Berikut merupakan hutang-hutang tagging yang tertangguh, tak buat lagi. Demi tidak mahu menghampakan hati orang yang mengetagg, saye dengan suka citanya menghabiskan kesemuanya pada hari ini.:)
Sape rajin atau tengah bosan-bosan tu boleh la bace. Dan sorry la saye malas nak tag orang lain so sape yang berminat nak ambil mane-mane silakanlah ambil jangan segan silu, kite kan kawan. eceh!:P
Daripada :
OhhAyesha .
7 FACTS ABOUT ME! 1. Suke korek hidung lebih daripada korek telinga. Oleh itu, di bulan puasa ini godaan nak korek hidung lebih besar daripada godaan makanan ooo sebenarnye. 2. Suke panggil kawan dengan panggilan hangit seperti busuk, kentot, cacat, terencat, senget menget dan yang senama dengannya ketika hyper mahupun ketika geram. 3. Menggunakan SAYA dan AWAK sebagai kata ganti nama diri bagi diri dan juge KESEMUA kawan perempuan sahaja. Kawan lelaki kat sekolah pulak gune AKU KAU. hehe 4. Berambut kerenteng sejak azali. Pernah luruskan, bukan secara rebonding tetapi secara ironing gune iron hair kepunyaan Hanim, Sabrina dan juga hak milik sendiri. Tu pun akan kerenteng balik bape jam lps tu. ngehngeh 5. Pernah duduk di Sabah selama 4Tahun beturut-turut semenjak 1999 (darjah 1) sampai lah darjah 4(2003). Pastu balik sini(selangor) balik dan menetap hingga masa kini. 6. Gemar akan cuaca yang sedang-sedang aja. Tak sejuk tak pule panas. 7. Sentiasa berharap agar satu hari nanti Malaysia akan dituruni salji. Nanti senang sikit nak buat milo ais kalo bekalan ais kat rumah dah habis. heuhuehe :P
Daripada :
BabyJane .
7 FACTS ABOUT ME!
1. Mula menjinakkan diri bermain komputer dan internet ketika usia seawal darjah 3 dan 4 tak silap. Time tu kat Sabah lagi. Main YM masuk chatroom yang tah pape. haha time tu myspace tak wujud lagi kot.
2. Kurang minum air putih. Bukan putih susu tapi putih jernih tu. Air masak la senang cite. hehe
3. Berhenti minum susu botol ketika berumur 7 Tahun kerana dipaksa oleh kakak dan abang abang yang jeles kot campak botol susu ke tempat lain. Wuaa wuaa..
4. Tak suke sangat makan nasi lemak punye sambal walaupun dipaksa. Selalu makan bahagian nasik yang berwarna putih je. hehe
5. Seorang yang agak sensitif bila tiba musimnya. Dulu suke sangat merajuk merajuk ngan adik beradik ni tapi sekarang da malas nak merajuk-merajuk dah.
6. Budak yang malas nak mandi. Kadang-kadang dalam sehari tu sekali je mandi. Mase kecik dulu ketika berumur 4 ke 5 tahun entah pernah catat rekod tak mandi 6 hari sebab EGO! huahuaha.
7. Pernah mempunyai bibik yang di panggil Mak Limah ataupun Mbak Limah mase kecik sebelum pergi Sabah dulu dan saye memang rapat betul lah dengan Mak Limah ni. Sekarang sudah lost contact sebab time pergi Sabah die taknak ikut. Sedih tapi saya doakan supaya Mak Limah bahagia. Sekarang Mak Limah berada di kampung halamanya iaitu di Jawa Tengah tak silap. hehe.
Catatan tambahan : Terima kasih kepada BabyJane sudi memberi
Award kepada saya. :)
Daripada :
GadisParanormal ,
Syifa ,
Qiba .
1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu? Keperluan Asas.2. Apakah benda terakhir yang kamu beli dengan wang sendiri? Duit potostet AddMath. hehe3. Dimanakah tempat impian perkahwinan kamu? Masjid Ubbudiyah dekat seksyen 19 ni InsyaAllah. hehehe :P4. Berapa lama anda rasa hubungan kamu berkekalan? Dunia dan akhirat InSyaAllah5. Adakah anda di lamun cinta? Belum dilamun, tapi sentiasa mencintai diri ini dan juga keluarga.6. Dimanakah restoran terakhir kamu makan malam? Restoran Insaff dekat ngan Sogo tu.7. Namakan buku terakhir yang kamu beli? - yellek -8. Apakah nama penuh kamu? Sudah geharu cendana pula sudah tahu bertanya pula! hehe9. Kamu lebih senang dengan mak atau ayah? Kedua-duanya!:)10. Namakan seseorang yang kamu ingin jumpa untuk pertama kalinya dalam hidup anda? Pemimpin Teragung umat Islam iaitu Rasulullah S.A.W.11. Christina atau Britney? Hanna Beth. hehe12. Adakah kamu mencuci pakaian anda sendiri? Kakak cuci kan. :P13. Tempat yang paling seronok kamu mahu pegi? Tempat peninggalan sejarah zaman-zaman purba.14. Pelukan atau ciuman? Dua dua taknak lagi, buat masa ni. :D15. Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag kamu. GadisParaNormal 1. Serang Gadis paranormal. 2. Yang dikenali sebagai Kak Fatyhah. 3. Mempunyai blog yang kemas dan molek. 4. Akan berpindah tak lama lagi. hehe 5. Ingin mempunyai kakak tapi tak kesampaian.Syifa 1. Budak Pmr 2. Muda dari saya 3. Lame tak dengar cerita. 4. Mana pergi? 5. Selamat Hari Raya. haha:PQiba 1. Budak Pmr jugak. 2. Same sekolah dengan saya. 3. Junior kepada saya di sekolah. hehe 4. Exam 13hb ni. 5. Selamat Maju Jaya!:) 16. 8 perkara yang amat saya gilai 17. 8 perkataan yang sering di ucapkan 18. 8 buah buku yang paling terbaru dibaca. 19. 8 lagu yang saya boleh dengar berulang kali. 20. 8 perkara yang saya pelajari tahun lalu p/s : 5 Soalan terakhir sengaja di biarkan kosong untuk di isi pada masa hadapan. hehe
Daripada :
TypicalFazro .
15 FACTS ABOUT ME! 1. Seorang yang suke bermain game. Bermula dengan nintendo, GameBoy, PS, PC, dan sekarang, PS2. Lain-lain jenis belum cuba main lagi. Game yang di main pula kesemua jenis yang halal dan menarik serta mencabar! 2. Rase tak puas hati bile tak dapat menyelesaikan mission dalam game dengan sempurna. Sampaikan rajin membuka kamus nak tahu cara mudah untuk menyelesaikan game tersebut dengan sempurna. 3. Mase kecik dulu pernah hisap ibu jari. Tabiat buruk yang sekarang tidak lagi digemari oleh saya dan rakan sebaya. hehe 3. Pernah bermain perang-perang dengan abang dan jiran tetangga sewaktu kecil dahulu dengan cara membaling batu ke arah kubu musuh dan kemudiannya kepala sendiri terkena batu yang amat besar sampai berdarah. Tak sakit, tapi saya menangis kerana ternampak DARAH! 4. Dan jelaslah bahawa saya seorang yang takut akan darah dan tak berbakat menjadi doktor yang berkaliber. Malah, saya tidak pernah bercita-cita untuk menjadi doktor pun sebenarnya walaupun ibubapa saya mahu saya menjadi seorang doktor. 5. Tak suke akan lipas lebih-lebih lagi ketika binatang tersebut muncul di dalam bilik air ataupun dapur secara tiba-tiba. Mau tak menjerit I lepastu nyahhhhhh hehehe. Tak kuase!:P 6. Suke melukis tapi dah jarang melukis oleh itu tangan dah menjadi keras. Tapi amat berminat untuk menyambung kegiatan melukis yang telah lama ditinggalkan. 7. Mudah terpikat pada senyuman seseorang yang berlawanan jantina tetapi tak mudah jatuh hati secara jatuh yang betul-betul punya jatuh. Hati keras katekan. hahaa 8. Mula pandai menunggang basikal ketika berusia 5tahun. Diajar oleh kakak yang bernama Julia Hamasuba. huahauhua :P 9. Seorang yang amat aktif ketika muda iaitu umur dalam lingkungan 4-13tahun. Naik sekolah menengah tingkatan 2 diriku sudah menjadi malas tanpa diketahui sebab musabab ianya terjadi. 10. Tak pandai menari mahupun menyanyi tapi suke menyanyi tak kire tempat dan memang tak suke menari sebab saye rase saye menari keras macam Mawi. hauhauhau :P 11. Pernah menari kat depan khalayak ramai sekali je seumur hidup iaitu ketika berumur 6tahun ketika Tadika. Wajib membuat persembahan dan diriku terpilih untuk melakukan persembahan tarian kerusi yang memang agak comel untuk dipikirkan balik. hahaha 12. Mempunyai lebih daripada 20 ekor kucing ketika berada di Sabah. Tu tak termasuk kubur-kubur kucing yang telah meninggal yang ditanam di belakang rumah. *secara serius saye bercakap. 13. Mula mendapat telefon bimbit sendiri ketika berumur 12tahun, selepas UPSR. time tu gune fone nokia cikai-cikai nye je tapi bukan 3310. Ntah model ape tak ingat dah. Hehe 14. Pernah menukar nombor telefon bimbit sebanyak 3 ke 4 kali entah. Dan kesemuanya disebabkan HILANG, rosak, dan merupakan nombor Aktifkan Dirimu! Yeahh tak tahu asal. Nak tuka celcom aaa.. hehe 15. Sejujurnya, saya sedikit penat membuat tagg yang sama berulang kali ini. hehe :P
Daripada :
DiaryOfZinnera .
Daripada :
BabyJane ,
GadisDalamKoma .
Tag ini bertemakan,
"Marilah kita merapatkan silaturrahim dibulan Ramadhan".
Here's are the rule yang kena ikut untuk tagged ni:-
Copy gambar kat atas tu and post kat blog korang
Teruskan mencari mangsa seramai 5 org..(nak lebih pun takpe)
Setelah mengenalpasti mangsa yg sesuai, sila tinggalkan pesanan di blog mereka.
senangkan??
Kata saya : SUSAH! haha:P
Tapi takpelah, nak tag sume kawan-kawan muslim yang membace!:)
Daripada :
Queen-Lala 7 FAKTA TENTANG SAYA 1. Suke tido baring, tak suke tidur duduk 2. Tinggi 165cm, berat 47N (dah naik wooooooo!) 3. Makan lambat, cepat habis 4. Suke tengok wayang 5. Tak suke menari, tak RETI menari. 6. Suke mengunyah 7. dan korek hidung.7 PERKARA MENAKUTKAN SAYA 1. ALLAH S.W.T 2. Orang jalan ramai-ramai buat rusuhan 3. Tempat crowded 4. Gagal dalam peperiksaan 5. Tengok orang yang disayangi mengamuk 6. Tersalah cakap 7. Kantoi lepas buat salah7 LAGU BUAT MASA SEKARANG 1. Suasana hari raya 2. Lagu Siti Nurhaliza 3. Avenged Sevenfold, lagu baru. 4. Let U Go 5. It's Too Late 6. What About Now 7. Menghapus Jejakmu7 PERKATAAN YANG SELALU SAYA SEBUT 1. Iye?? *buat muke innocent 2. CACAT oo awak ni 3. Oooo 4. Jom la jom la 5. Ya Allah! 6. Alhamdulillah.. 7. Hahahaha7 PERKARA YANG AMAT BERNILAI 1. Agama 2. Keluarga 3. Ilmu pengetahuan 4. Tempat tinggal, tempat berak. 5. Orang tersayang 6. Sekolah 7. Alatan teknologi seperti komputer, phone, game dan sbgainye.7 ‘PERTAMA KALI’ DALAM HIDUP SAYA 1. Masuk tingkatan 4 2. Berak tak basuh. (haha.tipu je:P) 3. Makan nasik lemak punye sambal 4. Tengok bola 5. Rajin buat tagg 6. Cuci kasut sekolah bulan ni 7. sendawa kuat kuat7 BLOG YANG DIPILIH 1. Sesiapa 2. Sahaja 3. Yang 4. Berminat 5. Amatlah 6. Dialu 7. alukan. :)
Fuh! Penat oo buat especially yang facts-facts tu la. Kene pikirkan banyak facts yang berbeza-beza. Abis pecah palotak pikir. Tetapi oleh kerana berkat kesabaran dan kesungguhan saya maka terjadilah entry yang seperti ini. Huahuahua
Mungkin ada lagi tagg yang tertinggal kot. Sape yang masih rase saye berhutang tag-tag ini tolong maklumkan ye. Nanti saye buat secepat mungkin sebab saye rimas tangguh-tangguh ni. hahaha.
Oh ye, maaflah jika serabut sikit. Buat secara rushing ni ha.. Daripada petang tadi, pastu stop jap berbuka. Lepas berbuka dalam pukul 9 continue balik. Sebab tu lah macam serabut. Takpe, nanti lah esok-esok saye kemaskan balik la ye. hehe mekasih sudi tag dan sudi bace. :)
2 comments:
salam..huhuhuhu..klaka2 ark..but nice!!ahahahaha..:))
hahaha ye ke? thx thx
Post a Comment