Dashboard
Refresh
New Post
Sign Out
Gallery Myspace Facebook Twitter Friendster

Saturday, May 09, 2009

Umpat Mengumpat

Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Rasullah S.A.W. menjelaskan mengenai mengumpat seperti sabdanya bermaksud
"Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim)

Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.

Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ianya disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.

Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat. Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

"Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.

Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya. Sabda Rasulullah S.A.W.

"Wahai orang yang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala. Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :
"Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering".

Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah. "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya".
Maka Allah menjawab : "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti.

Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkanlah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.

SUMBER : SINI

p/s : Sape-sape yang pernah mengumpat atau TERmengumpat tu baik mintak maap! He he he. Saye pon tak lari daripade mengumpat. Oleh itu, saye ingin mintak maaf kepade mereka yang saye terumpat secara sengaja mahupun tidak sengaja.

Sebab tu lah, berdiam adelah lebih baik daripade bercakap. Sebab, kadang-kadang kalau terlebih cakap, selalu akan timbul isu umpat mengumpat ni, tanpa disedari. Tengok-tengok je dah termengumpat. Bahaye betol, kan? Hoh hoh hoh.

SEKIAN, 1.11pm

16 comments:

creepynut said...

eeyyuupp.setuju one hundred prcnt!
haha :D

ayong said...

setuju2~
heee~

eykaa...
da relink blog akk?
:P

Siti.Khatijah said...

kalau cakap depan depan tu bukan mengumpat kan ?

fezaL Mohd said...

berilmu lah hahaha...

farahmorra said...

oh btul2. tapi kalau rse tak puas ati dan cite kt org laen sme la mengumpat kn?kite kne minta maaf la nnt(: paham paham lah(:
nk spm kn.

----[PERANTAU]---- said...

Betul...
diam itu mutiara...
cakap itu racun...

maksud di sini cakap cakap yang sia-sia.

:)

Lady Fify said...

dats sooo trueee
tpi kalau nk stop mgumpat tue xleh laa
entah knp..
:p

yeahh so dosa kalau mgumpat. should stop this habit ;(

Eyka Hamasuba said...

nadiyah. hehe
sepp sket :D

Eyka Hamasuba said...

ayong. blom lagi. nnti eyka relink ok :)

Eyka Hamasuba said...

siti, bukan kot. heh heh

Eyka Hamasuba said...

fezal. huahuahua :P

Eyka Hamasuba said...

farah. hee hee hee :P

Eyka Hamasuba said...

perantau. oleh itu, jadi diam adalah baik! :D

Eyka Hamasuba said...

farha, tau takpe. same la eyka pon tak leh gak haha tapi masih mencuba. :D

Eyka Hamasuba said...

saje, nak test balas komen satu per satu. hahaha :DD

Khairul said...

eheh.. sejak bila eika jadi pakar hadis ni haha..

aku ada mengumpat kau dulu. mintak maaf yea hehehe.