Dashboard
Refresh
New Post
Sign Out
Gallery Myspace Facebook Twitter Friendster

Wednesday, September 03, 2008

Kembali!

Yeaaaaaaaaaah. Im back bebeh! Hahahahah. Sebelum ni takda mase nak update. Dan juge tiada mood. Tapi sekarang, sudah pulih mental kembali sihat, hati kembali tenang! eceh! hehehe. Opss, sebelum tu saye ingin mengucapkan...

Selamat Berpuasa di bulan Ramadhan bagi semua umat Islam!

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."

Sumber : http://www.darulnuman.com/semasa/ramadhan.html

So kawan-kawan sekalian, janganlah kamu sengaja berbuka puasa sebelum waktunya tanpa sebab musabab yang wajar. Ngehngehngeh. Dalam erti kate lain, jangan Ponteng Puase le! Bukan susah pun puase ni. Seronok ade la. hehehe. :)


4 comments:

mierul rashdan said...

hohohoho..btul2..nice post!!:)

Eyka Hamasuba said...

mekasih2.

Miss Alisa said...

hye leh bekenalan? umo brape?
alamak dah jadi kentot kurap.. :D

Eyka Hamasuba said...

Hahaha bleh je.. Umo 16. hehehe kntut kurap :P