Dashboard
Refresh
New Post
Sign Out
Gallery Myspace Facebook Twitter Friendster

Saturday, September 20, 2008

Organ Penglihatan

Mata merupakan organ yang telah terbentuk untuk mengesan cahaya. Mata yang paling ringkas hanya berfungsi mengesan sama ada keadaan sekeliling terang atau gelap. Mata yang lebih rumit berfungsi untuk memberikan deria penglihatan.

Mata sangat penting. Tanpa mata kite akan menjadi buta. haha. Orang yang macam saye yang sudah pun bermata empat dan power semakin meningkat dek kerana teknologi seperti komputer ini menyebabkan saya perlu mengambil berat lebih tentang mata saya.

Cara menjaga mata semasa menggunakan komputer:

Ambil masa untuk rehatkan mata anda. Alihkan pandangan dari skrin dan pandanglah objek lain selama 10 saat bagi setiap 10 minit.

Lakukan pertukaran posisi bekerja. Lakukan pergerakan di kawasan sekeliling sekurang-kurangnya 2 jam selepas menggunakan komputer. Ia dapat merehatkan mata dan badan anda.

Kelipkan mata anda! Kurang berkelip boleh mengurangkan air mata bagi melincirkan mata, yang mana menyebabkan mata kering dan tidak selesa. Anda digalakkan untuk menggunakan ubat titis air mata tiruan sekiranya anda menggunakan komputer dalam jangka masa yang lama.

Lakukan aktiviti regangan dan meluruskan badan. Kedudukan yang baik membantu menghalang kesakitan di bahagian otot leher dan belakang badan.

Ubah kedudukan monitor komputer anda. Monitor perlu berada di kedudukan 20 hingga 30 inci daripada mata anda, lebih kurang ½ depa.

Ubah kedudukan papan kekunci (keyboard). Letakkan papan kekunci di hadapan monitor. (Memang la. takkan nak letak kat belakang monitor kot)

Jika perlu, pakai cermin mata yang bersesuaian. Jika anda memakai cermin mata atau kanta lekap pastikan cahaya mencukupi bagi membantu anda menggunakan komputer.


Pastikan anda mendapat cukup cahaya semasa membaca:

Cahaya lampu 60 watt hingga 100 watt adalah paling sesuai bagi individu yang mempunyai penglihatan yang normal.

Cahaya lampu 150 watt hingga 200 watt adalah paling sesuai bagi individu yang mempunyai tahap penglihatan yang kurang.

Gunakan alat pelindung mata semasa menyertai aktiviti sukan.

Lebihkan makanan yang mengandungi vitamin A seperti lobak merah, bayam, betik dan tomato.

Jangan memandang dengan tepat ke arah matahari:

Cara yang paling berkesan untuk melindungi mata daripada cahaya matahari ialah memakai cermin mata gelap yang direka khas untuk menghalang radiasi ultra ungu.

Jangan memandang tepat ke arah matahari walaupun menggunakan cermin mata gelap kerana ianya boleh membahayakan mata anda.

P/S: Orang kate, biar buta mata jangan buta hati. Tapi saya rase lebih baik jika tak buta kedua-duanya kan? hehe :P

1 comment:

Anonymous said...

buat masa ni kan??
eyka punya blog yang terbaik!!!
sumpah