Dashboard
Refresh
New Post
Sign Out
Gallery Myspace Facebook Twitter Friendster

Thursday, October 28, 2010

Kenangan Pertama Kali

Tekan untuk lebih lanjut.

Gambar di atas ni merupakan kompilasi comment pertama dan terawal antara kakak-kakak saya Ana&Atin (Diana&Julia hamasuba) semenjak join Myspace tahun 2004. 6 tahun yang lepas tu! Hehe. Cute pulak rasenye kan. Kenangan tuu! :P

Baideway, diorang ni lah yang kenalkan saye dengan dunia internet ni. Daripada Friendster = Myspace = Facebook. Even YM dulu-dulu pun kakak saye Ana tu yang kenalkan kepada kami adik-beradik.

Cuma blogspot ni je saye join dulu sebelum kakak saye. Hehe. Basic HTML code kat myspace dulu tu pun yang ajar saye adelah Atin. Yang ajar Atin pulak ade lah kak Yaya Azlan. Yang ajar kak Yaya? Tanye beliau sendiri :P

So, nak cakap terima kasih lah dekat mambang-mambang tercinta yang di sebutkan di atas ni termasuk kak yaya. Takde diorang takde lah saye sekarang ni kat sini. Takde saye takde lah anda. Siapa anda? Pembaca blog ni lah. Hehe. Thanks a lot ♥

P/S: Lepas ni nak tayang comment saye mase zaman 2004 tu pulak. Comment terawal saye. Mesti kelakar! HAHA :D

SEKIAN, 4.17am

Wednesday, October 27, 2010

Jenis-jenis manusia di mata saya

Macam-macam.

Ok. Sekarang saya tengah bosan. Dah lama tak update. Dalam 5 hari macam tu, kan? So ni tiba-tiba rasa nak update pulak. hehe. Nak buat review list mengenai jenis-jenis manusia yang wujud di mata saya. Hidup ni pelbagai ragam manusia kite dah jumpa kan. Ada jenis yang macam ni, ada jenis yang macam tu. So, ni antara jenis orang yang sempat saye simpulkan di mata pandangan saye. Kalau ade lagi, next time je lah sambung. Ngeh ngeh. Selamat membaca!

1. Orang yang suke bersendiri.

Selalunya suka duduk sorang-sorang.

Orang yang suke bersendiri ni orang jenis yang nampak macam tak kisah langsung pasal hal luar dari kehidupan die. Nampak macam cool! Bersendiri bukan bermakne seperti katak di bawah tempurung ok. Tapi makne di sini, jenis yang tak suke bergaul dengan orang ramai. Daripade bersosial, jenis yang ini lebih suke duduk diam satu tempat, membaca dan membaca. YEAH. Orang yang suke menyendiri ni kebanyakkannye mesti suka membaca. Tak kire lah majalah ke, novel ke, surat khabar ke, anything lah. Kan cool tu :D

2. Orang yang ade pemikiran sendiri.

Selalu je ada idea sendiri.

Orang jenis ni jenis yang tak accept je anything yang die nampak atau bace atau dengar. Die bukan jenis yang senang dipengaruh. Sangat cool orang begini sebabnye die ade ideologi die yang sendiri. Orang yang ade pemikiran sendiri ni kebanyakkannye suke berfikir. dan pemikiran die bukannye berfikir dalam satu konteks yang same dengan orang, tapi lebih kepada orang yang berfikir luar daripada kotak. Out of the box you. Bile die bercakap, kite akan rasa terpukau. Walaupun sebenarnye kite tak boleh percaye jugak orang yang macam ni. Sebab selalu orang macam ni senang nak pengaruh orang lain dengan kata-kata mereka yang rare dan memukau itu.

3. Orang yang suka mengendeng.

Selalu terikat dengan orang lain.

Mengendeng atau menyendeng, entah lah tak pasti mana satu istilah yang betul. Hehe. Orang yang suke menyendeng ni jenis yang macam takde identiti sendiri. Suka menumpang orang lain. Kira macam parasit la. Jenis macam ni selalu jenis yang takde keyakinan diri sangat. Sebab tu dia suka berkawan dengan menyendeng-nyendeng dengan kawan dia tu. Boleh jadi orang yang suke mengendeng/menyendeng ni tergolong dalam golongan yang masih belum matang. Sebab tak berjaya berdiri atas kaki sendiri (berdikari).

4. Orang yang selalu negetif.

Suke kusutkan otak dengan benda tak baik.

Jenis orang macam ni jenis yang paling saya macam tak berkenan. Selalunye orang jenis macam ni takde ape pun yang positif kat mata dia. Semua benda jadi tak kena. Sikit-sikit nak mengata. Nak kesan orang macam ni senang je. Cube try lepak kejap dengan diorang. Berapa banyak yang dia cerita negetif pasal bende bende sekeliling die, tu maknenye die seorang yang suke berfikiran negetif. Selalu orang macam ni mesti jenis yang penuh berapi, berhasad dengki, dan jenis yang suke bermurung. Tak tahu kenapa mereka berfikiran negetif. Mungkin sebab rasa tercabar, atau saja ingin meningkatkan keyakinan diri. Atau takde bende lain nak cerita. Who knows?

5. Orang yang selalu positif.

Thumbs up!

Orang macam ni sangat cool. Haha. Sebab, anything yang dia nampak dekat persekitaran semua nya positif, dan sangat bertentangan dengan orang yang selalu berfikiran negetif. Even orang buat jahat pun dia boleh fikirkan kebaikan daripada kejahatan yang dia buat. Jenis macam ni die tak suke tuduh orang dan selalu tak berprasangka buruk kat orang lain. Jenis yang tak amik kisah pasal sekeliling pun ade jugak, sebab tu dia ni asyik positif je. Selalu orang yang ceria mesti orang yang positif. Tapi tak semua yang ceria itu betul ceria. SO yang betul-betul ceria tu je lah yang memang betul betul positif orangnye.

6. Orang yang pentingkan diri.


Semua orang pentingkan diri - fakta.

Pentingkan diri ni sebenarnye penting jugak. Siape je tak pentingkan diri zaman sekarang ni? Masih wujudkah orang yang melebihkan keutamaan orang lain daripada keutamaan diri sendiri? kalau ade sile add facebook saye. Saye sangat ingin berkawan dengan anda. Kih kih. Selalunye orang yang pentingkan diri ni bukannye jenis yang jahat sangat pun. Cuma, dia sangat tak pedulikan hati dan perasaan orang sekeliling yang buat dia nampak sangat kejam. Tapi selalu orang pentingkan diri ni die selalu ade prinsip sendiri. Dan juge jenis yang ignorance pasal orang lain. Berkemungkinan besar orang yang pentingkan diri ni lebih banyak tidak disukai daripada disukai oleh orang sekeliling.

7. Orang yang perlukan sokongan.

Jenis yang selalu bersedih.

Semua orang perlukan sokongan, bukan? Tapi ade jugak orang yang tak kisah pasal sokong menyokong ni. Orang yang perlukan sokongan ni selalunye orang yang lemah. Tak kire lah dari segi mental atau fizikal. tapi selalunye dari segi mental lah. Sebab orang yang lemah mental ni sangat rapuh hatinye dan selalu je nak bersedih. Orang-orang macam ni lah perlu diberi keutamaan untuk disokong. Sebab sokongan lah yang sebenarnye menguatkan orang orang jenis yang perlukan sokongan ni.

8. Orang yang talam dua muka.


Ade topeng muka yang tersendiri.

Jenis yang talam dua muka ni selalunya jenis yang suke cakap manis. Manis dia bukan manis yang biasa-biasa tapi yang terlebih luar biasa. Secara logiknye, ade ke orang yang suke puji orang lain tinggi menggunung melebihi gunung everest? Kalau ade, jangan percaya sangat pun kata-kata manis orang tersebut, sebab kadang-kadang mereka sebenarnye jenis yang muka bertalam. Cakap manis di depan, cakap busuk di belakang. Selalu jenis macam ni jenis yang pengecut, dan suke menagih perhatian orang ramai dengan mukanya yang bertalam itu.

9. Orang yang sangat berterus terang.

Takde belas kasihan sebenarnya.

Orang macam ni jenisnya sangat straight foward. Bende buruk ke bende baik ke semua dia cakap je tanpa belas kasihan. Bagus sebenarnye jenis macam ni. At least, die tak berpura-pura untuk mengambil hati mana-mana pihak. Dia jenis yang suka cakap anything yang dia rasa betul. Walaupun kadang-kadang benda yang bagi dia betul tu tak betul, still die jenis yang suke berterus terang. Orang macam ni selalunye terdiri daripade orang-orang yang berani dan tidak pengecut seperti orang muka yang bertalam.

10. Orang yang simple dan sempoi.

Gambar takde kaitan.

Orang macam ni sangat simple lifestyle dia. Tak kusut kepala fikirkan apa yang perlu dipakai untuk pergi ke kedai. Selalunye orang yang simple dan sempoi ni disandang oleh lelaki. Tapi tak semua lelaki simple dan sempoi. Ade je lelaki yang nak siap pergi kedai je pun siap mengalahkan perempuan lamanya. Yang simple dan sempoi ni jenis yang tak kisah sangat penampilan. Janji ade baju, ade seluar, dah. Cukup untuk dia. Jenis yang tak suka membelanjakan banyak duit untuk penampilan. Cool. :)

11. Orang yang keras kepala.

Kalau tak dengar, nanti melenting.

Well, semua orang pun tahu keras kepala ni jenis yang macam mana kan. Bagi saya, orang yang keras kepala ni jenis yang paling sukar untuk kite nak bawak berunding. Sebab bagi orang yang keras kepala ni, anything yang die anggap betul tu memang betul. Orang lain memang tak boleh mengubah persepsi orang yang macam ni. Bagus jugak sebenarnye, at least orang yang keras kepala ni pandai nak mengukuhkan hujah-hujahnya. Sebab taknak mengaku kalah punya pasal kan? Orang keras kepala ni selalu jugak dikaitkan dengan orang yang egois.

12. Orang yang takde pendirian.

Confused people.

Orang jenis macam ni sama je jenis orang yang suka cakap berbelit-belit. Bukan takat cakap je berbelit, malah pendirian pun tak tetap. Sekejap tukar ini, sekejap tukar itu. Mungkin normal bagi remaja untuk tukar tukar pendirian. Sebab umur remaja lah seseorang itu perlu mencari pendirian sendiri ni sebenarnye. Orang yang takde pendirian ni sebenarnye tak tahu ape yang die nak. Hidup bagaikan terumbang-ambing. Macam tu lah jadinye. Senang dipengaruh. Orang suka yang ini, dia pun nak suka. Padahal dia tak tahu kenapa orang suka. Ha, macam tu lah lebih kurang.

13. Orang yang suka ikut trend.

Trendy and up to date.

Orang yang macam ni memang jenis yang sangat tidak boleh ketinggalan sikit pun dengan keadaan semasa. Anything yang new tak kisah lah branded ke tak branded mesti dia nak kena ada serta merta. Dia bukannye nak show off pun, tapi dah tu memang die punye type. Jenis yang tak boleh nak stop daripada mengikut trend. Orang macam ni pun selalunye jenis yang main ikut je ape yang majoriti buat, sebab tak nak ketinggalan punya pasal. Ramai orang suka yang ini, dia pun nak suka. Orang ramai minat yang ini, dia pun nak minat. Lebih kurang macam tu lah, rasanya.

14. Orang yang sensitif.

Sikit-sikit terasa.

Orang yang sensitif ni sangat bahaye orangnye dan sangat rapuh jugak hatinye ye. Kite kene lebih banyak bersabar dengan orang yang sangat sensitif ni. Tak boleh nak cakap anything secara suka hati. Sebab selalunye orang yang sensitif ni mudah sangat terase. Eventhough kite tak cakap pasal die, kadang-kadang dia senang terasa bahawa dialah orangnye. Atau penyebab sesuatu perkara buruk itu terjadi. Selalu orang yang sensitif ni jenis yang suke bersedih dan kuat merajuk. Ade jugak yang sensitif tapi nampak ceria. Sebab taknak orang tahu die sensitif. Keh keh.

15. Orang yang senang.

Happy go lucky.

Orang yang senang di sini bukan maknenye orang tu jenis yang banyak duit ke yang suke bersenang-lenang ke ape. Tapi yang senang di ajak berbual. Jenis macam ni paling ramai orang nak datang dekat. Bukan sebab die cantik atau handsome atau cute. Tapi sebab die ni ade aura yang boleh menyebabkan orang rase nak kawan je dengan dia. Selesa nak dekat dengan orang macam ni. Nak cakap atau cerita ape pun dekat orang jenis macam ni, die boleh je layan dengan hati terbuka. So, kite akan lebih terbuka dengan orang macam ni. Nasib baik kawan saye banyak yang jenis macam ni, alhamdulillah :)

16. Orang yang menakutkan.

Suke buat style pelik-pelik.

Orang yang menakutkan ni bukan lah jenis yang pakai celak tebal tebal tu. Sebab saye pun pakai celak tebal jugak. Nak kate seram, seram sikit je kot. Keh keh. Lain lah yang tebal macam kene penumbuk. Tu memang lah menyeramkan. Gaya ala-ala marilyn monson ke, macam yang asal dari alam ghaib tu lah agak menyeramkan. Macam Criss Angel tu. Hensem tapi menyeramkan. Keh keh. Bagi saye orang yang menakutkan ni takde ape nak ditakutkan pun. Kadang-kadang imej die tu je yang menakutkan padahal dalam hati ade taman. Taman bunge taman buaya semua ade ok. :P

17. Orang yang lain daripada yang lain.

Lain daripada norma kehidupan.

Ramai nak jadi seperti lain daripada yang lain. Baru lah RARE gitu. Rasenye orang macam ni motif die sebab die kurang perhatian dalam hidup die mungkin. Sebab tu nak menonjolkan diri yang kononnya lain dari yang lain tu. Selalu orang yang betul lain daripada yang lain jenis positif tu orang sekeliling boleh nampak sendiri tanpa perlu berkata well, im different from the others. Dengan berkata demikian je sebenarnye anda telah membuktikan bahawa anda tak lain pun dengan yang lain-lain tu. Same je. Keh keh.

Ok, tamat. Macam dah banyak sangat je pulak. Taip tak hingat dunie macam ni lah hasilnye. He he. Anyway, atas tu just my point of view je. Tak semestinye betul. Keh keh. Sebenarnye banyak lagi jenis manusia tapi kalau nak taip semua memang sampai bile pun tak habis. Penat tangan menaip ha. Haish. Sambung di lain hari je la ye. Hehe. By the way, antara yang atas tu mane satu jenis anda dan mana satu jenis yang anda suka. Saya? Oh. Saya suka yang no 1,2,5,9,10 dan 15. Hehe. Peace! (Malas nak edit warna-warna. Nanti edit balik)

P/S: Niat nak buat 10 je, terlebih sampai ke-17 lah pulak. =,="

Gambar daripada Google Image.
SEKIAN, 2.03pm

Thursday, October 21, 2010

Bersyukur sikit boleh tak?

Lelaki! Shame on you! haha

Lelaki. Kalau perempuan lembut sangat, caring sangat, suke sangat senang je nak rimas. Sekali bile dah langsung tak lembut tak caring tak suke mule lah nak menagih balik rase lembut caring dan suke tu. KAMONNN, lelaki. Bersyukur sikit boleh tak? Geram ni geram.

Lelaki. Kalau dah sayang perempuan tu sayang gile bagai nak mati. Die lah ratu die lah puteri die lah kekasih hati die lah intan berlian semua. Tapi bile perempuan tu dah mule sayang mulelah lelaki tu keras kepala. Dah hilang dah segala rasa sayang intan berlian semua. Bersyukur sikit boleh tak? Geram ni geram.

Lelaki. Kalau ade perempuan yang sayang sangat gile nak mati dekat die, die rasa macam tak heran dah. Rasa secure kononnye. Sebab perempuan dah sayang sangat kat dia kan, so mesti perempuan tu takkan pergi dari dia. Perempuan kan setia. Tapi bila perempuan tu bosan, lelaki mula lah nak kutuk-kutuk sedih-sedih. Tu lah, bersyukur sikit boleh tak? Geram ni geram.

Lelaki. Nampak je tough nampak je ego nampak je keras kepala apa semua tapi bile perempuan dah mula tinggalkan mula lah rasa sebaliknya. Padan muke. Bersyukur boleh tak? Geram ni geram. Kesian pulak tengok perempuan yang dok sayang gile dekat teman lelaki dia tapi teman lelaki die macam buat endah tak endah je.

Siapa yang lebih berkuasa sebenarnye? Muehehe

Sekali perempuan tu dah malas dah give up dah bosan dah makan hati dah tawar hati dah mati perasaan die dekat lelaki tu dan mula berjinak-jinak dengan lelaki lain barulah ingat nak menyesal sebab tak layan perempuan tu baik-baik. EE, geram betul. Bersyukur sikit boleh tak?

Karang perempuan semua dah mula makan hati dengan laki, malas dah nak fikir pasal lelaki baru tahu. Walaupun macam imposible, tapi takde benda yang mustahil sekarang ni. Perempuan lembut memang lembut. Tapi sekali dah keras hati keras kepala, memang sampai bile pun susah nak dilembutkan balik.

So perempuan, jangan bagi muka sangat dengan lelaki yang tak reti menghargai diri anda seadanya. Satu hari nanti diorang mesti rasa menyesal sebab tidak menghargai anda seadanya. So kuatkan diri kuatkan semangat. Jangan lemah sangat sebab lelaki. Please. Sedih tengok perempuan yang suke bersedih sebab lelaki.

P/S: Ni situasi lelaki tak menghargai perempuan. Nak tahu situasi perempuan tak menghargai lelaki just tukar je perkataan perempuan tu jadi lelaki dan lelaki jadi perempuan.

SEKIAN, 3.18pm

Tuesday, October 19, 2010

Bila tiba rasa SAYANG

No no no no, dont phunk with my heart - BEP

It's such a wonderful feeling to have someone who really can appreciate you, the way you are. It's the best feeling to know that there is someone somewhere out there who actually care and like you, even it's in silence. Also, a happiness when people realize your existence! WELL WELL, eyka apa cerita ni? Asal bahagia semacam ni? :)

Takde cerita. Cuma.. semalam saya sedih. Sebab perasaan sedih tu datang tiba-tiba, tanpa diundang. Rasa macam nak sekeh, tapi nak sekeh siapa? Sebab perasaan sendiri kan, nak sekeh diri sendiri tak sampai hati pulak kan. Sekeh korang macam tak sampai je pulak. Hehe. Tapi normal ke perempuan bersedih secara tiba-tiba? Anda ade 5 saat untuk menjawabnye.

TETT. Masa tamat. Haha. Kalau tak normal, mungkin saye ni memang jenis yang menyedihkan. Mungkin, ade bende dalam diri saye ni yang menyedihkan yang saye tak perasaan. Atau memang, saye ni jenis yang suke bersedih? atau...sebab duduk rumah lame sangat tak tahu nak buat ape, boleh buat kite rase sedih?

I dont know. Hmm. Oklah, abaikan kesedihan. Sebab, sekarang saye dah rase macam ade satu bau baru datang tibe-tibe. Bau apakah itu? Jeng jeng jeng.. Semestinye bukan bau kentut anda ataupun orang disebelah anda. Tapi... Ha, takde bau apape pun sebenarnye. Saje je macam poyo ayat bau membau ni. Haha. Tapi saye tibe tibe rase macam..

SAYANG SANGAT DEKAT SEMUA ORANG! Haha. Pelik kan perasaan itu? di mane saye rase macam nak cakap dekat semua orang yang saye sayang dekat diorang. Semua orang yang menghargai saye, yang tahu kewujudan saye. Walaupun sebelum ni rase macam annoying bile orang tahu kewujudan saye, tapi sekarang rase macam SAYANG.

Nah flying kisses untuk korang! Haha :P

Begitu indah perasaan ini. Ohh, macam baru jatuh cinte pulak. Ngeh ngeh. Tapi tu lah yang saye rase. Saye rase macam berterima kasih banyak-banyak-banyak dekat sesiapa yang baca blog saye ni, yang sudi follow, walaupun saye tidak suke orang follow-memfollow ni. Sebab rasa macam membazir mase korang je follow saye, yang entah apa-apa ni. Walaupun dah hilangkan followers tu still ade orang follow, rase macam TERHARU. Terima kasih banyak-banyak :)

Juge, kepade mereka-mereka yang add saye dekat facebook, yang still follow perkembangan saye secara sulit walaupun saye tak kenal diorang, tapi diorang add yang sebelum ini saye rase macam pelik, tapi sekarang saye rase tak pelik tapi saye rase gembira! HAHA. Pelik eyka ni, kejap sedih kejap gembira kejap berduka kejap bahagia. Haih haih haih.

Betul tu. Saye pun pelik dengan diri saye ni. Tapi betul lah setiap perasaan yang ade itu kan anugerah. Sekarang saye diberi anugerah untuk menghargai dan menyayangi orang yang saye tak kenal (boleh tak?) haha, dan saye harap perasaan ini boleh kekal sampai bile-bile. Walaupun saye tahu tak akan kekal, tapi still saye rase macam nak kekalkan je perasaan ini.

EH EH eyka, macam pelik boleh tak? Agak lah. Haha. Apapun terima kasih tak terhingga diucapkan kepada semua yang tahu tentang kewujudan saye ni same ada dalam dunie siber je ke, atau sekali sekali dengan dunia sebenar, terima kasih. Walaupun saye kadang-kadang teringin nak jadi invisible, tapi saye rase macam terharu bile diri diingati selalu. ECEH.

Ok dah, stop it eyka. Orang bace pun meluat. Hah, ye. OK lah. Itu je lah yang saye rase sekarang ni. Make sure ade background music yang berbunga-bunga macam bile bace balik ayat-ayat di atas untuk kedua kalinye ye. EHEM. Teringin jugak nak tahu kalau ade orang sudi bace due, tige kali posting posting saye ni. Rase macam bertambah TERHARU, Ohhhh~~

Ok dah. Masa untuk berehat. :) Btw, malas nak kaler-kaler. haha. jap lagi lah edit balik. BYE!

SEKIAN, 9.01pm

Ladang Cendawan


Saya baru sahaja pulang dari melawat ladang cendawan di Johor Bahru.
Sangat penat.. dan sekarang, mahu tidur sepuas-puasnya!

P/S: Tidur sepuas puasnya, bukan selama-lamanya.

SEKIAN, 7.05pm

Monday, October 18, 2010

When it comes

The feeling of sadness, lost and unhappiness. emptiness, not loneliness.
Why why why? :(

GOODBYE

Sunday, October 17, 2010

Lelaki dan S word

Keep quiet please.

Okeh, berbalik kepada soalan saye di Lelaki dan Imaginasi : Kalau perempuan disinonimkan dengan duit, lelaki dengan ape pulak? The answer is, S word baybeh! Yeah, S-E-X. Kanak-kanak dilarang membaca. Eh, kenapa mesti melarang kanak-kanak membaca sesuatu yang berkaitan sex ye? Bukan membaca dapat banyak pengetahuan ke? Jeng jeng jeng.. Bahaye lah kanak-kanak.

Hm. Biasenye kan perempuan sangat segan bile kite menyebut tentang S word tu kan. Saye perempuan, saye tahu lah. Kenape saye segan? Entah. Tak boleh jawab pulak soalan tu. Haha. Lelaki pulak, mane segan. Dah jadi macam satu topik utama diorang rasanya, S word ni.

Oh tidak eyka. Tak semua lelaki fikirannye berkisar tentang S word ni. Banyak lagi benda yang diorang nak fikir selain daripada S word itu. Ye ke? Umpamanya apakah? BANYAK. Laki kan ada 9 akal. Berbanding perempuan, 1 akal je. Oh ye, memang lah lelaki akalnye lagi banyak. Tapi nafsunye satu. Dan apekah itu? Jeng jeng jeng.

Lelaki dan S word tak dapat dipisahkan.

Zaman sekarang ni tak banyak lelaki yang masih suci pemikirannye kan. Eh, jap. Bukan tak banyak, tapi mungkin, takde langsung KOT. Haha. Saya teringat masa sekolah dulu, lelaki kalau berkumpul je mesti cerita pasal benda ni. Masa sekolah menengah lah. Kalau tak jadi main topic pun, at least mesti akan cerita jugak lah.

Dan saya, merupakan orang yang paling lambat pick up benda-benda macam ni. Sangat tidak didedahkan ye pemikiran saye dengan benda-benda macam tu, so saya memang banyak ketinggalan jika dicomparekan dengan kawan-kawan yang lain. Haha. Tapi saya pernah jugak tanya kawan lelaki ni kan, lelaki kan pernah tak ada yang tak pernah tengok cerita lucah?

Diorang kata diorang tak tahu. Saya kata lah, takkan lah takde, mesti lah ade punye. Yang baik-baik macam si polan tu, takkan lah die tengok kot? Pastu kawan saye tu gelak. Die cakap, kau tak tahu diee nampak je pendiam macam tu tapi sama je jugak layan cerita macam tu sama-sama dengan kitorang. OMG OMG, saya rasa amat terkejut di situ. Biar betul?

There is always a secret between boys and girls.

Haa, itu yang kita tak tahu ye kawan-kawan perempuanku sekalian. Lelaki memang sukar diramal. Nampak baik, tapi sebaik-baikpun benda macam tu sentiasa akan ada dalam fikiran dia. Tapi tak juga bermakna dia jahat. Sebab nafsu yang satu tu lah. Nafsu kan susah kite nak kawal. Macam perempuan jugak, ade 9 nafsu, memang memerlukan ketahanan mental yang kuat untuk menahan nafsu nafsu tersebut kan.

Tapi laki, satu nafsu pun susah nak kawal. Belum dia jadi perempuan lagi. Entah-entah kalau jadi perempuan, diorang pun same tak dapat kawal kesembilan-sembilan nafsu tu, kan? Keh keh. Oh, berbalik kepada tajuk. Tentang sang teruna dan imaginasinya. Why oh why? Tahu tak sebenarnye perempuan ni simbol s word kepada mereka (lelaki)? Nampak perempuan, ada yang mula la nak khayal macam-macam. OH EM GEE. Biar betul? :O

Haha. Entah. Saya tak tahu sangat pun tentang lelaki dan khayalannye. Sebab saye bukan lelaki. Tapi melalui pemerhatian saye lah, selalu macam tu. Sampai ada kawan lelaki saye yang lain ni cakap lelaki ni kreatif pemikirannye. Baru sekarang saye dapat tangkap maksud kreatif di situ. HAHA. Sangat lambat ye. Dalam 2 tahun baru saya dapat tangkap. Cis. =,="

Perempuan tengok biase, lelaki tengok luarbiase. Keh keh

Sebab itulah sangat bahaya ye lelaki ni. Kita perempuan, patut rasa terancam sebenarnye. Kadang-kadang tak perlu tunjukkan aset yang kita ade tu secara nyata pun lelaki awal-awal dah boleh tahu dah. Gile dahsyat kan? Itu lah mind power lelaki. Maklumlah akal ade 9 kan katenye. Haha. Walaupun tak semua berfikiran macam tu tapi, tetap scary jugak sebenarnye. Ngeh ngeh.

Sebab tu lah, bile nak cari pasangan, tak boleh nak cari yang suci pemikirannye, sebab macam takde harapan je lagi dah. Haha. Walaupun memang ramai sebenarnye nakkan lelaki yang suci pemikiran ni. Golongan yang betul-betul warak je kot yang memang suci pemikirannye. Tapi, berape banyak je lelaki yang warak dalam Malaysia ni? So, macam susah lah perempuan nak merebutkan lelaki yang warak tu kan.

Oleh itu, daripada mencari lelaki yang warak, lebih baik kite menolong mereka menjadi warak. Kan seronok macam tu, bantu membantu sesame manusia. Mulia sungguh niat saye ni kan. Haha. Tapi bukan senang nak bantu mereka jadi warak. Kite pun tak warak nak warakkan orang. Macam tak betul kan? Tapi tak perlu lah aim semua lelaki, just aim lelaki yang kite sayang tu je pun dah cukup. Bantulah mereka. Jangan di layan sangat nafsu mereka yang satu tu. Bahaye.

Ignore those feeling

Macam mana eyka? Perempuan pun bukannye betul sangat. Lagi lelaki ade satu je nafsu tu, lagi lah perempuan suke nak kacau lelaki dengan nafsunye yang satu tu. Lepas tu, masing-masing same je tak betul dah mentalnye berjangkit mulelah masing-masing sentiase fikir yang bukan-bukan setiap mase kan? Bukan-bukan yang macam mana tu, kak eyka? Haish. Sangat sulit untuk dikatakan di sini. Haha.

Ok lah kite matikan topik ni di sini. Sebab saye rase topik ni macam tak sesuai je diluahkan secara public. Kenape pulak tak sesuai, eyka? Entah. Sebab saye rase blog saye ni bukan saye sorang je bace. Maksud saye, bukan takat orang baye baye saye je yang bace. Banyak jugak adik-adik yang muda mudi yang membace blog saye ni. So, tak pasal-pasal je saye yang kene sebab ajar diorang benda-benda macam ni. Ajar ape eyka? Ajar berkaitan S word ni lah. Haha. Takde ape pun sebenarnye.

Tujuan utame saye nak cakap yang tu je yang first paragraph tu di mane, perempuan dengan duit tak dapat dipisahkan, bagi pendapat kebanyakkan orang. So, saye pun nak jugak lah fikirkan satu benda yang lelaki pun same tak dapat dipisahkan dengan. Which is S word tu la. Kalau lelaki selalu kate perempuan bercinta sebab duit, lelaki pun same je, mungkin bercinta sebab S word tu kan, KAN? Haa. Kantoi dah. Haha. Wallahualam.

P/S : S word. Bila digabungkan jadilah Sword. HAHA. Baru perasan. :P Btw, kalau ade sesiapa yang nak tambah nota berkenaan Lelaki dan S word ni, boleh tekan nota tambahan kat bawah tu ye. Terima Kasih.

SEKIAN, 2.08pm

Tak Penting Pun

Where is it?

Tahu tak, dari tadi saya menunggu idea yang biasanya datang mencurah-curah ke ladang gandum di pagi hari seperti sekarang ni.

Tapi anehnya, idea saya tu tak muncul pun.
Penat saya taip padam, taip padam.

Dah tahu penat, kenapa tak tutup sahaja komputer tu
dan pergi kebilik
lalu tidur?

Entah. I really don't have the answer. Do you?

Oh ya, cerita Buried adelah cerita paling membosankan tapi menyeramkan di dunia, for me. Jangan tengok! Memang sangat sangat membazir.

Tapi, selalu kalau cakap jangan lagilah orang nak buat kan. Tahu tak kenapa? Hesh!

P/S : Seram sebab kalaulah saye di tempat dia,
memang seram habis lah kan. =,="

SEKIAN, 2.40am

Nando's Chickenland

Really, really good chicken! Haha :P

Saya lebih suka ayam Nandos daripada ayam Kenny Rogers. So, what eyka? So what? Haha. Nothing. Saje nak tambah entry. Baiklah. Di sini saya sertakan beberapa sebab saya lebih gemarkan Nandos daripada Kenny Rogers. Mesti ramai peminat Kenny Rogers tak puas hati, dan juga bantah dengan kata-kata saya ni kan. Tak kisah pun. Keh keh. Sebab saya sukakan Nando's:

1. Saya pernah kerja di sana.

Well, to be frank, sebelum kerja saya tak pernah sukakan Nandos. Jarang makan pun. Pernah makan sekali je seumur hidup before dapat kerja kat situ. Nak kerja pun, sebenarnye tak pernah planning pun nak kerja Nandos. Mula-mula ingat nak kerja MpH tapi end up saya kerja kat situ juga akhirnya. Takdir, mungkin? Boleh jadi sebab saya bekerja di situlah saya mula sukakan Nandos.

2. Websitenya sangat Cute.

Cuba masuk website dia. Sangat cute bagi saya yang sukakan benda-benda cute macam tu. Yang tak suka benda cute pun akan cakap website die cute. Haha. Macam main game pulak bile masuk website die. Keh keh. Siapa berminat nak tahu lebih lanjut pasal nandos tu boleh lah pergi website die ye. Semua info ade di situ. :)

yang membawa maksud, kepedasan melampau. :P

3. Advertisement yang menarik.

Saya sukakan advertisementnya yang selalu menarik dan cute. Tulisan dia memang ada trademarknya sendiri. Tak tahu tulisan apa yang dia gunakan, teringin jugak mencarinya. Lepastu, mesti tak boleh lari dengan ayat 'peri-peri'. Well, Peri-peri ni memang trademark nandos. peri-peri good chicken, peri-fy your life, peri-fection, ex-peri-peri-ence, peri-medic (delivery). Semuanya lah ade peri-peri. Kan comel tu. Dan rare.

4. Uniform yang cute dan style.

Cuba tengok uniform dia, warna warni kan. Merah dan kuning. Selangor tu! Haha. Merah kuning takde beza pun sebenarnya. Saja menceriakan suasana. Apron dia pun style, ade gambar ayam kat tepi. Apatah lagi dia punya key(bandana) untuk tutup kepala tu. Macam comel, je saye rase. Ngeh ngeh

Sauce Nandos yang boleh di beli.

5. Sosnya yang rare.

Oh, sebenarnya nandos memang terkenal dengan sosnya yang sangat macam one of a kind. Tak boleh dapat kat mana-mana. Nandos je yang keluarkan sos macam tu. Dekat atas table customer akan disediakan 4 jenis sos iaitu : Sos tomato, Sos Garlic, Hot Peri-peri dan juga Extra hot peri-peri. Kalau dekat kitchen lak, sosnya lain dari yang dekat table. Panggilannya pulak dipanggil Bastings. Time grill ayam tu, barulah ayam akan disapu dengan bastings yang menjadi pilihan customer iaitu lemon and herbs, mild, hot or extra hot peri-peri. Sos cili memang takde ye kat Nandos.

6. Ayam butterfly cutnya yang sedap.

Ayam Nandos memang terbaik lah, saye rase. Maybe ramai yang tak suka nandos, sebab lebih prefer kenny rogers kan. Saya dulu pun macam tu. Tapi lepas dah kerja situ, hari-hari makan ayam dia saye jadi terpikat. Bile makan Kenny R saye jadi macam tak berkenan, nak nandos jugak. Haha. Sebab ayam nandos ni dia ade perisa. Kalau Kenny R, rasa die tak rase sangat. Just rasa kat luaran je. Siapa faham maksud saya di sini? Hu hu.

7. Nasinya yang terbaik.

Oh well, butter rice die memang sedap dan terbaik. Walaupun nasi emak saya yang paling terbaik setakat ini, nandos nombor 2 terbaik kot. Sebab sedap. Serius. Mase saye kerja tu, saye suke makan nasik die dengan ayam. Sebab, tu je lah pun staff meal yang diprovide. Hek hek. Tapi nasik dia memang sedap. :D

Ha ni siapa nak jawab soalan ni. :P

8. Peri chip dan creamy peri dip.

Peri chip ni kentang goreng yang ditaburkan dengan peri powder. Kentang goreng nandos ni besar-besar kan. Saya lupa pulak nak tengok jenama kentang goreng yang digunakan. Ngeh ngeh. Creamy peri dip sekarang di panggil Creamy peri-naise. Lebih kurang macam tu lah, dah baru dah kan. Hehe. Tapi rasa tetap sama.

9. Sausage.

Oh, saya memang sukakan sausage die. Sausage paling sedap pernah saye makan adelah sausage nandos. Keterlaluan tak cakap macam tu? Haha. Tapi memang saye sukekan sausage die ni ha. Mahal, tapi sedap. Err. Semua mahal sebenarnye, bagi student yang takde pendapatan tetap macam saye ni. Bukan takat sausage je, even air kosong pun mahal tau. Hek hek.

10. Environmentally Friendly.

Err entah betul ke tak istilah environmentally friendly tu, haha tapi kat sini memang tak gune plastic bag langsung. Nak take away, atau delivery tu, daripada packing sampai lah bag dia semuanya paper bag, which is environmentally friendly, eco friendly, nature friendly and green. Haha. Dah lah comel pulak tu paper bag die. I laike! Hehe.

Tempat kerja sambilan saya, dulu.

Nandos tak pernah lengang dengan pelanggan, mengikut penyiasatan saya lah. Tak tahu apa yang diorang suka sangat dengan Nandos. Hari-hari makan Nandos. Kaya betul orang-orang yang makan Nandos ni. Kebanyakan foreigners, dan juga chinese people yang selalu jadi regular customer. Eh, tapi orang melayu pun ada jugak tau. Tapi mungkin ramai prefer makan ayam kat Kenny R, kan?

Btw, Kenny Rogers saya sukakan dia punya sideline atau side dishes. Sidelines kat nandos tak variety sangat berbanding Kenny Rogers yang lebih banyak pilihan. Lagi satu, Kenny Rogers lebih banyak food, bukan takat ayam je, tapi still ada speggethi, pasta, sandwich dan Muffin dia memang nyummy. Kalau Nandos? Takde semua tu. Yang ada cumalah Ayam. Which is, the best grilled chicken ever! Double nyummy! :P

The best grilled chicken ever tu customer yang selalu cakap ye, saye tak cakap. Haha. Tapi memang best grilled chicken ever pun. REALLY REALLY GOOD CHICKEN! Haha. So, siapa yang tak pernah makan Nandos ni boleh la cuba-cuba makan ye. Mana tahu anda juga akan terpikat, kan? Hehe. Tapi saye rase first time makan susah orang nak terpikat, mungkin sebab tak biase lagi kot. :D

P/S : Nandos Malaysia ade sijil halal yang sah daripada Jakim.

SEKIAN, 12.21am

Saturday, October 16, 2010

Perempuan yang saya tak faham

SOALAN SAYE : Kenapa perempuan bile bercinte ni senang sangat nak sayang boyfriend die tu sesayang-sayangnye hundred percent maximum to the max?

Sometimes saye agak tak faham dengan perempuan yang macam ni. Saye sedih sebenarnye tengok perempuan yang macam ni. Saye tak tahu lah saye macam ni ke tak (entah-entah saye pun same je), tapi saye rase tak. Haha. Mungkin sebab saye rase saye tak lah, saye tak pernah rase kan? Heh, pening tak ayat saye tu? =,=" ERK. Ok.

Kenape saye pelik? sebab saye rase macam.. entah lah. Macam, tak rase penat ke sayang orang banyak-banyak banyak tahap sayang ni? Penat kan? Bile dah sayang orang sangat sangat sangat ni, bukan macam memudaratkan diri sendiri ke? Kenape macam tu pulak, eyka? bukan bahagie ke rasanye bile sayang orang sangat-sangat sangat dan sangat ni?

Bagi anda tak tahu lah, tapi bagi saye? Macam tak bahagie je. Sebab :

Bile dah sayang sangat-sangat-sangat ni, nanti bukan ke otak dan fikiran kite asyik rase macam nak fikirkan pasal boyfriend kite tu je ke 24 jam? Tak rase rimas ke bile nak buat ni muke boyfriend buat tu muke boyfriend, sini sane boyfriend. Rase macam rimas lah kadang-kadang. Semak. Haha, dan penat. Bahagie ke macam tu? bahagia sangat~

Bile dah sayang sangat sangat sangat ni, sangat-sangat-sangat susah sebenarnye sebab bile dah asyik fikir pasal boyfriend kite tu, nanti fikiran asyik terganggu. Bile terganggu, kite susah nak fokus dengan bende yang patut kite buat, yang sepatutnye menjadi priority kite. So bile susah nak fokus, susah lah berjaye kan. Apetah lagi bile time gaduh, memang pointer pun boleh turun lah kan? Bahagie ke macam tu? bahagia sangat~

Bile dah sayang sangat sangat sangat, ade je orang yang sanggup buat ape je untuk membuktikan perasaan sayang yang sangat-sangat ni sampai tak perasan yang boyfriend die tu sebenarnye saje je nak uji die, atau nak ambil kesempatan di atas rase sayang yang sangat sangat sangat tu kan, sampai buat itu buat ini. Contoh: Yang bertudung MMS gambar takde tudung. Yang takde tudung MMS gambar takde baju. Bahagie ke macam tu? bahagia sangat~ Boyfriend pun bukannye boleh dipercayai jugak ye sebenarnye.

Bile dah sayang sangat sangat sangat, nanti akan timbul lah perasaan lain yang lebih memeritkan seperti cemburu lah sakit hati lah terase lah rindu lah ape lah. Semua perasaan tu kan boleh menyebabkan kite, perempuan ni rase sedih. Bile sedih rase macam tak bermaye nak buat anything. Bile tak berdaye buat anything, rase macam nak mati. Bahagie ke macam tu? bahagia sangat~ Haha

Bile dah sayang sangat sangat sangat, mulelah nak kawal boyfriend kite tu. Nak tahu siape kawan die, nak tahu siapa yang suke kat die, semua lah nak tahu. Lepas tu terus nak halang boyfriend daripade menikmati kehidupan dengan membuat beberape larangan sendiri seperti dilarang balik lambat, dilarang berkawan dengan perempuan lain. Larang melarang buat lelaki rimas. Bile die dah rimas pastu ugut nak tinggalkan kite, kite yang marah. Bile marah, ape lagi, bergaduh bertumbuk lah. Bahagie ke macam tu? bahagia sangat~

Bile dah sayang sangat sangat sangat, asyik fokus dekat boyfriend die je, bende lain tak nak fokus. Kawan-kawan terabai. Perasaan kawan sikit pun tak jage, sebab jage boyfriend punye pasal. Yelah, dah sayang sangat kan nak buat macam mane. Lepas tu dah takde kawan, takde teman nak keluar dengan siape, boyfriend je lah jadi peneman. Kesian boyfriend, takde mase untuk keluar dengan kawan-kawan dah, sebab girlfriend asyik ajak teman je 24 jam. Bile hari-hari muke same, lame lame bosan terus mintak putus. Sedih lagi. Bahagia ke macam tu? bahagia sangat~

Bile dah sayang sangat sangat sangat, mulelah fikir pasal mase depan. Fikir nak kahwin bile, anak berape, name anak siapa, nak duduk kat mane dan sebagainye. Bile dah buat harapan tinggi menggunung macam tu, sebab dah sayang sangat nanti mulelah broken heart bile harapan atau planning tak jadi sebab cinte terputus tengah jalan. Time ni rase nak buat ape? Bunuh diri je lah selalunye jalan mudah, kan? Tak pun kerat jari, guris sini guris sane. Bahagie ke macam tu? bahagia sangat~

Bile dah sayang sangat sangat sangat ni, tibe tibe terputus tengah jalan, mule lah nak wujudkan perasaan anti lelaki anti cinta anti segala jenis perantian yang berkaitan cinte ni sebab dah pernah dikecewakan lepas tu sedih tak ingat dunie rase macam nak mati semua ade lah kan. Time tu mulelah nak kutuk atau benci dengan lelaki sebab sejarah silam semua. Bile dah mule benci membenci ni kan dah mule dah petanda sakit mental, dan terjadilah macam-macam lagi jenis masalah sebenarnye.

Heh heh. Banyak lagi bende yang saye tak faham dengan orang yang sayang sangat-sangat sangat dengan teman lelaki die ni. Baru je teman sepermainan sebenarnye, belum teman sehidup semati tapi dah dianggap macam suami isteri lah pulak. Saye sedih sebab sedih lah, perempuan perempuan sekalian. Kenape mesti perlu nak sayang banyak-banyak dekat orang yang belum sah jadi suami kite ni sebenarnye? Banyak derita daripada bahagia.

Tak boleh ke sayang sikit-sikit je, ala kadar je cume lebih sikit lah kan dari kawan biase, baru boyfriend terase macam special sikit. Tapi lebihkan SIKIT je lah rasa sayang tu tak perlu lebih-lebih sangat sebab nanti anda jugak yang sakit sebenarnye. Saye bukan ape, tapi sedih lah tengok budak-budak perempuan sekarang ni bersedih sebab lelaki. Lelaki yang tak boleh harap pulak tu. Kalau lelaki yang boleh diharap macam suami kite ke, ayah kite ke, boleh lah diterime kan. Hmm.

Nak rase sayang sangat-sangat-sangat pun, tunggu lah bile dah sangat-sangat-sangat serius memang sampai tahap nak bernikah, haa tu mungkin logik lah jugak kan. Tapi ni bile baru je title boyfriend yang kenal tak sampai setahun dah sayang sangat-sangat-sangat ni ape pasal? Saye pun bercinte jugak. Sayang pun sayang jugak, tapi takde lah sebanyak sampai tahap saye boleh mati bile die tibe-tibe dah tak sayang saye ke satu hari nanti kan.

"Perasaan cinta/sayang/kasih tu kan anugerah daripada Allah. Bile-bile mase je perasaan tu boleh ditarik balik."

Sebab saye dah tetapkan dalam hati saye dah tahap-tahap kesayangan untuk orang-orang yang tersayang. ECEH. Orang lain takde hak nak mengubah tahap yang kite tetapkan tu kan. Haha. Contoh, family saye memang sayang tahap maximum dimana saye memang tak boleh hidup tanpa family. Tak dapat nak bayangkan macam mane kalau keluarga saye dah tak de satu hari nanti. Huhu.

Kalau kawan pulak, tahap sayang nye lain pulak. Tahap sayang takde lah sampai tak boleh hidup kalau diorang takde. Sedih tu mesti lah ade. Same jugak macam boyfriend. Baru boyfriend, ok. boy+friend. Friend itu kawan. KAWAN je baru. Takde ikatan sah, tak perlulah sayang lebih-lebih-lebih ni. Jimat mase sebenarnye. Jimat tenage, jimat segala penjimatan. Kalau betul nak belanjekan semua mase, tenaga, everything untuk seorang lelaki, belanjekan lah untuk yang memang sah jadi suami kite. Baru lah berbaloi-baloi sebenarnye.

At least kalau jodoh tak berpanjangan pun, kite akan rase berbaloi sebab kite habiskan mase untuk SUAMI, bukannye boyfriend yang takde apape title pun kat akhirat nanti. Kan? Heh. Tapi selalunye orang yang dah sayang sayang sayang sangat ni lepastu putus dan benci sangat-sangat sangat pulak ni tak lama lepas tu jumpe orang baru, berulang lah kembali perasaan sayang sangat sangat ni, dan putus dan benci sangat dan kemudian berulang ulanglah sampailah akhirnya die sendiri bosan dengan lifestyle yang macam tu, agaknye. Kalau tak bosan, memang ulang ulang balik lah kan.

Macam takkan henti. Macam tak rase buang mase je ke huh? Ke saye sorang je yang fikir macam tu sekarang ni? Kalau betul, pelik macam mane perempuan yang macam jenis yang saye ceritakan di atas tak boleh nak fikir macam tu. Tetap tersayang lebih-lebih. Macamlah die sorang je perempuan. Saye pun perempuan, boleh je kawal. huh. Biarlah diorang eyka.. Marah sungguh eyka ni, kenape agaknye? Entah. PMS rasenye. Haha. Ok noktah. Saya fikir, saya taip. Anda baca, anda fikir balik lah ye. Sekian terima kasih.

P/S : Perempuan pun susah nak faham perempuan sebenarnye.

TAMAT, 4.00am

Thursday, October 14, 2010

Lelaki Misterius

Boyfriend lama ku. Macam mana lah rupa dia agaknya.

Perempuan kalau jatuh cinta, putus cinta ke ape yang berkaitan cinta mesti nak cerita kat orang. Mesti nak cerita dekat blog. Cerita dengan penuh perasaan. Biar orang yang baca dapat tenggelam dengan situasi yang dirasakan penulis. Mesti nak abadikan kenangan saat-saat bercinta tu dalam blog. Tapi lelaki?

Tak pernah pulak saye tengok blog lelaki
yang cerita tentang cerita cinta dia dengan girlfriend dia. Sedang, masih atau sudah tidak bercinta, semuanya misteri. Tengok-tengok dekat status dah single. Esok tengok, ada balik dah. Pelik. Lelaki tak sedih ke kalau putus cinta? Takde rase macam nak blog ke pasal kekasih?

Lelaki memang tak suke menunjuk
. Kebahagiaan, kedukaan, semua lah tak tunjuk. Misteri betul laki ni kan? Yang die tunjuk hanyelah bola bola dan bola, kereta kereta dan kereta. Future future dan future. Awek dan awek? Jarang berlaku. Oh lelaki kalau broken heart tak main blog blog ni, terus call brader love luah kat situ. Keh keh. :P

When girls get bored.

Perempuan kalau bosan, takde keje mesti suka buat benda-benda yang tetap membosankan untuk menghilangkan bosan. Update blog ke, facebook ke, chatting ke, duduk rumah tengok movie ke, bagi yang outgoing pulak suke keluar dengan kawan-kawan, pergi saloon, window shopping ke, tengok movie, anything la. Tapi lelaki?

Lelaki kalau bosan suke tidur. Tak tidur, die tengok bola. Tak tengok bola, die tengok kereta. Tak tengok kereta, die main kereta. Tak main kereta, die tengok bola balik. Main bola, ngorat awek ke. Bukannye ngorat betul-betul pun, saja mengisi masa lapang dan kebosanan. Agaknye lah. Keh keh.

Perempuan, kalau bercinta kalau boleh 24jam nak sentiase dengan boyfriend die. Sentiase nak tahu ape yang boyfriend die buat. Sentiase emo tak tentu pasal merajuk sini sana diharap dapat lah pujukan manje-manje dari boyfriend die padahal boyfriend die sikit pun macam tak perasan perkara tersebut sedang berlaku. Tapi lelaki?

Keep it silence.

Lelaki kalau bercinta, pun same jugak nak tahu ape awek die buat 24jam. Tapi rasa macam tak kisah je lelaki ni kan. Lelaki jarang ade yang emo emo pasal perempuan. Tak kire lah awek die ke tak awek die ke macam tak peduli je. Lagi baik main game, tengok bola, main bola, tengok game. Awek ade pun macam membosankan je kan. Keh keh

Perempuan, kalau ade bende baru memang satu dunia dia nak tunjuk. Memang lumrah lah saye rase. Perempuan ni tak boleh kalau tak tunjuk kat dunia apa yang dia ada, siapa kawan-kawan dia, mana dia pergi, baju apa dia pakai, apa perasaan die sekarang ni. Kalau boleh, semuanye taknak simpan. Tak boleh simpan. Mesti nak kene jugak cerita dekat orang. Tapi lelaki?

Lelaki sangat misteri. Kadang-kadang kite tak tahu pun dia ni sebenarnye ade kereta ferrari. Haha. Tak tahu pun sebenarnya die ni hensem orangnye. Sebab lelaki kebanyakkannye tak suke letak gambar gambar peribadi dalam internet. Orang-orang terdekat je yang tahu. Lelaki memang misteri dan tak suka menunjuk, kan? Kalau ade gambar pun, die letak gambar yang paling buruk yang dia ada. Simple. Bile jumpe depan-depan, hensem lah pulak.

Beautiful Girl. Beautiful picture.

Perempuan pulak kalau boleh nak letak gambar paling cantik yang die ada. Gambar paling buruk kene delete on the spot, taknak bagi orang tengok. Kalau boleh, edit lagi bagi cantik bagi menarik bagi orang suke tengok. Haa, macam tu lah perempuan. Dan, saya rasa macam respek dengan sifat lelaki yang misterius ni. Sangat macam, menarik. Sebab seronok tengok lelaki yang hidupnya sangat simple tak macam perempuan.

Lelaki macam takde mase nak emo kan? Tapi ade je jugak lelaki yang emo ni. Tapi dia emo senyap-senyap. Tak suka orang tahu dia emo. Kenapa ya? Hmm. Tapi itu lah, saya suka dengan sifat lelaki yang tak suke menunjuk ni. (walaupun, ada jugak yang suka menunjuk) Entah kenapa, saya rasa macam seronoknye lelaki tu kan sebab jadi lelaki. Tapi kenapa, still ade lelaki yang nak jadi perempuan? Keh keh

P/S : Lelaki tak suke benda yang remeh dan rumit, tapi tetap akan suke kat benda atau orang yang remeh dan rumit, macam perempuan. Hebat kan perempuan. Haha :D

(Images from Google Image)
SEKIAN, 4.57PM