Dashboard
Refresh
New Post
Sign Out
Gallery Myspace Facebook Twitter Friendster

Sunday, September 21, 2008

Tagged : 15 info tentang diriku


Ditagged oleh GadisDalamKoma dan pada masa yang sama, Ana kempeng.

Oooh sudah lame tak buat bende-bende ni. Banyak kot hutang tagging yang tak di buat lagi. Dalam shoutbox tu dah tenggelam dah tak ingat. Kesian pulak. Takpelah. nanti saye fikirkan cara untuk mengasingkan bende-bende tag ni dengan pesanan-pesanan penaja. ngehngeh. :P

State 15 weird things/ habits/ little known facts about yourself:

1) Suke makan mi sedaap sebab ianya sedap. Lebih sedap daripada gula-gula kapas. Hanim lah orang yang bertanggungjawab menyebabkan kesukaan saya pada mi sedaap. Kerana dialah orang yang sesuke hati bawak paket mi sedaap time datang rumah pastu masak pastu suruh saye rase pastu saye pun TERsuka tanpa dapat dibendung lagi.

2) Saye tak suke keluar rumah pergi shopping bersosial bersama teman. Kadang-kadang dalam sebulan tu saye memang tak keluar rumah selain daripada menemani mak ke mane-mane dan juge ke sekolah.

3) Suke tengok wayang dekat panggung wayang kerana feelnya lebih baik daripada tengok kat rumah kerana di panggung kite tengok ramai-ramai, pastu gelak ramai-ramai walaupun memang tak kenal orang-orang dalam panggung tu selain daripada orang yang duduk disebelah saya.

4) Lebih gemar menjalani aktiviti luaran seperti berkelah, melancong, bermain di taman tema, bermandi-manda di sunway legun, air terjun dan sebagainya daripada menjalani aktiviti indoors seperti window shopping seperti kakak saya yang bagi saya seperti membazir masa je. hehehe jangan marah Ana. :P

5) Merupakan seorang yang amat pemalas dan liat melakukan kerja-kerja rumah tetapi saya amat excited, semangat dan bersungguh-sungguh mengikut mood serta dedikasi menjalankan tugasan yang di minati atau diamanahkan dengan penuh harapan oleh orang yang bertanggungjawab memberikan amanah.

6) Saya mempunyai EGO yang tinggi dan tidak mudah mengaku kalah serta keras kepala tetapi mudah mengalah bila mood EGO sudah terjunam masuk ke dalam lombong. Bergantung mengikut masa dan situasi serta kepada siapa saya mengalah.

7) Seorang yang gemar akan ais batu. Mengunyah atau meratah ais batu itu kegemaran saya. Tapi tak semua ais batu saye telan. Saya lebih suka makan air batu yang di campur dengan Milo ais buatan saya sendiri dan juga Teh Oh Ais limau. Lain-lain campuran pun saye bantai jugak minum. hehehe

8) Saya pelik kepada mereka yang suke membuli binatang kerana saya sayang akan bintang terutamanya bintang yang BERBULU. Binatang yang tiada bulu malah bersisik membuatkan saye terasa geli geleman. Binatang yang tiada bulu juga kelihatan lebih buas dan menyeramkan daripada yang berbulu.

9) Tidak pernah mempunyai teman lelaki yang istimewa tetapi saya pernah dan selalu meminati seseorang tanpa pengetahuan mereka kerana saye ni pemalu orang nye. WAKAKAKAKA. dan saye terus jadi tak minat pabila lelaki tersebut mengetahui bahawa saya meminatinya ataupun dia juge minat kat saye. Pelik kan? Ngahahaha :P

10) Kerja rumah saya hanya akan siap pabila cikgu minta untuk hantar dan dihantarkan kepada ketua bidang. Itupun saya hantar lambat-lambat sikit setelah meminjam buku kawan untuk menyalin segala yang ada di dalam bukunya. Shhhh..rahsie tau!:P

11) Menghabiskan banyak masa di hadapan komputer melakukan pelbagai jenis benda yang diminati seperti memblogging, membaca blog orang, myspace, friendster, dengar lagu, bukak youtube, cari info menarik dan sebagainya.

12) Suka berkawan dan mempunyai ramai kawan yang terdiri daripada pelbagai sifat, latar belakang, bentuk muka, fizikal, mental dan juga tahap pembelajaran yang berbeza.

13) Mendengar semua jenis lagu tetapi tidak tertarik untuk mendengar lagu-lagu yang common. Entah saye pun taktahu kenape. Saye lebih suka mendengar lagu yang lain dari yang lain. Lagu jiwang juga saya suka lebih-lebih lagi didendangkan oleh penyanyi lelaki yang mempunyai suara LELAKI yang agak macho dan mencairkan.

14) Selalu mahu belajar tetapi tidak berjaya menghadap buku kerana godaan komputer lebih besar daripada melihat buku. Dan saya amat berharap agar saya boleh memahami dan mendapat markah yang tinggi dalam pelajaran tingkatan 4 yang tough seperti Matematik Tambahan, Kimia dan juga Fizik.

15) Sayang akan keluarga dan teman walaupun kadang-kala saya selalu menyakiti hati mereka tanpa disengaja. Kadang-kadang secara sengaja pun ada saye pun tak tahu kenape tapi bile mereka terasa hati saye serta-merta akan berasa bersalah gilegilebabun tapi oleh kerana ego, saye buat macam taktahu je. hehee:P


The 10 people I tag are to then to follow my footsteps and write their own 15 weird things/ habits/ little known facts :

Missyounglady-ling SarahSamzReveals Dianalulu SitiStorylalala IniMurni OhhAyesha NyzamCendol BabyJaneSexyback HeyImHanis SharmimiRazak

Kesimpulannya: Terdapat banyak lagi info tentang saya yang saye pun tak terifikir ade dalam diri saya tapi oleh kerana peraturannya hanya 15, maka 15 sahajalah yang saye beri. Dan kesemua 15 merupakan info yang sah dan tulin serta asli ditaip melalui jari jemari saya sendiri. hehehe :D *apadaaa =,="

7 comments:

Typical Insomnia Girl said...

huhu.eyka telah menge-tag saya. ok oke. nnt diana buat yehhh. TY eyka

Cob Nobbler said...

Ingat tak kawan Nami yang nama dia Ezreen Emira tu.Dia PMR 8A,SPM 9A1.

terus straight pergi oversea study.

Tau tak dia cakap cara2 belajar dengan lebih efektif?

1.Defragmentasi jadual hidup anda.Susun jadual hidup betul2.Cuba tidur dengan ikut jadual.

2.Mind-mapping.Konfirm memang takkan larat baca nota berleret-leret berjela2,lukis2 ala2 lukisan gua tu mampu mengingatkan kita dengan nota2 tu.

3.Gunakan pen-pen yg pelbagai colour.Warna itu boleh enhancekan ingatan kita.

4.Sebelum nak start belajar,warm up otak dulu.Otak,macam otot2,kena warm up dulu.Takkan terus straight berlari dulu.Mesti la warm up dulu,kalau tengok2 atlit tu.Caranya,cuba luangkan dalam masa 15-30 minit,main sudoku ke,main cross puzzle ke,main teka-teki ke,bagi otak tu cair untuk bergerak.

5.Sediakan buku 555 kat dalam poket.Jangan tulis nota kat buku size kedabak.

Insya-Allah one day kalau Eyka buat camtu,eyka pun boleh pegi oversea macam dia,atau sekurang2nya masuk USM macam nami.

Eyka Hamasuba said...

wahhh mekasih nami bagi tips2.. ianya memang amat bergune..insyaAllah kalo ade rezeki bole la pegi oversea..hehehe

Cob Nobbler said...

eh macam mana nak mentagging ni huhuhu!

tag la sayep jugak..

Eyka Hamasuba said...

yo lah nami.. saye tag sesape je yg berminat. so boleh la buat mane2.. hehe

Cob Nobbler said...

nak tag,nak tag!!

H Rowi said...

OMG eyka tag hanis ? hahaha tk percayaa. nnti sempat insya allah buat. eykaa, anis rase yg no 9 tu same ah. Trus jd benci kt laki tu kalo tau die minat gak. ehheee