Dashboard
Refresh
New Post
Sign Out
Gallery Myspace Facebook Twitter Friendster

Sunday, March 27, 2011

Jenis-jenis Percintaan

Love is something hard to define.

Hai kawan-kawan. Buat ape tu? Sihat? Dah makan? Dah mandi? Hehehe. Tetibe rajin pulak nak tanye kann. Kihkih. Baiklah. Harini saye bosan-bosan, nak share sikit pasal love and relationship yang saye belajar dari kelas psychology. Sebenarnya love ni terbahagi kepada beberape teori ataupun jenis percintaan. Nak tahu? Ok mari teruskan membaca!


Pertama: Eros (Passionate Love)

Eros ni merupakan jenis percintaan yang mementingkan paras rupa fizikal sahaja. Kire macam cinta pandang pertama laa yang kite boleh rase suke tertarik terpikat dengan memandang fizikal orang tu je. Cinta macam ni selalunye cepat sangat berlaku. Sepantas kilat je dah boleh tersuka kat someone. Kalau kite suke someone based on fizikal dan pandang pertama tu namanya adalah EROS ye adik-adik.


Kedua: Storge (Companionate Love/Friendship)

Percintaan ni jenis yang lambat sikit berkembang. Sebab die berkembang daripada friendship ataupun kawan kepada percintaan, iaitu kekasih hati. Percintaan jenis storge ni dia amat mementingkan persamaan antara kedua-dua pihak. Kira macam, persamaan dalam interest ke, atau minat atau anything. Sesiapa yang bercinta dengan bestfriend sendiri adalah tergolong dalam kategori ini.


Ketiga: Ludus (Game-Playing Love)

Tengok maksud ludus tu pun dah boleh tahu dah apa maknanya kan? Ludus ni jenis orang yang suka main-main dalam percintaan. Bagi dia, cinta itu adalah mainan, nothing serious. Selalu orang yang ludus ni memang tak amik serius dalam bercinta, suka main-main dan suka pasang ramai-ramai orang. Diorang ni jenis yang pentingkan diri sendiri je, selalu kisah pasal diri sendiri, dan sebenarnya, tak layak untuk bercinta.


Keempat: Mania (Possessive Love)

Mania atau dalam erti kata lain: Maniac. Jenis yang obses dan menakutkan punya tahap cinta dia kat seseorang tu. Sangat emotional dan selalu cinta yang melebih-lebih. Terlalu obses akan pasangannye. Kalau boleh setiap masa dan ketika tak boleh berenggang dengan pasangan sebab selalu akan suspect something kalau berenggang. Juga dikenal sebagai 'Romantic Love' yang ramai orang nak tu. Nak ke macam ni? Nak memang nak, tapi seram gak kekadang kan. Ngeh ngeh.


Kelima: Pragma (Logical Love)

Love Pragma ni jenis yang realisitik sikit. Dalam erti kata lain, berpijak pada bumi yang nyata la. Sebab dia akan cari seseorang yang sesuai dengan diri dia. Sesuai di sini adalah: Yang sama taraf dengan diri dia. Sebagai contoh, mereka yang pragmatic ni akan menyayangi atau mencintai orang yang sama latar belakang je. Sebab apa? Sebab dia sedar akan kemampuan diri sendiri dan kelayakkan diri sendiri untuk bercinta.


Keenam: Agape (Selfless Love)

Cinta yang sangat rare, dan jarang ditemui. Sebab apa? Sebab Agape ni jenis yang cinta sorang-sorang. Selalu mereka akan lebih memikirkan tentang orang yang dia sayang tu daripada diri sendiri. It is more spiritual than physical. Means, cinta macam ni cinta yang lebih kepada hati atau semangat daripada rupa paras. Jenis yang sanggup berkorban untuk orang yang disayangi daripada melihat orang yang disayangi tu terkorban. (EH?) Haha.


Ok dah tamat teori-teroi jenis cinta yang dirujuk daripada buku rujukan saye ni. Malas nak Google. Kalau nak tahu lebih lanjut, Sila google sendiri ye. Hehe. Saye pasti ramai yang sedang bercinta atau berkait dengan cinta-cinta ni kan. So, which one is your love type? Eros? Storge? Ludus? Mania? Pragma? Agape? Which one? :)

Love jenis apakah ini?

Research indicates that men tend to endorse both passionate love & game-playing love more than women. No wonder la lelaki tak matang memang ramai yang involve nak jadi playboy sekarang ni, dan ramai lelaki yang akan jatuh cinta pandang pertama je kat someone tu. Tengok muka cantik dahi licin je boleh terjatuh hati. Cinta-cinta macam ni selalu tak kekal lama pun.


Women pulak more favor companionate love, logical love and possessive love. Storge, Pragma and Mania. Sebab ape? Sebab well, perempuan kan setia orang nya. Dah setia, emosional pulak tu. Dah emosional, semestinya tak suka kalau ada lelaki yang main-main kan perasaan mereka ni kan. Sebab tu ramai perempuan lebih prefer percintaan yang bermula daripada kawan.


Sebab kalau start daripada kawan, akan lebih sweet bila bercinta sebab masing-masing dah tahu perangai masing-masing kan, dan lebih ikhlas. Why perempuan prefer Mania and Pragma tu? Sebab kalau mereka bercinta dengan Mania, peratusan lelaki tersebut untuk setia kat dia adalah tinggi. Sebab Mania ni sangat highly emotional dan obsessive. Well, perempuan memang suka kalau lelaki obses dengan diorang ni. Nak-nak laki yang diorang sayang. Baru nampak macam caring sikit.

Companionate Love.

Kalau Pragma ni pulak tak sure kenapa perempuan prefer Pragma ni. Maybe sebab supaya lelaki tu tak rasa down atau rendah diri kot dengan perempuan. Ye lah, kalau perempuan tu kaya gaji banyak, laki pulak biasa-biasa je mesti laki tu akan sentiase rase macam tak guna je selalu kan. Rase macam rendah diri, tercabar semua. So, nak menyenangkan keadaan, maybe sebab tu perempuan suka cari lelaki yang sama taraf dengan diorang.


Kalau saye sendiri, sebagai perempuan saye prefer yang Storge tu. Yang percintaan bermula daripada kawan. Kawan dulu lah baru best. Tapi lelaki selalu tak suke. Sebab lelaki, kalau single dan rapat dengan perempuan ni niat die satu je : Die suke kat perempuan tu dan nak bercinta dengan perempuan tu.


So, kalau nak kawan-kawan je memang lelaki malas dan jarang akan merapatkan diri sebenarnye. Diorang mungkin akan lupakan anda dan cari yang lain. Sebab bagi lelaki : 'Kita kawan je dulu' tu sama je dengan 'Saya sebenarnya tak sukakan awak', cuma ayat lebih menjaga hati. Tapi, sebenarnye bukan begitu. Kalau lelaki sabar sikit je, kompem boleh dapat. Kalau tak dapat jugak tu, takde rezeki la maknenye. Keh keh.

P/S: Korang pulak, prefer love yang mane? hehe :)


SEKIAN, 12.41pm. Pictures by : Google.

36 comments:

Nordin said...

Aku storge! Heheh. Aku ada sorang perempuan ni, kira bestfriend jugak la. Kitorang still dalam batas friendship, tapi aku dah lama simpan perasaan dengan dia. I bet she also have feeling towards me. Tapi sayang dua2 ego nak ngaku. Hakhak. Biar je la. Kalau dah jodoh, aku sanggup tunggu sampai dia dah abis study. :)

EykaHamasuba said...

Hai Norman! :D

Sweeeeeeeeeeeet! haha. serius perempuan suka kot macam tu. tapi kalau tak bagitahu kan.. takut melepas pulak nanti norman. Kekadang perempuan ni susah jugak tau. Die takut kalau laki tu senyap dan kawan je makne memang kawan je. So better, luahkan dulu perasaan tu. tp secara indirectly la. hehehe. :)

Tak Bernama said...

Lelaki sebenarnya tak suka berkawan dengan perempuan yang diorang tak suka.Maksud aku kawan in term of 'bestfriend' sebab rasa macam nonsense lelaki nak rapat dengan someone tu bukan sebab nak bercinta.Eventhough bende tu (lelaki kawan perempuan) tetap tak mustahil untuk berlaku.

Syakirah Azami said...

rasa nak menangis tau bestfriend saya macam ni dah sekarang ;')

milimilo said...

go for storge type. macam lagu lucky *colbie n mraz "lucky i'm in love with my bestfriend. =)

setuju part yang "kita kawan je dulu" tu maksudnya awak sabar lah sikit insyaAllah boleh dpt. heee =)

<3

EykaHamasuba said...

tak bernama,
erk. tapi best ape kawan. takde beza pun sebenarnye bercinta dan berkawan. bercinta tu lebih kepade = bestfriend sbenarnye, bg pmpuan. :D



syakirah,
AWAK KOMEN BLOG SAYE? AWAK KE NI? terharu tauu :')



milimilo,
ha'ah. mmg perempuan suke bercinta dgn bestfriend. eyka pun prefer yang tu. hehe tapi lelaki selalu tak boleh kan. pelik. haha nway thanks! ;)

cimon said...

cinta storage...aku personally lihat cinta nie slalu berputik di kalangan rakan2 sejak zaman sekolah - so far da 2 orang kawan aku kawen melalui cinta ini & sorang yg da kecewa (T_T)...time kat uni & zaman bekerja - da takde lg cinta mcm nie - yg tgl cinta eros or pragma je kot...buat stok nak kawen (^v^)hihihi

p/s: cinta storage - kalo lambat bgtau perasaan mmg melepas...

frahynx rose :) said...

saya pun storgeee :) iekaaa, jarang2 sekali i nak komen2 ni...(konon nk bgtau berharga la komen i ni) hahah..jus kiddin.. i slalu datang blog u. pantang tengok update, laju jaaaa pegi baca. :)) noce entry eyka, semua entry u best sgt ! xoxo.

● ZroTHnkeR™ said...

haha.. sy tak tahu sy yg mana.. so sad~

Ahmad Hanif Abd Halim Azmi said...

Kak Eyka dah jadi semacam pakar bab ni. Boleh buka pusat kaunseling eh ;D

Mr K said...

Mengadangada Mili nak bercinta dengan best friend ;)

Yana Shahren said...

prefer storage and logical love. Wahh hehe betul kenal dgn kawan dulu baru lah kekasih hehe

Anonymous said...

storge tu sangat menarik ye.ramai prefer storge sebab selalunya percintaan yang mula dari kawan tu tahan lebih lama daripada yang lain-lain tu kan?



best belajar saikology ni eyka.next sem ada lagi?

0sh!Nz d' sen0r!ta said...

saya suke lelaki yang setia dan bertanggungjawab. haha. dalam kategori mane ye cik eyka?

sy@hir @hoy said...

Hye Eyka, Nandos legend! :p

Nice topic. Baru tahu rupanya ada gak kategori2 nih. Hmm, Maner dapat nih? ;)

EykaHamasuba said...

cimon,
hehehe zaman uni still storget la cimon. kalau dah degree part 4 ke 5 baru cari pmpuan stok kahwin. cimon stok cinte yang mane pulak? :P



frahynx rose,
terima kasihhhh. sebab sudi bace. sebab sudi komen. terharu tauu. hehehe. harap teruskan membace ye :D



zrothnker,
haha tipu lah taktau. nak kahwin dah ni kan ehem ehem




hanif,
tak boleh lagi la hanif. tak byk ilmu di dada lagi hahaha :p




Mr K,
sape tah bestfriend dia tu agaknye ye. lalalala~ :p




Yana Shahren,
kann? sometimes kekasih tu pun still kawan kite kan :DD



anonymous,
hehe next sem? tak sure la. hhoho rase macam takde je. sedih :(



oshinz,
setia tu mungkin yang mania tu. bertanggungjawab.. mungkin yang storge kot. hehe entah la sis :P



syahir,
eh jgn la pggl nandos legend. haha :p dapat dari buku la. hehe intro tu social psychology :D

● ZroTHnkeR™ said...

haha siyes tatau la miss~

comlicated la plak nk fkr.. kn org gitau mana satu kot :P~

sy@hir @hoy said...

Hehe. Nandos legend sbb dulu ada sorang Ninja keje kat situ, pastu dah ghaib. Hmm, mana ntah dia pegi, balik Jepon kot :p

Bagus isu ni sbb new discovery. Ehm, maner dapat buku tu? Kat rak tersorok PTAR2 yang penuh misteri ke? hehehe

Anonymous said...

kalau masing masing dah suka dengan satu sama lain tapi tetap kekal kawan sampai masa yang sesuai datang macamana? d:

Yana Shahren said...

Haaa yup, even dah jd kekasih masih mcm kawan jugak cool :)

EykaHamasuba said...

zrothnker,
takyah fikir pun takpeee sbnrnye haha bnde ni tak penting pun :p



syahir,
a'ah la agaknyee balik jepon wawawa. :p eh bukan la. ni buku beli kat lecturer. hehe dalam tu byk lagi topic lain. topic yang ni topic kecik je sbnarnye :D



anony,
macam mana apanya? teruskan je lah berkawan kalau masing-masing dah putuskan untuk berkawan dulu. hehe tp ade risiko la kalau lama sangat berkawan sbb takut2 spnjg berkawan tu, muncul orang2 lain yg buat kite atau die terpikat, nnti msti memang akhirnya orang yang stay berkawan tu akan kekal berkawan je, dan bercinta dengan org lain. camtu la pndgan eyka. ;)

sy@hir @hoy said...

Hye Eyka. Whasap!

Pandangan Eyka tu bernas! :) Kawin bukan stakat sex tp lebih dari itu; membina institusi keluarga yang utuh spt tersirat dalam suruhan agama Islam. Kawin itu satu kedamaian dan bisa membuatkan hati tenang.

Selain financial matters, ramai orang kawin sbb sex pastu bila bosan, salah sorang tinggalkan pasangan mereka. Anak beranak terkapai2 tuntut nafkah pon tak bagi. Ini masalahnya bila ternikah ngan orang yang salah. Cakap 'What the Hell' pon sudah tak berguna lagi :p

Bagi kes yang terkantoi ngan Jabatan Agama Islam, akhirnya mereka disuroh menikah juga.

Kadang kala, kesian gak tengok kes buang janin & bayi merata tempat ni. Dulu bercinta bukan main lagi janji2 manis.

Soalnya skunk, nak salahkan siapa? Kalu kita tuding jari kat mana2 pihak pon takkan selesai sampai bila2 kecuali esok kiamat barulah isu diam :p

Soalnya, diri individu harus menggunakan akal. Kadang kala, ibu bapa dah ajar pon ttg agama & moral tapi anak buat hal juga.

Sy ghasa, isu patriotisme pon main peranan penting. Patriotisme ini soal cintakan bangsa dan tanah air. Ia bersifat holistik dan universal. Patriotisme juga sebahagian dari tuntutan agama.

Bayangkan,jika mereka meletakkan patriotisme sbg perkara asas mengatasi yang lain, sudah pasti mereka takkan lakukan benda2 tak elok. Kerana ada isu yang lebih besar boleh difikirkan selain soal cinta.

Hang Tuah pernah jatoh hati kapada Puteri Gunong Ledang dan lain2, tetapi beliau tidak pernah melupakan tanggung jawabnya sbg wakil Kerajaan yang mempertahankan Agama, Bangsa dan Tanah Airnya hingga akhir hayat.

Ehm yeah! :D

(Eh, kalu ada 2x komen sila delete. Dh antar tp intenet wat hal haha)

izwan7 said...

hi there.newbie kt sini.
storage seems plg best, tp aku sendiri penah failed utk kes storage ni. kitorg kenal,then bile kapel dh x best mcm mase kwn..xtau kat mane silap, n we decide to take our own path. luckily smpai skrg kitorg masih 'berkawan'.. so storage doesnt work to me lol

pragma ni rare jugak, tp mmg ade orang mcm tu. setuju, ni slh satu cara nk kurangkan 'gap' self esteem tu. klu merendah diri sgt pun bosan jugak, nak pulak yg laki tu gaji lg kecik dr pompuan.. laki kn ego sikit, malu la kunun ego tercalar

mania pulak, i dont believe in such thing until marriage comes. sbbnye bile kite put everything into 1 basket, mengharap sgt kat si dia,intan payung my other half/soul bagai, bile end up yg x best tu yg mule jd gile, nk bunuh diri la, givup study la, last2 skali ex kite berjaye kite tah kemane. so kenape nk jd cmtu, nk give hope pun berpada-pada la. still ada batas die

aku x ckp bg pihak semua lelaki, but in my point of view. mungkin diorang ade pandangan lain.

Anonymous said...

waa sukanya post ni. tak da button like ka? haha :)

Anonymous said...

haah lah eyka. takut jugak. sebab kita berdua decide nak habis study dulu kejar impian masing masing dulu then dah sampai masa baru nak serious.sekarang ni cuma berkawan je. tapi tulah takut jugak kan kalau dia boleh minat orang lain.haisy doa doa tak lah

syed hafeez said...

cinta sejati tu kategori cinta apa? keh keh

EykaHamasuba said...

syed hafeez,
ade ke yang sejati skrg ni? hohoho.
*nasib la kat sini tak leh nak like. hahahahahaha



anonymous,
a'ah doa doa lah supaye tak. hehe tapi kalau dah doa pun still macam tak leh nak together tu, terpakse la lepas kan je. yang penting, jgn berharap sgt. sbb nnti kalau ape yang diharapkan tak dapat, rase sedih je memanjang. kan kan :)



anonymous,
takde. haha malas nak buat. :P




izwan,
haa that's right. any types pun tak semestinye kekal even kite bercinta dengan kawan baik kite sekali pun, kalau dah macam tak leh nak kekal tu memang--- tak boleh la rasenye. takde jodoh la agaknye tu kan. nak buat cemana. terpaksa learn to let go everything. hehehe. anyway, mania tu ade je before marriage rasenye. but tak bagus la untuk orang jadi maniac sgt. sbb itu macam, menyeramkan. btw thanks for your opinion! :)



syahir,
tu la. tapi skrg ni patriotisme dalam diri bebudak pun tak berapa nak banyak. macam, dah tak kisah sangat pasal bende2 patriotik ni. dah tak same macam semangat dulu, nak buat camne tah. eyka pun malas nak fikir harhar baik keje nandos lagi best hahahahaha

Mr K said...

Oh baru perasan, girl dalam gambar tu naked. -,-

EykaHamasuba said...

TELITINYEEEEEEE :O

cikpia said...

STORAGE!

i'm now in a relationship with my officemate who used to be just a friend.... but he was always there waktu aku ada masalah ngan my ex bf. so bibit2 sayang lebih dari a friend tu timbul between us. and yes, it IS sweet. he he....

chummy cliche said...

nak bercinta dengan member.. mesti best... hihi..

.sweet-ants. said...

xtau mana 1.. tp sy rasa sy pragma kot :D sy fikir penerimaan family dahulu pd pilihan hati sy sbb ayh sy ramai org kenal, family sy byk org sekodeng. baik buruk org bcakap belakang. ni ssh buat sy... xtau lah

cikmimmie said...

aku jenis storge, mula sebagai kawan..dh jadi kekasih pun kami masih mcm kawan..selesa sgt keadaan camnie,doakan kekal ke akhir hayat yer.. =)

EykaHamasuba said...

Cikpia,
haa harap harap berkekalan hingga akhir hayatt. hehe ;)



chummy,
best best. :)



sweet-ants,
ye ke? hehe ok jugak tu kalau kite bercinta dengan orang yang sama taraf. kan kan ;)



cikmimmie,
insyaAllah. :D

ⓐⓒⓗⓘⓔ said...

AWWW . storge :DD HAHA .

Anonymous said...

nice entry! mohon share yerr :))