, kalau tak boleh--takkan Allah benarkan lelaki kahwin lebih daripada 1 kan? Sebab lelaki ni pun susah jugak. Diorang sebenarnya senang sayang dekat ramai perempuan yang baik dengan diorang, cuma tak reti nak handle je.


Cuba handle secara ikhlas. Cara macam--- awak, saya sayang kat dia. Saya sayang kat awak jugak. Saya nak awak berdua berbaik, sebab saya akan usaha untuk membahagiakan awak berdua tanpa rasa bias. Wow. bunyik macam senang je kan? Hihi. Tapi memang senang pun. Cuma bisikan syaitonirojin dan keras kepala diri sendiri je membuatkan sesuatu tu nampak susah.

Bisikan tu yang buat orang stress.

Lagi satu, sebab kenapa perempuan tak leh terima kewujudan perempuan ketiga--sebab lelaki tu sendiri yang tak pernah berterus terang. Lelaki tu rasa bersalah kot ada perasaan sayang kat orang lain jugak, tapi dia tak sedar yang normal la tu wujudnya perasaan sayang kat bebanyak perempuan, dalam diri seorang lelaki.


Rasanya kalau lelaki tu berterus terang, dan cuba melapangkan dada dan hati si perempuan tu untuk berkongsi, rasanya takda masalahlah benda-benda ni semua, kan? Ni tidak. Setiap kali sayang kat orang lain, mesti lupa kat orang yang satu lagi. Lepas tu terus putus hubungan dan konfius dengan perasaan yang diciptakan dalam diri tu. Kesiannye. Hoho


Ni mesti pengaruh kisah-kisah cinta yang direka oleh manusia sendiri ni. Kisah cinta tipikal di mana seorang lelaki haruslah mencintai dan berkahwin dengan sorang perempuan je, tak lebih. Kalau nak sayang perempuan lain, kene sayang secara senyap dan berlaku curang serta membuat dosa. Gitu ke? Gitu lerr yang selalu dipampangkan di kaca television.

Pengaruh musik dan media.

Kalau dalam lagu pulak, kisah cinta mesti antara sorang lelaki dan sorang perempuan je, tak pun curang. Ataupun, kesetiaan ke putus hubungan sebab ada orang lain ke. Orang yang dengar pun terpengaruh lalu emo sengsorang bila diduakan sebab dengar lagu-lagu dan tengok cite-cite yang macam tu. Sebab dah setkan pemikiran macam tu. Macam, dah memang sebati dengan pemikiran kot. Entah lah.


Takde pulak lagu yang menyokong lelaki untuk mencintai kaum wanita dan menghormati perasaan sayang dia terhadap wanita, lebih daripada seorang kan. Banyaknye mesti pasal curang lah, tak setia la ape la, mane tak terpengaruh. Huhu. Lelaki kan dilahirkan sebagai ketua. So lelaki yang patut mengetuai seorang perempuan tu, dalam semua segi.


Kalau perempuan lak, memang diciptakan untuk sorang laki je, tak leh reramai sebab perempuan kan diciptakan suci. Kalau perempuan sorang bersama laki ramai-ramai, tak suci dah la kan jadinye. Dan, memang pun, perempuan susah nak bercinta dengan ramai-ramai orang sekaligus macam lelaki. Sebab tu kalau perempuan tu ada orang lain, selalu berterus terang je dan berpisah. Senang. kann. hihi

Takda lah rumit sangat.

Oh, kejap. Posting saya kali ni takde lah pulak saye galakkan lelaki untuk bercinta banyak-banyak orang sekaligus. Tapi, amik point yang as a leader, lelaki harus mengawal perempuan. Kalau betul sayang dua-dua orang sekaligus, haruslah berusaha untuk mendapatkan kedua-duanya ye. Banyak dugaan oo kalau nak menduakan perempuan ni.


Pertama bila nak duakan perempuan, memula kene pandai uruskan perasaan kedua-dua perempuan untuk menerima satu sama lain. Kedua, kenalah stabilkan diri dalam perihal kewangan dan harta benda. Ketiga, hubungan dengan Allah kena jaga, nanti takde lah isu bias atau berat sebelah antara dedua orang perempuan tu. Keempat, fikir sendiri, malas lak nak fikir hehe :P


Teringin jugak nak tengok keadaan di mana orang ketiga diterima dengan hati yang lapang. Tapi selalunye susah nak lapang kalau lelaki tu sendiri tak melapangkan hatinya untuk berterus terang, kan kan? :) Perempuan boleh je terima sebenarnya. Saye yakin perempuan boleh terima keadaan ni, cume lelaki tu la kene pandai handle situasi macam ni.

Kuota.

P/S: Kebanyakkan perempuan sebenarnya tak boleh terima bila lelaki tu menipu je,
bukan sebab lelaki tu menduakan dirinye.


SEKIAN, 10.10pm. Pictures credit to: Flickr.

Orang Ketiga Dalam Perhubungan


Entry ni ditulis pada 12hb 8, 2011, Pukul 2.42pm.

Kebelakangan ni asal macam banyak je kisah orang ketiga muncul eh? Yang bercinta bertahun, putus cinta. Yang bertunang, putus tunang. Sedih kan. Rasanya, tu top #alasanbreakup yang masih menjadi twitter trending sekarang ni. Boleh check here. Haha. And yeah, I wonder macam mana ada je orang tu sedia nak jadi orang ketiga?


Tak rasa macam memalukan diri sendiri ke? Atau, tak rasa macam jahat ke? Atau, tak rasa macam akan rasa bersalah seumur hidup ke? Atau, diorang sebenarnya tak perasan yang mereka sebenarnya orang ketiga? Atau.. sebagainya. Mungkin ni kot situasi-situasinya bagaimana seseorang itu boleh terjadi orang ketiga dalam sesebuah perhubungan:


#1 - Saya suka awak dan saya lagi hot dari girlfriend awak sekarang.

Perempuan macam ni boleh dikatakan yang ada paras rupa, tapi sifat baik tu kurang sebab suka menggoda lelaki kepunyaan orang. Bukan kurang, tapi memang takde kot sifat kebaikan tu. Dia ni mungkin ada rupa, dan ada akal-tapi maruah takde. Cantik, tapi takde maruah itu satu perkara yang menyedihkan, kan?


Lelaki pulak pasti akan tergugat iman kesetiaannya bila ade gadis yang lebih cantik dari teman wanita dia confess macam tu kat dia. Mesti dia akan berbelah bahagi nak pilih teman wanita yang dah bertahun atau perempuan yang lebih hot dan cantik tu. Makin perempuan tu goda, makin suka la lelaki. Dan makin lama, secara tak langsung perempuan tu jadi orang ketiga.


#2 - Saya suka awak dan saya boleh bagi anything yang girlfriend awak tak boleh.

Ni boleh dikatakan jenis perempuan yang kaya, tapi murah. Dia kaya dan dia mampu nak bagi si lelaki tu macam-macam barang, dan dia juga boleh di bawa ke bilik sesuka hati. Malah, dia akan lakukan apa sahaja untuk lelaki tu.


Lelaki mana nak menolak rezeki yang datang tanpa diminta tu betul tak? So, dengan secara senang je lelaki yang buta mata hati akan pergi berhubungan dengan perempuan macam tu secara sembunyi. Susah lelaki nak tolak rezeki yang datang tanpa diminta ni sebenarnya.


#3 - Saya suka awak dan saya lebih dekat dengan awak di sini.

Jarak. Yes, ni berkaitan jarak. Perempuan ni mungkin terdiri daripada kawan-kawan lelaki tu di perantauan, dan lebih rapat dengan lelaki tu. Perhubungan ni boleh terjalin bermula daripada persahabatan. Bila perempuan tu dekat dengan lelaki, lelaki yang jauh dari teman wanita for sure akan boleh berubah hati.


Lelaki ni kan, mana boleh dibiarkan berseorangan tanpa awek. Lagi-lagi umur memuda cam kite ni, for sure hati tu senang je rasa selesa, senang je rasa nak suka kat orang lain. Senang-senang je kesetiaan dia terhadap teman wanita runtuh bila ada perempuan yang lebih dekat yang lebih care pasal dia.


#4 - Saya suka awak dan awak pun sukakan saya.

Gatal. Yang ni mungkin sukar sikit nak menyatakan siapa yang start dulu. Mungkin lelaki tu yang gatal pergi mengorat perempuan tu atau mungkin perempuan tu pun gatal mengorat lelaki tu walaupun dia dah tahu lelaki tu dah ada kekasih hati.


Lelaki mana pernah tak gatal. Everytime je gatal bila tengok perempuan. Everytime tengok perempuan, time tu jugak dia rasa nak ngorat perempuan tu. Bila tengok perempuan lain, time tu rasa nak ngorat perempuan lain walaupun sudah berpunya.


#5 - Saya suka awak dan saya ingatkan awak belum berpunya.


Jeng jeng jeng. Ni kisah sama ada perempuan tu terlampau baik dengan tidak perasan bahawa lelaki tu sudah berpunya ataupun lelaki tu hebat sangat menyembunyikan statusnya yang sudah berpunya.


Biasalah, kekadang perempuan ni senang terpikat dengan entah sesape yang ngorat diorang. Dan, tak terfikir pulak pasal status laki tu. Sebab laki tu ngorat die, for sure laki tu single kan? Not anymore ye kawan-kawan perempuan ku sekalian. Hihi.


Well, saye boleh bagi sampai #5 je lah sebab malas nak fikir yang lain. Haha. Siapa rasa nak tambah boleh lah tambah. Siapa pernah jadi orang ketiga tu pun dialu-alukan untuk berkongsi pengalaman kenapa boleh jadi orang ketiga? Ditipu ke menipu ke tertipu?

Mungkin ketiga-tiganya sekali.

Anyway, bagi pandangan saya lah kan--tak salah kalau lelaki tu tersuka kat orang lain disepanjang percintaan dia dengan girlfriend dia, tapi jujur lah sikit. Bagi je lah tahu kat awek dia yang dia sebenarnya dah ter-suka kat orang lain, oleh itu kita harus berpisah. Kan senang.


Tapi, tak mungkin la lelaki nak admit macam tu. Sebab nanti akan nampak sangat lah yang dia tak setia-padahal dia pernah janji nak setia. Nampak sangat dia tak baik-sebab tak setia. Dan nampak sangat dia tu lemah-senang tergoda. Mungkin sebab tu kot lelaki susah nak admit.


Atau mungkin sebenarnya lelaki tu pun tak sedar yang dia sebenarnya dah suka kat orang lain. Dia rasa dia sayang kat girlfriend dia, tapi dia suka kat orang yang dok goda-goda dia tu. Laki tu suka, perempuan tu pun melayan, so memang autometik lelaki tu boleh berubah hati, betul tak?

Unconscious .

Takpun sebenarnya, niat lelaki tu hanya nak jadikan orang ketiga tu as a back up plan, so that bila dia break up dengan girlfriend dia, dia dah ada back up yang boleh mengubat hatinya yang lara tu. So nanti dia takde lah rasa terluka sangat kalau girlfriend dia nak tinggalkan dia. Situasi ni sesuai diaplikasi kepada lelaki yang selalu rasa insecure terhadap die pnye galpren.


Lelaki ni kan nampak je gagah tapi sebenarnye hati lemah. Senang tergoda. Nafsu tinggi. Ade 1 nafsu je nak buat cemane. Keh keh. Tapi benda tu tak jalan kalau orang ketiga tu tak melayan kehendak nafsu lelaki yang senang tergoda tu. So, who's to blame here? Lelaki tu ke orang ketiga tu? Jeng jeng jeng.


For me--of course semua pihak yang terlibat tu salah. Lelaki, orang ketiga mahupun si girlfriend. Girlfriend salah sebab tak jaga lelaki tu elok-elok. Takpun, tak ambil berat sangat pasal laki tu sebab tu dia senang jatuh hati kat orang ketiga. Atau, ada kekurangan daripada girlfriend yang lelaki tu dapat penuhkan from the orang ketiga.

Something is missing.

Lelaki tu pulak salah sebab dia tak jaga hati tak jaga iman tak jaga pandangan elok-elok masa berjauhan dengan kekasih hati. Lelaki tu salah sebab melayan orang yang melayan dia. Haha. Kira, lelaki ni tersilap langkah sebab dia ingat dia kuat sangat takkan tergoda, padahal.. jeng jeng jeng. Kekekeke. and lagi satu, sebab laki ni tamak.


Orang ketiga tu pulak, salah sebab melayan orang lelaki. Walaupun mula-mula memang niat nak layan biasa-biasa je, layan biasa-biasa je sebab dah tahu lelaki tu dah ade galpren, tapi lama-lama tersangkut tetiba, dan lelaki tu pun tersangkut tetibe. dan kemudian poff- memang jadi orang ketiga la kan. Haha.


Dan lelaki memang selalu tamak. Dia tahu dia dah ada galpren yang dia sayang, tapi at the same time ada pulak perempuan yang sayang kat dia jugak. So dia, dilemma nak pilih yang mana satu? Dia mungkin akan pilih seseorang tu untuk kebaikan diri dia sendiri depending on the situation kot.

It's in your hand.

For example, antara girlfriend dan orang ketiga yang kaya-yang mampu bagi dia memacam, hidup senang semua. At the same time lelaki tu perlukan duit dan dia sayang kat girlfriend dia, tapi dia lebih rela pergi kat orang ketiga sebab dia sendiri yang akan dapat benefit. Who knows kan?


Contoh lain, bila girlfriend dia jauh dan orang ketiga tu dekat dengan dia. Boleh teman dia sentiasa, pergi memana pun bersama. Dia sayang kat girlfriend dia, tapi maybe dia rasa bad dekat diri sendiri sebab buat macam tu kat girlfriend dia and sebab tu dia pilih orang ketiga tu-yang selalu ada dengan dia.


So, sebenarnye banyak faktor kenapa wujudnye orang ketiga ni, lagi-lagi bila tengah bercinta. Sebab tengah muda kan, mesti rasa macam nak je semua orang yang menarik di depan mata. Nak dia, nak awak, nak semua orang. Sebab tu la rasenye payah bercinta memuda ni. Kehkeh.

Boleh beredam air mata.

Kepada yang pernah putus sebab orang ketiga--biar kan je dia pergi dengan pilihan dia. Tak perlu nak sesedih menyalahkan takdir on why and how. I mean, macam nak kesal-kesal dengan tindakan lelaki tu yang tak mampu melawan godaan. Biar je la dia tu, dah besar dah lebih matang kang tahu la dia fikir balik apa yang dia dah buat di masa lampau. kekeke.


Kepada lelaki yang sentiasa dalam dilemma orang ketiga--tak perlu tamak dalam kehidupan. Beritahu je perkara sebenar kat kekasih anda bahawa anda telah terjatuh hati kat orang lain. Kalau kene marah kena maki tu memang normal la, siapa suruh buat perangai dulu. Tapi yang penting, jangan takut untuk berterus terang. Daripada tinggalkan berpanjangan and perempuan tu tahu sendiri nanti lagi lah teruk. So, go on. Make your choice and confess. :)


Kepada orang ketiga pulak--Hormati hubungan orang lain dulu kalau nak hubungan anda dihormati. Saya rasa ramai yang tak sedar yang diri tu orang ketiga sebenarnya. Dan tak sedar yang mereka tu salah dan masih mahu menyalahkan teman wanita kepada lelaki tu. Orang macam ni mungkin tak boleh terima hakikat kejahilan diri sendiri kot? I dont know, atau mereka sedar tapi tak dapat nak elak perkara tu. Insaflah~ Haha.

White flower turns to blue.

Yang penting sekarang ni, lelaki tu je la. Kalau dah suka kat orang lain haruslah berterus terang. Ape ingat kami perempuan ni kisah sangat ke kalau korang ade orang lain? Haha. I mean, bukan tak kisah, tapi kalau bagitahu kan elok. Daripada duk buat kami tertanya-tanya tentang perubahan korang semenjak ade orang ketiga tu, baik confess sendiri.


Memanglah niat lelaki baik taknak bagitahu pun mungkin sebab taknak sakitkan hati perempuan tu, taknak galpren dia sedih, taknak nampak diri dia jahat--tapi please, jangan jadi pengecut untuk bersemuka dengan kebenaran. Kalau dah terpikat kat orang lain, then go on. Girlfriend korang for sure akan murung, tapi takpe sebab lama-lama elok la tu. Haha. Ape ingat perempuan ni tak cool ke? kitorang cool je tau sebenarnya. Cayalah! ;)


Kenapa saya merujuk kepada situasi lelaki tu yang ada orang lain, dan bukan perempuan yang ada orang lain? Sebab--memang selalunya (tak semuanya) lelaki yang senang sayang kat orang lain, dan perempuan sayang kat sorang je. Sebab apa? Sebab memang macam tu lah lumrah kehidupan. Sebab sifat kita memasing tercipta macam tu.

Woman flies with feeling.

Lelaki memang diciptakan mudah mengasihi dan menyayangi perempuan, bukan kat sorang perempuan je sebab memang tu sifat yang diciptakan untuk mereka. Sebab tu Allah benarkan lelaki kahwin 4. Kalau perempuan pulak--diciptakan dengan sifat keibuan, menjadi seorang yang taat kepada suami sorang je, sebab tu perempuan tak boleh nak sayang kat banyak-banyak lelaki sekaligus. Kan? :)


Tapi best perempuan sebab bila tengah in relationship, kalau dia dah suka kat orang lain selalunye memang akan berterus terang je dekat teman lelaki. Sebab perempuan tak tamak, lepastu tak boleh nak berselindung dan menipu diri sendiri tentang perasaan ni. Kami kan kaum yang tahu apa yang kami nak, so bila kami rasa kami nak yang itu, memang terus terang je la walaupun menyakitkan. At least, kami tak main kayu tiga masa dalam hubungan. :P


Yang penting sekarang, kenapa saya tak letak #sebab orang ketiga : Saya suka awak dan saya lagi baik dari teman wanita awak. Sebab kalau perempuan tu baik, for sure dia akan hormati perempuan lain, dan juga hubungan orang lain. So here, kalau a guy fall for a girl when he was in a relationship, and that girl pun fall for him, biar kan sajo. Sebab memang sesuai sangat lah tu kan dengan perangai masing-masing. Hiihihi

Jadilah epal yang berkualiti.

P/S: Dah lama sangat buat entry ni. dan, dah siap ada entry susulan pasal
orang ketiga lagi dah lepas ni. Tungguu~ :P


SEKIAN, 12.01am. Picture : Flickr.

Friday, September 09, 2011

Mengatasi Haters


Entry ini dikarang pada : 8hb 5, 2011, Pukul 1:37 PM

Manusia ni emosi betul la. Benda yang tak berkaitan dengan diorang pun diorang boleh senang-senang je rasa sentap. Lepas sentap, mula lah nak wujud perasaan yang tak best dalam diri seperti--membenci, menyampah dan mengeji. Keh keh.


Oh well, cara nak deal dengan orang yang tetibe je munculkan diri dalam kehidupan kita dengan cara negetif seperti--haters adalah sangat mudah sebenarnya. Easy and simple. Why why why?


Sebab utama mereka jadi haters sejati kepada kita mungkin kerana:

Dengki dengki dengki. Adore tapi dengki. Dan dengki, jeles, nak jadi macam kita tapi tak boleh, tak suka dengan sifat kita, kewujudan kita menjengkelkan mereka, jeles, dengki, jeles, busuk hati, terpengaruh dengan haters yang lain dan mungkin sebab hobi, saja suka-suka nak jadi haters (kes terpencil).

Dirty hands with dirty mind.

Satu je yang pasti pasal haters - Dia tak suka kita, tapi dia pasti akan selalu stalk kita tak kira di mana jua kita berada. Laman sesawang(s) kite semuanya dalam genggaman tangan diorang je. Amboi, lawan taukeh nampaknya. Keh keh.


And yeah, di atas sebab-sebab tertentu, haters-haters ni naluri diorang, diorang sebenarnya ingin meluahkan kepada kita perasaan tak-suka diorang tu tapi selalu takde peluang untuk menyampaikannya. Sebab selalunyai haters ni banyak yang penakut. Tak berani katekan. Boo! Ha ha.


Tercabar ke? Jap. Saye tak pasti kalau saye ade haters ke tak, tapi rase macam semua manusia pasti akan ade haters je jugak. Maklumlah, syaitonirojim ni kan dah makin banyak sekarang. No wonder manusia boleh lebih banyak membenci dan berhasad dengki daripada menghormati dan menyayangi. Hohoho.

Put the blame in your own shoulder.

Nak deal dengan diorang senang je, which is-- Gelak je dengan anything yang diorang sampaikan. Sebab ape? Sebab diorang tu kebanyakannye emosinye sangat mendalam. That's why diorang boleh jadi seorang hater. Emo, emo, emo dan emo.


So emo memang tak boleh berlawan dengan emo, sebab diorang ni kan sekutu. That's why bile orang emo dengan kita, kita harus buat taktahu je. Buat macam, benda tu funny. Takyah amik serius sangat perkara yang para-para haters ni kemukakan unless benda tu sudah melampaui batas.


Sebab selalunye tujuan haters ni adalah membenci, memaklumkan orang yang dibenci tu bahawa mereka tu dibenci, merosakkan emosi orang yang dibenci dan mempengaruhi mood orang yang dibenci. Haters ni macam orang yang tak cukup kasih sayang, tapi inginkan perhatian dengan cara yang tak betul.

Psychotic thinking.

That's why makin kita layan, selalunya haters ni akan makin menjadi-jadi. Haters tak boleh dibalas dengan hatred. So bila ada orang benci kat kita, kita patut balas mereka dengan senyuman yang menenangkan supaya diorang malu sendiri dan rasa macam--aku benci die, kenape die senyum kat aku?


Saiko namanye. Yup yup. Dalam hidup ni kite kene pandai saiko diri sendiri dan orang lain. So that, kite akan jadi seorang orang yang lebih hidup. Orang yang lebih ceria dan lebih positif. Ngeh ngeh. Kalau seorang hater bersuara, for sure deep inside menikam kite tapi jangan lah nampak macam ditikam sangat.


We should know how to act cool and steady. Hihi. Para haters tak suke orang yang cool sangat and steady sangat ni. Diorang akan rasa tercabar. Diorang akan rasa macam tak puas hati sebab diorang dah try nak buat kita sama-sama benci kat diorang dengan mengatakan benda-benda yang mengguris hati tapi kita buat macam takde ape je yang berlaku.

Let the black influence fly.

Haha. Seronok sebenarnya tengok haters tak puas hati ni. Rasa macam.. bahagia. Hihi. Yeah, inilah caranya. Kita harus bahagia, supaya para haters semua rasa tak bahagia. Yelah, tujuan diorang adelah memusnahkan kebahagiaan seseorang kan, so bile kite tak bahagia, means diorang yang akan bahagia.


Antara kita dan haters memang satu pihak je yang akan menang dan bahagia, dan we should make it on our side! Biar diorang sakit sendiri-sendiri sebab perasaan busuk hati dalam diri tu and kite should act like we're not affected. And yeah, kite tak patut rase affected pun sebenarnye dengan haters tu.


Yang penting, kawal emosi. Emosi tu je lah weapon untuk para haters ni nak lawan kite. Diorang akan buat kite rase emo, dan sentap dengan kata-kata diorang dan seterusnya diorang akan rasa macam diorang tu telah menguasai pemikiran kita. Hoho. Come on! :)


P/S : Sudah-sudah lah tu berhasad negetif dengan orang lain. Lalala~


SEKIAN, 5.40pm. Pictures : Flickr.

Makin hari makin suka menyendiri

Hai korang! :)

Lama sangat saya tak update belog ni. Rasa syahdu je bila bukak blog ni tengok takde entry terbaru. Lagi bertambah syahdu bila takda update pun still ada dua tiga orang pelawat sedang melawat blog ni serentak sekali dengan saya. Siapakah anda? Jengjenjeng.


Oh ye, sekarang ni saya tak tahu kenapa saya malas betul nak melayan orang. Rasanya memang betul la makin meningkat umur, makin malas kita nak berinteraksi. Ok fine, mungkin hipotesis tu hanya berkesan ke atas diri saya je kan. Tapi itu yang terjadi. T___T


Dulu zaman sekolah kemain lagi aktif berinteraksi dan melayan orang yang tak dikenali dekat mespes tu. Tapi sekarang? Malas kemain. Saya rasa, time-time umur saya ni lah patut menikmati dunia berkawan sebanyak mungkin sebelum kahwin kang. Sebab nanti dah kahwin hidup seorang perempuan tu memang 100% terikat dengan suami dan rumahtangga.


So, sekarang ni lah masanya nak mengenal ramai-ramai orang. Masa umur remaja ni lah saya boleh mengembangkan empayar perkenalan dengan mempampangkan bbpin secara public dekat facebook. Entah sesape nak add pun takpe. Add lah, layan tak layan tu cite kedua. Harhar.


Flashback.

Tapi sebenarnya, saya layankan je semua orang sekarang ni. Layan in term of-- ingin berkawan. Mengenali hati budi mungkin selepas berkawan. Lepas tu mungkin bercinte lak kite, dan berkahwin kan. Sape tahu? HAHA~ Tapi maaf lah ye kalau tak layan. Bukan sengaja, cuma... takde jodoh kot kite. Sebab tu ditakdirkan kite tak leh rapat. Kot -___-


So, nanti kalau dah habis belajar ke dah kerja ke dah jumpa pasangan hidup ke, mungkin lagi susah nak bergaul dengan orang-orang baru. Memang takde dah bbpin terpampang secara public dekat laman sesawang. Phone pun bertukar. Memang orang-orang terpilih dan yang ditakdirkan untuk ade je akan berada dalam kehidupan saya selepas ni. Tapi lama lagi. So, chill la dulu :P


Sebab apa makin berumur makin susah bergaul? Mungkin sebab-- masa. Atau mungkin sebab pergaulan seharian terbatas untuk orang-orang yang berada di depan mate je, kan? Layan orang yang kite kenal je. Sebab makin dewasa, makin perasaan inginkan privacy tu meningkat. Takde dah nak chatting hari-hari kat YM dengan random people macam dedulu. Sekarang ni skype pun saya approve orang yang saye kenal dan saye kehendaki je. Huhu. Maap ye, maap.

Sunflower.

Oh ye, (topik lain) minggu depan nak masuk study dah. Hari Ahad ni daftar kolej, Isnin dah start belajar dah. Bai bai cuti. Hai hai UiTM Shah Alam. hihi. Alhamdulillah diberi rezeki untuk menyambung degree dalam bidang undang-undang. Rasa macam berdebar tak henti ni sebab tengok bebudak student yang lain sume macam power je. So rasa macam---- I bet you guys pun boleh bayangkan perasaan ni kan :P hikhik.


dan sekarang, saya memang sangat lost dalam dunia blogging ni. Rasa macam dah tak kenal sesiapa dan tidak dikenali oleh sesiapa. Perasaan ini sangat best, dimana lepas ni boleh la saya hapdet sesuka hati saya mengenai kehidupan seharian. Back to style blogging zaman memula join dulu. Hewhewhew


Siapa nak baca, baca. Siapa nak komen, komen. Siapa nak like, like. OH DAN SAYA BARU JE BUAT BUTTON LIKE TU PADA 11 OGOS 2011! YAYY TO ME! :D :D Ramai dah suggest suruh buat button like tu, cuma sebelum ni keras kepala takda masa nak update layout. eh ada je masa cuma masa tu selalu dihabiskan membuat perkara-perkara yang lain. Hik hik.

Free to do anything.

Thanks to anyone yang masih menunggu-nunggu update daripada saya. Yang suruh saya update blog. Yang concern pasal kewujudan saya kat sini. Terharu gituu rasa nak nangis lak sob sob *lap airmata dengan tisu* Hehehe. Yang DM kat facebook cakap pasal blog. Yang tak suka blog saya (kalau ade) pun terima kasih sebab mengunjungi. :'D


Sebenarnye memang banyak dah benda saya karang. Karangan yang berjela-jela, cuma macam biasa malas nak publish. Bukan takutkan social repercussion, tapi sebab malas datang secara tetiba setiap kali nak tekan publish. Berat ni, berat. Hoho. Takpe lah, lepas ni insyaAllah saya akan komitedkan balik diri dengan blog ni. Kesian blog ni. Menangis die. Isk isk.


So after this, I will publish semua post yang saya dah draftkan awal-awal sebab malas nak tekan publish tu. Doa-doa lah supaya saya rajin mengupdate yeeee. Tu pun kalau sudi doakan. Kalau sudi nak baca ape yang saya tulis lah. Hihi. K la tu je. Bai. Thanks sebab baca. :'D


P/S : Seriusly oh, makin dah tua ni makin suka menyendiri. Huhu.

SEKIAN, 1.50pm. Pictures credit : Flickr.