Dashboard
Refresh
New Post
Sign Out
Gallery Myspace Facebook Twitter Friendster

Monday, January 12, 2009

Tentang Israel

Nama "Israel" berakar umbi dalam Bible Ibrani, di mana Jacob menamakan semula Israel selepas berjaya bergelut dengan seorang musuh yang penuh misteri, dimana di dalam kepercayaan kristian mush itu adalah tuhan yang sedang menyamar. Negara bible ini yang diasaskan oleh Jacob kemudian dipanggil "Anak-anak Israel" atau "Orang-orang Israel" (Israelite).

Di dalam al-Quran juga bangsa ini disebut Bani Isra'il. Secara etiomologi, Bani bermakna anak-anak keturunan sedangkan Isra'il adalah nama asli Nabi Ya'akub a.s. Baginda adalah putera Nabi Ishaq a.s. bin Ibrahim a.s. Baginda berhijrah ke Haran wilayah Syria utara dan bernikah di sana, disanalah generasi pertama Bani Isra'il berkembang.

Rasminya Negeri Israel adalah sebuah negara di Asia Barat yang terletak di pinggir tenggara Laut Mediteranean. Negara ini menyempadani Lebanon di utara, Syria serta Jordan di timur, dan Mesir di barat daya. Jumlah penduduknya melebihi tujuh juta orang. Penduduk-penduduknya termasuk warganegara-warganegara yang terdiri daripada banyak latar etnik dan agama.

Israel yang diasaskan pada tahun 1948 di atas tanah yang pada masa itu diduduki orang Arab dan mengamalkan demokrasi berparlimen dan merupakan negara Yahudi yang tunggal di dunia. Negara ini mempunyai ekonomi yang maju dari segi teknologi dan perindustrian, dan mendapat tempat ke-23 antara 177 buah negara dalam Indeks Pembangunan Manusia PBB pada tahun 2005. Tempat ini ialah tempat yang tertinggi di Timur Tengah dan yang ketiga tertinggi di Asia.

Pada tahun 1947, PBB memutuskan untuk membahagi daerah mandat British, Palestin. Keputusan ini ditentang keras oleh negara-negara Timur Tengah dan banyak negara Muslim. Menurut PBB, kaum Yahudi mendapat 55% dari seluruh wilayah tanah meskipun hanya merupakan 30% dari seluruh penduduk di daerah ini. Manakala Baitulmuqaddis, bandar suci Yahudi, Muslim dan Kristian, akan dijadikan bandar antarabangsa.

Israel ditubuhkan pada tanggal 14 Mei 1948. Namun keesokan harinya, Israel diserang oleh pakatan tentera Lubnan, Syria, Jordan, Mesir, Iraq dan negara Arab yang lain. Dalam peperangan ini, Israel berjaya mengalahkan tentera bersekutu Arab dan malah merampas lebih kurang 70% dari luas wilayah Palestin.

Perang ini menghasilkan banyak kaum pengungsi Palestin yang mengungsi dari daerah Israel. Tetapi di sisi lain tidak kurang pula kaum Yahudi yang diusir dari negara-negara Arab. Sumber, Wikipedia.

P/S: Sahih ataupun tidak, wallahualam. Ape yang penting? Kerjasama. He he he.. Yang penting, marilah kite same-same berdoa untuk kesejahteraan saudara kita di Palestine yang kini sedang menjadi mangsa kekejaman tentera Zionis. Al-Fatihah.

Bersyukur lah kite kerana masih mampu tidur lena di atas tilam yang empuk dan di dalam rumah sendiri dengan aman dan damai. Bersyukurlah juge kerana masih mampu ke sekolah setiap hari. Bersyukurlah kerana masih boleh memilih hidangan yang enak-enak untuk santapan harian kite.

Serta bersyukurlah kerana masih mempunyai waktu terluang untuk melayari internet untuk mengupdate blog dan membaca blog orang lain dengan aman tanpa sebarang masalah. Bertuahkan kite?

TAMAT, 3.10pm

17 comments:

Unknown said...

eyka,

sama sama mendoakan umat islam di sana selamat.

hapuskan kekejamna israil.!~

Eyka Hamasuba said...

betul tu!:)

Cob Nobbler said...

boycott je tak cukup.

sekarang tiba masanya kita lakukan strategi dan merancang.

takat berarak dan bakar bendera - tahun 70an dah buat.nami form 4 dah buat benda tu.

takat hantar memorandum kat US,boycott barangan yang support Israel - nami dah buat lama dulu.

Nami dulu boycott McD,bukan kerana Israel - tapi pasal buruh kanak-kanak kasar di China dilayan teruk buat Happy Meal.

tapi McD tetap berdiri kukuh,takde masalah pun.Keuntungan berjuta-juta jugak.End up Nami pun bekerja dengan McD.

Kalau kita boycott,Israel tak rugi apa-apa.Business macam McD,Johnson and Johnson atau Coke ni macam niaga gula-gula je bagi dorang.Dorang business yang utama,kapal perang,jet pejuang,peluru berpandu jarak jauh.Itu yang dorang businesskan.

Takat McD tu,dorang tak rasa apa.

Zaman Perang Dunia Kedua dulu,orang Yahudi kat Amerika dan Britain tak buang masa bakar2 patung Hitler,bakar bendera Nazi yang bunuh orang Yahudi kat Jerman.Dorang merancang untuk takluk dunia.Dorang tak berarak di jalanan buat demonstrasi.Dorang pergi ke Parlimen British ngan Kongress US - untuk dapatkan kuasa.

Bak kata dialog Nami dalam final projek teater Nami,"sekarang bercakap banyak pun tak guna,ayuh mari kita bertikam senjata.."

Jangan jadi emosional saja.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Ez the Conspirator said...

Excuse me my friend,but my friend Nami ada mention about "boycott saja tak cukup",bukan "boycott macam takde apa-apa".

We need to do more than just boycott.Start planning rather than walking on streets and burn some flag.

That's why dia cakap,"boycott je tak cukup".

Anyway country like Malaysia ni,they all tak heran pun kalau tak invest.

Condoleeza Rice once said to Rais Yatim "it's not a problem if your country against mine,but it's a problem if my country against yours."

Now,I agree with Nami,yang dia cakap "umat Islam ni tau beremosi je,tapi tak tau bertindak".

One thing for sure,Israeli don't care how many flags you burn,how many demonstration around the world,or how many McDs being boycotted.

We need more than just boycott.Action is louder than words.

Kalau kita rakyat selalu pilih pemimpin yang lousy,makan suap,well,sorry to say,you all didn't do enough than what you want to say.

.i am me. said...

ye. Kite mmg bertuah sgt2!

xdpt nk bygkan kalau kite kat negara dye. sume kuat smgt.
skola da kne bom, boleh pgi blaja bawah pokok.

kalau negara kite la kene,
xdpt la nk bygkan.

hurm..
pasal boikot memboikot.
mmg patut pon!
dr mane dorg nk wat nuklear & adq bradeq nuklear tu kalau x dr duit yg dorg dpt yg dtg dr kita2 jugak.
xdenye dorg mampu nk buat mende alah tu sume kalo xde duit yg byk tu.

tp stakat cakap "boikot israel" tu xckup.
tgk la skang. ramai kate, boikot McD & seangkatan ngn dye sume.
tup2. muke kat McD tgh mkn.
sndiri larang, sndr buat.
ckp jek lebeyh. hehe

jom. ramai2 kite berdoa, wat solat hajat supaya Islam bangun semula & tadbir satu dunia ni.
tak lupa gak, supaya umat Islam bersatu! :)

Hancurkan Israel!

Unknown said...

im sorry and im agreed. i didnt mean to argued with the words "boycott saja tak cukup", not "boycott macam takde apa-apa".

i mean pasal the senjata or anything to do with bombs or guns.

malaysia sendiri beli senjata dari US, and how can we business-ing them?

yeah, boikot je tak cukup. i agree with that. tapi as u can see, kate boikot, boikot tapi duduk jugak kat McD sambil cakap pasal israel. sambil cakap israel bom islam sane sini still stick with lipstick maybelline on their lips.

i dont know if they really knew the meaning of boycotting itself.
sorry, but no offense. maybe i was too getting blown away by it.

i wonder how malaysians cud proposed those lousy leaders to lead Malaysia. they even read text on proposing ideas in parliment. and im proudly to say, their secretary who prepare 4 the text was more reliable than the ministers.

Ruhil Rosley said...

wah..
boleh jadi cikgu sejarah ni..
sure mesti masuk spm tahun 2009..

yup, saya setuju..
kita harus berdoa supaya dunia ini aman tanpa sebarang peperangan.

mari kita berdoa agar palestin bebas daripada peperangan..

amin,

Shamsul Aizat said...

jahanam israel

Lala said...

betapa bertuahnya saya dan cik eyka
tetapi rasanya nak memboikot tu org malaysia tak boleh tahan la
smlm lalu mcdonald ada ja org melayu memakai tudung kan taktau la kalau bukan islam masuk mcdonald
cheh. haha
dah insaf beli shja buatan malaysia kan bagus.

Unknown said...

burger ramly pon boleh tahan bukan?

ayamas israel ke malaysia ye? masih konfius.

Ainee Cumi said...

yeah btol eyka..at least kiter cube boikot brg dieowg..selebihneyr kiter hanye mampu berserah..
now i layan 'nice bege' yg xkurang sedapnyer dr mcd..
murah pon murah..

yeah i agree most of my beauty product from us like LOREAL n KOTEX tapi br skang tau produk tu dr US..
mengongnyer saya!!
tapi pasnie da abesh pencuci muke tu kene r saya beralih n cari produk br yg seswai ngan kulit saya ni..
mustika ratu perhaps..
any suggestion??

lgpon cian kanak2 kat gaza..
sedey sgt tgk dieowg until menitis air mata..
moga roh dieowg ditempatkan di antara org beriman..
amin!!

ye r saya ni nak sumbangkan duit tak mampu..
ape yg mampu, boikot brg dieowg jer..

Cob Nobbler said...

Ok look at my point.

Semalam Dewan Rakyat bersidang untuk bantah Israel.

Tiga hari lepas banner besar gile diletak depan USM dan ramai orang sign-sign kat banner tu.

Tiga hari lepas Nik Aziz bakar patung Bush.

Minggu lepas bagi memorandum.

Lima hari lepas launch boycott.

Ada apa-apa berlaku tak kat Israel?Ada tak dia hentikan serangan lepas kita sibuk beremo-emoan untuk berenti serang Palestin?

Sekarang,ada tak rejim tu cakap "Ya,kami salah,awak betul"?

Now I tak cakap takyah boycott,tapi memadai ke kita just "boycott" McD,KFC,Johnson and Johnson,Coke?

Malaysia beli jet pejuang Eagle ngan Hornet,beli senapang jenis Bolt dengan US.Malaysia beli amphibious transportation untuk serangan darat dari US.

Tak guna kalau rakyat semua boycott US tapi kerajaan bertindak "pohon rendang sebelah,manis di atas masam di bawah".

Kita di Malaysia ni pun sebenarnya ditindas,sebenarnya.Cuma kita tak perasan.

Tangkapan tanpa bicara adalah undang-undang Zionis.Menggunakan polis dengan kekerasan adalah Zionis.Menangkap budak umur 12 tahun juga adalah Zionis.

Now tiada siapa,mana2 kerajaan berhak tangkap rakyat dia "demi keselamatan negara" - kerana kita adalah warganya.Kita berhak bercakap tentang negara kita - kerana ia negara kita.

Kalau dikira setiap hari kita bayar cukai RM1 maka setiap hari kita dapat RM28 juta.Kalau 1 bulan RM840 juta,kalau setahun?Kita bayar cukai purata RM2.27 sehari kalau nak ikutkan,bila kita beli sabun,beli beras,beli sardin.Semualah.

Tapi kita tak boleh bercakap apa-apa tentang negara kita - atas nama "keselamatan negara".

Dan kita selalu didendangkan dengan perkataan "syukurlah negara kita ni aman sentosa".

Pernah malam-malam pergi Jalan Raja Alang tengok pengemis kais sampah cari makanan?Pernah tanya mak nyah-mak nyah kat Chow Kit tu "kenapa jual bendaalah sendiri" kat orang?

Sama ada Kuala Lumpur atau Gaza,Pulau Pinang atau Baitulmuqadis,kalau penindas,penindas la jugak.

Cuma bezanya di Palestin mereka ditindas mengikut kaum -Yahudi vs Arab,kat sini menindas mengikut kelas masyarakat - kaya vs miskin.

ɥ s ɐ u said...

thanz for the info ya..
:)

Eyka Hamasuba said...

erk...*speechless..

baru balik sekolah ni..
letih tetibe tgk komen yg pjg2..
waaaahh
ape yg sudah terjadi..
adekah saye termiss sesuatu?

cik helena said...

kejam!

ahmdsyhmi said...

walau sekecik mana pun usaha kita,

ia tetap usaha untuk mempertahankan agama.

jangan mempersoalkan..

Dah berapa banyak yang kita buat untuk pertahankan agama kita?

sangat sikit bukan?

boikot bukanla untuk menjatuhkan israel ataupun amerika yang jahanam tu.

tapi boikot sebagai tanda yang dunia sudah mula benci dekat mereka.

dan boikot juga sebagai tanda pengorbanan kita..

pengorbanan dari pakai jenama mahal2 dan selesa..

saurada kita kat palestin sengsara..

bebaskan palestin...