Dashboard
Refresh
New Post
Sign Out
Gallery Myspace Facebook Twitter Friendster

Sunday, December 12, 2010

9 Jenis orang yang tidak disukai

Sentiasa salahkan pihak ketiga!

Sepanjang kehidupan ni, banyak jugak lah saye dengar komplen-komplen kehidupan (secara nyata ataupun tidak) tentang orang-orang yang kebanyakannye orang tak berkenan, iaitu tak berapa nak suka. Antaranya:

1. Orang yang belagak.

Orang belagak ni macam, die suke cerita pasal ke-lucky-an diri sendiri sama ada dilahirkan kaya, cantik, handsome, pandai dan sebagainya. Siape je suke orang belagak? Kadang-kadang rasa macam nak hentam je orang macam tu kan. Tapi, tak boleh jugak sebab selalunye orang tu tak sedar pun diri die belagak.

Anda belagak jika anda suka cerita tentang nikmat-nikmat yang diberikan tanpa melahirkan rase kesyukuran dengan niat untuk membangga dan biar orang pandang anda macam wow die tu kaye gile wa cakap lu! <-- lebih kurang macam tu lah.

Tapi kebanyakkannye orang yang memang betul cantik, kaya, handsome dan pandai (YANG BETUL BETUL) Selalu tak belagak. orang yang TAK BERAPA nak cantik, kaya, handsome dan pandai tu pulak yang selalu melebih-lebih.


2. Orang yang tak committed.

Committed dengan tanggungjawab yang dipikul. Sebagai contoh, teamwork. Teamwork dalam group discussion, presentation ataupun lain-lain. Teamwork dalam sukan pon boleh. Selalu bile sampai tarikh presentation, discussion, ataupun lain-lain tu tiba, orang yang tak committed ni selalu tak datang ataupun lewat dengan pelbagai alasan.

Nenek meninggal, demam panas, penat sangat sampai tak terbangun dan sebagainya. Alasan je yang diberikan. Kata maaf jangan sekali. Sebab apa? Sebab alasan itu disengajakan. Kalau memang betul tak sengaja, secara autometiknya kita akan rasa samgat serba salah dan meminta maaf kan?

Tapi orang yang jenis yang tak committed dengan kerja ni selalu menyusahkan orang dengan memberi alasan, lepas tu buat macam takde apape berlaku. Muka pun nak kerek je sama ada nak tarik simpati atau ingin memberi message 'ape aku kisah?' lebih kurang macam tu la.


3. Orang yang suka menggatal.

Sebut menggatal je ni mesti akan terasa perempuan yang kuat menggatal daripada lelaki, bukan? Sebenarnya lelaki pun sama suka menggatal. Tapi kalau satu pihak je menggatal, memang tak berlangsung la kegatalan tersebut kan?

Saya rasa ramai yang tak suka bila ada orang lain menggatal dengan korang punya kekasih hati kan? Orang juga tak suka bila ada orang yang sentiasa menggatal dengan semua jenis manusia berlainan jantina dengan si penggatal tu sebab orang tengok pun rasa macam 'E!'

Bukan E! news tapi E yang melambangkan kejijikan. Oh, sebentar. Mungkin mereka tak sedar kerana bagi mereka, mereka bukan menggatal, tapi berniat ikhlas untuk menjalinkan persahabatan. Ape salahnye berkawan kan? Tapi.. jangan salahkan ibu mengandung jika anda dibenci oleh masyarakat dengan sifat anda yang terlebih friendly itu. Keh keh.


4. Orang yang berkata bohong.

Berkata bohong ni dalam erti kata lain, suka cerita gebang. Gebang ni cerita nak kebabom je tapi apa pun tarak. Lebih kurang macam orang belagak la. Tapi orang belagak tu dia memang ada nikmat kekayaan, kecantikan, kehenseman dan kepintaran secara semulajadi walaupun sedikit, tapi

orang yang suka cerita gebang ni jenis yang tak mempunyai ciri keempat yang dinyatakan tu, tapi ingin merasakannya lalu mula la menceritakan kat orang lain bahawa dia juga tergolong dalam ciri keempat yang dinyatakan, cuma sebenarnya dia tiada benda tu semua.

Juga, orang yang suka reka cerita kebabom supaya orang respek orang suka orang ter-attract attention dan sebagainya. Mungkin, jenis begini adalah jenis yang sangat ingin menonjolkan diri sendiri ke public society dengan cara yang mudah dan senang.


5. Orang yang terlalu nak menonjol.

Macam biasa, orang yang terlalu nak menonjol ni jenis yang orang dah kenal ataupun nak dikenali, nak orang tahu segalanya sama ada mengenai dia, keluarga dia ataupun cara hidup dia. Nak tahu kenapa orang tak suka dengan orang yang terlalu nak menonjol ni?

Sebab, siapa suka orang yang suka menunjuk-nunjukkan segalanya? Tak kisah lah di mana-mana. Di tengah jalan ataupun di dalam internet ni. Memang ramai yang suka, tapi ramai jugak yang tak suka. Sambil menglihat barang atau perkara yang ditonjol, sambil itu hati atau mulut si penengok akan berkata-kata negetif.

Mungkin mereka jeles? Mungkin. Tapi kan, jeles itu kan satu perkara negetif jugak yang ramai orang tak suka kan? Jadi, jangan berbangga jika ramai orang jeles terhadap anda kerana perkara jeles itu sebenarnya bukanlah satu perkara yang positif.

Tapi biase lah tu, kalau orang jeles, diri akan terase hebat. Bile terase hebat, mane nak kisah dah. Makin ramai yang jeles, makin seronok rasanya hati mereka.


6. Orang yang kolot.

Kolot di sini adalah orang yang jenis suka menceritakan benda yang negetif daripada yang positif. Kadang-kadang cerita negetif yang disampaikan tu bukannye betul sangat pun. Cuma biaselah tu, hidup tak tenang kan tak mengata orang.

Lagi satu, orang kolot ni bagi saya orang yang bila nampak sesuatu je, mesti nak fikirkan benda yang negetif dulu daripada yang positif. Mindanya terkawal dan dipenuhi dengan perkara negetif walaupun sebenarnya benda tu takde apape pun.

Sebagai contoh, bile orang pandang anda, anda rasa apa? Anda adalah seorang yang kolot bila orang pandang anda dan anda rasa orang tersebut pandang anda kerana sesuatu yang negetif. Lalu, anda akan memaki hamun orang tersebut padahal sebenarnye orang tu pandang anda sebab dia meng-envy anda, mungkin.


7. Orang yang over confident.

Confident boleh, tapi jangan over. Selalu orang yang over confident ni terlalu sangat merasakan bahawa diri mereka itu sangat hebat, dan tiada yang lebih hebat melainkan dia dan kalangan-kalanganya yang hebat itu. Selalu yang over confident ni akan bergaul dengan mereka yang sama jenis je. Berkelompok.

Sangat boleh dan tidak dibenci apabila orang itu over confident dengan mendatangkan income, ataupun faedah yang baik. Tapi jenis over confident yang di-tidak disukai adalah jenis yang terlalu confident, tapi sebenarnya apa pun tiada.

Sebagai contoh, dia sangat confident yang dia boleh melakukan sesuatu kerja itu. Tapi sebenarnya dia tak tahu pun bagaimana nak melakukannya. Lalu, apa yang akan terjadi? Mestilah orang meluat. Tadi beriya-iya cakap boleh buat semua, confident je lebih padahal, ape pun tak reti. Sort of like that la.


8. Orang yang suka mengarah.

Orang yang suka mengarah yang dimaksudkan di sini adalah orang yang mengarah tanpa sebarang jawatan. Freelance lah kot. Haha. Kalau macam cikgu mengarah anak murid, itu satu yang normal. Ayah mengarah anak, normal. Ketua mengarah anak buahnya, normal. Tapi kawan mengarah kawan, normal ke?

Sape je tak annoying bile selalu di arah oleh kawan. Kejap suruh buat itu, kejap suruh buat ini. Orang yang di arah itu mungkin ikut je arahan sebab nak jaga hati punya pasal walaupun dalam hati berkata KAU BUAT SENDIRI BOLEH TAK? Kalau boleh, hidung sendiri pun nak suruh orang korekkan.

Padahal benda yang disuruh tu sebenarnya boleh je dibuat dengan sendiri. Lainlah kalau mintak tolong sekali skala, tu takpe. Ni setiap masa nak harapkan orang yang buat. Mesti kawan pun sakit hati. Dah sakit hati ape terjadi? Mesti lah akan meluahkan kat kawan yang lain.

Lepas tu cerita tentang perangai buruk orang yang mengarah tu tersebar lalu orang pun jadi tak suka dengan diri orang yang mengarah tu.


9. Orang yang plastik.

Plastik ni same jugak macam hipokrit. Orang yang memang tak real. Ramai tak suka orang plastik ni sebab orang plastik ni kan macam... takde identiti sendiri. Macam terlalu ingin menonjolkan diri sendiri sampai terpaksa jadi plastik.

Selalunye orang plastik ni die suke menampakkan diri die tu baik sangat macam malaikat. Pijak semut pun tak mati, tendang gajah tak pengsan. Kire memang nampak sangat baik dan suci murni. Bile tengok muke rase macam ade 'nur' padahal..

Jeng jeng jeng. Hanya tuhan saja yang tahu. Haha. Kenapa perlu menjadi plastik dan belagak macam diri tu baik padahal perangai macam hantu? Memang lah aib tak perlu ditayang kan, tapi beragak lah sikit nak plastik pun jangan lah ketara sangat. Bile muke baik tapi perangai macam hantu plastik, memang kompem kompem orang terus tak suka kan.


Malu nak tayang muka.

Ok. Itu je yang mampu saye senaraikan hari ini. Based on experience, which is sama ada saya sendiri yang tak berkenan sangat ataupun kebanyakkan kawan-kawan saya juga tak suka. Saya assume mereka tak suka bila mereka selalu menceritakan dan meluahkan sesuatu tentang seseorang sambil menyatakan sifat tak suka dengan 9 jenis di atas.

Yang saya peliknya, mereka(9 jenis manusia di atas) sebenarnya tak sedar yang mereka sebenarnya tidak disukai oleh masyarakat. Yelah, ape mereka kisah kan? Mungkin sebab masyarakat yang mengenali mereka itu baru sahaja mengenali mereka tapi tidak tahu perkara sebenar.

Mungkin juga masyarakat lain yang dah tahu tu malas nak berbuat apa-apa lalu hanya bersikap hipokrit menerima keadaan orang yang mereka tak suka tu walaupun di dalam hati selalu memaki hamun sifat sifat mereka.

Yaa, nobody is perfect enough kan. So BE nobody! Haha. Buat apa be somebody yang menyakitkan kalau be nobody itu yang lebih sempurna kan? Makan dalam tak ayat saya ni. Hehe. Dan selalunya bila ada orang cerita atau memberitahu perangai mereka yang orang tak suka, selalunya respons yang diterima sangat lah annoying jugak.

Ada aku kisah? :O

Sama ada anda akan di marah kembali, atau orang tersebut jenis yang I DONT GIVE A DAMN di luaran padahal hati sakit, cuma taknak tunjuk dan tak nak mengaku kerana ego, mungkin. Atau mereka akan mengatakan yang anda sebenarnya jeles dengan mereka. Selalu macam tu.

Sebab tu ramai yang mengambil keputusan untuk berdiam diri daripade menasihati orang yang annoying seperti yang 9 jenis di atas. Berdiam diri di sini bukannya maksud berdiam sahaja, tapi hanya berdiam terhadap orang yang tidak disukai tersebut. Tapi selepas itu, akan diluahkan kepada kawan-kawan yang lain yang secara autometiknya orang akan katakanya mengumpat.

Itu bukan mengumpat, tapi itu perkara sebenar yang lahir dari hati tapi disembunyikan kerana mungkin ingin menjaga hati orang tersebut punya pasal kan? Memang lumrah manusia kan yang sentiasa perlukan seseorang yang dapat mendengar luahan hati mereka mengenai perasaan suka duka kehidupan mereka tu kan.

Biasa la tu. Tapi yang peliknya orang yang selalu orang menyampah tu tak nak pulak ubah diri, malah nak pertahankan perangai sendiri yang majority orang tak suka tu lalu memberi banyak alasan seperti aku tak kacau kau pun, kau yang dapat dosa sebab umpat aku. dan sebagainya kan kan.

Tanda W yang menggambarkan 'Whatever!'

Biasalah orang macam tu memang banyak bagi alasan untuk menaikkan balik keyakinan diri yang semakin menghilang tu sebab ramai dah tak suka kan. Kan lebih baik berbincang secara terbuka dan cuba untuk improve diri sendiri. Orang kata terima lah diri dia seadanya.

Tapi hakikatnya, manusia mana nak terima seadanya. Lagi-lagi perangai negetif yang boleh membuatkan orang menyampah ni kan. Perkara yang perlu anda lakukan apabila ada orang tak suka (walaupun seorang) adalah dengan menanyakan kenapa dia tak suka anda.

Orang yang boleh menerima kritikan lalu membaiki diri untuk mengatasi kritikan tersebut adalah orang yang paling cool daripada orang yang menerima kritikan lalu mengkritik balik orang yang mengkritik tersebut. Haha :P

Nasihat bagi mereka yang mempunyai krisis perangai di atas: bersyukur lah jika ade orang yang sudi berkawan dengan anda. Sebab selalunye orang-orang macam kat atas tu susah nak dapat kawan. Sebab perangai mereka yang orang tak berape nak berkenan tu kan? Anyway ade sesiape nak tambah senarai tak? :)


P/S: Salahkan diri sendiri dulu sebelum nak salahkan orang lain. :D


Picture credit to: FLICKR
SEKIAN, 12.05am

17 comments:

Ayeem Jemain said...

terasa bab gatal je. hahaha. suka ayat kat no.5. "menglihat" haha rare!

Fadhilah Mn said...

suka entry ni. tapi kenapa tak ada yang kesepuluh ?

HEHE :D

EykaHamasuba said...

WAH CEPATNYA BACA! :O

skimming je ke apee ayeeeeem? hahaha. ;p

EykaHamasuba said...

Fuyoooo fadhilah! hehe tahu la dah habis spm. kui3. :P

kesepuluh? malas nak banyak2. nnti pjg sgt. fadhilah je la yang tambah ;p

Anonymous said...

haha aku pun tak suka jugak 9 jenis manusia di atass wehh! annoying gilaa kut rasa nak sepak bertubi tubi!

NurulAtiqah said...

i tak suka orang yang belagak, plastik, bossy, over confident tapi apa pun tarak, liar, suka menggatal tak tentu hala, and tambah 1:

annoying brat. rasa macam nak tampar je depa tu semua tapi apakan daya.. i tak mampu nak melakukannya hahahaha!

Anonymous said...

Memang 9 jenis manusia tu tak sedar yang mereka bersifat semedikian ...

termasuk saya sendiri.

Dulu saya ada salah satu sifat tersebut. Esh, aib tak patut diceritakan, tapi saya cerita gak.

So, saya tak perasan langsung orang lain tak suka sebenarnya sikap tersebut. Memang tak sedar dalam hati diorang tu memang dah maki hamun saya. Sampailah satu hari, ada orang mengata belakang saya.

Mula-mula rasa macam nak marah pun ada ! Like, bukan nak cakap depan-depan. Tapi kutuk belakang-belakang. Tapi saya diamkan aje.

Lama saya fikir. Kemudian barulah saya sedar yang selama ini saya bersikap buruk. Haha, macam tak sedar diri sendiri ada sikap buruk selama ni. Serius ! Muhasabah diri, ish tak patut betul aku.

Saya betul-betul rasa down. Rasa bersalah sangat dengan apa yang saya buat selama ni. Memanglah pada mulanya rasa sakit hati dengan orang yang mengata belakang, tapi kalau dia tak buat macamtu, mungkin sampai sekarang saya tak sedar langsung salah saya. Dan mungkin saya tak tahu dia benci saya sangat kerana sikap tersebut.

Lama saya fikir, kemudian saya bagi surat je dekat dia minta maaf semua. Nampak macam pengecut, tapi saya sendiri takde kekuatan nak cakap depan-depan dengan dia. Ya, saya memang pengecut.

Lepastu dia pun cakap dia maafkan saya. Dan saya? Berusaha untuk membuang sikap tersebut. Bila fikir-fikir balik, rasa macam erghh ! Bodohnya dulu kerana bersikap demikian. Malu pun ada !

Tapi kini takdelah rasa malu sangat. I mean, I've learnt a very BIG lesson daripada kesilapan masa lalu. Segala yang berlaku ada hikmahnya.

Buang yang keruh, ambil yang jernih. Dia dengan saya pun dah baik semula sekarang ni. Alhamdulillah :)

Kadang-kadang kita buat salah, tapi tak perasan. Saya suka dengan cara ada seorang kawan saya ni. Kalau saya buat salah, mesti dia marah saya. Mesti dia tegur saya. Mula-mula memang sentap juga. Tapi sesaat dua saat, saya terfikir. Ya, memang saya salah. Dan kalau boleh saya rasa taknak ulang dah kesilapan saya yang ditegur dan dimarah itu.

Tapi yang pasti manusia memang tak lepas daripada berbuat salah dan dosa, itu memang tak boleh nafikan.
Itulah gunanya kawan, tegur-menegur dan saling menasihati.

EykaHamasuba said...

anon 1,
haha tak baik sepak orang la. haish :P


atiqah,
amboii nak tampar pulak dah. hhe cakap je face to face dengan orang tu. :)



anon 2,
wahhh experience yang patut dijadikan pengajaran kan! hehehe selalunye memang gituu orang kate belakang sebab nak jage hati kite taknak lukakan ataupun tak berani nak bagitahu perkara sebenar sebab motif nak jage hati atau taknak kecikkan hati. tapi memang best kan kalau ade kawan yang bagitahu direct ape salah silap kite. niwayy thanks for sharing! :D

KaptenCLOUD said...

nice shot dude!

sayaa :) said...

memang normal jika kita tidak perasan keburukkan diri kita.


oleh itu adalah sangat penting mencari kawan yang sudi berterus terang tentang kita dengan mengatakan yang sebetulnya.


apappun nice posting cik eyka. dari dulu mengikuti perkembangan anda sebenarnya.

EykaHamasuba said...

awan,
:)


sayaa:),
betul tu sayaaaaa. btw terima kasih sudi mengikuti perkembangan saye. ngeh ngeh :P

cimon said...

woo...best entry & pics tuh mmg kene!! (^v^)hehehe

p/s:nice buat muhasabah diri pada waktu malam sebelum tido (^_~)

p/s/s:nanti kalo eyka da keje...confirm eyka akan ++jenis orang yg tak disukai...& ensure that u always remember ur last advice in the entry (paku dihati kalo boleyy ek)...so...we will always be true to ourself (^v^)

EykaHamasuba said...

hehehe tu laa.. tapi haritu dah keje part time. tak tambah lagi jenis org yang org tak sukee. maybe kalau dah keje fulltime nnti timbul la kan. :D

masshie mastura said...

dear. ur pics sume lawa2. nice :)
owhowh i mmg xska org pembohong a.k.a org kuat bluff. eeeee grmnye. haha.

EykaHamasuba said...

hi mastura.. :)

welcome to my blog. ececeh. hehehe thanks btw..gambar tu eyka amik kat flickr. hehe. emm tu la eyka pun tak suke..sepp sket ;p

zi3y said...

nice..mntak share..bleh??;)

EykaHamasuba said...

boleh boleh. silakan :)