Dashboard
Refresh
New Post
Sign Out
Gallery Myspace Facebook Twitter Friendster

Wednesday, November 10, 2010

Perubahan bila bercinta

Be free with love, even you're in love.

Orang kalau bercinta, suka untuk nak jadi yang lebih baik. Padahal diri sendiri lain je daripada yang terbaik tu. Tiada orang yang terbaik dalam dunia ni. Menjadi lebih baik itu salah satu usaha murni sebenarnya.

Tapi,

Bila dah dah jadi lebih baik, bukankah bermakna kita sebenarnya dah jadi orang lain?

Well, saya hairan bila ada perempuan atau lelaki sanggup berubah untuk pasangannya. Kalau berubah ke sesuatu yang lebih baik, mungkin boleh diterima. Dibuatnya perubahan tu sesuatu yang tak baik, macam mana lah agaknya kan?

Ada juga orang yang suka menyuruh kekasih hatinya berubah. Konon perubahan yang baik. Tapi, kalau orang tu berubah, bukan kah secara logiknya dia bukan lagi menjadi orang yang kamu sayang tu?

Pada masa ini barulah kita akan terfikir, kenapa agaknya dia sayang kat aku? Sebab muka je ke atau sebab apa? Sebabnya dia asyik suruh aku berubah je. Perempuan selalu runsing bab-bab macam ni. Mesti akan berkata di dalam hati,

LOVE ME FOR WHAT I AM NOW.

Alasan tersebut sebenarnya sangat kukuh untuk mengelakkan perubahan. Perempuan susah nak berubah sebenarnya. Saya sendiri pun susah nak berubah. Dan perubahan tu datang pun sebab diri sendiri nak berubah. Itu yang lebih baik kan?

Kalau kita berubah sebab orang lain, perubahan tu selalunya tak kekal lama. Jadilah apa yang anda selesa untuk jadi. Walau macam mana teruk pun perangai anda, appearkan je di depan kekasih anda tu.

Nanti sedikit-sebanyak perasaan ingin berubah tu muncul, tanpa perlu disuruh. Sebab kalau kita dah teruk, kekasih hati kita tu jenis yang baik-baik, mesti kita ingin berubah untuk jadi yang baik dan sepadan dengannya, kan?

A cup of coffee of love.

Dah kata sayanggg. Sayang itu kan satu perasaan yang boleh mendorong seseorang untuk berubah. Baik dan jahat perubahannya, diri sendiri yang tentukan. Sebab tu kena cari pasangan yang ada nilai murni yang baik. Barulah kontra dengan diri yang tak baik. Dan secara autometiknya kita sendiri akan perbaiki diri sendiri.

Janganlah jadi seorang yang memaksa. Terimalah orang yang anda sayang tu seadanya. Tak perlu idamkan dan tamakkan perilaku yang baik-baik. Tapi bantulah mereka untuk menjadi yang baik. Bukan dengan cara memaksa. (Ceceh,eykaa...:P)

"I tak suka u macam ni macam tu macam ni"

Kalau saya, saya biarkan je. You tak suka you punya suka lah. Haha. Abis tu, kalau you sayang I, you sanggup nak ubah untuk I! Geram je bagi alasan macam tu. Ingat senang ke nak berubah. Dah tu, paksa memaksa pulak tu nak suruh orang berubah.

Sekarang ni lelaki ke perempuan ke suke ugut kekasih sendiri untuk putuskan hubungan kalau si dia tu tak berubah. Ingat tu satu jalan penyelesaian yang baik ke? Buat orang stress adalah. Apa gunanya bercinta kalau menambahkan stress? Baik takyah bercinta kalau macam tu.

Contohnya si lelaki tu smoking, perempuan pulak tak suka lelaki smoking sebab euww so not cool. Lelaki rasa smoking itu satu perkara yang cool. So, si perempuan ni suka ugut nak tinggalkan lelaki kalau dia tak berhenti smoking. Lelaki pun berhenti bagai nak mati. Bila break, start smoking balik. Dua kali ganda lebih heavy.

Jadilah kawan yang baik ketika bercinta.

Kalau lelaki tu sayang perempuan tu, dan tahu perempuan tu alah kepada bau rokok misalnya, lelaki tu akan sanggup berubah sebab perempuan tu, secara tiba-tiba. Ubah perlahan-lahan. Tanpa perlu dipaksa pun. Tapi memang sangat susah sebenarnya cari lelaki yang macam ni. Susah, tak bermakna takde langsung.

Apapepun, take it easy yo! Jadilah anda yang sebenarnya. Tak perlu secara tiba-tiba tukar personaliti bila nak keluar dengan kekasih hati. Lelaki atau perempuan yang ikhlas dengan perhubungan takkan kisah dengan penampilan sangat. As long as you're there, selekeh macam mana pun korang, dia tetap akan terima.

Tapi perempuan mana boleh tak kisah pasal penampilan. Takut si jejaka lari. HAHA. dan juga memang naluri perempuan sendiri. Kalau dia lari pun, anda tak rugi sebenarnya. Tunggu je yang lain datang, yang boleh terima anda di waktu anda cantik dan selekeh. Yang terbaiknya, di waktu anda selekeh pun dia nampak cantik. Kan sweet gitu! hehe :D

Sebenarnya nak suruh orang berubah ni tak perlu dalam kata-kata paksaan ataupun suruhan. Cukuplah dengan memaparkan diri yang baik, nanti insyaAllah kekasih anda tu akan ikut jugak. Contohnya anda ni jenis yang tak tinggalkan solat. Nanti kekasih anda yang suka tinggalkan solat mesti rasa malu dengan diri sendiri, dan terus berubah.

P/S : Lebih baik perbaiki diri sendiri dulu sebelum gatal-gatal nak perbaiki orang lain. :)

SEKIAN, 4.3opm


15 comments:

adiratnashee said...

salah satu sebab kenapa i haven't found my mr. right.

finding a person that willing to accept my dirty secret in the past while building our future

EykaHamasuba said...

it's hard kan? :)

but i believe mesti akan ada lelaki yang boleh terima sis ashee seadanya.

Will always pray for that! :)

nadNARCOTIC said...

excellent post! your words are 99% true :D

cimon said...

the last paragraph is so true... hopefully the changes made ikhlas kerna Dia...from the bottom of heart kan?

hehe (^v^)

----[PERANTAU]---- said...

betul tu..aku setuju..

EykaHamasuba said...

nad,
hehe that's a high percentage! thanks btw. hee. nad, kenapa disable formspring?

cimon,
yup yup. btul tuu.. kalau tak ikhlas, mesti tak kekal lame, dan tak membawa ke mane pun. hehe :P
panda bear ;PP


perantau,
hoho :)

Iki said...

cantik yea gambar2 tu mana u dapat

EykaHamasuba said...

google je :)

Farha Aly Tan said...

i like ur post! :)

EykaHamasuba said...

Farha! thanks! hehe :)

Anonymous said...

Brilliant one!!

-silent reader u-

Ahmad Hanif Abd Halim Azmi said...

post ilmiah(yeke) daripada
blgger penuh informasi, eyka!

EykaHamasuba said...

yeke? hehe terime kasih hanif! :)

Nurul Natasha said...

kak eyka! memang setuju sgt sgt dengan ape kak eyka cakap. :)
kadang- kadang ingatkan nak yg the best la utk pasangan kite tp bila fikir balik sebenarnye kite dah ubah dia dah.
haha bnyk buat kite berfikir la kak eyka!
thanks for that :)

EykaHamasuba said...

natasha,
thanks tasha! hehehe tu laa. sebenarnye byk dah bnde ni terjadi kat sekeliling kite ni haa..and eyka dah lame tulis psl ni sebenarnye baru teringat nak post ;p