Dashboard
Refresh
New Post
Sign Out
Gallery Myspace Facebook Twitter Friendster

Wednesday, October 06, 2010

Si gila minda : Criss Angel

Bukan lambang illuminiti atau freemason.

Assalammualaikum. Semakin hari semakin seronok pulak nak lepak dekat blog sendiri. Alang-alang takde keje ni kan, rase macam satu keseronokan je bile lepak sini. Oh ye, semalam saye menonton AXN : Criss Angel the mindfreak! Mengisahkan seorang magician yang diberi nama Criss Angel. Dia ni memang mindfreak. Sebab dia memang seorang yang freak and freaky! Haha.

Mula-mula kenal pun daripada kawan. Dia yang mintak no telefon saya. Ok, saya tipu. Sebenarnya, kawan saye tu dulu minat benda-benda berkaitan magik ni. Dia minat sekadar tengok je, takde lebih-lebih. Sejak kami melepak di pizza hut seksyen 7 tempoh hari itulah detik pertama saya mengenali orang bernama Criss Angel ni. Okay, sesiapa tak kenal Criss Angel, meh saye letak gambar sebenar dia.

Rambut nya sangat WEEEWITT!

Ensem, you. Berdagu dua lagi tu.

Malah, haiwan pun sukakan dia ni. HAHA

Criss Angel ni nama sebenar dia Christopher Nicholas Sarantakos. Lahir kat New Your pada tanggal 19 Disember 1967. Tua dah die ni rupanya tapi tetap nampak mude, you. Tak tahu ape khasiat yang die makan atau mentera yang die bace atau pembedahan yang die lakukan, tapi die memang tak kelihatan tua. Nampak macam 20-an je. Mungkin banyak makan ulam-ulaman? Who knows, kan? Lepas ni boleh mintak petua awet muda daripada dia.

Oh mase saye tengok die buat pertama kali dekat AXN tu, saye rase macam menggerunkan. Sebab die ni memang menyeramkan. Walaupun hensem tapi menyeramkan, buat saya rasa macam seram nak mendekati dia ni. EHEH. Pertunjukkan silap mate beliau sangat menyeramkan. Main bedah sini bedah sana. Hilang sini hilang sana. Semuanya menyeramkan. Sekali lagi, kalau nak tahu rahsia-rahsianya tanye lah die sendiri. Sebab saya tak tahu. Wallahualam. Ni saye sertakan beberape gambar aksi mamat ni.

Dia mencucukkan diri sendiri. UUUU...

Bermain dengan api.

Main kad. Haha. Taktahu dia buat apa, tapi motor dia style.

Berterbangan di udara gitu.

Ini pulak die terapungkan orang.

Ok now kenapa saya post pasal dia? Sebab saya rasa die ensem, lebih hensem daripada Blaine dan Copperfield, itu sahaja. Malah, aksinya juga agak creepy. Adakah dia membela jin ataupun syaitan? ataupun merupakan ahli pertubuhan yang sangat pemes sekarang ni iaitu freemason atau iluminati? Wallahualam. Haha. Nak tengok boleh, nak percaya jangan. Itu sahaja dari saya. I write, you think. Picture from : This Site.

Thank You, 3.30pm