Dashboard
Refresh
New Post
Sign Out
Gallery Myspace Facebook Twitter Friendster

Friday, November 12, 2010

Kalau ditakdirkan kita mati esok, macam mana lah agaknya kan?

Dead Silence. Mati secara senyap.

Macam mana lah agaknya kan?

Dunia tak mungkin berubah. Kehilangan seorang perempuan atau lelaki yang bernama sekian sekian memang tak akan mengubah arus dunia yang pesat membangun, tapi sebenarnya menuju kehancuran ni. Lainlah perempuan atau lelaki tersebut merupakan seseorang yang banyak memberi jasa. Jasa yang bermanfaat untuk diamalkan.

Tapi, jasa yang banyak kamu curahkan macam mana pun tetap tak akan mengubah dunia. Manusia tak akan terlalu mengenang pemergian sesiapa pun. Walau sepopular atau seglamour atau terkenalnye kamu. Mungkin pemergianmu akan dirasai sehari dua. Hari-hari selepas itu akan berlalu seperti biasa.

Manusia. Mereka terlalu sibuk dengan urusan peribadi daripada meratapi pemergian kita. Walau serapat mana pun kamu dengan mereka ketika hayatmu. Lalu apa yang akan terjadi kepada kita? Kita yang telah meninggalkan dunia ini dan masuk ke dunia yang baru?

Di saat itu mungkin kah kita akan merindui dunia? Mungkinkah kita akan teringat dekat ibu dan ayah? Jika ibu dan ayah telah tiada, mungkin kah kita dapat bertemu dengan mereka? Atau kita cuma hanya mampu memikirkan amalan-amalan dan perbuatan yang telah kita lakukan sewaktu di dunia ni sahaja? Bersediakah kamu ke arah itu?

Without lights/tanpa cahaya.

Ke arah dunia yang lebih gelap, berseorangan. Hanya ditemani tanah, dan mungkin, binatang-binatang yang menuruti perintahNya. Mungkin kah kita akan berasa sedih, dan menangis kerana tak mampu menahan kesedihan berpisah dengan perkara dunia?

Perkara yang kini sedang melalaikan kita. Yaa, perkara itu kah yang mungkin kita akan teringat-ingat di alam sana tu nanti? Blogging, facebook, movie, SMS dan sebagainya. Tak puas lagi menghayati keindahan dunia. Tak puas lagi membuat amal kebajikan dan juga tak puas lagi memungut dosa (secara sedar ataupun tidak).

Itukah kita? Atau..mungkin juga yang ini. Yang mungkin kita akan pergi dengan tenang. Setenang laut yang tidak bergelora (ECEH). Setenang kita seperti sudah yakin bahawa kita tidak akan berseorangan di sana. Setenang seperti kita sudah bersedia untuk ke alam itu.

Pernah terfikir tak apa akan terjadi dekat kawan-kawan kita yang rapat di dunia ni bila kita tiada nanti? Apakah mereka akan membahagiakan kita dan menemani kita ketika sedang berseorangan di dalam kubur itu kelak dengan doa-doa mereka? Adakah dia akan sentiasa mengingati kita dan mensedekahkan doa untuk kita di sana?

Akan kah kamu, kawan-kawan ku? Akan kah kamu, sahabat-sahabatku? Akan kah kamu, sedara-sedaraku? Akan kah kamu, pembaca-pembaca ku? Atau... akan kah kamu, pembenci-pembenci ku?

Bendera putih tanda menyerah.

Dengan ini, saya, Fatin Zulaikha Binti Abu Samah ingin meminta maaf sekiranya saya ada mengguris perasaan kamu secara sengaja ataupun tidak. Halalkan segala hutang-hutang yang tak sempat saya langsaikan. Doakan kesejahteraan saya jika saya dah tiada. Hayati tulisan-tulisan dalam blog saya ni.

Kejap! Sebentar. Apa pula akan terjadi dengan gambar? Gambar-gambar saya yang tidak menutup aurat itu. Mungkin saya HARUS lakukan sesuatu terhadapnya. Bakarkan sahaja. Bagaimana? Ini internet, dunia digital. Bukan lagi dunia kamera filem. Kalau filem memang mudah nak menghilangkannya.

Walaupun kita mewasiatkan seseorang yang memegang password kita untuk mendelete semua gambar-gambar kita, mungkinkah gambar-gambar kita tu akan hilang dan lenyap serta merta? Tidak. Anda tidak tahu sesiapa yang telah mendownload gambar anda dan save kedalam komputer mereka.

Lalu mendownload naik ke dalam telefon bimbit mereka. Lalu printkan dan lekatkan kat dinding. Kerana mereka terlalu memuja anda. Memuja gambar-gambar anda. Memuja kecantikkan anda. Memuja gaya anda. Memuja senyuman anda. Menutup aurat (tapi tak sempurna) ataupun tidak. Bukan niat kita untuk menjadi seperti itu, tapi sesuatu yang seperti itu tak mustahil untuk terjadi.

It's Our own decision.

Jadi kamu kamu kamu. Gambar itu penting. Walaupun kita sudah pergi nanti, tapi gambar masih tetap berada di sini, dan orang masih menatapnya, maka mungkinkah seksaan kita juga akan bertambah di sana? Bukan terhad kepada mereka yang tidak menutup aurat sahaja. Tapi juga kepada mereka yang menutup aurat tetapi juga sengaja ingin menarik perhatian orang ramai.

Mungkin, ketika orang melihat gambar-gambar mu yang cantik itu, perasaan dengki terdetik di dalam hati mereka, siapa tahu? Dengki dan kemudian menkeji gambar-gambar mu itu kerana terlalu cantik. Mereka dapat dosa, itu semestinya. Tapi kamu? Kamu juga menanggungnya di sana kerana telah mewujudkan perasaan tersebut di hati mereka.

Semua ini hanyalah Mungkin. Saya tak layak menceritakan bab ini, tapi itu yang saya rasakan. Apapun, hayati lah hidup-hidup mu, nikmat-nikmat mu di dunia ini dengan kesyukuran dan keredhaan. Jangan dilupa Dia di sana. Dia yang sentiasa ada ketika ada dan tiada kita. Bersederhanalah. Bersedekahlah. Berbuat baiklah sesama kita.

Ada tiga perkara yang pahalanya sentiasa bergerak walaupun kita telah meninggal dunia iaitu Sedekah, Anak yang Soleh, dan Ilmu baik yang diamalkan. Ingat tu! :)

P/S: Wow, emosi kan? ditemani bunyi piano yang meyayat hati. Hehe :)

SEKIAN, 4.16am

15 comments:

Atiqah Adnan said...

nice one!
sangat terkesan dengan segala apa yang ditulis kan disini.. mungkin lahir dari hati awak sebab tu orang baca ikhlas dan dapat memahaminye dengan baik..

mati itu pasti dan kita takkan bawa apa-apa dari dunie kecuali amal dan iman.. semoga kita semua dapat menikmati kematian yang baik dan tenang..

amin...~

0sh!Nz d' sen0r!ta said...

andai hari esok kita mati.. semoga ibadah kita diterima Allah. tak perlu upload pic sendiri pun boleh blogging kan..

Ahmad Hanif Abd Halim Azmi said...

ingat 5 perkara
sebelum 5 perkara


hee. tak sangka kak eyka
akan post pasal zikrul maut
^^

Sy@hir Ahoy said...

Dengar kata, saat2 mati tu bg orang baik..dia tak sedih malah tak sabar2 ke alam barzakh

(sy rasa mungkin galaksi yg best wallahualam)...:p

Bagi orang berbuat kejahatan, akan mohon 2nd chance utk kembali buat baik...

(kisah saat nafas terakhir)

EykaHamasuba said...

atiqah adnan,
amin:) tulah, kite sendiri taktau amal kite tu diterime ke tak kan..:(

oshinz,
hehe betul tu sis!:)

hanif,
ngehngeh. dah lame dah terfikir,cume time tu takde mood nak tulis. haha :P


syahir,
haa kite yang mane satu lah agak-agaknye kan? :P



nak like sume yang komen!
hehehehee :)

NurulAtiqah said...

menarik post nie!yg sy tau sume tue kan iman kite yg tntukan...if kite beriman,maybe jangka masa yg kite lalui kat alam kubur tu terasa lebih cepat dan pntas..begitu juga sbliknye...

EykaHamasuba said...

muehehe..yeke? eii seram seram. xS

cimon said...

amat berharap taubat & amal ibadat kita diterima olehNya & dilimpahkan rahmat utk diterima masuk ke dalam Syurga yg kekal selamanya di sana.

Amin.

(^v^)

p/s: really nice entry - memang terasa sampai dalam hati (^_~) *thanks*

Anonymous said...

Mati, ramai percaya makhluk ni kan. Akhirat? ramai yang KATA percaya. Allah? ramai yang KAT beriman padanya. Tapi knp kita masih mlakukan maksiat, mudah2 aja memungut2 dosa2 kering mahupun basah, yg tetap mmbakar kita kelak? sedih, nk nangis baca weyhhh, :(, terasa seolah2 kita x percaya Allah un, x takut lgsg dgnnya. Ya Allah kau ampouni kami ya allah, dan tmptkan kami kelak dalam golongan soleh, amin

KaptenCLOUD said...

jadi marilah kita bersama-sama memperbanyakkan amal ibadah..berkongsi ilmu,bersedekah dan berkahwin untuk mempunyai anak yang soleh dan solehah.

aminnnn..

EykaHamasuba said...

cimon panda,
aminn..hehehe kene tobat nasuha cepat2 ni.. taktau ajal bile datang kan..


anon,
aminn..biaselah tu manusia mane pernah tak buat dosa..syaitan pun dah belambak skrg ni.senang sgt tergoda,senang sgt digoda dan terpengaruh. semoge setiap org sedar akan kesilapan mereka dan terus bertaubat. termasuk kite sekali. amin :)




kapten awan,
mari mari. aminn. hehehe :)

twinkle twinkle said...

nice entry :)

miLk+ch0co said...

ouh..ini sangat terkesan..

perawan pelangi said...

tq2..sgt2 best..dh terase nk pkai tudung ke??

EykaHamasuba said...

twinkle,milk,perawan,
thanks.. hehe so bile kite nak bersedia? muehehe

terase nak pakai tudung?
kalau terase, mmg dah lame terase. cume actionnye je, tak buat buat lagi. haih.