Hello people of Cakarawaleyka Selamenyerlah. Apa khabar sihat ke? Dah nak raya ni korang balik raya ke tak? I believe orang-orang yang ada blog ni mostly umur baya-baya eyka je so indirectly kita membesar bersama-sama. Which means sekarang mostly dah ada pekerjaan sendiri, dah ada keluarga sendiri, dah duduk asing dengan family. Kan kan kan?
Eyka pun tak terkecuali. Kalau nak tahu sekarang ni Eyka menetap di Negara Brunei Darussalam. Walaupun kongsi tanah yang sama dengan Malaysia (Sabah & Sarawak), still rasa rinduuunyaa dekat kampung halaman ku di Semenanjung Malaysia. Rasa jauh sangat mungkin sebab kena naik kapal terbang kot. Kenapalah ada laut cina selatan kan? Kalau takde kan dah boleh naik kenderaan darat je. Kihkihkih.
Cadangan perjalanan oleh Google Map
Kalau ikut Google Map ni sebenarnya boleh je nak naik kereta dari Brunei ke KL dan memakan masa selama 124 jam. Tapi sebelum sampai KL kena singgah Jakarta dulu. Mahu tak kematu punggung duduk dalam kereta selama 124 jam! Haha. Kalau ye pun bagi cadangan naik kereta, logik la sikit Google Map. Ada ke petrol station tengah-tengah laut tu. Dibuatnya habis minyak sebelum sampai Jakarta macam mana?!
Haha. Okay back to our topic now. So balik raya di kampung halaman ke tak tahun ni? InsyaAllah kami balik. Yehuuu! Walaupun selalu rasa berdebar bila naik flight (sebab tak suka naik flight), tapi bila terfikirkan mak dan abah terus rasa berani je nak naik sebab nak jumpa mak dan abah. Doakan perjalanan kami dipermudahkan ye! Thank you!
Sekian, 12.16AM
No comments:
Post a Comment