Dashboard
Refresh
New Post
Sign Out
Gallery Myspace Facebook Twitter Friendster

Thursday, April 28, 2011

Lelaki Oh Lelaki

Guys guys guys guys..

Bilangan lelaki sangat sikit, pun susah bagi saye nak memahami lelaki tu macam mane. Sepatutnye tak yah faham pun takpe. Lelaki je pun. Siape je lelaki tu? Bukannye penting pun buat mase sekarang ni kan. Hehe.


Anyway, sekarang ni saya tertanye-tanye satu soalan. Kenapa agaknya, lelaki tak boleh kesunyian? Kenapa, lelaki tak boleh nak keseorangan? Kenape ye.. Perempuan boleh je takde kekasih. Tapi lelaki.. mesti nak kena ada.


Kalau bukan kekasih pun, at least.. mesti nak kena ada someone yang boleh tolong jagakan dia. Tolong care pasal dia. Tolong temankan dia. Even bukan kekasih, tapi mesti nak kena jugak ade someone, perempuan yang boleh sentiase dengan die. Why oh why?


Memang lelaki macam tu ye? Macam.. lemah betul ye kalau takde perempuan. Hebat kan perempuan ni. Well, kate pun perempuan ni awesome. Haha. Ye, ade je perempuan hidup takde lelaki. Tapi laki tak boleh kan hidup tanpa perempuan? Kan kan kannn! :)

Perempuan dan lelaki.

Mesti akan ada nyee jugak perempuan yang harus menaikkan semangat lelaki tu, even perempuan tu tak kenal pun kewujudan lelaki tu. Kira macam, lelaki tu senyap-senyap je suka atau minat perempuan tu dan lepas tu secara tiba-tiba je perempuan tu dah jadi semangat untuk seorang lelaki ni melakukan sesuatu.


Macam kat tempat kerja ke, kat sekolah ke, kat mana-mana lah. Lelaki akan lebih bersemangat kalau terserempak atau at least ternampak perempuan yang dia minat atau suka. Walaupun perempun tu tak tahu langsung pasal kewujudan lelaki tu, apetah lagi nak tahu yang lelaki tu minat kat dia.


Asal eh? Sedih la. Mungkin sebab tu la.. percintaan jarak jauh selalu tak menjadi. Sebab.. lelaki memang tak boleh nak keseorangan. Tak boleh nak kesunyian. Even ade girlfriend ke ade kekasih hati. Tapi.. still tak boleh, kan? Sentiasa perlukan perempuan, sebagai semangat.

Hold each other together.

Memang mesti, pasti, perlu, wajib rasenye lelaki untuk ade perempuan yang dekat dengan diorang. Ye lah, kalau jarak jauh kan, sayang memang sayang tapi jauh, semangat pun jauh. So, nak naikkan semangat baru, kena lah minat orang lain yang lebih dekat kan. Lainlah kalau die jauh, tapi duduk kat rumah je tak bergaul.


Kalau bergaul tu yang tak boleh nak keseorangan. Tak minat mendalam pun, mungkin.. at least kena jugak ada perempuan yang boleh nak temankan dia, kan. Hehehe. Entah lah. Susah nak faham lelaki ni macam mana sebenarnya. Diorang pun tak faham diorang tu kenapa. Apa masalah diorang sebenarnya pun diorang tak tahu, kan kan? :)


Perempuan boleh je, kalau berjauhan dengan kekasih hati dan lepas tu tak bergaul dengan lelaki sangat. Perempuan kan setia. Ke, ade je jugak perempuan yang same je macam lelaki yang saye cakap tadi? Kalau ade, buat malu je. Hehe.

Distance.

Ke, memang manusia tak kisah lah laki ke perempuan ke memasing memang tak boleh nak keseorangan. Mesti perlukan each other untuk bangun, untuk ade semangat, untuk dijadikan inspirasi? Entah lah. Saya pun tak faham.


Sebenarnye, perempuan laki memasing memang perlukan semangat la saye rase. Memang perlukan someone to lean on, to depend on, to talk to nights and days. Kan? Kalau ade kekasih tu memang la semua yang diperlukan tu setel. Tapi kalau jauh? Memang susah. Kena kuat. Lelaki kuat ke? Bab-bab perempuan lelaki kan lemah sikit.


Yelah, lelaki kan suke tak bersemangat nak buat something kalau takde awek-awek comel yang support diorang. Patut lah lelaki ni senang je nak tukar perempuan lain. Senang je berubah hati, rasanya. Mereka akan terasa hebat kalau ada perempuan disisi, even diorang single, still pasti akan ade je jugak perempuan yang mereka sedang suka or minat. Mesti kena ada kan? :)


So sekarang ni, tadi saya ada tanye Mr K kegilaan korang tu pasal benda ni dekat formspring. Tak tahu la die nak buat entry pasal tu ke tak. Harap-harap die buat lah ye. Nak jugak tahu kenapa agaknya, lelaki tak boleh nak keseorangan atau kesunyian. :)

P/S: Esok saya dah start busy dengan kehidupan baru. Yay! Hikhik.


SEKIAN, 3.40am. Pictures : Tumblr.

Friday, April 22, 2011

Selepas Seminggu

Assalammualaikum. :)

Selepas seminggu putus cinta. Haha

Maaf lah ye tak update blog sangat. Baru berjinak-jinak dan berjakun dengan Tumblr. So, banyak masa habis kat Tumblr je. Maklumlah, orang baru putus cinta kannn mana nak main blogspot sangat. HAHA. :P


Hm, so dah seminggu saye putus cinta. Eceh. Nak kata menangis tu, tak menangis pun. Menangis dalam hati ade lah kot. Tapi tak perasan. Haha. Nak kata sedih tu, sedih jugak. Sebab selalu kalau bosan mesti akan teringat pasal dia, nak buat ape pun teringat dia. Tapi sekarang? Tettt. Haha.


Nak ingat pun rasa serba salah. Nak ingat pelajaran, sekarang tengah cuti. So rase macam rindu jugak kadang-kadang. So sekarang ni banyak busykan diri melayan kawan-kawan dekat facebook je. Seronok jugak ye kenal dengan orang baru. hihi.

Busy kan diri.

Saya dengan si ehem kekadang message je jugak kami ni. Cuma tu lah, dah takde ape-ape rase macam bersalah dengan diri sendiri untuk ingat atau layan lebih-lebih. Nak layan lebih dari kawan kang rase macam perasan sorang-sorang. Haha. Dan rase macam tak best. Hihi. Kena sedar la jugak limit berkawan dengan limit lebih dari kawan tu :P


Tapi ok je kami berkawan sekarang ni. Ramai orang sekarang trend bila break je tak leh kawan. Break je mesti nak gaduh. Break je nak dendam. Break je nak benci membenci. Tak rase sakit hati ke kalau macam tu? Patut la ramai yang rela terjun bangunan sebab putus cinta. Hehe :P


Sebab leka sangat bercinta masa tengah bercinta tu, sampai lupa yang probability untuk berpisah still akan ada walaupun masing-masing ada rasa sayang yang kuat dan banyak macam mana pun masa mula-mula percintaan tu kan. Haa. Hehe. So lepas ni jangan la leka sangat bercinta. Hati sendiri mesti mahu jaga, baru boleh jaga hati orang lain. Ok? :)

Find some lights in your heart first.

So ape kate, kepada kawan-kawan di luar sane yang tak dapat selamatkan hubungan percintaan tu ambil langkah yang sama. Daripada memendam rase sedih ke ape baik jadi kawan je. Jadi kawan pun not bad. Perasaan sedih tu pun boleh dikurangkan sikit. Kalau rindu tu, mesti lah akan rindu. Tapi jangan dilayan sangat lah perasaan tu. :)


Anyway, cara baik untuk berpisah adalah dengan memahami arah hubungan tu sendiri. Kalau macam dah tak boleh diselamatkan, baik bincang elok-elok dan buat keputusan. Ready je dengan jawapan YES or NO. Tapi make sure dua-dua pihak bersetuju la. Jangan satu pihak je yang YES satu pihak NO, memang tak baik la perpisahan tu nanti. hihi.


Dan lagi satu, kena pandai menerima hakikat. Terima hakikat yang masa sekarang dan dulu tak selalu sama. Selalu relationship memang manis awal-awal je. Sebab memasing excited kan nak bercinte. Lelame tu macam makin kurang-kurang. Makin banyak gaduh makin banyak pendam perasaan.

.. If you know what to do. :)

Sebenarnye, gaduh-gaduh tu sangat normal. Tersangat normal dan tersangat memang akan ade je jugak gaduh ni. Pergaduhan tu satu fasa untuk kite sesuaikan diri dengan kekasih kite tu. Yang penting, kene sabar dan setelkan masalah elok-elok. dan jangan putus asa. Interaksi itu penting. Eceh. Hehe.


Lepas dah putus cinta tu pulak jangan dikenang sangat kisah lama. Sebab kalau asyik terkenang kisah lama je, habis kisah-kisah baru semua tergendala. Kan kan? Kan dah rugi. Haa. Haha. So, baik jangan nak stress kan diri sangat, jangan nak frust menonggeng sangat. Rilek je k? Cool, cool. Hehe.


Anyway, saya dan dia sekarang ni masing-masing masih membantu diri masing-masing untuk move on. I don't know how it feels like to see him with other girl nanti. Atau, apa lah perasaan dia agaknye kalau nampak saye dah jumpa orang lain kan? Ish. Mesti sakit.

Sakit sakit pun, kena lah sentiase senyum! :)

Tapi takpe lah. Kite tunggu je episode seterusnye macam mane nanti. Kalau ade tu, ade lah kan. Hihi. Walaupun ramai kawan-kawan saya yang sedih dan marah saya sebab buat keputusan untuk berpisah minggu lepas, saya still redha. HAHA. RASE COMEL BETUL KAWAN-KAWAN SAYE NI. Terharu betul. Hehe :')


So sekarang ni, ape plan saye ye agaknye? Tak tahu la. Saye akan giat ber-tumblr je la agaknye. Kalau boleh ape yang comel dan best di mata saye sume saye nak reblog. Hihi. Thanks kepada yang sudi follow saye kat Tumblr. Mintak maaf ye kalau saye reblog bende tah ape-ape. Hehe.


P/S: Tumblr memang bagus untuk orang baru putus cinta. Haha. :p


SEKIAN, 12.45pm

Friday, April 15, 2011

Kini Beralih Arah


P/S: Baru berjinak-jinak dengan Tumblr. Singgah la kalau rajin. Hik hik. :P


SEKIAN, 7.30pm

Tuesday, April 12, 2011

A matter of Saying


Sometimes, you have to let someone go and if the person comes back to you, that means you both are meant to be together.


I'm not fully agreed with the quotes. It is because,


Instead of letting go, why don't you just make him/her happy? Letting go will not improve the relationship. It'll make it worst. Seriously.


For me, at least.


Why would you want to let him/her go if you really loves that someone?




Or.. it is just a matter of quote? A quote to calm everyone down, a quote to give hopes to those who are brokenhearted?


Yeah. I think it is just a form of quotes. Nothing much.


So don't be fooled by the quotes. Once you let someone go from your life, it's hard to get them back into your life.


Harder IF the person used to be your lover.


It is because, what's the purpose of letting go, if you wished that it will come back later? Letting go means, you have to let go everything. Forget everything. And close everything.



If not, then it means that you're just playing around. You just simply let someone go, just because you believe that later, he or she will come back to you.


You don't even consider his or her feelings.


So ladies and gentlemen, if you love someone, try to make him or her happy for being with you rather than to let them go.


Bear in mind that, once you have decided to let someone go, it means that you have to reformat everything about that particular someone, and find somebody else to move on.


P/S: One small decision can change everything.


SEKIAN, 6.32pm. Pictures from : Flickr.

Sunday, March 27, 2011

Jenis-jenis Percintaan

Love is something hard to define.

Hai kawan-kawan. Buat ape tu? Sihat? Dah makan? Dah mandi? Hehehe. Tetibe rajin pulak nak tanye kann. Kihkih. Baiklah. Harini saye bosan-bosan, nak share sikit pasal love and relationship yang saye belajar dari kelas psychology. Sebenarnya love ni terbahagi kepada beberape teori ataupun jenis percintaan. Nak tahu? Ok mari teruskan membaca!


Pertama: Eros (Passionate Love)

Eros ni merupakan jenis percintaan yang mementingkan paras rupa fizikal sahaja. Kire macam cinta pandang pertama laa yang kite boleh rase suke tertarik terpikat dengan memandang fizikal orang tu je. Cinta macam ni selalunye cepat sangat berlaku. Sepantas kilat je dah boleh tersuka kat someone. Kalau kite suke someone based on fizikal dan pandang pertama tu namanya adalah EROS ye adik-adik.


Kedua: Storge (Companionate Love/Friendship)

Percintaan ni jenis yang lambat sikit berkembang. Sebab die berkembang daripada friendship ataupun kawan kepada percintaan, iaitu kekasih hati. Percintaan jenis storge ni dia amat mementingkan persamaan antara kedua-dua pihak. Kira macam, persamaan dalam interest ke, atau minat atau anything. Sesiapa yang bercinta dengan bestfriend sendiri adalah tergolong dalam kategori ini.


Ketiga: Ludus (Game-Playing Love)

Tengok maksud ludus tu pun dah boleh tahu dah apa maknanya kan? Ludus ni jenis orang yang suka main-main dalam percintaan. Bagi dia, cinta itu adalah mainan, nothing serious. Selalu orang yang ludus ni memang tak amik serius dalam bercinta, suka main-main dan suka pasang ramai-ramai orang. Diorang ni jenis yang pentingkan diri sendiri je, selalu kisah pasal diri sendiri, dan sebenarnya, tak layak untuk bercinta.


Keempat: Mania (Possessive Love)

Mania atau dalam erti kata lain: Maniac. Jenis yang obses dan menakutkan punya tahap cinta dia kat seseorang tu. Sangat emotional dan selalu cinta yang melebih-lebih. Terlalu obses akan pasangannye. Kalau boleh setiap masa dan ketika tak boleh berenggang dengan pasangan sebab selalu akan suspect something kalau berenggang. Juga dikenal sebagai 'Romantic Love' yang ramai orang nak tu. Nak ke macam ni? Nak memang nak, tapi seram gak kekadang kan. Ngeh ngeh.


Kelima: Pragma (Logical Love)

Love Pragma ni jenis yang realisitik sikit. Dalam erti kata lain, berpijak pada bumi yang nyata la. Sebab dia akan cari seseorang yang sesuai dengan diri dia. Sesuai di sini adalah: Yang sama taraf dengan diri dia. Sebagai contoh, mereka yang pragmatic ni akan menyayangi atau mencintai orang yang sama latar belakang je. Sebab apa? Sebab dia sedar akan kemampuan diri sendiri dan kelayakkan diri sendiri untuk bercinta.


Keenam: Agape (Selfless Love)

Cinta yang sangat rare, dan jarang ditemui. Sebab apa? Sebab Agape ni jenis yang cinta sorang-sorang. Selalu mereka akan lebih memikirkan tentang orang yang dia sayang tu daripada diri sendiri. It is more spiritual than physical. Means, cinta macam ni cinta yang lebih kepada hati atau semangat daripada rupa paras. Jenis yang sanggup berkorban untuk orang yang disayangi daripada melihat orang yang disayangi tu terkorban. (EH?) Haha.


Ok dah tamat teori-teroi jenis cinta yang dirujuk daripada buku rujukan saye ni. Malas nak Google. Kalau nak tahu lebih lanjut, Sila google sendiri ye. Hehe. Saye pasti ramai yang sedang bercinta atau berkait dengan cinta-cinta ni kan. So, which one is your love type? Eros? Storge? Ludus? Mania? Pragma? Agape? Which one? :)

Love jenis apakah ini?

Research indicates that men tend to endorse both passionate love & game-playing love more than women. No wonder la lelaki tak matang memang ramai yang involve nak jadi playboy sekarang ni, dan ramai lelaki yang akan jatuh cinta pandang pertama je kat someone tu. Tengok muka cantik dahi licin je boleh terjatuh hati. Cinta-cinta macam ni selalu tak kekal lama pun.


Women pulak more favor companionate love, logical love and possessive love. Storge, Pragma and Mania. Sebab ape? Sebab well, perempuan kan setia orang nya. Dah setia, emosional pulak tu. Dah emosional, semestinya tak suka kalau ada lelaki yang main-main kan perasaan mereka ni kan. Sebab tu ramai perempuan lebih prefer percintaan yang bermula daripada kawan.


Sebab kalau start daripada kawan, akan lebih sweet bila bercinta sebab masing-masing dah tahu perangai masing-masing kan, dan lebih ikhlas. Why perempuan prefer Mania and Pragma tu? Sebab kalau mereka bercinta dengan Mania, peratusan lelaki tersebut untuk setia kat dia adalah tinggi. Sebab Mania ni sangat highly emotional dan obsessive. Well, perempuan memang suka kalau lelaki obses dengan diorang ni. Nak-nak laki yang diorang sayang. Baru nampak macam caring sikit.

Companionate Love.

Kalau Pragma ni pulak tak sure kenapa perempuan prefer Pragma ni. Maybe sebab supaya lelaki tu tak rasa down atau rendah diri kot dengan perempuan. Ye lah, kalau perempuan tu kaya gaji banyak, laki pulak biasa-biasa je mesti laki tu akan sentiase rase macam tak guna je selalu kan. Rase macam rendah diri, tercabar semua. So, nak menyenangkan keadaan, maybe sebab tu perempuan suka cari lelaki yang sama taraf dengan diorang.


Kalau saye sendiri, sebagai perempuan saye prefer yang Storge tu. Yang percintaan bermula daripada kawan. Kawan dulu lah baru best. Tapi lelaki selalu tak suke. Sebab lelaki, kalau single dan rapat dengan perempuan ni niat die satu je : Die suke kat perempuan tu dan nak bercinta dengan perempuan tu.


So, kalau nak kawan-kawan je memang lelaki malas dan jarang akan merapatkan diri sebenarnye. Diorang mungkin akan lupakan anda dan cari yang lain. Sebab bagi lelaki : 'Kita kawan je dulu' tu sama je dengan 'Saya sebenarnya tak sukakan awak', cuma ayat lebih menjaga hati. Tapi, sebenarnye bukan begitu. Kalau lelaki sabar sikit je, kompem boleh dapat. Kalau tak dapat jugak tu, takde rezeki la maknenye. Keh keh.

P/S: Korang pulak, prefer love yang mane? hehe :)


SEKIAN, 12.41pm. Pictures by : Google.