Dashboard
Refresh
New Post
Sign Out
Gallery Myspace Facebook Twitter Friendster

Saturday, September 19, 2009

Berakhirnya Ramadhan 1430H


Saya ucapkan kepada semua!
Maaf zahir dan batin.
Semoga ceria-ceria selalu.
Dan berjaya di dunia dan di akhirat, AMIN!:)


P/S : Nah duit raya dan kuih raya ikhlas daripada saya.
Sape cepat dia dapat! hehehe :P

Tulus ikhlas, Eyka Hamasuba :)

Tuesday, September 08, 2009

Ini kisah tentang si badut :D

Badut bagaimanakah menjadi pilihan anda? :D

Ok. Hari ini saye ingin berkongsi cerita sedikit tentang sesuatu yang amat melucukan. Serta dapat menghilangkan stress dan menghiburkan hati saye dan rakan-rakan. Kisah mengenai seorang badut. Siapakah badut tersebut? Hanya kenalkan sebagai Badut sahaja. HAHAHA. Sebelum tu, saye nak bagi pendapat sikit tentang cara memberi respons yang positif dan berkesan tanpa unsur carutan.

Jika anda ikuti cara-cara ini anda juga dapat mengikuti kisah-kisah lucu yang dimaksudkan bagi saya dan rakan-rakan. Hahaha. Sebelum itu, saya ingin sertakan contoh respon yang boleh menunjukkan ciri-ciri bahawa anda merupakan seorang yang tidak educated. Boleh besarkan gambar di bawah ini, takde masalah :D

Hanya sekadar contoh :D

Harap hindarkan footer comment tersebut yang mempunyai ciri-ciri seakan-akan blog saya tetapi sebenarnya TIDAK kerana perkara tersebut telah dinafikan tuan empunya contoh ayat yang tidak educated itu. HAHAHAHA. okeh boleh teruskan setelah meneliti CONTOH ayat di atas yang diambil dari satu tempat RAHSIA dimana hanya saya dan rakan-rakan facebook saya saja yang mengetahuinya. HAHA:P

Kenape fesbuk je eykaaa? Not fair lah! Kami juga ingin mengetahuinya! Hm. Baiklah anak-anak muridku. HAHA. Saya tidak lah sebegitu kabut melakukan sesuatu tanpa berfikir terlebih dahulu. Ada sebab saya post di fesbuk dan bukan di myspace ataupun di blog kerana perbuatan ini hanya akan mempromosikan website yang penuh dengan ayat marabahaya tersebut.

Saya tidak mahu pembaca-pembaca terpengaruh dengan anasir-anasir negetif seperti itu. Ianya hanya akan mencacatkan serta menaikkan amarah mereka yang tidak mempunyai tahap kesabaran yang tinggi seperti saya. CEHCEH. hahaha. Apakah disebalik peristiwa dan kata-kata yang tidak educated di atas? Tiada rahsia. Kan tadi tu ayat contoh je! Hahaha. Teruskan je membaca ok :D

Sini saya sertakan pulak CONTOH perdebatan antara seorang badut dan rakan-rakan saya. Lihat lah contoh ayat-ayat yang dikemukan oleh badut tersebut. Semua contoh dibawah boleh dibesarkan untuk penglihatan yang lebih jelas, takde masalah! Hehehe. Kejadian bermula begini. JENG JENG JENG.

Contoh penyapaan badut yang sungguh kebadutan xP
Msg kat chatbox? Ade laa :D
Oh man the last words! Sungguh tak educated! HAHA

Ayat last sang badut sungguh 'menusuk kalbu'. HAHAHA
Ayat badut di bawah ini memberi banyak point yang sangat 'BERMAKNA' bagi menunjukkan ciri-ciri kemarahan yang tidak berstrategi! hahahaha

Kemudian saya memintas comment badut tersebut.

dan membalas perdebatan sang badut. (dalam komen farah)

Lalu, farah menghantarnya kepada badut tersebut.

dan die membalasnya. Terakhir kerana selepas itu, farah tidak mahu membuang masa melayan karenah badut tersebut.

Kemudian ini komen antara Ain dan Farah :)







Ain juga ada menghantar komen kepada saya :
Dan, tamatlah kisah komen bersama badut. HAHA

Belum tamat lagi sebenarnya. Ada sambungannye lagi. Kali ni dekat status pulak. Kali inilah bibit-bibit kelakar bagi saya muncul. Bukan kelakar sebab ape pon. Tapi entah, mungkin kerana saya rasa kelakar mendengar ayat-ayat saya dan rakan. Sebab tu saya lebih suka menyimpan SENT ITEM daripada INBOX. Hehe. Nak bace, SCROLL paling bawah dan bace lah dari bawah ke atas. :)








Tamatlah sudah perbualan saya bersama farah. The point is, kite harus lah sabar. Betul tak? SABAR? Sabar yang macam mane tu? Sang badut ada mengatakan bahawa sabar ade limit. TAHU PUN sabar ade limit. Oh, adekah badut sahaja yang mempunyai limit kesabaran dan tidak bagi manusia-manusia bukan badut seperti kita?

Dan begitulah contoh-contoh respons yang patut kita berikan kepada sesiapa sahaja yang cuba mencabar kesabaran kita. Bukan dengan carutan, tapi dengan gurauan yang pedas lagi bermakna! Hahahaha. Mengatasi sesuatu dengan carut-carutan sungguh not my style. Kerana ianya hanya menunjukkan kebodohan kita sendiri. Macam sang badut. Betul tak? Hehehe

So di sini saye ingin mengatakan tidak kira masalah apa yang dihadapi, gunalah akal fikiran untuk menyelesaikannya. Bukan dengan cara seperti contoh di awal tadi yang hanya tahu mengeluarkan isi hati berbaur kutukan dan carut-carutan. Jelas menunjukkan diri tidak educated. Siapalah saye untuk mengatakan seseorang itu educated ataupun tidak, tetapi cerdik pandai ada mengatakan bahawa kata-kata mencerminkan peribadi seseorang. :)

Badut juga boleh membawa kehancuran! HAHAHA

Hehe. Tadi di status ade mengatakan tentang babi, bukan bermakna carutan pon tetapi si badut ada mengatakan tentang mulut busuk bau bontot babi. Itu jelas menunjukkan bahawa sang badut pernah menghidu bontot haiwan yang dimaksudkan. Kerana jika tidak, dia tidak akan pernah mensamakan mulut seseorang dengan bau yang tidak pernah dia hidu, betul kan? HAHA

Tak sangka makin akhir zaman ni makin ramai orang yang berhobi pelik. Sampaikan bontot pon mereka sanggup nak hidu. Ish ish ish. Teruk betul perangai kan? Hahaha. Oh ye, cerita-cerita di atas ini hanyelah sebagai hiburan di malam hari juga sebagai contoh untuk membezakan respon antara dua jenis manusia yang berbeza. Nak jadi badut atau manusia, terpulanglah kepada anda untuk memilih kan kan? :D

Jika anda berminat untuk mengetahui kisah sang badut dan rakan-rakannya yang sungguh tidak educated, silalah email saya di eykahamasuba@gmail.com. Kerana saya berasa jijik untuk mencemarkan blog saya dengan badut-badut tersebut yang kini sedang berforum mengeluarkan ayat-ayat yang mencerminkan peribadi mereka. Hahahaha :D

P/S : Wow! Ade orang tuu tolong mempemeskan lagi blog saya ni la! FEWIT! Hahaha:DD

SEKIAN, 10.32pm

Monday, September 07, 2009

Ramai yang tidak tahu

Inilah kisah tentang saya...

Nama saya Abang. Saya baru je tinggal kat sini. Tak sampai beberapa bulan. Umur saya pun belum cukup setahun tapi saya telah berpindah randah ke sini sebanyak dua kali. Mula-mula saya tinggal dengan Pakcik Abu Seman bersama-sama dengan ahli keluarga saya yang lain.

Walaupun dikurung, tapi saya tetap gembira tinggal di situ. Hari-hari saya hanya perlu tidur dan bila makan saya akan disuapkan dengan ikan rebus. Sebab itu badan saya besar dan gemuk berbanding kucing lain yang sebaya dengan saya. Bulan ini genap umur saya 10 bulan hidup di muka bumi ini.

Pada suatu hari, tuan saya memberi saya kepada kawannya, iaitu Pakcik Abu Samah. Saya sangat sedih kerana Pakcik Abu Seman sanggup berbuat begitu terhadap saya. Hari-hari saya menangis kerana rindukan rumah. Sudahlah suasana berbeza, makanan saya tidak lagi disuap seperti selalu. Walaupun hidup bebas tanpa dikurung, saya lebih selesa duduk di dalam kurungan saya.

Saya rindukan Pakcik Abu Seman...

Setelah lebih kurang seminggu saya menangis dan berlakon serta mogok tidak mahu makan, Pakcik Abu Samah akhirnya memulangkan saya kembali kepada Pakcik Abu Seman. Saya berasa sangat gembira! Sampai sahaja di rumah Pakcik Abu Seman, saya terus menyapa ahli keluarga saya yang lain dengan girang sekali kerana saya amat rindukan mereka terutamanya ibu saya!

Ketika itu, saya lihat Pakcik Abu Seman memberi pula kucing yang lain kepada Pakcik Abu Samah. Kucing tersebut merupakan adik-adik tiri saya! Nama mereka berdua ialah Ginger dan Snowy. Ketika itu mereka baru sahaja berusia 4 bulan(kot). Saya tak kisah sangat asalkan bukan saya yang diberi kepada tuan lain. Saya tidak mahu tuan lain selain Pakcik Abu Seman!

Snowy dan ginger...

Selang beberapa minggu, Pakcik Abu Seman bercadang untuk membuang saya. Saya berasa amat sedih sekali! Apa salah saya sehingga beliau tergamak untuk membuang saya? Saya hanya akur kerana tidak mampu untuk membantah. Sebelum dibuang, Pakcik Abu Seman ke rumah Pakcik Abu Samah. Mungkin tuan saya merasakan lebih baik saya dijaga oleh Pakcik Abu Samah daripada dibuang entah ke mana-mana.

Ketika itu, saya curi-curi mendengar perbualan mereka. Pakcik Abu Samah mengatakan bahawa adik tiri saya yang bernama Snowy telah hilang! Mungkin ada orang yang mencurinya, atau mungkin dia tersesat kemana-mana. Kerana, adik saya Snowy sangat cantik. Bulunya putih tanpa secalit tompok pon. Matanya biru dan dia sangat peramah terhadap orang sekeliling.

Gambar kenangan snowy walaupun separuh...

Kata putus sudah dibuat, akhirnya saya bersama-sama adik tiri saya iaitu Simba bertukar tuan kepada Pakcik Abu Samah. Pada mulanya, saya tidak dapat menerima hakikat bahawa Pakcik Abu Seman tidak menyayangi saya lagi. Tapi saya redha kerana mungkin ada masalah lain yang tidak saya mengerti. Kerana dengar khabar, adik-beradik saya yang lain juga telah diberikan kepada teman-temannya yang lain.

Keesokkan harinya, saya telah lari dari rumah Pakcik Abu Samah. Saya mahu mencari jalan pulang untuk ke rumah Pakcik Abu Seman. Kalau boleh, saya ingin bertanya mengapa dia tergamak membuang kami yang tidak bersalah ini. Namun, setelah beberapa hari berusaha mencari, akhirnya saya mulai putus harapan. Berat badan saya susut. Perut saya terasa amat lapar kerana berjalan tanpa bekalan. Lalu saya memutuskan untuk kembali ke rumah Pakcik Abu Samah.

Mereka kelihatan amat gembira menyambut kepulangan saya. Adik-adik tiri saya pada mulanya sudah tidak lagi mengenali saya. Mungkin kerana bau saya sudah berbeza daripada mereka. Tapi tidak mengapa, kerana lambat laun saya pasti kami akan berbaik semula. Tetapi, kucing kepunyaan tuan rumah iaitu Cikteh sangat sombong terhadap kami adik-beradik. Dia terlalu sombong untuk berkawan dengan saya.

Simba dan Ginger...

Mereka berdua sangat rapat

dan suka tidur bersama

Kini, sudah hampir 2 bulan saya menetap di sini. Kesakitan dan kepenatan saya lari daripada rumah pun telah beransur pulih. Adik-beradik saya juga sudah mengenali dan menerima saya kembali. Saya bahagia tinggal di sini. Walaupun kadang-kala Pakcik Abu Seman terlintas di dalam benak, tapi saya tetap bersyukur kerana dipertemukan dengan keluarga Pakcik Abu Samah.

Saya tidak hidup di dalam kurungan. Saya bebas tidur di mana sahaja saya suka. Di atas sofa, atas katil, atas kerusi, bawah meja dan sebagainya. Hampir semua tempat pernah menjadi tempat tidur saya. Makan minum saya dijaga. Dan saya juga telah diberi rantai berloceng oleh tuan saya. Walaupun kemachoan saya hilang, tetapi saya tetap suka memakai rantai tersebut.

Abang abang dan ABANG! :)

Tamatlah kisah tentang saya yang diberi nama Abang. Nama ini Pakcik Abu Seman yang berikan kepada saya. Mungkin kerana saya merupakan anak pertama ibu saya. Mungkin juga saya dilahirkan di Terengganu. Sekarang saya cuma berharap agar saya tidak melanggar peraturan keluarga Pakcik Abu Samah. Peraturannya sangat simple iaitu, saya dan adik-adik saya tidak dibenarkan berak mahupun kencing di dalam rumah. Jika tidak, mungkin kami akan dipindahkan ke tempat lain pula.

Kisah di atas telah diceritakan sendiri oleh Abang kepade saye. Ehem. Percaye je lah korang kan. Hahaha. Tapi kisah benar tu, tiada unsur penipuan di dalamnye. Semua nama dan kisah di atas merupakan fakta yang benar lagi sahih. Hehehe. Dan ketiga-tiga mereka merupakan kucing jantan. Kisah lain tentang mereka: SINI.

P/S : Mak saya mmg meminati kucing yang berwarna oren!

SEKIAN, 10.28pm

Sunday, September 06, 2009

Restoran Briyani Insaf

Insaflah anda sebelum anda diinsafkan. kih kih :P

Baru pulang dari berbuka puasa bersama keluarga di Restoran Briyani Insaf. Nyumm memang best! Sejak kecik lagi kami sekeluarga suke makan kat situ. Sebab dulu office mak dan ayah saye berada berdekatan dengan restoran insaf tu. So bile time lunch je mereka akan makan kat situ.

Walaupun jauh dari kediaman kami di Shah Alam, tetap nak pergi jugak! Haha. sebab mak saye cakap daripada buke puasa kat hotel baik buke kat insaf. Lagi sedap dan menginsafkan. HAHA. Murah lak tu. Memang mabeles! Tetiap tahun tak penah tak ramai orang. Sampai ada yang sanggup tunggu kat luar sebab nak tunggu turn!

Siapa yang berminat nak berbuke puasa kat situ saye sarankan anda telefon seawal 10.30am untuk menempah terlebih dahulu sebab kalau tak reserve memang susah nak dapat tempat. Tadi kitorang bertolak pukul 5.00pm. Punye main semangat sebab takot jammed punye pasal, walaupun dah tempah awal-awal. Tengok-tengok jalan raya tersangatlah lengang.

Mungkin sebab semalam dah jammed sesak so harini orang pun serik nak keluar kot. Itu conclusion yang dibuat oleh ibunda tercinta. hehe. Sampai sane pukul 5.35pm. Setengah jam je perjalanan. Kan best kalau hari-hari tak jammed macam tadi. Pergi senang, balik pun senang sampai rumah hati girang sebab perut kenyang. hahaha. So tadi nak pukul 10.00pm baru sampai rumah. Perut masih tidak kempis. Alamak! Macam ma ne ni! Hahaha :P

Info dipetik di sini.

Terletak di Jalan Tunku Abdul Rahman. Dekat dengan sogo. Kalau naik LRT berhenti kat bank negara pastu kene jalan sikit untuk sampai ke sana. Tadi pergi ramai betul manusie melepak dan membelah beli di jalan T.A.R. Biase lah tu kan, nak raye ni memang ramai orang pergi sebab nak beli keperluan hari raye. (ke memang sentiase ramai,taktahu la pulak. hahaha)

Nak cakap pasal harga? Harga sentiasa meningkat tapi orang tetap tak jemu nak pergi. Mase tahun 90an dulu, harga sepinggan hanyalah RM5.50. Murah kan? Lepas tu kami pindah ke sabah dan balik semula ke sini harga dah naik. Tak sure berapa tapi tahun 2009 ni pakej buka puasa RM18 satu kapla. Ok lah tu. Pakej: nasi briyani+ayam+kurma seketol+buah apple+jus mangga. Memang berbaloi! :D

Eyka! Ada persoalan. Kenape terlalu teruja nak promote ni ha? Entah. Mungkin sebab saje nak melepaskan rindu kat keyboard ni. Eceh padahal baru je semalam update kan. Hahhaa. Yelah, takut lepas ni susah nak update so baik update selagi ade mase betul tak? Hehehe. Lagipun, sekarang ni mood update tu susah betul nak muncul.

Hmm. Oklah lepas ni nak update link! he he he. Time to melawat link-link baru! Heh heh. Semalam banyak gak lawat blog kawan-kawan baru yang link. Lawat takat lawat je tak sempat pon nak bace entry. hahahaha. Oh ye, saye bengang betul kalau dah komen panjang-panjang tapi komen tu tak muncul, terus hilang begitu sahaja macam yang terjadi semalam. Hmph!

P/S : Kat mane lagi ek tempat berbuka yang best kat sini? =D

SEKIAN, 10.45pm

Saturday, September 05, 2009

I Have A Dream

Jeng jeng jeng..

Kenal tak budak kat atas ni? Tak kenal? Tak maka tak cinta, dah kenal.. EH eh lebih-lebih lak ko kan eyka. Hahaha. Yelah, Meh saye kenalkan. Budak kecil yang comel ni namanya Connie Talbot. Merupakan peserta Britain's Got Talent 2008, dan berjaya sampai ke final. Tahun lepas die baru berumur 6 tahun tapi suara sangat menusuk kalbu. CEHCEH.

Kalau nak dengar boleh dengar di pengakhiran post ini nanti. Nak dengar sekarang pon boleh jugak, takde masalah. Hehe. Macam mane saye boleh kenal dengan Connie ni? sebab tadi mak saye bukak rancangan Oprah di Hallmark channel dan kebetulan Connie ni jadi jemputan khas so dari situ lah wujudnya pengetahuan tentang manusia bernama Connie ini.

Btw, tadi baru je update link dekat blog ni. Tapi tak siap lagi. Trace penglink blog dari histats. Boleh tahu siapa yang link kita dalam blog mereka. Tapi mase nak update link tu tadi ade lah mengalami beberapa masalah. Ada yang dah delete blog, tak sempat untuk saye melihat siapakah gerangan pemilik blog tersebut.

Ade jugak yang dah delete saya daripada link-link mereka. Mungkin kerana mereka menyampah dengan saye kot hehehe. Ataupun ade lah masalah-masalah lain. Selain tu, ade jugak blogger yang privatekan blog. So, tak dapat nak melawati blog tersebut. Terima kasih kalau ade link kat dalam tu. Kalau sudi, invite lah saye untuk jadi reader. (Tak Malu! Shame shame). hahaha :D

Connie sedang menyanyi..

So far, saye hanye sempat menambah link, tapi tak sempat untuk membuang link-link sedia ada yang tidak wujud lagi, atau yang sudah mendelete saya daripada link mereka. Esok kot update lagi, insyaallah kalau saye rajin la. Kalau tak rajin macam biase, biarkan sampai bersawang sampai orang yang link kite tu dah tak link kite lagi dah baru terfikir nak update. Hahaha.

Okay, sejujurnya.. agak rindu nak beramah mesra dengan kawan-kawan blog. Dulu mase baru berjinak-jinak dengan dunie blog ni rajin jugak lah beramah mesra dengan semua orang. Yang tak kenal dikenal-kenalkan, yang dah kenal lagi bertambah kenal. Tapi sekarang tak tahu la. Mungkin manusia semakin membesar semakin kurang nafsu untuk berinteraksi dengan orang baru, KOT. heh :P

Tapi saye ni memang jenis yang take dulu baru give. Kire korang give, baru saye take. Kalau tak give saye tak take. Hahaha. Maksudnye, saye hanye terima orang yang menerima saya terlebih dahulu. Hanya mengenali mereka yang munculkan diri terlebih dahulu. Yang blog walking atau meninggalkan jejak terlebih dahulu. Kirenye, korang didahulukan, barulah saya kemudian. Haha. Sudaahhh.. Ape bende ko cakap ni ka(?) =___="

Anyway, kalau berminat nak merapatkan hubungan atau nak tahu update contact je lah kat facebook ye, senang sikit. Boleh kite main beat-beat score dan menjadi jiran tetangga di Farmville, game kebun kegemaran ramai. Hahahaha. Oh ye, sebelum terlupa, bawah ni tengok la video budak kecil yang saye ceritakan di awal rancangan tadi. BLERGH! Sejak bile ko ade rancangan ni ka?? Tadi lah. baaaru je tadi. haha. :P


I Have A Dreammm.. Best kan? :)

P/S : Sekejap je dah nak masuk puasa ke-16 hari kan kan? :)

SEKIAN, 12.01am hari Ahad

Thursday, September 03, 2009

Percaya atau tidak?

Hati naluri roh jiwa sifat manusia sebenarnya baik dan suci.
Tak percaya? Cuba buat sesuatu yang jahat.
Contoh: Menjadi diri orang lain.
Tenang tak jiwa?
Tidak, bukan? Kenapa? Tepuk dada tanya minda.

Penatlah. Manusia ni tak pernah nak faham, kan? Dah berjuta kali terangkan pon masih kabur. Akal fikiran ada tapi entah letak kat mana agaknya. Tak faham atau buat-buat tak faham eh? Sengaja buat-buat tak faham kan? Memang macam tu..

Susah! Sabar eyka sabar..

Tak apa lah. Saya kan memang sentiasa menjadi sumber inspirasi manusia seperti 'mereka' yang tidak pernah faham ini. Dah biasa dahhh! Haha. Ok, boleh terima. Ayat nak sedapkan jiwa. Heh. Sabar? Boleh, saya cuba. :)

P/S : Kesabaran sentiasa ada limitnya. Ingat tu(!!)

Sekian, 9.30pm