Saya dilahirkan di Malaysia dan saye sayang Malaysia. Taktahu kenape saye sayang tapi betul la saye sayang Malaysia. Haha. Kerana Malaysia lah tempat kelahiran saye, keluarga saye, kerabat-kerabat, jiran tetangga, kawan-kawan, cikgu-cikgu dan anda sekalian yang berasal dari Malaysia.
Malaysia juga merupakan tempat saye membesar, tempat saye makan tempat saye belajar dan juge tempat mak abah saye mencari nafkah untuk membesarkan kami anak-beranak. Tanpa Malaysia, saya takkan menjadi SAYA dan kamu jugak tidak akan menjadi KAMU.
Erk. oleh itu, saya teramatlah terasa macam nak sekeh-sekeh je mereka yang suke mengutuk Malaysia tidak kiralah di dalam blog, myspace, friendster, headline dan di mana-mana jua mereka yang busukhati ini berada.
Entah kenape, tapi itulah semangat patriotik yang sudah ada di dalam diri saya sejak saye masih berada di dalam perut mak saye lagi. Hehehe. Yelah, mereka ni tak sedar diri ke hidup kat sini tapi masih nak kutuk-kutuk negara sendiri. Macam lah dorang tu HEBAT sangat.
Kalau hebat pun, takyah la nak berbangga diri. Bagi saye, Malaysia ini merupakan negara yang entah saye pun taktahu nak cakap ape. Haha. Tapi saye seronok kerana setakat ini kite masih hidup dalam keadaan aman-damai bersama mereka yang berlainan agama dan juge bangsa.
Tentang segala isu politik, perkauman, kenaikan harga dan sebagainye tu saye harap akan berakhir secepat mungkin. Buang mase je gaduh sini gaduh sane sampai bile nak habis ye dak? Lagi pun sekarang ni nak raye so ape kate kite bermaaf-maafan je sesama sendiri kan.
Oh Malaysiaku sayang, di harap dirimu sembuh dari bermacam jenis masalah yang menimpa sekarang ini. Isu politik di mana-mana. Dalam berita, suratkhabar, internet dan sebarang yang berkaitan dengan isu semasa mesti akan ade mempamerkan tentang masalah politik negara yang melemahkan lagi negara ini.
Masalah-masalah tersebut seterusnya boleh memberi peluang kepada mereka yang busuk hati untuk menyerang negara kita yang saya harap dan berharap sangat ianya tidak akan berlaku.
Oleh itu, lakukan lah sesuatu bagi menstabilkan segala-galanya. Jangan dok tambah luke tambah dose dengan mengutuk dan meluahkan rase benci terhadap negara sendiri. Orang yang takde otak je akan buat macam tu. haha
Saya hanya budak yang baru berumur 16tahun dan masih tidak tahu apa-apa tentang politik. Mane betul mane salah semua tu saye masih bingung dan kadangkala saye malas nak ambil tahu tapi saya betul-betul berharap agak semua isu berakhir dengan damai, tanpa sebarang pertumpahan darah.
Dah name pun negara Islam, tak patut kite bermusuhan sesame sendiri. Walaupun dengan mereka yang bukan beragama Islam. Oleh itu, mari lah kite bersama-sama berdoa agar semua pergaduhan dan ketidakpuashatian berakhir. Untuk kebaikan kite bersame juge, kan?
Ambil yang jernih, buang yang keruh lah katekan. Hehe. Eh entahlah saye pun taktahu kenape terfeeling pasal negara malam-malam ni. Tapi sebagai rakyat Malaysia, saya juga merasa sedih melihat mereka yang dah besar-besar, masuk politik tapi masih tak stabil.
Kalau atasan pun dah gegar, kite sebagai rakyat biase ni ape tah lagi, ye dak?
11 comments:
hmm..saya sayang malaysia.
tapi tau tak kenapa saya kutuk malaysia?
pasal malaysia dipegang oleh tangan-tangan busuk berak tak cebok yang hipokrit.
mungkin eyka tak pernah faham,pasal eyka hanya duduk di bangku sekolah,dan hanya menelaah buku-buku teks yang diedit sejarah dan faktanya oleh kerajaan utk memperfumekan dan mewangi-wangikan nama kerajaan UMNO?
mau fakta?
baca page kawan nami.dia history,political researcher kat Calgary,Canada.
http://ezreenemira.blogspot.com/2008/08/happy-birthday-malaysiaohreally.html
mungkin eyka tak pernah research2 benda macam ni pasal eyka hanya telan dan kunyah ape yang kerajaan buat.kerajaan kencing kuning pekat pun eyka tak pernah ambil tau.
kami bukan benci malaysia.kami benci tangan2 yg mengotorkan malaysia.
mungkin akan tiba satu hari nanti,eyka akan faham(atau buat2 x faham) bila eyka dan berhadapan dengan realiti.
dunia sekolah dunia fantasi,semuanya menipu mengarut.yang penting bila dah masuk Universiti nanti,eyka tau la betapa hipokritnya kerajaan yg memegang Malaysia yang dicintai ini.
wah!! ok ok jap nanti saye bace. hehehe.. tu la masih budak2 tak tahu ape2..tapi tau sikit2 je tapi entah lah.taktau nk ckp pe dah..
da bace da blog kwn nami tu.. hm entah la namii..pening oo politik ni..haha..tp skrg mcm2 masalah ade kan? dulu MACAM takde je. ke memang dah lame ade? eh ntah la. haha
eh nami! baru eyka perasan blog nami byk psl politik..baru smpt belek2 tadi.nyiahahahaa
salam..ahahaha..pning fkir psal politik..lagik2 kat skewl ceq ader sorang pembangkang sorang kerajaan..malas lame2 dgr dorang berdebat itu ini..wahahahaha..
Hahaha tu la pasal. Manusia tak pernah bersyukur. Syukur lah dengan ape yang ade kan..hehe
benda ni dah berlaku sebelum merdeka lagi.
dulu takde PKR.yang ada dulu masa lepas perang dunia kedua,nama dia Parti Kebangsaan Melayu Merdeka(PKMM).
Leader dia Ibrahim Yaacob,Burhanuddin al Helmy.
Lepas tu UMNO ni datang dari mana ntah,bodek2 British,terus merdeka.
Kita merdeka tanpa darah?Penipu.Berapa ramai pejuang kemerdekaan kita mati dalam penjara British.Cuma tak pernah disebut je dalam buku sejarah.
Kita kena tipu bulat2 dengan buku sejarah.Kita kena tipu bulat2.
Siapa yang start tetak kepala masa 13 Mei tu?Cina?Salah.Yang start dulu orang Melayu Kampung Baru.Yang banyak mati,Cina.
Tak kisah la Melayu ke Cina ke,pasal nami fikir nami orang Malaysia.Lee Chong Wei pun orang Malaysia.semua Malaysia.
Benda ni dah lama dah,cuma eyka tak pernah dibenarkan untuk nampak benda2 macam ni je.
PKR ialah PKMM baru.Cuba tanya diri sendiri,pernah tak pemimpin UMNO masuk penjara walaupun bawak duit berguni2?
wahh ape ni pening2...abis tu selame ni budak sekolah hidup dalam penipuan ke?
huhuu..kalau tak,kenapa fakta2 sejarah yg sebenar x pernah diberitau dalam buku teks?
kena tipu la tu eyka..
sangat bagus.syabas anak malaysia!
entah lah nami.. hmmm..
eh kak nurul..kite same same anak malaysia..hehe
Post a Comment