Dashboard
Refresh
New Post
Sign Out
Gallery Myspace Facebook Twitter Friendster

Friday, February 20, 2009

Takyah bace pon takpe =P

Monolog Dalaman.

Masuk blok baru memang tak best. Best lagi blok lame! Dah la terpinggir. Nak pergi mane-mane pon jauh. Tandas pon tak bleh digunekan lagi. Tapi tandas laki ade tempat kencing bediri tu. Hahaha. Gile dasat!

Lepas tu sukan dah berakhir. So lepas ni, fokus akedemik je la agaknye. Walaupun tak masuk pape, tapi still menyibuk pergi saringan hari Isnin haritu. Mule-mule saye, anym, ain ngan farah dah datang skolah da pakai baju sekolah sume.

Lepas tu bile tengok ramai pakai baju sukan rase macam haisshh ruginye tak pakai baju sukan. Lepas tu terpikir lak nak balik rumah balik tukar baju. Mule-mule rase macam gurauan semate-mate tapi tetibe yang lain (anym,ain,farah) pon ok so saye lagi la fine! hehe

Kitorang dengan muke tak bersalahnye keluar sekolah dengan selambayaya. Haha. Time tu loceng dah bunyik sumorang pon busy so dorang tak perasan sangat kot. Maybe ade kot yang perasan tapi buat taktau je la. hahahaha

So kitorang pon balik rumah saye dengan rileks dan jayanye. Nasib baik abah tak pergi kerje lagi. So mintak tolong abah anta pergi stadium terus. Kat stadium tu yang datang sume masuk acara. Tapi ade gak la yang menyibuk macam kitorang ni datang sesaje je nak rileks-rileks takmo masuk skola. hihi

Hari Rabu lak, ade raptai. Time ni kitorang berempat sibuk uruskan papan kenyataan. Mule-mule nak setelkan unit beruniformnye dulu. Lepastu tetibe cikgu mintak tolong uruskan papan kenyataan HEM pulak. Kitorang takde hal. Buat je la. Lepas tu, ade lagi cikgu mintak tolong tampal gambar kat papan kenyataan ERT.

Lepas rehat barulah ade mase nak uruskan unit beruniformnye. Time tu rase bersalah gak dalam hati ni sebab tak masuk kelas. Tapi dah gtau cikgu so takde masalah la. Cume lepas da siap sume rase malas lak nak masuk kelas.

Tanye-tanye kawan sekelas, dorang kate cikgu tak masuk kelas. WOHO memang hepi lah saye. So saye ngan Farah pun duduk masuk dalam kelas Pesona. Duduk-duduk belek majalah tinta. Sampailah loceng balik berbunyi. Hehehe

Lepas tu, semalam ade hari Sukan. Datang memang la datang, tapi tak wat pape. Setakat jerit-jerit menyokong dan melawan ejekan ahli rumah sukan yang lain. Haha. Time senamrobik je la paling semangat lepastu dahh saye ngan ain duduk kat satu tempat je tak gerak-gerak. Pecah rekod harian saye sebab tak gerak berjalan ke mane-mane. Haha

Orang bersukan, tapi kitorang duduk situ dengan payung, topi, shades, sapu tangan. bagi mengelakkan kepanasan. Tak bergerak pergi mane-mane pulak tu. Duduk je situ dari awal sampai acara tarik tali baru turun padang bagi sokongan. Hahaha. Macam sengal je.

Tapi memang betul lah, tahun ni takde semangat la nak pergi sekolah. Semangatku kian pudar, hilang, lenyap, malap, etc etc. Haisshh semangatku, kemane perginya dikau! Pulanglah kembali kepadakuu. Aku perlukan muuuuuuuu untuk terus maju.. huhuhu =(


KHIDMAT PERTOLONGAN CEMAS
Ade tak
tips menaikkan minat nak datang sekolah?


SEKIAN, 12.11am hari berikutnye

24 comments:

a s m said...

ada, pastikan ada pakwe kat sekolah

Anonymous said...

You are a talented blogger! I found some new free blogger templates and tool bars you might like. Keep up the good work!

Free New Blogger Templates and Tool Bars
http://blogger-templates-online.blogspot.com/

Eyka Hamasuba said...

asm,
hahahaha..macam tu pulak ye

mberenis,
thanks ;)

nrshfqh said...

ahah. cari pakwe un boleh. ta un. ingt yang tahun ni jek jadi budak skolah. kene isi dengan semangat. hahaa. good luck.

Cob Nobbler said...

huhu..
eyka lalala!

talented blogger.

sayang masa umur 17 tahun xde mende2 camni.

hahaha!

anyway u memang talented la.

cakap takyah baca pun,tapi nak gak baca hahaha!!

Dota Melayu said...

huhuhu..
nak ade semangat datang sekolah..
pastikan kat sekolah tu cikgu tak bagi wat ape2 keje..

just rilex dan main komputer..
masyuk!!

Cob Nobbler said...

tips nak minat pergi ke sekolah/macam mana nak buat orang berminat pergi sekolah.

1.negaraku setiap isnin hendaklah dinyanyikan diiringi dengan live band.

2.setiap minggu jemput artis untuk menghiburkan para pelajar.

3.cetuskan kontroversi.

4.setiap meja pelajar disertakan laptop yang best gilak.

5.hantar assignments/kerja sekolah guna ym.

6.sekolah hendaklah dicat mengikut theme yang menyeronokkan.takde la manjang dinding putih je.

7.kafetaria/kantin sekolah pastikan macam tempat cashier mekdi/kepsi.

8.cikgu lelaki mestilah ala-ala great teacher onizuka yang tampan bergaya,yang cikgu perempuan hendaklah mantap seperti ayumi hamasaki.

9.buat pertandingan santau menyantau.mesti ramai yang nak tengok bila orang kena santau,kan?(perhatian tu).

10.sekolah memang tak menarik walau macam mana sekali pun hahaha!

Nurul Fahri said...

Sile pastikan cikgu lelaki Eyka hensem dan kacak..Hahaha

a s m said...

skdr nk mengomen tips dr nami

1.negaraku setiap isnin hendaklah dinyanyikan diiringi dengan live band.huhuhu sape yg handle, cgu byk keja lain la beb

2.setiap minggu jemput artis untuk menghiburkan para pelajar.hehehe, sebolenya jemput ustaz lg baik...

3.cetuskan kontroversi.spttnya kurangkan kontroversi tingkatkan prestasi

4.setiap meja pelajar disertakan laptop yang best gilak.blh kalu kerajaan suport byk2 kt semua sekolah.

5.hantar assignments/kerja sekolah guna ym.good idea, tp kena bg kursus kt budak2

6.sekolah hendaklah dicat mengikut theme yang menyeronokkan.takde la manjang dinding putih je.blh tp masalah kos(beli cat and sebagainya)apapun idea yg menarik

7.kafetaria/kantin sekolah pastikan macam tempat cashier mekdi/kepsi.hahahaha but for what

8.cikgu lelaki mestilah ala-ala great teacher onizuka yang tampan bergaya,yang cikgu perempuan hendaklah mantap seperti ayumi hamasaki.cgu handsome pun xguna kalu ajor cm hampeh , hehehe

9.buat pertandingan santau menyantau.mesti ramai yang nak tengok bila orang kena santau,kan?(perhatian tu).not relevan

10.sekolah memang tak menarik walau macam mana sekali pun hahaha!nami dulu xsekolah ye , hahaha

keebalwaysbelf said...

maen tarik tali(msa sukan thnan)

huaa,ngapa laksamana x mng?
sakit tekak sy,hehe:DD

Eyka Hamasuba said...

pika,
wuahahah tu yg tak best tu dengar tahun akhir tuuu..arghh sdeh nyiaak! ;(


nami,
haha nami mmg degil.. :P

syaquost,
wahh mmg best macam tu! hari2 dtg skola..sabtu ahad pon dtg gak! hahaha


nami,
wahahaha best gilak..tp yang no 6 tu mmg btol. blok baru membosankan sbb putihh je mcm kene kurung kt tmpt org sakit jiwa :(



shaoran,
haha tu aa. da bayangkan ckgu kacak cam jonas brothers ke kan. ish best tu!



asm,
ahakz..



naqiba,
ahaha tu aa. kesian dorang laksamana. byk masok bilik rawatannn time akhir2 tu..

Aidil Sharizaq said...

dalam my new dating series at my blog,ada one komentator cakap,if nak pegi class selalu,flirt la..hehe..tak pun flirt je cikgu tu..

study-study jugak..

Ruhil Rosley said...

hahahah
xde tips pun kalau nak datang sekolah.
ruhil dulu pun bukan nye suka pergi sekolah.
pergi pun sebab satu je alasan.
kalau terlepas kelas add math dgn biologi memang boleh rugi giler.
itu sahaja.

terlupa pulak kawan-kawan.
klu tak sekolah, tak boleh jumpa kawan, rindu kot.

nasi lemak kat sekolah pun best jugak.
hahaha

.i am me. said...

hurmmmmm.

cikgu sume kene sporting.
bebelan cikgu pompan harap dikurangkan.
bole bawak enset gi skola tp bole on di luar waktu kelas jek la.
dak2 suke jaga tepi kain org diletakkan di luar kawasan skola.
dak laki bajet hensem yg memg xhensem ptt disedarkan.
dak pompan yg xcun tp bajet gile cun juga begitu.

Eyka Hamasuba said...

aidil,
tak reti aa nak flirt2 org ni..hakhakhak ;p


ruhil,
ahehehehe tu aa..mmg rugi kalo termiss due due kls tu! aiseh!

sticind,
kalo taknak klik mcm ne? :P



i am me,
wah best tu bwk enset! bwk laptop ke kan. leh online 24/7 :P

~myraie~ said...

kalau nak minat ni senang je. just kene siap homeworks dan jadi budak baik. mesti tetiap hari eyka suke datang sekolah.

NurulAtiqah said...

Sis dulu minat nak dtg sekolah ni datang pun sebab sis nak jumpe kawan!

hahaha.
so make sure kawan-kawan eyka best best lah. baru best nak datang sekolah.

Eyka Hamasuba said...

myraie,
ahahaha. betol2.. tp lg best klo cikgu tak bg hw....

nurulatiqah,
kwn2 mmg best. cume lain kls je dah skg ni..aiseh. pressure ah ;S

Cob Nobbler said...

a s m,

saya berfikir diluar kotak.saya tidak kotak otaknya.saya gila-gila otaknya.

jadi kalau lah nak menjemput ustaz - be frank la,seronok ke?

be frank?

betul2 seronok ke?

kalau seronok ramai la yang dapat A kat SPM agama.

saya bercakap bukan dengan nada holier-than-thou,saya bercakap dengan nada happy-go-lucky dan fikiran nakal kanak-kanak.

saya 25 tahun dan saya orang teater.saya wajib tahu pemikiran dari budak 1 tahun sampai 99 tahun ke atas.

jadi saya tahu apa yang saya rasa pada usia 17 tahun.

Cob Nobbler said...

riang ria la sikit weh!

13may said...

hehhe hehe...

aku dulu pun tak minat pi sekolah :D

raihunt said...

tips? cari crush. patu nanti mesti suke and hari2 tak saba2 nak dtg sekolah. HAHAHAH, bodoh la ;)

FLOY said...

tulis ayat2 ni kat sehelai kertas, font 20, 20 ok!

"Saya mesti ke sekolah hari2, jika saya tak pergi ke sekolah hari2, saya akan jadi seorang manusia yang tak berguna pada keluarga saya dan masyarakat, penagih dadah contohnya."

works fine for me..

mierul rashdan said...

haha..skolah bestlah!!ahaha..try dengar lagu nie eyka!!agaga..Hujan - Muda..untuk (bebudak abis skolah)