Dashboard
Refresh
New Post
Sign Out
Gallery Myspace Facebook Twitter Friendster

Wednesday, August 20, 2008

Mengekalkan hakmilik

Wah! Entah kenape secara tiba-tiba saye mendapat satu idea untuk mengekalkan hak milik terhadap pemilik gambar-gambar yang saye post. Seperti yang tercatat di ruang tersurat dan tersirat di sebelah kanan column blog saye ni, gambar tersebut BUKAN hakmilik saye tetapi saye amik je kat mane mane kat internet ni. Haha.

Dan untuk mengekalkan hak milik mereka, iaitu copyright, saye akan meletakkan link mereka dan korang semua boleh la ke halaman mereka terus setelah mengklik gambar tersebut. Hehe. Contoh cube tekan gambar bawah ni:

Tujuannye adalah untuk memudahkan sesiapa yang berminat mengambil gambar tersebut untuk di post di mane-mane. Sebelum ni susah nak amik gamba-gamba tu semua sebab saye dah hilangkan link untuk besarkan gambar dan blog saye ni pon telah ditarok kod no-right klik so susah untuk sesape nak amik gamba tu.

Selain itu, ianya juga boleh mengekalkan hak milik tuan yang menghasilkan hasil seni tersebut. Taknak la nanti orang kate saye curik gambo orang pastu tak bagi orang lain copy. Pastu yang tak suke membace tu dorang mesti tak perasan bende TERSURAT DAN TERSIRAT yang saye buat kat seblah kanan ni so nanti dorang ingat gambar tu semua saye yang buat.

Dah la malas nak terangkan lagi. Haha. Tapi bende ni berkuatkuasa selepas posting yang ni je. Sebelum-sebelum ni punye malas nak tarok code. Kekekekeke. Dah la tu je la kot. Sekian, mekasih. Haha :P