Dashboard
Refresh
New Post
Sign Out
Gallery Myspace Facebook Twitter Friendster

Sunday, October 10, 2010

Malang Tidak Berbau

Scars that might be remain forever.

Semalam gua telah dicakar oleh kucing gua sendiri, iaitu Simba (memang nama sebenar). Kejadian berlaku ketika gua sedang bermanja dengan kucing tersebut lalu menggesel-geselkan muke dekat binatang tersebut. Tidak disangka gurauan yang berbentuk belaian kasih sayang itu telah berakhir dengan tragedi luka yang merupakan peristiwa hitam dalam sejarah hidupku. Huhu.

Tragedi di mana saya sendiri telah dicakar olehnya di bahagian muka pulak tu! Saya berasa amat sedih dan terluka dengan kelakuannya. Saya sama sekali tidak menyangka yang dia akhirnya mencakar saya di bahagian muka! Why Simba, why?? "Sebenarnya, saya berasa geram lalu tanpa niat telah mencakar tuan saya sendiri" Ujar adik beradik Ginger tersebut.

Jangan disangka muka yang jinak tiada keganasannya.

Saya betul-betul terkejut dengan kelakuan si simba. Namun saya amat bersyukur kerana tidak terkene mata. Tapi kenape muke? ARGHH. Sayang, I hope U still terima I. hek hek. Well, malang memang tidak pernah berbau kan. Nak buat macam mana. Mungkin salah saya sendiri sebab bermanja tak kena tempat dan masa. Mungkin Simba tidak berada dalam keadaan ingin bermanja ketika itu. Huk huk.

Apa nak buat, lepas ni saya perlulah lebih berhati-hati. Sedih sangat! Buat masa ni saya tidak akan keluar daripada rumah kerana segan dengan muka yang terdapat kesan cakar yang sangat jelas. Nanti tak pasal-pasal orang ingat gua gengster! Harap-harap tak kekal lah die punye parut kan. Huhu. Btw, sebenarnya gua tipu je beb. Haha. Tak kene cakar pun. Semua tu edit je. (takde keje punye pasal) Hehe. Gambar sebenar.

P/S: Kesan cakar tu bukannye nampak real pun kan. Hahaks. :P

OK BYE, 3.33am