Dashboard
Refresh
New Post
Sign Out
Gallery Myspace Facebook Twitter Friendster

Saturday, December 25, 2010

Bila Putus Cinta

Macam mana lah agaknya kan? :O

Ehem. Salah satu perkara yang menyedihkan bagi pasangan bercinta adalah mati pucuk putus cinta. Yaa, putus cinta itu lah yang paling ramai orang nak elak tapi tetap tak dapat dielakkan kerana:


Pergaduhan yang berpanjangan.
Tak tahan dengan karenah pasangan.
Sentiasa nak menang.
Tidak berkesefahamanan.
Pudarnya rasa sayang.
Jumpa orang yang lebih baik.


Dan sebagainya. Senang cerita, tiada jodoh. Orang kata kalau kita biarkan orang tu pergi dan tiba-tiba orang tu datang balik bermakna memang dia jodoh kita. Tapi macam mana kalau dia jodoh kita pada mulanya tapi kita sengaja biarkan dia pergi kerana terpengaruh dengan kata-kata orang tadi + tidak mahu berusaha, akhiranya kita yang mendapat rugi. kannn? :O


Mungkin sebab kekasih kita itu cantik atau handsome atau baik atau bijak atau kaya. Bagi saya, bercinta ni memang satu perkara yang payah dan penat. Nak-nak yang hari-hari gaduh tak ingat dunia. Macam singa dengan buaya merebutkan kambing yang sedang berenang. Masing-masing tak nak mengalah. Nak menang je kerja memang payah lah kan.


Baiklah. Saya rasa, walau sekuat mana pun kamu (perempuan), bila putus cinta mesti kamu akan rasa sedih, down, kecewa, menangis dan sebagainya especially bila bukan anda yang ingin memutuskan, tapi si dia yang anda sayang gila nak mati tu yang membuat keputusan sedemikian. Silap-silap boleh jadi seorang yang murung dan depresi yang amat teruk.

Sekarang semuanya musnah.

Walaupun kita takde lah sayang bebenar dengan kekasih kite tu, tapi tetap dah namanya putus cinta, kita mesti akan rasa sedih walau sedikit. Bagi orang yang dah biasa putus cinta ni memang tak terasa sangat la saat-saat perit bila putus cinta tu kan, sebab dah biasa. Dah immune. Dah lali. Dah macam, ah lantak kau lah laki tak____ (isi sendiri)!


Tapi, bagi orang yang jarang bercinta, yang susah nak bercinta, yang kalau bercinta memang itu je lah yang dia sayang dia pandang dia suka dia seronok bersama, lepas tu tiba-tiba TERputus cinta, memang nak menggila la kan jadinya. Memang down gile rase macam nak korek kubur sendiri. Itu memang tahap extreme to the max punye depresi la kan.


Tapi nak buat macam mana, terima je lah walaupun sukar. Takkan kite nak pakse orang yang tak sudi kot? Jatuh lah maruah kita kan? Tidak eyka, bagi saya cinta segalanya. Maruah kedua, cinta pertama! Ceit. Maruah itu mencerminkan kualiti pasangan yang akan kita dapat satu hari nanti sebenarnye tahu! :O (Pandai-pandai je eyka ni, wawawawa)


Okehlah, saya tak tahu bila saya akan merasai putus cinta ni (mintak dijauhkan) tapi kalau dah takde jodoh, mungkin dia yang sekarang ni bukan dia di masa hadapan. So saya berfikir-fikir dan berangan-angan jugak ape la agaknye yang akan saye rase dan lakukan bile saye putus cinta nanti kan?

Nak gunting tak sampai hati.

1. Sedih dan sepi.

Yelah, sebab setiap hari, hari-hari akan berinteraksi dengan mamat tu kan tak kisah lah dalam phone ke, internet ke, surat layang ke atau berjumpa, at least still kita MESTI akan sekali berinteraksi dengan dia. Bayangkan tiba-tiba putus, terus tak contact. Memang sepi je la phone kita kan. Bile sepi, autometik akan terngiang-ngiang balik memori bile kite eksaited terima mesej/call daripada dia sebelum putus dulu. Autometik kita akan sedih dan sepi.


2. Geram dan benci.

Geram sebab dah banyak masa/duit kita belanjakan untuk dia. Time ni baru lah nak rasa menyesal apa semua padahal dalam hati still sedih tak terhingga. Rasa sangat benci, kalau boleh nak je bunuh lelaki yang tak guna tu tapi apakan daya, takkan nak jadi pembunuh pulak kan? Benci pulak boleh jadi dua, benci pasangan atau benci diri sendiri sebab tak pandai bercinta dengan baik. (HAHA)


3. Menangis dan membazirkan air mata.

Ye kot. Walaupun saye ni jenis yang keras kepala ke ego menggunung semua tu tapi saya tetap suke menangis! HAHA. Mencuci mata itu satu tindakan yang tidak dapat dielakkan oleh perempuan. Lagipun, tu je lah jalan paling mudah. Lepaskan semuanya. Well, Perempuan kan sensitif. Dah sensitif, emosi memang sangat mendalam lah kan. Padahal boleh je relax dan buat macam takde ape-ape berlaku. Boleh, tapi susah. It's easier said than done.

Talk to the hand when the hand got message.

4. Pandang ke depan.

Bile dah puas menangis, mungkin saya akan penat dan malas dah nak menangis. Lepas tu macam dah tak kisah. Macam dah mati perasaan je dekat lelaki yang putuskan hubungan tu kan. Rasa macam, ahh lantak hangg la! Lepas tu terus macam takde ape-ape berlaku. Dalam memori ni terus macam dah kena format, hilang pulak memori masa tengah bercinta dulu. Macam, tiba-tiba folder missing! Haha, dahsyat betul.


5. Cuba berkawan dengan dia.

Ya, dah putus tak semestinya tak boleh berkawan kan? Sebenarnye memang tak boleh pun. HAHA. Sebab rasa macam janggal. Nanti bile kite berkawan kang tak pasal-pasal still anggap kite masih in relationship dengan dia, so secara tiba-tiba kita akan menjadi seorang yang depressi balik semula dan start menangis sebab tak boleh terima hakikat rupanya kawan kita tu sebenarnya orang yang pernah kita sayang dulu, tapi dah putus tapi tak biasa so terlayan lebih terjadilah babak-babak emosi yang meruntun jiwa lagi sekali seperti menyalahkan diri sendiri.


6. Cari je orang lain.

Kawan dengan orang lain ni mungkin adelah salah satu cara yang paling mudah nak lupekan kekasih hati kite yang baru putuskan hubungan murni kite tu. Tapi jangan lah pulak cari orang secara rushing atau secara terburu-buru atas niat ingin melupakan orang yang dah pergi tu. Niat nak berkawan kene ikhlas, baru lah berpanjangan kan kan. (ececeh :P)


Apape pun situasi nye, kite kene lah tabah ye adik-adik. Tabah macam mane tu eyka? Tabah dalam erti kata, percaya bahawa memang die bukan untuk anda pun. Mungkin die tak cukup baik untuk anda, atau anda sendiri yang tak cukup baik untuk die kan (pulakk!) haha. Everything happens for a reason. And the reason is mystery. Bukan misteri nusantara dah, tapi misteri hantu kak limah balik kampung. Kekekeke :P (okay tak lawak)


P/S: Kalau putus cinta je mesti orang menangis kan. Kenape ye? :O


SEKIAN, 1.38am. Pictures by : Flickr.

19 comments:

adiratnashee said...

kadang2 bila putus cinta ada dua sebab kita nangis.

1. sebab kita sayang sangat sampai tak boleh nak cakap macam mana bila putus. a.k.a tak dapat terima hakikat kita lost somebody we love

2. sebab kita cam x boleh control kita nangis oleh sebab yang 1st tuh kita nangis lagi sebab rasa bodoh sebab x leyh control diri sendiri a.k.a tak boleh terima kenyataan kita dah loose control

xtahu kalau xrasa. tapi memang mintaklah dijauhkan ^^
moga eyka selalu bahgia ^^

EykaHamasuba said...

tu la kan. taktau camne nak harung nanti kalau tibe2 satu hari terjadi pulak kan. waaaaa seram! :S

NurulAtiqah said...

putus cinta memang perit...dan perasaaan perit itu yang paling susah nak tanggung...dan itu lah yang menyebabkan kita perempuan ni rasa nak menangis je sepanjang masa...:)

EykaHamasuba said...

eyka walaupun tak pernah rase putus cinte ni tapi tetap macam dapat rase je keperitannye tu ngeh ngeh. tapi tu la kan...tak putus pun dah menangis, bile putus mmg menangis je la agaknye keje eyka nnti wawawawa;p

Nyze The PumpkinBee said...

hype2!
i love this entry..
okay. pB memang dah merasa ditinggalkan, ditipu, meninggalkan dan so far xde lagi cheat on someone...
mula-mula memang rasa down gila..
tapi dah lali putus cinta.. selalunya si 'dia' tu cari lain..
putus cinta yg latest mmg paling menyakitkan hati, but time tu mmg dah keraskn hati and xtahan lagi. dan ternyata keputusan tu mmg betul. seminggu kemudian dia declare dgn org lain. so, nasib baik tak meroyan waktu putus dgn dia dulu...
n please keep this in mind, everything happens for a reason. alhamdulillah pB jumpa mr.Right dan insyaAllah sampai ke jinjamg pelamin. *tgh funding ni.hehe*
and si 'dia' ygyg ex pb yg latest tu, broke up dgn gadis yg merampas dia dr pB. See? what goes around, comes around babe~

*gila panjang comment* haha

Ahmad Hanif Abd Halim Azmi said...

Ni hipotesis la ni ya? ^^'

EykaHamasuba said...

Nyze,
yeap2 everything happens for a reason and karma memang wujud! hehe hopefully bahagia sampai ke jinjang pelamin dan berterusan hingga ke akhir hayattt.. aminnn :DD



hanif,
emmm agaknyeee laa. hehehe ni buah fikiran je sebenarnye wawawa :P

Cob Nobbler said...

nami baru je break up last selasa.
cuma nami phobia dengan selasa.
5 dari 8 gf nami break hari selasa.
huhu!

selasa memang menakutkan!

EykaHamasuba said...

kadang-kadang,
setiap hari adalah hari yang menakutkan bagi eyka.


nami baru break? hmmmm..terkejut jugak sebenarnye ni. hmmmmm:S

cimon said...

hmm...actually guys tak suke be frens anymore with their xgf (X) yg dump diorang... but diorang still akan layann their X yg slalu nak mngadu kat diorang pasal masalah segala(pelik?) coz guys nie memang murah hati *hahaha (^v^)* but sebenarnya hati guys rase sakit mcm kene toreh time X dia call beriya2 (T_T)

but...bg guys jenis pencinta wanita...yg sume dia layann... asalkan dpt benefits...sian tgk girls yg terangau dgn guys jenis nie...mmg tak dpt nak ditolong arr...coz mangsa tsbt susah nak caya bahawa guys tu mmg "boye" (@_@)

so, moral of the story: berkawan jgak dgn kawan2 bf utk tahu peribadi sebenar bf anda (^_~)hihi

p/s:like the first sentences...lawak siot (^v^)hehehe

Naqib Mohamad said...

AKU suka part geram dan benci. setuju sgt sebab kita dah berhabisan habis duit, masa, perasaaan dengan dia last2 dia tnggalkan kita untuk lelaki lain. worthless dan useless apa kita dah buat untuk dia selama ini.

EykaHamasuba said...

cimon,
wahh cimonnn macam berpengalamanan jekk.. hehehe.. emm maybe laki layan pmpuan yang dump diorang sebab diorang still sayanggg kan kan..;D




naqib,
tu laa. free2 dah kene benci. tapi..entah la. susah nak cakap ape yang sebenarnye seseorang itu nak. macam ape yang kite bagi sentiase tak cukup. macam, entah la. haha

@hoy said...

Ulasan No. 5:

Ada betulnya. Terpulang kepada kekuatan masing2.

Pun demikian, berkawan baik pun bagus juga. Nape?

Supaya kita dapat terima realiti yg seseorang itu kini hanyalah sahabat. Sekali, dua kali jumpa still sedih. Pastu jumpa lagi & lagi...lama2 perasaan itu gone. It's all about mindset.

Dengan ini, kita terima hakikat betapa break-up is normal.

EykaHamasuba said...

hoho break up memang sangat normal sebenarnye kan kan. cume cara org atasi tu la yang kadang2 ade je yang tak normal. hehe :P

Syza M. said...

salam eyka, i like your post :)))

EykaHamasuba said...

waalaikumsalam. hehe terharu :') terime kasih syza! :D

♥fatenn meera♥ said...

baru je terjadi semalam..nages xyah ckp lah..sedih sgt..huhuhu
taksgka betol..nak dia balik..

mizzshiema said...

mcm x setuju stetment u last tu...cos i dah kwan n knl dgn bfnye mmber2 but stil x dpt trece mne die hilang mlm2...die bgerak sndri..without frenz...bahaya kan llaki mcm tu...

mizzshiema said...

moral u tu blom tntu bnar sbb bg i dh knl smua kwan2 bf...but x dpt jugak trace kmna die hilang kdg2 mlm2 smpi subuh...kwan2 die pn x taw....so moral kne tahu pgrkan bf kta...n pastikan...btol...bkn cntrol k just kne mik taw kmna die g...