Dashboard
Refresh
New Post
Sign Out
Gallery Myspace Facebook Twitter Friendster

Thursday, August 11, 2011

Tips-tips putus hubungan

Putus hubungan? Takde hal la. :P

Di sini, saya ingin berkongsi beberapa cara kepada kaum seperjuangan saya, kaum hawa yang semakin lemah emosi dari hari ke hari mengatasi masalah yang susah di atasi oleh kebanyakan kaum perempuan ni which is -- putus hubungan. *haaa semputtt (hubungan cinta muda-mudi ye, bukan putus tunang atau putus saudara)


Semenjak melalui liku-liku percintaan yang entah apa-apa tu saya rasa banyak benda yang saya pelajari sebenarnya. Salah satu daripadanya adalah - Perasaan sayang insan antara insan tu tak pernah kekal. Sentiasa boleh pudar, dan yeah bila dah pudar tu jangan lah emosi sangat. It's a normal thing pun. Haha.


So lepas dah pernah in a relationship dan dah putus baru lah layak nak beri tips-tips putus hubungan ni kan. Haha. Kalau sebelum ni, saye pernah jugak tulis entry pasal ni satu dan dua, tapi tu before mengalami. Sekarang dah pernak mengalami nak share la jugak kan. Kekeke. So here, what I did during my post-break up:


1- Get to know the truth.

Semua orang berhak tahu perkara sebetulnya sebab semua orang pun tahu everything happen for a reason. Reason yang nyata tu kita boleh cari, tapi reason yang tersirat tu hanya Allah saje yang tahu. So here, I'm talking about reason yang nyata.


First of all, lelaki ni kalau kita tanya something yang bersebab, diorang selalu suka ubah topik. Nak lari daripada perkara sebenar. Nak berselindung, nak nampak baik dan sebagainya. Padahal tamak dan konfius sentiasa. Oleh itu, gadis-gadis comel di luar sana haruslah menggunakan kebijaksanaan untuk mensaiko mereka supaya memberitahu perkara sebenar.

Put your spell on.

Kalau dalam kes saya, saya ni entah la tetibe je Allah nak tunjuk tu yang saya tetibe dah tahu perkara sebenar which is-- common reason kot. Korang pun dah boleh agak the reason based on my previous post tu kan. Harhar. And yes. Instinct perempuan sangat kuat. Even jauh berbatu pun still boleh sense something fishy.


That's why lelaki kalau nak menipu, memang susah. Sebab perempuan boleh tahu sesebuah perkara tu even before lelaki tu tahu yang perempuan tu dah tahu. Biasalah perempuan, banyak drama. Lelaki mane ade kelebihan ber-drama ni, so sebab tu kite harus menggunakan bakat drama kita tu sebaiknya. keh keh.


Ok. Bila dah dapat tahu kebenaran on why and how, senang sikit kita nak move on to the next stage. But sometimes, kebenaran ni tak perlu sangat untuk diketahui. Cuma, kalau kita asyik rasa tertanya-tanya tu better la untuk kita bertanya. Ini untuk kebaikan diri kita sendiri je jugak, in order to hilangkan persoalan yang seringkali bermain di minda tu.


2- Lepaskan apa yang patut dilepaskan.

Ok. Benda lepas-melepaskan ni somehow susah nak di-explain how. Sebab, tak semua orang jenis yang melepaskan. Ada orang tu jenis yang menyimpan dan memendam rasa untuk kesakitan diri sendiri. Tapi, tidak kepada saya. Haha. I love myself too much that I wouldn't do a thing to hurt myself. :P


So, what did I do was, lepaskan je ape yang saya rasa saya nak lepaskan terhadap dia-- but not with maki hamun la. Haha. Apa barang maki hamun. So childish. Eceh. Hehe, so segala rasa marah and kecewa yang tersimpan selepas tahu perkara sebenar tu saya luahkan je. Bukan secara down tapi secara ego. Yep yep. Ego itu sangat penting ye anak-anak. haha.

Don't let this happen to yourself.

Ayat saya pun kekadang banyak makan dalam. Tu pasal sometimes orang yang entah siapa-siapa dari mane tah tetibe je terasa pastu membalas balik, which only show me their own stupidity. Keh keh. Oh ye, message-message terakhir haruslah dibina dengan niat menyakiti ye bukan niat untuk dikasihani. Selitkan sedikit sarcasm juga mungkin membantu. Haha.


Tak perlu minta dikasihani, pujuk rayu untuk bersama balik sebab rasanya benda tu macam menyedihkan je untuk dilakukan. Come onn, kalau he betrayed your trust once, memang tak la die nak berubah. For sure akan buat lagi dan lagi dan lagi dan lagi. So, yes. Just lepaskan je orang yang macam tu. Not worth it at all.


Bagi je kat orang yang seterusnya. Mungkin mereka lebih layak mendapat orang yang sebegitu kannn. harharhar. It might be hard at first but trust me, that you'll not regret it. Sebab regret ni hanya untuk orang yang tak dapat lepaskan apa yang patut dilepaskan when they got the chance to. So, don't waste your chance. Let it out. Let all out :)


3- Putuskan segala-galanya.

Yes. Indeed. Benda ni memang baik untuk diri sendiri sebenarnya. Putuskan je persahabatan dengan orang-orang yang tak patut dijadikan sahabat tu. Eceh. Haha. It was the first time I decided not to be friend with someone. Sebab itu adalah untuk kebaikan diri sendiri. Again, ego tu penting. :)


Kalau kita putus cinta dengan orang yang pernah kita bercinta, rasanya baik putus je kawan terus. Putus hubungan. Putus harapan. Putus segalanya. Nak berkawan balik memang tak mungkin. Berkawan boleh je dengan ex sebenarnya kalau putus cara baik, tapi tu pun kalau ex kita tu tak melakukan sesuatu yang tidak boleh dimaafkan la kan. Hehs.

Biarkan semuanya pergi. Kekeke

Putus segala-galanya ni harus dilakukan dengan hati yang redha dan nekad ditambah dengan keazaman yang tinggi untuk tidak berhubungan langsung di masa depan. Jyeah. Sebab selalunye one day orang yang buat jahat kat kita ni for sure akan rindu jugak kat kite even macam mana pun kan. Sebab rasa bersalah, rasanya.


Diorang pasti akan kekadang teringat jugak kat ex-ex mereka termasuk diri kite sendiri lepas tu terimbas kenangan dan kemudian rindu dan kemudian rasa nak contact lepas tu buat missed call la, message la ape la punyaaa kan. So, bile perkara nak contact balik ni terjadi, jangan dilayankan. Ignore saje phonecalls, message and anything else yang melibatkan dia.


Nak meng-ignore ni pulak bukan semua orang ade kekuatan untuk meng-ignore. Kalau macam saye, saye kalau ignore tu memang ignore bermati-matian. Haha. Memang takde peluang langsung nak contact. Once I said my word, I'll do it. And yes, ego tu penting. :)


4- Elakkan diri sendiri bersendiri.

Oh ini adalah satu perkara yang mesti. Sebab perempuan ni kalau bersendirian mesti akan terfikir-terfikir. Dan-dan time tu ada syaitonirojim disebelah yang akan mempengaruhi emosi perempuan tu kan, so semestinya seorang perempuan tu akan rasa sedih mengenangkan hubungannya yang retak itu. Haha.


So, make yourself busy. Sibukkan diri anda dengan aktiviti-aktiviti yang pack dan berfaedah so that kita tidak akan mempunyai sesaat pun untuk mengenang kisah lalu. Macam saya, saya sibukkan diri untuk bekerja. Seriously, berjaya kot. For me la, at least. Hihi.

Just chill and keep on chilling.

Kalau taknak bekerja pun at least cuba la berseronok dengan rakan-rakan. Hilangkan kekosongan hati yang baru dikosongkan tu dan bergaul dengan ramai orang. Bergaul, tapi kena lah ingat batas-batasnya ye. Jangan lah bergaul tak ingat dunia semata-mata untuk move on sampai merosakkan diri sendiri pulak. Parah tu, parah. Haha.


Ape yang penting adalah, kita patut mempunyai rasa sayang terhadap diri sendiri semaksimum mungkin terlebih dahulu. Bile kite sayang diri kite, for sure kita takkan melakukan aktiviti-aktiviti yang memudaratkan diri sendiri dalam jangka masa yang panjang, kan? kan kan kan. Kalau kite tak sayang--mungkin sayang sikit je pun senang je untuk kite terdedah dengan aktiviti yang merosakkan diri sendiri.


So yes. Ego itu penting dan betul kasih sayang kita terhadap diri kita sendiri juga penting. Kalau as a student pulak, memang ade high chances la untuk mensibukkan diri dengan aktiviti yang berfaedah seperti menyiapkan assignments dan juga mengulangkaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaan seterusnya. Nampak remeh, tapi benda ni membantu. :)


5- Jangan malu untuk bercerita.

Bercerita di sini bermaksud- cerita perkara yang benar terhadap orang-orang yang rapat dengan kita. Cerita tokok tambah adalah sangat tidak digalakkan dan ditegah sama sekali. So, setiap kali anda berjumpa dengan rakan-rakan anda, pasti mereka akan bertanya tentang update terbaru anda bersama kekasih anda, bukan?


Bagi yang dah lama tak jumpa, mesti akan macam banyak lost update pasal diri kite kan so, diorang pasti akan bertanyakan--- camne hang dengan pakwe hang ok dak?- and then kite mesti akan rase macam--- oh, die? takde ape dah kami dah putus. Lepas tu kengkawan pasti akan buat muka terkejut dan kita harus bersedia untuk menjawab setiap pertanyaan. Haha.

Be ready to let it out.

So, cerita je ape yang patut dicerita. Luahkan. Keluarkan. Lagi ramai lagi bagus. I mean, ramai, tapi banyak kali. Harini luahkan kat A, esok luahkan kat B, kemudian C, dan seterusnya. Sebab ape? Sebab, makin banyak kali kita ulang benda yang sama, makin senang kita nak bosan dan rasa macam takde apape dah. Haha. Lagi senang nak move on lah senang cerita.


Sebab makin banyak kali ulang benda yang same, makin malas nak fikir. Nanti akhirnya kite akan rasa nothing oh benda tu. Bukan sebab benda tu menyakitkan, sebab benda tu takde lah menyakitkan sangat. Haha. It's like, kita akhirnya macam dah penat nak bercerita and penat nak ingat benda yang sama and penat. Bila penat, manusia ni jadi malas.


Bila malas, kita pun malas dan nanti kita akan rase macam---eh entah pape. Lega, kot. Sebab dah cerita and luahkan semua benda kat orang-orang yang berlainan. Kalau pendam, tak cerita tak kongsi cerita kat orang, sebab kita taknak orang tahu, nanti kita sendiri akan terfikir-fikir. So bile terfikir-fikir benda yang tidak diluahkan, memang menyakitkan. Makanya, go on. Tell to your bestfriends about it! The whole story! :)


6- Redha, redha, redha dan redha.

Yup redha. Redha ni dalam erti kata lain-- terima ketentuan. Ada sebab kenapa Allah pisahkan kite dengan orang yang tertentu. Mungkin sebab die yang kite rase secocoks tu sebenarnye tak sesuai untuk kite. Mungkin sebab selame ni kite dah banyak sangat hanyut dengan perasaan sebab tu Allah tarik balik perasaan tu.


Mungkin sebab Allah taknak tengok kite leka bercinta, so sebab tu ditakdirkan kite putus cinta. Mungkin jugak sebab Allah sengaja bagi kita rasa perasaan putus cinta ni so that kita akan lebih strong untuk mengatasinye dan juga supaya next time boleh improve diri sendiri dan jumpa orang yang lebih sesuai dengan kite.

Go with the flow.

Senang cerita, takde jodoh. Haha. Ye lah, kalau kite sedang bercinta, macam susah untuk kita nak berkenal-kenalan dengan hati budi orang lain, kan? Sebab kite taknak curang--orang kate. Well, cakap pasal curang ni, dalam bercinta ade ke istilah curang? I think bukan curang kot, tapi berubah hati. Yeah. Hati yang berubah-ubah. Tak statik.


So, kita harus lah meredhai setiap apa yang berlaku. Macam saya, saye redha je. Go with the flow. Takde la terimbas-imbas ke bersedih-sedihan ke atau menyalahkan takdir ke ape. Come on, bercinta je pun. Umur pun muda lagi. Banyak lagi cinta-cinta lain yang saye tak rasai dalam hidup ni sebenarnye. So, Allah bagi saya peluang untuk tutup cinta yang tak kekal tu dan cuba mencintai orang lain pulak. Ngehs.


Everything happens for a reason. And jyeah reason yang nyata sudah dicari, ni tinggal reason yang tak nyata je yang Allah saje yang mengetahuinya. So, kite sebagai manusia haruslah rileks dan buat taktahu je-- jalani kehidupan macam biasa. Tak perlu depressed sangat. Murung-murung ni, nak ke mane? Haha.

Don't let yourself drown in your own feelings.

Ok dah. Lagi ape lagi ye yang saye lakukan? Tu je kot. And tak perlu berdendam, cuma.. kita haruslah menghilangkan perasaan sayang tu. Macam mana? Menyayangi orang lain? Tidak. Tapi, dengan mendevelop rase tak suka terhadap orang yang pernah kita sayang tu. Keh keh. Seriously, benda ni sangat berkesan.


Sekarang ni pun, bila tak sengaja ternampak gambar dia ke-- Saya akan rasa kelakar. Haha. Tak rase rindu langsung. Rasa macam mengarut je saya sebab bercinta dengan orang yang di dalam gambar tu. Malu pulak dengan diri sendiri. Keh keh. Sebab tu saya rasa bersyukur berpisah dengan used-to-be kekasih hati sebab rasa macam saya telah diselamatkan daripada malapetaka.


HAHA. Over pulak eyka ni. But yeah, ego tu penting. Kalau takde ego, memang susah nak hidup. Memang susah nak move on. Memang susah nak jadi strong. Susah la. So, perempuan. Ape gunanya ego kalau tak digunakan pada masa putus-putus cinta ni kan. Hihi. Gunakan ia sebaik mungkin. Jangan salahgunakan pulak. Nanti lain jadinye. Kuikui.

Jangan sampai terdampar di tengah jalan.

Actually, banyak lagi cara untuk atasi putus cinta ni. Dan, sebenarnya putus cinta ni takde ape pun sangat. Perasaan, emosi tu yang melebih-lebihkan ape yang tak sepatutnya dilebihkan. So sebenarnya, apepun caranya seseorang perempuan tu pasti akan dapat mengatasi dugaan macam ni punye. Serius. :)


Tengok lah orang lain. Ramai je kot yang pernah mengalami putus cinta and diorang bermurungan macam mane pun one day diorang pasti akan feel alive balik. So, jangan risau jika hubungan anda dan kekasih sudah berakhir sebab benda tu normal untuk orang yang bercinta di waktu muda ni. Biasalah, kata pun muda. Komitmen pun takde lagi. Memang hard to stay la kan. Keh keh.


Lain orang, lain caranya. Yang penting kita tahu limit-limitnya. I mean, kalau putus cinta sekalipun jangan sampai bunuh diri atau kerat jari-jemari ke apa. Nampak macam masalah besar sangat je putus cinta ni padahal kalau berfikir dengan akal-- bukan dengan emosi, kita akan rasa macam remeh sesangat.

Dan kita takkan jadi macam ni.

Serius oh. Putus cinta ni sebenarnya merupakan sesuatu yang remeh. Bercinta tanpa hala tujuan pun remeh. Setakat merasai rasa disayangi tu macam sesuatu yang membuang masa sebenarnya. Lainlah kalau bercinta dengan matlamat. Matlamat+komitmen=happiness. Yang penting, go with the flow. Tu je. Haha. :)


Dan saye sebenarnye tak galakkan lah orang yang dah putus tu, sambung balik hubungan yang dah putus tu sebab kalau dah putus, kenapa perlu sambung balik? Bukan kalau dah putus tu maknenye hubungan tu dah gagal ke? Sebab, selalunya kalau sambung balik pun mesti tak akan jadi se-best masa awal-awal bercinta dulu dengan orang yang sama kan kan? Perasaan tu mesti dah lain.


Serius, lain. Kalau tak lain tu maknanya putus main-main, bukan betul-betul. Kekeke. Kalau putus sebab orang ketiga, maknenye die yang rugi sebenarnye. Harhar. Apapapun, perempuan anda haruslah tabah ye kawan-kawan ku sekalian. Lepaskan je diri kita daripada dibelenggu oleh orang yang sama. Bosan kot asyik sama je. Haha, Dan perempuan juga haruslah tahu untuk berhenti mengharap. Okeng? :D

Burning memories.

P/S: One door is closed, thousands are opened. So, chillex! :)

SEKIAN, 3.50pm. Pictures by: Flickr.

Friday, August 05, 2011

Siapa sebenarnya yang emosional?

Lelaki tu ke, belon tu? Kih kih. :P

Hai hai hai :)

Banyak benda terjadi kepada saya tahu semenjak kehilangan saya tak berupdate dalam blog ni. Ngeh ngeh. Saya taknak update bukan sebab saya merajuk, tapi sebab saya busy dan malas. Ya, saya malas nak update sekarang sebab rasa macam... malas. :)


Anyway, ni saye update je jugak. Nak warm up. Nak say something about my own kind. Perempuan. Yes. Saya tak faham macam mana seorang perempuan tu boleh terlalu emosi bila berkaitan perasaan ni. Cinta, especially. Kenapa perlu beremosi sangat? Siapa yang emosi sebenarnya? Saya ke orang yang membaca ni? Well ---


Tahu tak perasaan emosi kita yang berlebihan tu boleh mengundang kemurungan untuk diri sendiri? Betul. That's why we should control our emotion. That's why we should put our pride first before emotion. Sebab emosi tu yang membuatkan seorang perempuan nampak lemah. Senang terguris, senang menangis, senang sedih dan senang cite - menyedihkan.


Macam saya, rasanya ramai yang ingat saya bersedih sebab baru putus cinta bape bulan yang lepas. Saya pun macam bosan dah nak layan orang yang ingat saya sedih berlebihan tu sebab diorang tak tahu keadaan sebenar. Keadaan sebenar saya? Ya Allah! Gembira kemain lagi sebenarnya! Orang-orang yang terdekat je yang tahu. Haha.

Happiness can't be seen.

Geram betul kepada sesiapa sahaja yang ingat saya bersedih dan bermurungan sebab putus cinta, sampai tak update blog. It's like-- duh(?) Putus cinta je pun. And tu pun bukannye cinta betul sangat pun. So, takde ape sangat pun sebenarnye. Nak sedih kenapenye? Orang-orang lain yang lebih-lebih padahal saye takde ape pun. Haha. Well, nak dijadikan cerita---


Kawan saya mengatakan bahawa setiap perempuan, pasti akan mengikuti perkembangan ex-girlfriend kepada lelaki yang diminati sekarang. To be honest, memang betul. Perempuan ni kan sentiasa curious dan sentiasa rasa insecure takut kalau-kalau ex kepada lelaki yang diminati datang balik ke kan, mana tak naya kannnn. HAHA


Jadi, saya dengan beraninya ingin menguji ketepatan statement tersebut. And yeah, I wrote something on my facebook profile that I knew will attract someone to read and to be emotional dan seterusnya sentap dan dan dan... GOTCHA! Haha. Honestly, it was so hilarious. Saye gelak je bace. Heh heh :)


Malas nak cita selanjutnya. Saya yakin dia memang akan stalk blog saya ni sama ada untuk menyukai atau membenci. Tapi normally, seorang perempuan itu takkan menyukai perempuan yang pernah ada sejarah dengan lelaki yang diminati. It's like tetibe je dah jadi macam emotionally enemy tau tak? Sadis betul kan perempuan ni sebenarnye. Keh keh.

Talking to the paper.

To that person: Sudah-sudah lah tu ye. Stop being insecure or what. I don't even care pasal dia dah. Don't even have the intention to contact him. He's not important to me anymore and he will never be pon. Lol. Dia tu siape? Haha. And to be honest, I feel much better without him. Thanks to you la pun sebab entertain him when I was not around. Harhar ;)


And seriously, stop being so serious about this. I take it as an entertainment je pun. HAHA. Why lah nak rasa yang i've been so hurt and heartbroken and yadayada like you said u've been through before tu? Tak rase macam euw ke? Lawak kot. Chill la. I'm not like you, I'm different. Hehe. And takyah nak rasa special sangat ye kak, because I know things that you don't. I just don't feel like telling it. Yang penting, kawal emosi tu. Jangan nak sentap sangat ye. :) Keh keh.


My advice to anyone out there, jangan terlampau emosi bila terbaca sesuatu di alam maya ni sebab benda tu tak nampak di depan mata and tak semestinya apa yang ditonjolkan tu sama dengan yang realiti kan? Selalu orang baca ayat sedih sikit je, akan imagine yang orang tu sedang bersedih berlipat kali ganda. Padahal, it's nothing pun sebenarnya.


Dan yes. Perempuan senang betul dipermain-mainkan perasaannya. Bukan lelaki je boleh mainkan perasaan perempuan, tapi perempuan sendiri boleh mainkan perasaan perempuan sesame sendiri. Perempuan ni pelik. Bahaya. Banyak agenda tersendiri yang orang lain tak tahu sebenarnya. Misteri. Yes, I like mystery. :)

My favourite mysterious man.

Hehe. Dan ye betul, kehidupan saya lebih lancar sekarang ni sebab tak perlu memikirkan perihal orang lain selain saya. Nak berkawan pun senang, nak tidur malam pun lena nak makan pun kenyang, nak mandi pun basah. Haha. It's so much fun when you're not in a relationship tau sebenarnye. Hehe ;)


Fun tapi tak bermakna saye tak suka bercinta. Suka jugak. Tapi bukan buat masa ni. Sebab masa ni rasanya saya macam tak nak lagi membazir masa saya untuk tumpu kat seseorang je. Hoho. Kalau nak bercinta sekarang, boleh je. Senang je nak ngorat lelaki zaman sekarang. Baik sikit je dengan diorang for sure diorang akan tergoda.


Sebab ape? Sebab, lelaki oh lelaki la agaknye. Diorang mane boleh ditinggalkan keseorangan sangat~ Haha. Tapi bahaye jugak. Kalau baik sangat dengan lelaki ni, nanti diorang salah anggap tak pasal-pasal je teranggap memberi harapan pulak, padahal niat sebenar ingin berkawan je.


Oh dan, saye taknak bercinta buat mase ni tak bermakna saya tutup pintu hati menyukai orang yang berlainan jantina ni. Saya tetap menyukai lelaki sebab saya ni pencinta lelaki bukan pencinta wanita. HAHA. Dan saye ade je orang yang saye tengah suka sekarang ni. Ramai sebenarnya. HAHA. Tapi suka setakat suka je lah, tak berniat nak jadikan perasaan tu sebagai 'sayang'. So far belum timbul rasa sayang lagi, but who knows later kan? Hihi :)

Rock is cute.

Perasaan ni semua kan Allah yang pinjamkan kat kita. So, kita sebagai manusia ni hanya mampu buat seperti biasa saje. Jangan nak emosi sangat dan jangan nak beriya sangat. Sebab selalunye kalau dah ditetapkan dia tu jodoh kita, memang tak kemane la jawabnye kan. Kuikuikui.


So sekarang, siapa sebenarnya yang selalu emosi? Orang yang menulis atau orang yang membaca? Sebab for me, as a writter, I just write what I want to write. And me as a reader, I'll read it with different kind of tones and emotions. So rasenye, orang yang membaca tu yang selalunya lebih emosi berbanding dengan orang yang menyampaikan. Secara maya la. Kalau secara nyata, sebaliknya pulak. Keh keh.


Yang penting, rileks je ler. Haha. Takyah nak emosi sangat bace benda yang emosi. Sangat mudah dipengaruhi betul la manusia ni sebenarnye. Cuba kita baca dengan gaya yang santai. Sekadar ingin mengisi masa lapang, dan nak tambah pengetahuan je ke. Ni tidak, kebanyakkan orang sekarang kalau baca something je senang terpengaruh dengan emosi diri sendiri yang kebanyakkannye bukannye betul pun. Lepas dah emosi, mula lah nak suka tak suka dengan orang yang menulis tu. Haha.


And yeah, kepada gadis-gadis diluar sana yang pernah putus cinta, I think I have a good entry for you guys lepas ni. Stay tuned! And thanks to those yang sentiasa menunggu entry daripada saya walaupun saya rasa macam tak berbaloi je baca, tapi still rasa terharu bile entry yang kite buat tu sebenarnye memberi kesan kepada orang-orang yang membacanye. :)

Taip ON LOVE dan hantar ke ----- =,="

P/S: Tajuk saye memang selalu menyimpang dengan entry kan? Haha.
Abaikan je la. kbye.


SEKIAN, 10.06pm