Dashboard
Refresh
New Post
Sign Out
Gallery Myspace Facebook Twitter Friendster

Wednesday, October 27, 2010

Jenis-jenis manusia di mata saya

Macam-macam.

Ok. Sekarang saya tengah bosan. Dah lama tak update. Dalam 5 hari macam tu, kan? So ni tiba-tiba rasa nak update pulak. hehe. Nak buat review list mengenai jenis-jenis manusia yang wujud di mata saya. Hidup ni pelbagai ragam manusia kite dah jumpa kan. Ada jenis yang macam ni, ada jenis yang macam tu. So, ni antara jenis orang yang sempat saye simpulkan di mata pandangan saye. Kalau ade lagi, next time je lah sambung. Ngeh ngeh. Selamat membaca!

1. Orang yang suke bersendiri.

Selalunya suka duduk sorang-sorang.

Orang yang suke bersendiri ni orang jenis yang nampak macam tak kisah langsung pasal hal luar dari kehidupan die. Nampak macam cool! Bersendiri bukan bermakne seperti katak di bawah tempurung ok. Tapi makne di sini, jenis yang tak suke bergaul dengan orang ramai. Daripade bersosial, jenis yang ini lebih suke duduk diam satu tempat, membaca dan membaca. YEAH. Orang yang suke menyendiri ni kebanyakkannye mesti suka membaca. Tak kire lah majalah ke, novel ke, surat khabar ke, anything lah. Kan cool tu :D

2. Orang yang ade pemikiran sendiri.

Selalu je ada idea sendiri.

Orang jenis ni jenis yang tak accept je anything yang die nampak atau bace atau dengar. Die bukan jenis yang senang dipengaruh. Sangat cool orang begini sebabnye die ade ideologi die yang sendiri. Orang yang ade pemikiran sendiri ni kebanyakkannye suke berfikir. dan pemikiran die bukannye berfikir dalam satu konteks yang same dengan orang, tapi lebih kepada orang yang berfikir luar daripada kotak. Out of the box you. Bile die bercakap, kite akan rasa terpukau. Walaupun sebenarnye kite tak boleh percaye jugak orang yang macam ni. Sebab selalu orang macam ni senang nak pengaruh orang lain dengan kata-kata mereka yang rare dan memukau itu.

3. Orang yang suka mengendeng.

Selalu terikat dengan orang lain.

Mengendeng atau menyendeng, entah lah tak pasti mana satu istilah yang betul. Hehe. Orang yang suke menyendeng ni jenis yang macam takde identiti sendiri. Suka menumpang orang lain. Kira macam parasit la. Jenis macam ni selalu jenis yang takde keyakinan diri sangat. Sebab tu dia suka berkawan dengan menyendeng-nyendeng dengan kawan dia tu. Boleh jadi orang yang suke mengendeng/menyendeng ni tergolong dalam golongan yang masih belum matang. Sebab tak berjaya berdiri atas kaki sendiri (berdikari).

4. Orang yang selalu negetif.

Suke kusutkan otak dengan benda tak baik.

Jenis orang macam ni jenis yang paling saya macam tak berkenan. Selalunye orang jenis macam ni takde ape pun yang positif kat mata dia. Semua benda jadi tak kena. Sikit-sikit nak mengata. Nak kesan orang macam ni senang je. Cube try lepak kejap dengan diorang. Berapa banyak yang dia cerita negetif pasal bende bende sekeliling die, tu maknenye die seorang yang suke berfikiran negetif. Selalu orang macam ni mesti jenis yang penuh berapi, berhasad dengki, dan jenis yang suke bermurung. Tak tahu kenapa mereka berfikiran negetif. Mungkin sebab rasa tercabar, atau saja ingin meningkatkan keyakinan diri. Atau takde bende lain nak cerita. Who knows?

5. Orang yang selalu positif.

Thumbs up!

Orang macam ni sangat cool. Haha. Sebab, anything yang dia nampak dekat persekitaran semua nya positif, dan sangat bertentangan dengan orang yang selalu berfikiran negetif. Even orang buat jahat pun dia boleh fikirkan kebaikan daripada kejahatan yang dia buat. Jenis macam ni die tak suke tuduh orang dan selalu tak berprasangka buruk kat orang lain. Jenis yang tak amik kisah pasal sekeliling pun ade jugak, sebab tu dia ni asyik positif je. Selalu orang yang ceria mesti orang yang positif. Tapi tak semua yang ceria itu betul ceria. SO yang betul-betul ceria tu je lah yang memang betul betul positif orangnye.

6. Orang yang pentingkan diri.


Semua orang pentingkan diri - fakta.

Pentingkan diri ni sebenarnye penting jugak. Siape je tak pentingkan diri zaman sekarang ni? Masih wujudkah orang yang melebihkan keutamaan orang lain daripada keutamaan diri sendiri? kalau ade sile add facebook saye. Saye sangat ingin berkawan dengan anda. Kih kih. Selalunye orang yang pentingkan diri ni bukannye jenis yang jahat sangat pun. Cuma, dia sangat tak pedulikan hati dan perasaan orang sekeliling yang buat dia nampak sangat kejam. Tapi selalu orang pentingkan diri ni die selalu ade prinsip sendiri. Dan juge jenis yang ignorance pasal orang lain. Berkemungkinan besar orang yang pentingkan diri ni lebih banyak tidak disukai daripada disukai oleh orang sekeliling.

7. Orang yang perlukan sokongan.

Jenis yang selalu bersedih.

Semua orang perlukan sokongan, bukan? Tapi ade jugak orang yang tak kisah pasal sokong menyokong ni. Orang yang perlukan sokongan ni selalunye orang yang lemah. Tak kire lah dari segi mental atau fizikal. tapi selalunye dari segi mental lah. Sebab orang yang lemah mental ni sangat rapuh hatinye dan selalu je nak bersedih. Orang-orang macam ni lah perlu diberi keutamaan untuk disokong. Sebab sokongan lah yang sebenarnye menguatkan orang orang jenis yang perlukan sokongan ni.

8. Orang yang talam dua muka.


Ade topeng muka yang tersendiri.

Jenis yang talam dua muka ni selalunya jenis yang suke cakap manis. Manis dia bukan manis yang biasa-biasa tapi yang terlebih luar biasa. Secara logiknye, ade ke orang yang suke puji orang lain tinggi menggunung melebihi gunung everest? Kalau ade, jangan percaya sangat pun kata-kata manis orang tersebut, sebab kadang-kadang mereka sebenarnye jenis yang muka bertalam. Cakap manis di depan, cakap busuk di belakang. Selalu jenis macam ni jenis yang pengecut, dan suke menagih perhatian orang ramai dengan mukanya yang bertalam itu.

9. Orang yang sangat berterus terang.

Takde belas kasihan sebenarnya.

Orang macam ni jenisnya sangat straight foward. Bende buruk ke bende baik ke semua dia cakap je tanpa belas kasihan. Bagus sebenarnye jenis macam ni. At least, die tak berpura-pura untuk mengambil hati mana-mana pihak. Dia jenis yang suka cakap anything yang dia rasa betul. Walaupun kadang-kadang benda yang bagi dia betul tu tak betul, still die jenis yang suke berterus terang. Orang macam ni selalunye terdiri daripade orang-orang yang berani dan tidak pengecut seperti orang muka yang bertalam.

10. Orang yang simple dan sempoi.

Gambar takde kaitan.

Orang macam ni sangat simple lifestyle dia. Tak kusut kepala fikirkan apa yang perlu dipakai untuk pergi ke kedai. Selalunye orang yang simple dan sempoi ni disandang oleh lelaki. Tapi tak semua lelaki simple dan sempoi. Ade je lelaki yang nak siap pergi kedai je pun siap mengalahkan perempuan lamanya. Yang simple dan sempoi ni jenis yang tak kisah sangat penampilan. Janji ade baju, ade seluar, dah. Cukup untuk dia. Jenis yang tak suka membelanjakan banyak duit untuk penampilan. Cool. :)

11. Orang yang keras kepala.

Kalau tak dengar, nanti melenting.

Well, semua orang pun tahu keras kepala ni jenis yang macam mana kan. Bagi saya, orang yang keras kepala ni jenis yang paling sukar untuk kite nak bawak berunding. Sebab bagi orang yang keras kepala ni, anything yang die anggap betul tu memang betul. Orang lain memang tak boleh mengubah persepsi orang yang macam ni. Bagus jugak sebenarnye, at least orang yang keras kepala ni pandai nak mengukuhkan hujah-hujahnya. Sebab taknak mengaku kalah punya pasal kan? Orang keras kepala ni selalu jugak dikaitkan dengan orang yang egois.

12. Orang yang takde pendirian.

Confused people.

Orang jenis macam ni sama je jenis orang yang suka cakap berbelit-belit. Bukan takat cakap je berbelit, malah pendirian pun tak tetap. Sekejap tukar ini, sekejap tukar itu. Mungkin normal bagi remaja untuk tukar tukar pendirian. Sebab umur remaja lah seseorang itu perlu mencari pendirian sendiri ni sebenarnye. Orang yang takde pendirian ni sebenarnye tak tahu ape yang die nak. Hidup bagaikan terumbang-ambing. Macam tu lah jadinye. Senang dipengaruh. Orang suka yang ini, dia pun nak suka. Padahal dia tak tahu kenapa orang suka. Ha, macam tu lah lebih kurang.

13. Orang yang suka ikut trend.

Trendy and up to date.

Orang yang macam ni memang jenis yang sangat tidak boleh ketinggalan sikit pun dengan keadaan semasa. Anything yang new tak kisah lah branded ke tak branded mesti dia nak kena ada serta merta. Dia bukannye nak show off pun, tapi dah tu memang die punye type. Jenis yang tak boleh nak stop daripada mengikut trend. Orang macam ni pun selalunye jenis yang main ikut je ape yang majoriti buat, sebab tak nak ketinggalan punya pasal. Ramai orang suka yang ini, dia pun nak suka. Orang ramai minat yang ini, dia pun nak minat. Lebih kurang macam tu lah, rasanya.

14. Orang yang sensitif.

Sikit-sikit terasa.

Orang yang sensitif ni sangat bahaye orangnye dan sangat rapuh jugak hatinye ye. Kite kene lebih banyak bersabar dengan orang yang sangat sensitif ni. Tak boleh nak cakap anything secara suka hati. Sebab selalunye orang yang sensitif ni mudah sangat terase. Eventhough kite tak cakap pasal die, kadang-kadang dia senang terasa bahawa dialah orangnye. Atau penyebab sesuatu perkara buruk itu terjadi. Selalu orang yang sensitif ni jenis yang suke bersedih dan kuat merajuk. Ade jugak yang sensitif tapi nampak ceria. Sebab taknak orang tahu die sensitif. Keh keh.

15. Orang yang senang.

Happy go lucky.

Orang yang senang di sini bukan maknenye orang tu jenis yang banyak duit ke yang suke bersenang-lenang ke ape. Tapi yang senang di ajak berbual. Jenis macam ni paling ramai orang nak datang dekat. Bukan sebab die cantik atau handsome atau cute. Tapi sebab die ni ade aura yang boleh menyebabkan orang rase nak kawan je dengan dia. Selesa nak dekat dengan orang macam ni. Nak cakap atau cerita ape pun dekat orang jenis macam ni, die boleh je layan dengan hati terbuka. So, kite akan lebih terbuka dengan orang macam ni. Nasib baik kawan saye banyak yang jenis macam ni, alhamdulillah :)

16. Orang yang menakutkan.

Suke buat style pelik-pelik.

Orang yang menakutkan ni bukan lah jenis yang pakai celak tebal tebal tu. Sebab saye pun pakai celak tebal jugak. Nak kate seram, seram sikit je kot. Keh keh. Lain lah yang tebal macam kene penumbuk. Tu memang lah menyeramkan. Gaya ala-ala marilyn monson ke, macam yang asal dari alam ghaib tu lah agak menyeramkan. Macam Criss Angel tu. Hensem tapi menyeramkan. Keh keh. Bagi saye orang yang menakutkan ni takde ape nak ditakutkan pun. Kadang-kadang imej die tu je yang menakutkan padahal dalam hati ade taman. Taman bunge taman buaya semua ade ok. :P

17. Orang yang lain daripada yang lain.

Lain daripada norma kehidupan.

Ramai nak jadi seperti lain daripada yang lain. Baru lah RARE gitu. Rasenye orang macam ni motif die sebab die kurang perhatian dalam hidup die mungkin. Sebab tu nak menonjolkan diri yang kononnya lain dari yang lain tu. Selalu orang yang betul lain daripada yang lain jenis positif tu orang sekeliling boleh nampak sendiri tanpa perlu berkata well, im different from the others. Dengan berkata demikian je sebenarnye anda telah membuktikan bahawa anda tak lain pun dengan yang lain-lain tu. Same je. Keh keh.

Ok, tamat. Macam dah banyak sangat je pulak. Taip tak hingat dunie macam ni lah hasilnye. He he. Anyway, atas tu just my point of view je. Tak semestinye betul. Keh keh. Sebenarnye banyak lagi jenis manusia tapi kalau nak taip semua memang sampai bile pun tak habis. Penat tangan menaip ha. Haish. Sambung di lain hari je la ye. Hehe. By the way, antara yang atas tu mane satu jenis anda dan mana satu jenis yang anda suka. Saya? Oh. Saya suka yang no 1,2,5,9,10 dan 15. Hehe. Peace! (Malas nak edit warna-warna. Nanti edit balik)

P/S: Niat nak buat 10 je, terlebih sampai ke-17 lah pulak. =,="

Gambar daripada Google Image.
SEKIAN, 2.03pm