Dashboard
Refresh
New Post
Sign Out
Gallery Myspace Facebook Twitter Friendster

Tuesday, October 05, 2010

Kulit yang fair and lovely

Wajah yang cantik cerah berseri macam ni.

Sebelum tu, Assalammualaikum. Hehe. Wajah cantik berseri macam atas tu, siapa tak nak kan? Saya pun nak. HAHA. Kalau boleh, taknak ade jerawat dan bekas-bekasnya. Taknak ade parut, taknak calar sikit pun. Semua orang pun nak kulit yang cerah, fresh dan takde jerawat, cantik macam model-model dalam television tu. Selembut kulit bayii~ Haha. Bile orang pandang sekali, rase nak suruh diorang pandang lagi dan lagi.

Eh ye ke? Apesal teruk sangat perangai? Mengada eh. Hee, bukan mengade. Tapi memang manusia macam tu kan. Suka diberi perhatian, terutamanya perempuan (lelaki pun same je sebenarnye) Hehe. Ye, saye mengaku saye perempuan sebab saya memang perempuan. Tapi, saye tak suke orang perhatikan saye. HAHA. Sebab bile orang tengok, saye akan rase macam nak menangis. Sebab, rase macam janggal je, bile orang pandang. Ngeh ngeh

Tak semua orang dilahirkan dengan kelebihan macam tu. Kelebihan dan kesempurnaan wajah yang cerah berseri takde jerawat jeragat dan bekas-bekasnye tu. Ade je orang kulit sensitif yang senang tumbuh jerawat. Yang tak cerah macam yang diidamkan orang ramai, yang macam model dalam tv yang sangat fair and lovely itu. Oh, fair and lovely kah mereka? :O

Cuci muka 100x setiap hari.

Sebenarnye saye tak faham kenape ade orang sanggup berhabis duit beli produk pencuci muka yang sangat mahal itu dan ini untuk mencantikkan muka. Aii, muke je ke? Kalau muke je cantik tapi badan berkudis serupa macam tak perlu kan? Cantik luaran je dalaman tak cantik buat apa. Keh keh. AMBOI EYKA! haha. Sangat sukar diterima tapi itu la hakikat segelintir manusie sekarang ni.

Kenape ye kite nak jadi cantik? Perlu ke kecantikan itu semua? Oh mesti lah perlu eykaa. Takde lah rase nak pengsan bile tengok cermin hari-hari. Mesti akan memuji-muji diri sendiri. Bukan takat diri sendiri, orang lain pun same puji sekali. Jangan lupe ye kawan-kawan, kecantikkan kite hanya sementara waktu je. It's temporary. Bile-bile mase je Allah boleh tarik balik kelebihan dan kecantikkan kite tu.

Sebenarnye, memang lumrah kehidupan manusie seperti kite ni untuk kelihatan cantik dan menarik. Tapi cantik dan menarik itu sangat subjektif ye kawan-kawan. Tak semestinya kite putih, kite cantik. Tak semestinye kite tak putih, kite tak cantik. Kenapa orang selalu mensymbolise kan kecantikan dengan kecerahan? Mungkin, sebab kulit cerah itu nampak lebih suci, kot? Entahlah.

Taste saye macam ni. Cantik kan! :P

It all depends on diri masing-masing. Tapi bagi saya, cerah tak bermakna cantik. Cantik itu sangat subjektif ye kawan-kawan. Saya lebih suke melihat perempuan yang kulitnya coklat coklat macam gadis-gadis Latin. Rambut hitam, kening tebal. Nampak lebih sekssayyy! Haha. Yang tak putih sangat, tak gelap sangat. Nampak, CANTIK! kan? Pandang sekali, pasti nak lagi! Harhar.

Ape ade dengan warna kulit? Setiap orang same je sebenarnye, cume ade orang diberi kelebihan kecantikkan, ade orang diberi kelebihan yang lain. Semua tu bonus, dan semua tu tak kekal lama. Nanti tua berkedut jugak, walaupun dah suntik segala jenis suntikan agar tampak lebih muda, tetap nampak tua, you. Membazir duit je you all suntik sini sana, baik dermakan aje duit tu pada I. Boleh I pergi Spa buat rawatan tauu. Ahem ahem. EH! :P

Bytheway, for me, kalau nak cantik sekalipun tak semestinye perlu mencerahkan kulit. Yang gelap pun cantik ape. Sebab bagi saye kecantikkan dan kemanisan wajah terletak pade senyuman. Cantik senyuman, cantiklah anda. So, senyum lah selalu ye. Daripada merisaukan kulit anda yang tak mungkin cerah (bagi yang memang dilahirkan gelap) dan menghabiskan duit untuk mencerahkan kulit yang tak mungkin cerah (bagi yang memang dilahirkan gelap) lebih baik anda menghargai diri anda seadanya.

Natural beauty.

Kerana dirimu, begitu berharga! PHEWITT! hehe. Jangan risaukan masa depan. Jangan risau, kerana kalau dah jodoh, takkan ke mana. Eheh, tibe tibe je kan? Haha. Ye lah, sesetengah orang nak cantik sebab nak tambah keyakinan diri. Sesetengah pulak nak cantik sebab nak pikat lelaki, takut takde sape nak kahwin dengan dia satu hari nanti kan. Jangan risau lah bende tu semua. Biar orang yang sayang kite tu sayang kite sebab kite, dan bukan sebab kecantikkan kite semata-mata, okay?

Jangan jeles atau dengki dengan mereka yang dilahirkan dengan kulit yang cerah dan mulus ni. Sebab, mereka pun manusia jugak. Kalau anda jeles kerana mereka diberi perhatian yang lebih oleh orang sekeliling, maknanya anda memang seorang yang bermasalah! Haha. KAMOOONNN GUYS! Banyak lagi bende yang kite boleh lakukan daripade nak berhasad dengki mendengki ni. Baik fikir dan lakukan something untuk masa depan anda daripada buat kerja tak berfaedah macam tu.

Bagi lelaki pula, tak semua laki sukekan wanita yang cerah. So anda jangan risaulah, ye? Lagipun lelaki yang suke dengan luaran je tu semua lelaki tak boleh pakai. Tak tahan lama. Nanti bile luaran dah jadi tak cantik, macam mana? Ohh, jap. Ade jugak lelaki yang menjaga kulit siap pakai foundation dan bedak sebelum keluar rumah. Ini jenis ape pulak ye? Hehehehe

P/S: Belajarlah bersyukur dengan apa yang ada. :D

SEKIAN, 1.25pm

12 comments:

Ayeem Jemain said...

sejuk mata tgk org2 kat atas ni. :D

Kyo Nzyrahun said...

assalammualaikum hahaa :p
cik eyka syg awat saya nk add fb tak boleh isk sedih sedih ~
suka layout baru ni comel comel : D

miwwa J said...

nice onee... heheee

Lina Khairunisa said...

yup, kite mesti bersyukur dgn apa yg kita ada. eh, org yg kulit die kurang cerah pun ada kebaikannya. :)

sis eyka, thanks eyh.
yelayela tak sedih. ade converse. haha. sis, takde shoutbox ek?
(:

eisyaaaa said...

sgt stuju la ape u ckp eyka. hehe.

amalina sahaja said...

thumbs up eyka :D

EykaHamasuba said...

ayeem,
sejuk mata tgk ayam. haha :P


nzyrahun,
waalaikumsalam nzyrahhh hehe. oh, tak boleh ye? hmm takpe takpe. nnti eyka add k. :)
btw thanksss nzyrahh <3

EykaHamasuba said...

miwwa,
hehehehe. nice ke :P


lina,
betul tu. hehe. haa, jgn sedih2 lagi. nnti sis tampo lelaju. hahaha. :P xde. sbb mls nk ltak. ehehe

EykaHamasuba said...

eisya, hehe thankss eisyaa.. :)

amalina, thumbs up eh. haha tq :P

hamzah ian said...

saper taknak cantik..

I.Hazwani said...

kak heyka oh kak heyka, kulit kak heyka da bersihhh, boleh la kata jgn dengki :/

HAHA tp takpe, kita terima apa ada pada kita kan?

Nur Fannun said...

mmg cun la..model mne dlm gmbr 1st ni?

warna kulit bkn ukurn org tu cntik..tp struktur & tekstur kulit yg halus, mulus licin, berseri.tgk mcm ning baizura tak prnah nmpk pun kulit dia ada jerawat.