Dashboard
Refresh
New Post
Sign Out
Gallery Myspace Facebook Twitter Friendster

Thursday, April 28, 2011

Lelaki Oh Lelaki

Guys guys guys guys..

Bilangan lelaki sangat sikit, pun susah bagi saye nak memahami lelaki tu macam mane. Sepatutnye tak yah faham pun takpe. Lelaki je pun. Siape je lelaki tu? Bukannye penting pun buat mase sekarang ni kan. Hehe.


Anyway, sekarang ni saya tertanye-tanye satu soalan. Kenapa agaknya, lelaki tak boleh kesunyian? Kenapa, lelaki tak boleh nak keseorangan? Kenape ye.. Perempuan boleh je takde kekasih. Tapi lelaki.. mesti nak kena ada.


Kalau bukan kekasih pun, at least.. mesti nak kena ada someone yang boleh tolong jagakan dia. Tolong care pasal dia. Tolong temankan dia. Even bukan kekasih, tapi mesti nak kena jugak ade someone, perempuan yang boleh sentiase dengan die. Why oh why?


Memang lelaki macam tu ye? Macam.. lemah betul ye kalau takde perempuan. Hebat kan perempuan ni. Well, kate pun perempuan ni awesome. Haha. Ye, ade je perempuan hidup takde lelaki. Tapi laki tak boleh kan hidup tanpa perempuan? Kan kan kannn! :)

Perempuan dan lelaki.

Mesti akan ada nyee jugak perempuan yang harus menaikkan semangat lelaki tu, even perempuan tu tak kenal pun kewujudan lelaki tu. Kira macam, lelaki tu senyap-senyap je suka atau minat perempuan tu dan lepas tu secara tiba-tiba je perempuan tu dah jadi semangat untuk seorang lelaki ni melakukan sesuatu.


Macam kat tempat kerja ke, kat sekolah ke, kat mana-mana lah. Lelaki akan lebih bersemangat kalau terserempak atau at least ternampak perempuan yang dia minat atau suka. Walaupun perempun tu tak tahu langsung pasal kewujudan lelaki tu, apetah lagi nak tahu yang lelaki tu minat kat dia.


Asal eh? Sedih la. Mungkin sebab tu la.. percintaan jarak jauh selalu tak menjadi. Sebab.. lelaki memang tak boleh nak keseorangan. Tak boleh nak kesunyian. Even ade girlfriend ke ade kekasih hati. Tapi.. still tak boleh, kan? Sentiasa perlukan perempuan, sebagai semangat.

Hold each other together.

Memang mesti, pasti, perlu, wajib rasenye lelaki untuk ade perempuan yang dekat dengan diorang. Ye lah, kalau jarak jauh kan, sayang memang sayang tapi jauh, semangat pun jauh. So, nak naikkan semangat baru, kena lah minat orang lain yang lebih dekat kan. Lainlah kalau die jauh, tapi duduk kat rumah je tak bergaul.


Kalau bergaul tu yang tak boleh nak keseorangan. Tak minat mendalam pun, mungkin.. at least kena jugak ada perempuan yang boleh nak temankan dia, kan. Hehehe. Entah lah. Susah nak faham lelaki ni macam mana sebenarnya. Diorang pun tak faham diorang tu kenapa. Apa masalah diorang sebenarnya pun diorang tak tahu, kan kan? :)


Perempuan boleh je, kalau berjauhan dengan kekasih hati dan lepas tu tak bergaul dengan lelaki sangat. Perempuan kan setia. Ke, ade je jugak perempuan yang same je macam lelaki yang saye cakap tadi? Kalau ade, buat malu je. Hehe.

Distance.

Ke, memang manusia tak kisah lah laki ke perempuan ke memasing memang tak boleh nak keseorangan. Mesti perlukan each other untuk bangun, untuk ade semangat, untuk dijadikan inspirasi? Entah lah. Saya pun tak faham.


Sebenarnye, perempuan laki memasing memang perlukan semangat la saye rase. Memang perlukan someone to lean on, to depend on, to talk to nights and days. Kan? Kalau ade kekasih tu memang la semua yang diperlukan tu setel. Tapi kalau jauh? Memang susah. Kena kuat. Lelaki kuat ke? Bab-bab perempuan lelaki kan lemah sikit.


Yelah, lelaki kan suke tak bersemangat nak buat something kalau takde awek-awek comel yang support diorang. Patut lah lelaki ni senang je nak tukar perempuan lain. Senang je berubah hati, rasanya. Mereka akan terasa hebat kalau ada perempuan disisi, even diorang single, still pasti akan ade je jugak perempuan yang mereka sedang suka or minat. Mesti kena ada kan? :)


So sekarang ni, tadi saya ada tanye Mr K kegilaan korang tu pasal benda ni dekat formspring. Tak tahu la die nak buat entry pasal tu ke tak. Harap-harap die buat lah ye. Nak jugak tahu kenapa agaknya, lelaki tak boleh nak keseorangan atau kesunyian. :)

P/S: Esok saya dah start busy dengan kehidupan baru. Yay! Hikhik.


SEKIAN, 3.40am. Pictures : Tumblr.

41 comments:

KAMIHIDUP said...

siapa kata lelaki tak boleh kesunyian? KAMI semua takde kekasih, rilex je. :)

EykaHamasuba said...

hai KAMI! hehe. takde kekasih, tapi still.. mesti ade minat kat seseorang perempuan kan kan kannnnnnnn? :D

Anonymous said...

Tetiba aku tertanya mende yang sama la. Apesal aku(lelaki) tak boleh keseorangan or kesunyian? Memang betul cakap kau. Aku memang sentiasa akan perlukan someone yang dekat dengan aku even dia tak tahu kewujudan aku.

EykaHamasuba said...

Yeke? peliknye. Kenape ye agak agak? hohohoho.

● ZroTHnkeR™ said...

Haha.. x)~

Hampir sama je rasanye lelaki n perempuan tu.. it depense on urself how u handle the situation..

doubterdramaqueen said...

sye pun x phm laki nim camner kdg2 :)

EykaHamasuba said...

zro,
tu la. depends on diri memasing la. tapi lelaki yang susah sikit nak sorang2.. hehehehhehe *nak menang jgk*



doubterdramaqueen,
susah kan. diorang kate diorang simple, tp bg kite diorang tu paling tak simple di dunie wawawaw :P

Afifi said...

Assalamualaikum.

Entry kali ini menarik dari biasa so saya terpanggil untuk memberikan sedikit ulasan :P

First of all, nak mention kat sini, tak semua lelaki macamtu. Cuma, ada yang saja-saja nak berteman sebab nak nampak market la ada awek comel apa semua. Ada yang motif suka-suka. Tak semua macamtu, sebab masing-masing ada cara sendiri.

Tapi bagi lelaki yang setia dan pernah bercinta sepenuh hati tu, yang pernah dicurangi (ceh ceh, ayat cannot go) lepas frust, dia rasa langsung tak perlu pun ada perempuan sebagai teman wanita atau peneman hidup. *Ini bukan statement gay, I repeat; ini bukan statement gay. Haha. LOL.

Bukan semua lelaki yang senang-senang tukar awek ni. Ingat macam tukar handphone HTC ke? Tapi HTC Mr K tu sexy LOL :P

Lelaki dengan perempuan ni memang saling memerlukan, itu statement yang betul sejak azali.

Bagi lelaki yang single macam aku ni, aku tak perlukan perempuan comel or siapa-siapa yang boleh dikategorikan dalam kelas "awek" untuk support apa-apa dalam life. Relaks, live life to the fullest. Aku tengok kau buat entry ni, macam tengah sedih je :P Well aku pun pernah frust, take time k :P

Persoalan tentang minat kat "seseorang tu" entah la nak ulas macamana. Hilang interest mungkin. In my humble opinion, kalau dah frust tahap dewa memang susah nak kembalikan minat kat mana-mana perempuan pun. Perasaan tu macam completely demolished.

Itu saja, sekian.

*Maaf la ya, comment agak panjang. Sekadar nak bagi pendapat sendiri.

To Fatin Zulaikha Bt Abu Samah, selamat mulakan kehidupan baru.

SagaPutih said...

Cuba kenang kembali sejarah terciptanya Hawa oleh Allah. Apakah sebab utama Allah ciptakan Hawa?

Untuk Adam.

Adam diciptakan sebagai makhluk terhebat. Walaubagaimanapon hebatnya Adam ni, Allah tengok dia kesunyian di syurga, ke keseorangan, memerlukan teman. Hence, Allah pon ciptakan Hawa untuk menemani Adam, dengan syarat, Adam perlu jaga Hawa sebaik mungkin.

Thats y men will always be lonely withou women by their side. they need women to accompany them. Dah termaktub macam tu dalam naluri manusia, tak boleh buat macam mane dan kita tak boleh nak tukar sifat manusia.,

manusia diciptakan berpasangan. All those thing single is better is just bullshit.

thanks and sorry for the very long comment

syazliyana hakimi said...

betul2..sy rasa setuju sgt le post awk ni..mmg btol dan mmg kene apa yg awk kata..tapi bg sy orang yang tak hargai cinta ni payah nak jumpa cinta yg sebenar..

sarahhhhh:) said...

lelaki tu ego. bile ade perempuan die rase mcm dah complete, dah ade "semua"nye la in this world.

susah nak cari lelaki yang boleh go on days without any girl/peminat. tapi ade jugak lelaki yang betul2 berdikari :) dont worry, yours will come will when its the time!

saye tau, awak slalu ckp awak tak sedih lepas break& sume problems ni.. betul. saye stuju awak happygolucky. tapi saye tau, deep down... awak ade jugak rase pelik/janggal/kesunyian kadang2 kan? :) takpe perasaan tu normal even tho awak sedih.

this will prepare you for the future. mcm dorang kate, kalau tak experience mcm mane nak learn kan?

<3<3 nanti kite visit awak ye ngn alis & ili!

Chalk zone ksa said...

mmm..betol part yang minat diam2 2..tapi..yang part laki senang berubah hati 2..x taw la..ase cam bukan je...

cimon said...

hmmm...aku pon mcm ter'agree' jugak dgn ko...yup! lelaki mmg xboleyy sunyi,even if kami solo - but still, musti jek ade girls yg kami admire...heheh (^v^) *kantoi*

ButX3...girls pon same kan?coz kenkadang diorang pon nak main2 sms (at least)...then if kami senyum lame sikit kat diorang... musti diorang suke kan? (^_~)

BUTx2 lagi...distance...is not a problem actually...ramai jek yg ended up at jinjang pelamin (kawan2 sy sbg bukti) even jarak percintaan telah dijauhkan (bukan cinta jarak jauh)...tp ade gak larr yg kecewa (ade bukti)

BUT (skali lg)...kalo ade jodoh - tak kemana kan? doa jek banyak2 & usaha itu tangga kejayaan kan? sabor je lah (^o^)hohoho

p/s: love the pics

MOCHA FLAVOUR~~ said...

hey..bout Tumblr,,can u make an entry bout it..i'm kinda noob hehe,,but love to try somthng new..btw,ur blog was super cute!

EykaHamasuba said...

Afifa. EH AFIFI :P


hehe. betul tu. tengah sedih ni. Eyka pun tak sangke. Hm. Takpe lah. life must go on kan. kan kan. Doakan eyka kuat ye afifi! Thanksssssss for the long comment! Lepas ni komen la lagi panjang2. eyka sukeeeeeee! Bukan senang si peminat rabbit ni nak komen blog eyka kan. Hehehe. btw, kalau single, still msti nak kene ade someone untuk difikirkan, kan? :D





SagaPutih,
Thanks for the long comment! hehee suke bace comment panjang2 ni. hm, betul betul. Lelaki mmg tak boleh kesunyian. Sebab tu lelaki.. susah nak jayekan jarak jauh ni. Takde lah nak salahkan laki je. Maybe perempuan pun tak reti layan laki tu ke. Gaduh berpanjangan ke, and at the same time tetibe datang orang perempuan yang lebih dekat yang menemai die kan.. so memang la.. hm. :S




Sarah,
AWAKKKKKKKK! SAYE TERHARU AWAK SUDI KOMEN BLOG SAYE! datang la jenguk saye. saye rinduuuuuu! and saye nak meluahkan sume2. saye rase nnti mesti saye nangis. Huhuhu. sedih laaaaaaaaaaaaaahhhhhhh. :'( Btw thanks awak! :D




Syazliyana,
Yee. orang macam tu tak matang lagi rasenye. kan kan kan. Takpelah, tabah je. :)




Chalk zone,
ade yang ye, ade yang bukan. Lelaki kalau kesunyian mule lah nak minat2 orang lain. :)





Cimon,
Hehe ye la, perempuan suke tu suke. Tapi kalau dah ade someone kat hati, mmg sentiase kat hati. Depends gak la dengan orang. Kalau perempuan tu jenis gatal, die memang melayan. Same macam lelaki, kalau dah gatal tu gatal jugak. Layan je mane2 perempuan yang flirt2 dengan diorang.. Mesti punye.. :)


Mocha,
Thanks mocha! hehehe. Pasal tumblr? nak buat entry pasal ape ye? Tumblr tu something yang simple je sebenarnye. Hehe :D

Pijahh' de-Arr said...

perempuan is awsome..~

EykaHamasuba said...

Eykahamasuba likes that comment! haha :D

CassiaSiamea said...

tuhan jadikan kita berlainan jantina
supaya saling melengkapi

jika kamu susah fahami lelaki
aku sukar fahami perempuan..

cik fara @ fanadz said...

haha.setuju perempuan ok je walaupun dok jauh dr kekasih hati.

dEkNa said...

yup....
agree giler....
kebanyakan kawan laki aku semua kena ade perempuan bagi support kat diorang tok buat apa2 je, terutama bila nak study mesti cari perempuan nak teman konon bagi semangat la tue..tapi tak semua laki macam tue tapi banyak macam tue la =)

EykaHamasuba said...

Casssia,
Tu la. same la kite. perempuan ni lagi lah rumit hahahahah tp laki pun same rumit :p




cik fara,
tu la. kan kan kannnnn! :)




dekna,
mmg pun kebanyakan macam tu. even strong macam mane pun lame2 tewas jgk kan kan :)

Anonymous said...

Kadang-kadang bila susah kita mencari Tuhan, bila susah kita ingat Tuhan. namun bila senang, begitu mudah kita alpa dan lupa akan Tuhan. Ya Allah, tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami pada agamaMu dan pada ketaatan kami kepadaMu.

Anonymous said...

MISS EYKA,

salam peace.. i'm felt like tacing when i read about ur entry. .
fact, i'm also break off with my bf,. so sad i think..

pasal ur entry menarik sgt.. i strongly agreed. .maybe laki xleh xd pompuan y dkt ng dy even ade awek y dh dijanjikn berbagai2 perkare2.. so sad kn ?=((

but kalau owg dh xnk ape nk wat kn ? huhhh. .
pompuan amek mase y lame ntok cari ganti but guys i dont think so.. hehe

dearie miss eyka,
pray for me ntok kuat.. HAHAHA..

but i believe,
evertyhing happens for a gud reasons right ?
n single doesn't mean no one admires us.. HAHAHAHHAHA

SORY.. komen agak panjang di sini..
feel free to see my tumblr at
songinmylyfe.tumblr.com . .

peace.. HEHE..
-kynnjohari- =)

twinkle twinkle said...

mmg tu lumrah mereke kot

EykaHamasuba said...

anony,

terima kasih :)



anony,
hehehe takpe, komen je panjang2. best! :P emm yup. maybe dah memang lelaki begitu. nak buat camne. terime je la. perempuan pun same je jugak sbenarnye. actually, keserasian tu yang takde, tu yang susah. kalau due2 serase, jauh dekat tetap ok je relationship tu kan. :) it's ok. you can get through this. :)


twinkle,
kan :D

Hanif Halim said...

waaaa, lama tak komen sini
laki, suka ada sense of belonging
kalau takde, rasa macam smthings missing
rasa macam tak 'secured'
entah la, tak paham juga laki ni macam mane..

Budak Kampung said...

siapa cakap xbleh sunyi??

rileks je kalo sunyi...hehehe

game DOTA kan ada..

dunia orang tanpa awek..ehehe

Hunkoi said...

mrah ni...hahaha

syufaa said...

loike ur entry..
maybe ada jugak lah laki yg boleh idup klau xde ppuan..
but payah kot nak cri..
ada, but maybe 1-2 in thousand..
hahaha..not looking down to guys..
but, apa guys nak buat if tak ada ppuan dalam hidup?
xkan nak kapel or kawen dgn laki jgk kot? payah payah.. ;)

mySara said...

sirius memang susah bercinta jarak jauh ni..memang banyak makan hati, mungkin betul kot kata-kata "lelaki ini tak boleh hidup tanpa perempuan..dan lelaki juga lebih mahukan perempuan yang dekat dgn dye.." kenpa yerk? dari pihak perempuan pulak? perempaun okey je bile berjauhan, dan kebiasaanya akan setia.. arghh~

nyzm said...

mak aih komen sume panjang2 je haha

saya boleh je hidup tanpa perempuan.. saya bukan gay hahahaha

Aidil said...

serius aku cakap.. aku tak penah bercinta... dan aku taktau pon apa hangpa merepek

Nobita Sensei said...

wah, steady betul entri ni.

Anonymous said...

Saya tiada kekasih boleh je hidup

Anonymous said...

mungkin sbb ni la bilangan perempuan sgt ramai di dalam neraka. perempuan tak pernah kenal erti bersyukur. perempuan sentiasa tidak pernah puas hati trhadap pasangan masing2, kalau boleh, nak lelaki yg mcm tu, mcm ni, complaint sana sini, tetapi x tgk dulu adakah diri mereka ni dh cukup baik utk dpt lelaki yg baik.

lelaki sememangnya dicipta Allah mmpunyai perasaan trhadap perempuan, sejak azali, begitu jga perempuan. x prlu nak nafikan lagi lumrah yg dicipta tuhan. ni la akibatnye bile perempuan mcm awk meletakkan perasaan emosi awk semasa berbicara dlm blog, x gunakan akal dan pegangan agama smasa brbicara dlm blog. mmg nmpak sgt awk sdg emosi mgkn sbb ptus cinta or smthg, thats why apa yg perempuan ckp kbnyakannya x masuk akal, brckp ikut emosi.

jgnla kata prempuan boleh hidup tanpa lelaki, dunia ni maju dan lengkap segala kepeluan sbb adanya lelaki, segala benda yg tercipta didunia ni adalah hasil ilmu lelaki, segala keperluan yg awk sdg gunakan pon dicipta oleh lelaki. utk siapa sume tu? bkn utk kehidupan lelaki saja, tetapi utk perempuan serta generasi setrusnya.

yg paling penting dan paling mudah utk awk fhm lelaki, lihat sahaja nabi muhammad s.a.w baginda seorg lelaki, dan mmpunyai 4 isteri. di disitu dah nmpak mngapa lelaki mmpunyai hati trhadap perempuan dan kepimpinan lelaki dalam hidup perempuan.

persoalan knp lelaki mencari prmpuan? lumrah dunia bila lelaki mencari perempuan, sbb lelaki mmpunyai sikap memimpin dan menentukan ssuatu dlm hidup mereka, lelaki akn mncari prmpuan yg baik utk dijadikan psngn hidup mereka, sbb prempuan adalah tggjawab lelaki.

sbnarnye kalau kt tgk btol dunia ni, bkn shaja lelaki mencari prempuan, tetapi prempuan jga mencari lelaki, tetapi sft smulajadi prmpuan yg mmpunyai harga diri yg tiggi, perempuan kbnyakan lebih menanti lelaki utk mendampingi mereka. perempuan scara smulajadi tertunggu2 ada x lelaki yg mahukan diri mereka, ataupun lelaki mana yg mahukan diri mereka. so, perempuan x prlu nafikan yg perempuan x boleh hdup tanpa lelaki, kbnyakan prmpuan yg masih survive hidup tanpa lelaki, atas sebab mereka tidak diterima dlm hidup lelaki, dn sbnarnya mereka trpaksa mnanggung derita bahawa hdup mereka x smpurna tanpa lelaki. dan mgkn jga bilangan prempuan didunia smakin bnyk.

ingtla, belajar erti bersyukur, dunia ni x akan sempurna, x akan ada prkataan bahagia kalau lelaki tidak ada perasaan trhadap prmpuan. dan masa tu la nama perempuan tidak ada makna lagi. prcayala, perempuan yg xtau erti brsyukur dgn berkata mcm awk ni, susah utk cari psngan hidup, dan satu hari nnti perempuan2 yg spt ni akan termakan kata2 mereka sendiri. dan akan mengaku satu hari nnti bahawa lelaki sememangnya hebat, dan mereka sgt mmrlukan lelaki dlm hidup. =)

EykaHamasuba said...

Wah. thanks for the comment! :D

and sebenarnya, awak yang emosi sangat ni baca entry saye. No good, no good. ish ish. :P

sebab saya tak cakap pun lelaki tak berguna, tak cakap pun lelaki teruk dan sebagainya.

it's just my point of view mengatakan lelaki: always perlukan someone (a girl) to be on their side.


tu je. kenapa nak emosi sangat? haha. lol. btw thanks. hargai komen awak tu :)

Yus Tawau said...

ha ha ha..cerita yg kamu post ni..buat aku menangis lah..ha ha ha

EykaHamasuba said...

Ye ke? alololo jangan la menangis. HAHA

Yus Tawau said...

ngeekkkkkkk...jgn ckp lagi..buat tambah sedih..

kamen rider said...

btol. kami yg lelaki ni sbenarnya x pndai nak urus diri. sbb tu perlukan perempuan. perempuan pandai urus diri, so kalu xde kitorg pon, korg bole survive. korang (perempuan) is awesome

Anonymous said...

Yeke.tapi tau x memang perempuan paling banyak masuk neraka tapi disebalik itu lelaki tak boleh masuk syurga(suami)memang penuh perempuan kat neraka tapi perempuan juga awal keluar neraka dan masuk syurga.btol la lelaki banyak ciptakan banyak kemudahan tapi dgn kemudahan tu boleh ke kw lawan ciptaan tuhan.lelaki ke yg ciptakan hati beliau sendiri akal sendiri malah lelaki ke yg ciptakan perempuan utk dirinya sendiri.takkn jadi lelaki tetap perlukan perempuan.maksud sekarang ni wanita mampu hidup tampa lelaki bukan ciptaan lelaki.jangan pula nak samakan diri korang tu dgn nabi yg blh kwin 4 sebab nabi blh kawin 4 ialah sifat pemimpin yg diilikinya bukan hanya nama pemimpin sebagai warisannya yg hanya kawin lebih dari satu hanya utk memuaskan nafsu.