Dashboard
Refresh
New Post
Sign Out
Gallery Myspace Facebook Twitter Friendster

Tuesday, August 18, 2015

Life That Goes On


It's already four weeks since the final final exams over. Final final? Yass. You read it right. No more going to lecture halls, no more assignments, tests, and the fear of me not gonna make it in law school because I just did! Yeay! Alhamdulillah. Thank you Allah for make it easy and possible for me to finish law school.

Well. Hidup ni macam mimpi, kan? 

Rasanya baru semalam pening-pening nak apply course apa lepas SPM. Tak sangka teramik law. Tak sangka dah habis BLS and LLB. Tak sangka. Semua tu berlaku bila? Macam tak rasa pun ada. 

Eceh.

Padahal... dah berapa baldi air mata kuhabiskan sepanjang 5 tahun di lawschool. Haha. Tak. Actually, I can't remember myself crying over anything educational pun sepanjang 5 tahun di law school. Maybe kalau ada pun, the tears of finally graduated kot. Yelah, dah habis pun segala penat lelah yang susah nak diceritakan di sini. 5 tahun kot.

Anyway, doing LLB was not really a hell-like for me. Or maybe it was a hell, but now that it's over, I feel like it's not really bad. Kalau teruk sangat takkan saya boleh lepas kan? Hihi. Tak sangka sebenarnya boleh survived both BLS and LLB. I feel kinda relieved but somehow I do miss the vibe of being busy preparing all those files, submissions, trials and presentations.

*senyum*


During these periods in law school, apart of learning that life goes on, I too learnt that God's plan is always beautiful. I never doubt that everything happens for a reason. Good or bad, both are for our own good. Not only for us, but for the people around us, too. If there's anything I would undo or regret that it happened, I choose neither to undo nor regret anything. Believe me, I wouldn't.


I too, learnt more about myself. My attributes, my likes and dislikes. I never knew that I can be so determined in doing something like I did in law school. I like myself more when I am in my determination mood that I get so focused and nothing can actually break my spirit. I also got to learn that I have this ability of being ignorant and chooses to only see things or people I wanna see.


I always chose to see the good in people, no matter how bad other people says that person is. My friends said I am a positive person because even if I can, I choose not to see the bad in people. Because for me, everyone are nice. Does not matter if they are not nice to you, because they might be nice to someone else kan?


Anyway, I drafted this post because that's what I always do sekarang ni. Save instead of publish. Sebab tak suka tengok posting yang takde gambar. Tak sangka dulu rajin betul search gambar untuk dijadikan ilustrasi blog.

*Senyum terkenangkan diri sendiri yang lama*


Sekarang masa berlalu terlalu pantas kan. Nak cari gambar untuk dijadikan posting pun rasa macam tak ada masa padahal ada je masa cuma kita yang kena pandai peruntukan masa 24jam ni kepada sesuatu yang kita suka buat.

*hembus nafas*


On another note, I just received my result last Friday. Alhamdulillah sekarang dah officially tamat law school. Sebak ada. Happy pun ada. Tak bersedia lah nak aging. Kejap je semua ni berlalu. Kalau boleh memang nak stopkan masa takpun tambah 24jam jadi 50jam sehari ke tapi kalau mampu tukar 24jam kepada 50jam pun tetap akan rasa tak puas dengan kehidupan.


Manusia kan. Mana pernah puas dengan apa yang ada. Kalau boleh nak lebih. Tapi bila dah dapat lebih, rasa nak kurang pulak sebab tahu benda yang lebih tak semestinya membahagiakan.

*sengih*


Wednesday, July 22, 2015

Fashion Items For An Impromptu Trip

Hai Semua! :)

Apa khabar? Sihat tak? Harap semuanya sihat-sihat belaka. Hihi. Not sure if you guys still remember me cause it has been a while kan? Sekarang dah habis study alhamdulillah lepasni boleh lah update blog ni selalu. Hopefully. Walaupun dah berjuta kali cakap benda ni, rasa nak cakap je lagi untuk ke sekian kalinya berharap kali ni punya harapan akan termakbul. Haha.


Anyway, the only thing that I'd always look forward to in the meantime after a dreadful weeks of studying, assignments, submissions is to get out of this place, a pronto getaway dengan family or kengkawan even just for a day/night trip pun takpe, asalkan dapat getaway to somewhere. The impromptu trips walaupun sekadar sleepover bersama kengkawan adalah sangat seronok and it can be a good stress reliever kan?! 


Tapi ada satu benda yang tak best kalau nak pronto getaway ni. Apa dia? Mestilah...  

Perihal nak packing barang! Haha.
Bab packing barang ni mesti ramai perempuan yang akan serabut dan runsing kan tak tahu nak bawak apa, baju yang mana untuk kekal bergaya walaupun just for one night trip sebab kalau boleh nak bawak satu almari je sumbat dalam bag. Mujur saya jenis yang tak cerewet sangat bab packing barang ni selalu buat last minit je dalam sejam dua before keluar. 


For me, kalau boleh memang taknak bawak barang langsung pergi mana-mana atau nak bawak barang yang simple je yang penting tak berat sebab saya tak suka bawak barang berat-berat. Haha. Apapepun, saya akan make sure my impromtu overnight fashion items bukan sahaja cantik dan steady, malah they must be really useful and convenient for me! 

Tote Bag/ Backpack

It's either or, not both. Normally saya akan bawak tote bag je. Senang dan boleh sumbat memacam barang dalam tu. But to some people, mungkin ada yang prefer bawa backpack sebab nak jejalan handsfree je senang nak pegang phone and snap snap picture upload kat instagram kan?! Hehe.


Makeup Bag

The smaller the better. Tak perlu bawak bag besar-besar untuk memuatkan alatan mekap kat dalam tu. Cukuplah hanya dengan small/medium sized make up bag macam ni untuk memuatkan bedak/compact powder, eyeliner, lipstick lipgloss dan juga make up spray supaya kita sentiasa kelihatan segar dan cantik!

Sunglasses

Yang ni penting untuk kelihatan lebih bergaya disamping dapat mengelakkan mata daripada kesilauan cahaya matahari! Lagi-lagi kalau nak lepak tepi pantai kan. Hehe. Maklumlah, Malaysia ni kan panas. So sunglasses/shades ni memang perlu dimasukkan dalam bag setiap kali nak pergi trip to anywhere! (and the hat too!)

Scarf/Selendang

I'll always carry along my favorite scarf to any impromptu trips! Sebab saya ni jenis tak tahan panas dan sejuk. Kalau tak tahan panas, kita duduk dalam tempat berhawa dingin je tapi kalau tak tahan sejuk saya akan lilit leher dengan scarf. Tapi kekadang, tak sejuk pun saya suka lilit kat leher jugak! Sekadar suka-suka. Haha. 

I think that is all kot. By the wayyy, happynyaaaaaaa rasaaa bila berjaya update blog sebab tak perasan dah setahun kot tak update! Huhu huhu. Harap-harap boleh update lagi bebanyak lepas ni! Heee. Berharap jugak boleh publish post trip Kinabalu yang dah duduk dalam draft hampir setengah tahun! Haha. Anyway, thank you for reading! Hope to update more soon! :)

P/S: Geram kan tengok all the fashion items. So pretty! :D

Tuesday, July 22, 2014

About Time

Hello :)


So yesterday I decided to watch About Time for second time. Movie tu tersangatlah best. Tak tahu kenapa suka sangat cerita tu. Maybe sebab kakak Tim, Kit Kat comel kot. Haha. and Rachel McAdams. She's so pretty!

Jalan cerita dia merepek sebab tak logik boleh travel time tapi tetap sukaaa sangat dengan semua benda dalam movie tu. Hero dia, Tim pun nampak natural je. The movie was so beautiful that I cried. Haha.Takde la nangis teresak-esak or sedu-sedan tapi just bergenang je la.

Macam ni lah lebih kurang cuma anak mata bukan kaler biru. Haha.
Nangis bukan sebab sedih ke ape tapi sebab macam aaaaaaww do you get me? Macam haih cemane tah nak explain.

Anyway, lepas tu tengok movie Endless Love pulak.


Overall, it was good. Tak lah sedih sangat sebab happy ending. Mujur takde air mata dibazirkan. Cerita ni banyak adegan kissing-kissing mungkin sebab nak tunjuk yang diorang memang so deeply in love. Nasib baik dah lepas legal age untuk tengok adegan-adegan seperti ini. Hehehe

Oh and another thing, bila bukak balik blog guna laptop rasa macam dah okay je tak perlu tukar apape dah. So sekarang just biarkan je macam ni dulu. Name blog pun tak tukar sebab banner tu cantik. Tak tahu la macam mana edit dedulu.

Boleh tahan kretif jugak saya ni kan. Hehehehe puji diri sendiri pulak hikhok. Tapi tu dulu lah, sekarang dah malas so kretif dah pudar. Makin pemalas makin rase nak plain je. Ni bile nak update blog ni tengok coding HTML pun rase macam ya Allah berpinar mata tak faham sepatah pun. Huhuhu.

Takpelah tengok lah cemana okbye.



Sunday, July 20, 2014

Start Fresh

Assalammualaikum :)


Kekoknye rasa nak update blog ni sebab dah lama biarkan so feeling nak update pun hilang. Maybe I have to change the content, or even the title of my blog so that I can get the spirit back. Hehe

The problem is now dah ade smartphone ni buat rasa malas nak bukak laptop and edit everything. Smartphone buat diri jadi malas nak bangun. Bayangkam dalam satu hari tu mampu baring je kat katil most of the time and main phone.

Bukan mesej atau gayut bersama tersayang dah, tapi main game and scroll timeline kat twitter. Sampai macam tu sekali tau. Masa terbuang macam tu je sebab biasalah tu kalau buat benda lagha macam ni memang mase kejap je berlalu kan? Hehehe

Cara penulisan pun mungkin dah lain. Bile bace balik rase rindunye dengan diri sendiri. Haha. Sekarang ni terlalu expressionless. Dah takde expression towards anything. Semua rasa macam biase je so perasaan excited semua dah pudar. 

Kalau dulu senang sangat terhibur hampir semua benda adalah menghiburkan, tapi kali ni semua benda terasa hambarnya ya Allah. Mungkin penat kot. Yelah dunia sekarang macam-macam sangat. Tak tahu macam mana nak express. Takut.

Latest is pasal MH17 and Gaza of course. Hmmm. Hilang perkataan nak describe feeling sedih sebak kesal and etc ni macam mana. Lagi-lagi bile orang retweet gambar-gambar orang mati dalam twitter. I don't think it's necessary. :(

Haih see very emotional tau belum apape dah rase nak nangis ni. Hoping for a better world walaupun chances to have a better world menjelang akhir zaman ni adalah sesuatu yang mustahil kecuali kiamat.

Oh jap. Rasa rude pulak tak tanya khabar walaupun rase macam takde orang pun kat sini. Haha. So it's as if me talking to myself. So, how are you doing? Hopefully everything's fine. Saya baik-baik sahaja di sini cuma mungkin penat sikit dengan dunia.

Hahaha eyka ni memang. Tidur banyak pun still penat. Zzzzz. Okay lah nanti kalau on laptop nak edit layout sikit nak tukar name blog jadi matang sikit. Kamon. Name blog belum pernah tukar lagi and terlalu kebudak-budakan. Hahaha. Apapepun dari dulu sampai sekarang, monolog eyka ni tak sah tak panjang.

Okay lah bye. 

Saturday, November 09, 2013

Bila eyka dah mula mendewasa

Assalammualaikum semua :)

Kehidupan saya sekarang semakin hari semakin busy. 

Busy dalam hati dan mental je fizikal tak nampak busy sangat sebab banyak baring dan baring dan baring dan tweet dan baring dan serabut sebab kerja tak siap-siap tapi masih baring sampai ade orang tu cakap saye takde tulang belakang. Pun boleh kan? .___.

Hehe. 

(setengah jam kemudian)

Masih tak tahu nak cerita apa.
Makin dewasa makin lupa cara nak bercerita.
Makin dewasa makin hilang rasa nak berkata.
Makin dewasa makin tiada rasa.

Mungkin sebab kita dah dewasa
Jadi kita jadi janggal untuk bercerita.
Nak kongsi apa?
Sebab tiada kata yang mampu tertera
bagi mengubat duka dan lara
yang disimpan dalam satu sudut hati yang semakin hari semakin hilang rasanya.

Tak apa.

Separuh hati saya masih bersama saya.
Lagi separuh telah saya kongsikan
secebis demi secebis bersama orang-orang yang saya sayang
Relakan saja apa yang mereka mahu lakukan
bersama secebis hati yang saya berikan
Nak simpan nak tanam nak lambung nak robek nak tikam

Pilih mana ikut kesukaan
Nak cium nak peluk nak bawa kemana saja pun saya benarkan
Asal jangan pulangkan semula
Simpanlah kerana memang ianya untuk mereka yang saya sayang
Saya ikhlas


Dan awak.
Terima kasih kerana berkongsi hati
dan jangan khuatir
kerana
sebahagian besar daripada hati ini
saya simpan untuk awak
awak yang bakal bergelar suami

Suatu hari nanti. InsyaAllah. :)