Dashboard
Refresh
New Post
Sign Out
Gallery Myspace Facebook Twitter Friendster

Monday, February 16, 2009

Penderaan atau Pendaraan?

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Terduduknya saya pada hari ini di hadapan komputer milik abang saye adalah untuk melangsaikan hutang pandangan tentang tajuk yang saye utarakan secara tak sengaje pada hari sabtu yang lalu. Nak tahu, sile scroll ke bawah sendiri. Susah sangat sini tekan. hihi

Pertame sekali, saye ingin mengucapkan terime kasih kepada semua yang telah bertungkus lumus memberikan pandangan masing-masing dalam posting tersebut. Bagi saye, semua yang anda cakap tu benar. Pandangan masing-masing kan, kite tak boleh nak cakap salah atau pun tidak.

Kalau kat sekolah pon, ade soalan yang berbunyi Pada pendapat anda, blablabla, kite boleh jawab sesuka hati asalkan tidak lari daripada tajuk. Cikgu saye kate, kalau soklan camtu senang nak dapat markah.

Tujuan saye mengepostnye bukanlah untuk menimbulkan fitnah mahupun perbalahan antare kite. Tetapi, saya cume ingin mendengar pendapat dan pandangan yang berbeza daripade rakan blogger sekalian. Sooooo, takde unsur salah mahupun silap dalam hal ini. Semua ape yang kamu cakap itu benar-benar belaka.

WOAHH! mukadimmah pon da panjang. Hahaha. Ok ok, tukar mode pulak. Mode biase.

Oklah, soalan saye : Kenape generasi muda mudi sekarang ni kurang menghargai virginity masing-masing? So, saye nak fokuskan pandangan untuk yang tidak menghargai, bukan dianiayai. Sebab rasenye kalau nak bagi pandangan untuk tidak menghargai dan juge dianiayai sampai esok pagi jugak saye masih lagi meneruskan penaipan di sini. :P

Sebenarnye, ade banyak sebab seorang gadis itu boleh kehilangan virginnye. Gadis yang kuat bersukan, suke melakukan aktiviti lasak, yang suke melompat-lompat tak tentu arah..duduk terkangkang sini sane dan sebagainye. Malah, ade jugak gadis yang memang dilahirkan tanpa selaput dara. Itu yang saye bacalah. Nak bace pergi sini. Betul tak betul wallahualam..

Bagi saye, memang tersangatlah penting dan mustahak untuk seseorang gadis itu mempertahankan maruah mereka. Tapi zaman sekarang ni saye tengok, lagi takde maruah lagi hepi lah dorang. Pelik tak? Ade jugak yang berbangga kerane telah kehilangan bende tu. Ala bende 'tu' la. Segan pulak i nak cakap.. aww! hihihi :P

Itu bagi perempuan yang memang dilahirkan tanpa maruah la kot. Mule-mule tu memang la bagi bende tu atas dasar SAYANG, kan? Tapi dah sekali hilang, terus hilang harge diri terus jadi tak berharga so bende tu jadi macam.. takde gune lagi lah untuk dipertahankan. So, bende tu jadi tak penting dah bagi dorang. Small the pieces je bende tu kot.

Perempuan macam ni mungkin kurang kasih sayanggg. Mungkin bagi mereka yang terlibat, lagi hilang bende tu, lagi marketlah diorang dalam kalangan para lelaki. Wohooo! MUNGKIN je la tapi rasenye kalau betul pon makin market seperti superduper market punye market pon tapi dah kelihangan sesuatu yang takde tandingan kemarketannye di supermarket antarabangse pon takde gune jugak kan.

Bukan nak salahkan lelaki. Cume perempuan sekarang ni lemah sangat la dengan pujuk rayu. Laki ngayat-ngayat sikit mulelah rase diri dihargai. Pade pandangan saye la kan, lelaki bile minat kat sorang perempuan ni, memang la dorang akan ngayat. Mule-mule mungkin ngayat sekadar suke-suke je.

Tapi dalam suke-suke tu akan timbul rase sayang dan nak menguji perempuan tu macam mane tau. Kire step by step la. Sambil-sambil ngayat tu mintak la kapel jadi kekasih hati secara rasmi pulak. Kire dah BOOKED perempuan tu la awal-awal. Time kite perempuan ni dibooked ni lah akan muncul pelbagai jenis godaan yang menyesatkan.

So sebagai seorang perempuan, kite tak patut kalah dengan godaan tu. Sebab selagi kite tak kahwin, selagi tu belum tentu kekasih kite tu kepunyaan kite. Jadi, memang tak patutlah kite serahkan SEMUANYA termasuklah bende paling berharga tuuu kan. hihi. Kalau stakat serah buku nota sejarah ke, kamus dewan pelajar tu takpe jugak kot. hakhakhak

Kire tahap paling maksimum dalam lelaki tu nak uji-uji perempuan tu mungkin dengan cubaan untuk menghilangkan virginity die ni. MUNGKIN je. Saye tak pernah jadi laki. So, ni pandangan saye je la. Kalau salah, sorry la ek. hehehe. Maksud saye, perempuan pon jangan lah terlalu lemah dan stupid percaye je janji manis semua tu.

Perempuan pulak jangan lah terlalu dunggu dengan memikirkan bahawe dengan menyerahkan bende tu secara sukarela akan membuatkan lelaki tu bertambah sayangg tahap max dengan kite. Takpon, saje nak serah-serah segalenye ni sebab die pulak yang terlalu sayangkan lelaki tu so die lah yang nak booked laki tu jadi husband die.

I sayang u, u sayang i jugak i tahu tu. Tapi...takat sayang pegang-pegang tu i dah muak la. Jom la pergi ke next stage pulak! Hahaha. Gile aku ni. Hah, pastu yang perempuan pon caye. Konon laki tu lah pasangan die dunie akhirat. TAPI, tadi tu nampak sangat bukan kerane sayangsayang ni, tapi kerane nafsu semate-mate.

Kalau sayang sangat, lelaki tu akan cube sedaye upaye untuk tidak merosakkan perempuan tu. Paling koman pon mungkin die akan cakap.."Yang,i sayang u la. Jom kite kawin jom. Kawin nikah ye, bukan kawin yang main-main tu tau." Hehe, taktau la wujud ke tidak lelaki yang terlalu straight macam tu. Tapi,at least die ade niat suci nak mendirikan rumah tangge.

(peh! Dah sampai rumah tangge daa! hahaha)

Kalau cakap pasal rumahtangge ni sure-sure la takde budak sekolah baik lelaki mahupun perempuan yang commited ataupun nak kawin awal. Tak enjoy aa kawin awal-awal ye dak. Banyak lagi bende belum dirasai tetibe dah terikat dengan tanggungjawab yang cukup besar ni. Lecehh aa. Kerja takde, nak bagi makan ape? Tapi kalau dah jodoh datang awal tu lain cerita...hehe

SO,memang sah-sah la bebudak sekarang ni yang hilang virginnye kerane suke-suke tu memang terlalu budak sekolah. Budak sekolah kan budak mentah. So, sesetengah lelaki-lelaki dewasa ni memang suke aim budak sekolah. Jadi, pelajar sekolah janganlah anda mudah tertipu dengan pujukan rayu lelaki yang telah dewasa ni. Nampak je commited dorang ni, tapi..

Sekali rosak, rosak segalenye. Tak jugak. Kalau ade lelaki yang terlalu baik dan beriman, mungkin die boleh kembalikan gadis yang telah rosak tadi itu ke pangkal jalan. Wohoo, lelaki macam ni wujud lagi ke tak agak-agak? Ataupun, die sekali-sekali dengan die terus hanyutt ditelan keseronokkan duniawi. Ceh! :P

Tapi kalau wujud, memang alhamdulillah lah kan. Tapi itulah, perempuan yang baik kan untuk lelaki yang baik. Ayat itu memang sangat simple. Tapi mungkin ade maksud tersirat disebalik ayat tu. Mungkin tak semua perempuan yang dah rosak itu merupakan seorang yang JAHAT. Cume, mungkin dorang cume kurang bimbingan je. Jadi,jangan terkejut kalau perempuan tu jahat tapi jodohnye dengan lelaki yang baik.

Sebab, lelaki itu kan pemimpin. Lelaki yang baik boleh membaikkan seorang perempuan yang jahat. Tapi kalau lelaki sebagai pemimpin tu pon dah tunggang tebalik, anda fikirkan sendiri kesan dan akibatnye. hihi. Ini cume pandangan saye je. Salah silap harap dimaafkan. :D

Oklah, rasenye memang tak puas lagi nak taip-taip. Tapi,dah panjang sangat ni. Kang kesian korang..penat je bace kan. hihi. Apepon, thanks aa sape yang sudi bace sampai habis tu. Tak sia-sia jugaklah saye menaipkan pandangan yang sebegini panjang kan.. hikhikhik :P

Apepon, virginity itu memang sesuatu yang tersangatlah matter. Hargailah kevirginan anda seperti seorang pelajar yang menghargai ilmu, seorang petani menghargai tanaman dan seorang manusia yang menghargai ciptaan-Nya. :)

SEKIAN, 10.45pm

18 comments:

Nurul Fahri said...

Yaya..saya setuju..Aritu kan sis de dgr ceramah Ustaz Wan Sohor Bani Leman ckp, klu misalannye lelaki baik dapat perempuan yang xbape nak baik, i mean de sejarah hitam, Allah nak berikan dugaan utk lelaki tue bawa perempuan tue ke jalan yang benar. Sbenarnye Allah jodohkan lelaki tue dgn perempuan cam2 sebab Allah nak jadikan lelaki tue sbg perantaraan untuk perempuan tue bertaubat kepade Allah. :) Sekian maceh..

ahmadzamri said...

baik laki baik wanita,

kalau iman diletakkan diparas bawah laut,
kalau syariah ditinggalkan di tempat recycle,
kalau maruah di jual beli di supermarket 24 jam,
kalau kasih sayang semudah apa yang diungkap
dan
kalau percintaan di anggap medan syurga dunia yang sebenarnya neraka hakikat

tidak hairan apa yang kita lihat hari ini akan menjadi norma kehidupan hampir seluruh remaja di muka glob dunia ini.

Setujunya aku terhadap kenyataan dan ulasan serta pandangan kau x tiada berbelah bahagi la.

hari ini,di mesia sendiri, semudah2nya ungkapan kasih sayang dilafazkan dan semudah2nya cinta kita diberi kepada orang yg tidak pun kita kenali hatibudinya.

siapa pemangsa dan siapa pula mangsa?

sudah menjadi norma kehidupan: yang gagah mnjd pemangsa dan yg lemah mnjd mangsa. dalam konteks perbicaraan kau ni, pemangsa ialah laki2 yg gagah mengayat dan mangsanya pula ialah wanita2 yang lemah mendengar setiap bait madah cinta yang sebenarnya hanyalah dusta belaka

namun, berapa banyak kekasih yg wujuk pada hari ini sebenarnya sanggup bersama sehingga ajal datang menjelang? Dari sudut lensa mataku, kebanyakan laki2 hanya hendak menggunakan wanita2 sebagai alat permainan agar mereka tidak bosan dan sunyi. Pabila dikatakan ALAT PERMAINAN, samalah nilai wanita2 yg merelakan diri mereka itu dengan alat permainan bayi yg dicampak dan digantikan dengan yang baru

OLEH itu, kalau korang hendak menguji pasangan korang, kau cakap ngan dia, suh dia declare kat parents dia dan parents kamu2 yg dia hendak menikahi kamu.
X kisah bila.
X kisah mcmmana.
X kisah apa cara.
X kisa di mana.

percayalah..antara umur 13-19 tahun, mungkin hanya 2 percent yang berani berbuat demikian:))

sekian: nukilanhamba!

Aidil Sharizaq said...

perempuan ni adalah kaum yang nak disayangi and dibelai..so rasanya tak salah kalau lelaki itu menggunakan kata2 manis or something comforting untuk didengar...

cuma...masalahnya..tak semua lelaki ikhlas...

Ruhil Rosley said...

saya sangat setuju dengan pendapat eyka ini.
sesungguh nya wanita yang baik hanya untuk lelaki yang baik.
walaupun, wanita itu jahat, mungkin dalam hati dye ada perkara yang membuatkan wanita itu baik.
semua manusia tidak sempurna dan tidak terlepas drpd melakukan kesilapan.
oleh itu, kita harus saling bermaafan.

kepada wanita yang sudah hilang virginity kerana seorang lelaki.
ini bukan bermakna anda telah kehilangan nyawa.
hidup ini terlalu pendek.
pintu taubat masih terbuka kepada manusia yang betul-betul ingin bertaubat.
jangan terlalu percaya dengan orang lain kerana manusia suka mempergunakan orang lain.
keluarga merupakan golongan yang harus diutamakan kerana mereka lebih mengenali anda.

p/s : pasal mitos, thx eyka, saya telah menambah pengetahuan.

a n a b e l l a said...

yeah2!
btowl tuh.
ada pmpn yg mmg dilahirkan tanpa selaput dara.
dan ada yg mmg da koyak da pown.
sbb pmpn zaman skarang kn sume lasak2.
klu korang naik basikal and terhentak pown da boleh koyak da.
and lagi satu.
tak semestinya, bile selaput dara koyak, akan keluar darah.
so, laki2, bile mlm pertama dgn bini tgk tade darah, jgn nk nuduh pmpn tuh da ta suci ta tntu psl lak. terus bg cerai la plak kn.
haha.
sblom tuduh2, bwat research kt tenet dlu.
ahaks!

fezaL Mohd said...

saya setuju dengan statement saudari lontarkan itu.

sangat2 bernas.
keep it up.

;]

aliaizzati said...

hah~~~
sempot org nak membaca nyer...
ye tak ye pon lain kli pendek skit leh tak.....

ape yg eyka kate tuh mmg btol
hah yg pasal berita tuh kan budak tuh 13 thn n pompuan tuh dlam 15/16 thn ler...alah cek lah surat kaba

hah...belajar dlu,kawin dlu...kekal kan lah kesucian dan maruah diri anda

Cob Nobbler said...

tak.
suka.
dengan.
orang.
bajet.
baik.

siapa kita ni nak cakap kita layak dapat yang terbaik?kita ni dah rasa diri kita baik ke?

nak judge perempuan yang bagi dara tu sebagai bodoh,baghal,bangang?

satu attitude lelaki yang paling aku tak suka ialah suka menyalahkan perempuan tanpa berfikir panjang sebenarnya kaum lelaki yang merosakkannya.

kadang-kadang aku nak muntah tengok orang bajet baik macam sesetengah orang.bukaklah imam mana punya cakap,kitab mana,masjid mana - tapi akal nurani insani sebagai manusia tak pernah digunakan.

aku lebih suka bercakap dengan cara sosialis.tak kira agama apa atau bangsa apa.pasal yang hilang dara bukan melayu dan orang islam sahaja.yang lain-lain pun ada.

aku tak kata seks luar nikah itu bagus.dan aku tak suka pun.cinta yang jujur dan sejati ialah bila seseorang sanggup bertanggungjawab terhadap seorang yang dicintainya.

yang suka memberi dan merasa tu,itu bukan cinta,itu sengal.

jadi jangan la nkoram cakap perempuan tu bodoh kerana sanggup lakukan apa saja demi cinta.

orang suka cakap alas-alas.aku jenis yang straight forward.aku lebih suka berfikir macam manusia.tak ikut kitab mana-mana.aku fikir asal logik.

kalau perempuan tu takde dara atas kesilapannya,itu kerana dia seorang manusia.dia bukan bodoh.dia silap.

tapi kalau perempuan tu dah tau silap malah bangga dengan kesilapannya,tu baru sengal.

janganlah dok kata "yang tu bodoh,yang ni bodoh" padahal kita ni pun bukannya pandai pun.

kita bukan Tuhan untuk menghukum-hukum hakim-hakim orang ni.kita manusia.be like one.

merci beaucoup pour madammoiselle eyka.

au revoir.nami.

Unknown said...

Virginity? Does it matter? Hurm.. Sy seorang lelaki. Abang sulung drpd 7 adik-beradik. Abang kpd 4 org adik pompuan yg comel2 (cewahh).

Ok. Nie list benda yg terlintas kat kepala otak lepas bace post nie :

1) kite dah terlebih modern.
2) jgn jadi kat adik aku.
3) Siapa yg bersalah? Ibubapa? Diri sendiri? Cikgu? Kerajaan?
4) Sosial yg melampau2.
5) aku xnak kawin dgn yg xder dara. xder nikmat.

P/s: Aku pon bukan baik sgt, tpi aku banned 'zina' dlm kamus hidup aku. Peace and rock on!

Eyka Hamasuba said...

shaoran,
sesame sis. hehe. betul la tu kan..lgpon snanye sume orang ade sifat jahat dalam diri.cume kite sndiri kene usahe la utk kikis sifat jahat tu, btol tak? ;D



ahmadzamri,
hikhik, aku rase orang yang serius dalam prhubungan je akan buat camtu. Tapi bagus gak kan bawak jmpe parent trus..drpd buang mase main-main merasai kehangatan becinte ni tnpe ikatan yang sah. hihi



Aidil,
hahaha betul tu. so pmpuan kne la tegas sket. jgn mudah cairrr sebab tak sume laki ikhlas. ;)



yui,
betul betul. keluarge jgk yang memainkan peranan snanye. kalau keluarge tu rosak, maybe rosak la jiwe anak tu. TAPI, tak smestinye macam tu. maybe Allah just nak uji. Keluarga harmoni ke tak harmoni ke due due tu merupakan satu ujian..;)



anabella,
hehe tu la pasal.. kekadang kite sendiri tak sedar kitepunye bnde tu dah koyak kan. eii seram la plak. sbb tu la pmpuan kene pndai jage tatatertib. Tak salah kot kalo pmpuan tu terlalu ayu dan lemah-lembut sume tu. Tp mslhnye kalo mcm tu org lain plak yg ske bising cakap bajet ayu la ape la. cis. Takpe, teruskan je keayuan anda. Tak rugi pape pon kalo nak jadi ayu atau jage tatatertib ni kan ;p



fezal,
mekasih mekasih. fezak takmo bg pndangan plak ke? huahuahua



alia,
hahahaha eyka kan kalo jmpe keyboard mmg tak igt dunie. ske taip pnjg2. kekeke .;p



Nami,
wahh nami speak french..:P

vous 're bienvenue nami o poisson. hakhakhak. <---tu amik dr translation kat internet je. eyka tak reti speak french. hehe

btw nami,eyka tak cakap pon pmpuan tu bodo ke tak bodo. laki tu bodo tak bodo. sebab maybe eyka kot yang bodo kalo ckp org lain bodo..hahuahua

dorang cume tak pikir panjang je. agaknye la. hurmmm...btw, eyka pon tak suke ngan org bajetbajet ni..tp maybe eyka sendiri pernah terbajet tnpe disedari..hahaha


cecairmusic,
haha yeah rock on! em, maybe kite ni jnis yg takde pendirian. suke ikut budaye barat. tu maybe boleh di add on kot. agaagaga :P

Farie Amrah said...

nice entri..
sng cter mcm neh la kn...
kalo 2 2 x lyn, bnda neh x kan terjadi..
so, slh 2 2...
n_n

Cob Nobbler said...

belajar french dulu..hahaha!

Dota Melayu said...

isu perempuan yang semakin ramai tidak lagi virgin sebelum kawen sepatutnya dibincang.. dan ada pendapat saya setuju dan ada pendapat saya kurang setuju dalam entry ini..

dalam entry ini banyak menerangkan yang sebab picisan dan sampingan adalah punca ramai remaja tidak lagi virgin.. namun masalah ini tidak diterangkan dari dasar akar pokok..

perkara asas yang pertama punca berlakunya masalah ini adalah dari aspek agama/rohani/spiritual diri/moral.. bukan dari aspek lain

kurang didikan, bimbingan dan pengetahuan ilmu agama dan moral adalah punca berlakunya masalah ini. ditambah pula dengan tidak tahu bagaimana cara mengawal nafsu secara btol menambahkan impak dalam masalah ini..

ini disebabkan kegagalan
1.institusi keibubapaan

ibu bapa tidak mengerakan peranan mereka yang penting dalam pembentukkan anak-anak menjadi insan yang baik dari pelbagai aspek.. ibu bapa juga dunia moden sekarang lebih berminat untuk mengisi anak mereka dengan hal duniawi semata-mata. maka, hati anak itu akan kosong dari pengisian rohani. kita dapat lihat, berapa ramai ibu bapa menghantar anak mereka untuk mengaji dan belajar asas agama berbanding dengan ibu bapa menghantar anak mereka ke pusat tuisyen untuk mendapat keputusan yang cemerlang diatas kertas..

asas adalah bermula dari rumah.. mak saya seorang mualaf dan ayah telah meninggal dunia sejak saya 1 tahun. namun, ibu saya hantar saya ke kelas-kelas agama meskipun ibu saya tidak pandai membaca al-quran.

saya bersetuju dengan wanita sekarang perlu lebih bijak dan matang dan lelaki perlulah menjadi manusia bukan menjadi syaitan! lelaki adalah pembimbing wanita. namun istilah pembimbing bukanlah bermaksud couple! tapi bimbing disini adalah menunjukkan moral dan sifat yang baik membolehkan dicontohi oleh mana-mana wanita..

namun, dunia sekarang sudah terbalik.. ini lah yang berlaku dalam dunia sekarang.. manusia membaca al-quran namun tidak mengikutinya.. lari dari kata-kata dari al-quran bermakna anda pun sudah terpesong jauh dari jalan kejayaan dan jalan yang benar..

jauhilah dari zina dan perkara-perkara yang mendekati zina..

tapi ada perkara yang saya ingin tegur dalam entry ini..

1.percayalah bahawa allah jodohkan setiap manusia dengan manusia yang setaraf dengannya.. maksud saya, yang baik akan dapat yang baik dan yang jahat akan dapat yang jahat.. tuhan itu maha adil.. allah yang tentukan..

maaf kerana jika penerangan saya tidak detail sbb saya tengah kesuntukan masa..

salam alaik..

Unknown said...

Boleh bukak entry ni.
"Kenapa saya masih virgin"
hahaha..

fina. said...

eyqa, relink akk eh.
http://ownedbysuperrgirl.blogspot.com/
blog lama xwujud dah.=)

Cob Nobbler said...

salah satu sikap holier-than-thou ialah menyalahkan orang lain dengan membuka kitab-kitab dan hadis-hadis.

menggunakan kitab-kitab dan hadis-hadis untuk mencari salah orang,ini bukan penyelesaiannya beb.

cuba lihat akal insaniah.bukan perempuannya yang perlu dididik supaya menjaga daranya semata-mata.

lelaki juga perlu dididik untuk menghormati wanita.

barulah takde perogol,dan pembunuh siri wanita.

Khairul said...

manusia...
lelaki...
macam yang aku cakap
laki ni...rosakkan anak dara orang..
tp bila nak kawin, still nak yang dara..tak sedar yang dia tu dah tak teruma..

sennag citer..
Jangan bermimpi nak cari isteri umpama Siti Fatimah kalu diri sentirii tak seperti saidina Ali

mierul rashdan said...

huhuhu..so seruan patik kepada bloggers2 terutama gurls2 sekalian..jagalah mahlota anda itu..x nyesal..malah akan memebahagiakan rumah dan tangga anda t..:)