Dashboard
Refresh
New Post
Sign Out
Gallery Myspace Facebook Twitter Friendster

Sunday, September 06, 2009

Restoran Briyani Insaf

Insaflah anda sebelum anda diinsafkan. kih kih :P

Baru pulang dari berbuka puasa bersama keluarga di Restoran Briyani Insaf. Nyumm memang best! Sejak kecik lagi kami sekeluarga suke makan kat situ. Sebab dulu office mak dan ayah saye berada berdekatan dengan restoran insaf tu. So bile time lunch je mereka akan makan kat situ.

Walaupun jauh dari kediaman kami di Shah Alam, tetap nak pergi jugak! Haha. sebab mak saye cakap daripada buke puasa kat hotel baik buke kat insaf. Lagi sedap dan menginsafkan. HAHA. Murah lak tu. Memang mabeles! Tetiap tahun tak penah tak ramai orang. Sampai ada yang sanggup tunggu kat luar sebab nak tunggu turn!

Siapa yang berminat nak berbuke puasa kat situ saye sarankan anda telefon seawal 10.30am untuk menempah terlebih dahulu sebab kalau tak reserve memang susah nak dapat tempat. Tadi kitorang bertolak pukul 5.00pm. Punye main semangat sebab takot jammed punye pasal, walaupun dah tempah awal-awal. Tengok-tengok jalan raya tersangatlah lengang.

Mungkin sebab semalam dah jammed sesak so harini orang pun serik nak keluar kot. Itu conclusion yang dibuat oleh ibunda tercinta. hehe. Sampai sane pukul 5.35pm. Setengah jam je perjalanan. Kan best kalau hari-hari tak jammed macam tadi. Pergi senang, balik pun senang sampai rumah hati girang sebab perut kenyang. hahaha. So tadi nak pukul 10.00pm baru sampai rumah. Perut masih tidak kempis. Alamak! Macam ma ne ni! Hahaha :P

Info dipetik di sini.

Terletak di Jalan Tunku Abdul Rahman. Dekat dengan sogo. Kalau naik LRT berhenti kat bank negara pastu kene jalan sikit untuk sampai ke sana. Tadi pergi ramai betul manusie melepak dan membelah beli di jalan T.A.R. Biase lah tu kan, nak raye ni memang ramai orang pergi sebab nak beli keperluan hari raye. (ke memang sentiase ramai,taktahu la pulak. hahaha)

Nak cakap pasal harga? Harga sentiasa meningkat tapi orang tetap tak jemu nak pergi. Mase tahun 90an dulu, harga sepinggan hanyalah RM5.50. Murah kan? Lepas tu kami pindah ke sabah dan balik semula ke sini harga dah naik. Tak sure berapa tapi tahun 2009 ni pakej buka puasa RM18 satu kapla. Ok lah tu. Pakej: nasi briyani+ayam+kurma seketol+buah apple+jus mangga. Memang berbaloi! :D

Eyka! Ada persoalan. Kenape terlalu teruja nak promote ni ha? Entah. Mungkin sebab saje nak melepaskan rindu kat keyboard ni. Eceh padahal baru je semalam update kan. Hahhaa. Yelah, takut lepas ni susah nak update so baik update selagi ade mase betul tak? Hehehe. Lagipun, sekarang ni mood update tu susah betul nak muncul.

Hmm. Oklah lepas ni nak update link! he he he. Time to melawat link-link baru! Heh heh. Semalam banyak gak lawat blog kawan-kawan baru yang link. Lawat takat lawat je tak sempat pon nak bace entry. hahahaha. Oh ye, saye bengang betul kalau dah komen panjang-panjang tapi komen tu tak muncul, terus hilang begitu sahaja macam yang terjadi semalam. Hmph!

P/S : Kat mane lagi ek tempat berbuka yang best kat sini? =D

SEKIAN, 10.45pm

13 comments:

Ayyman Rahim said...

Okay, i pun suka makan dekat sini. Tapi kacau ah, haritu pergi waktu siang cari baju raya, tak dapat pi makan.

ueki said...

wow cm best ja
nnt leh la lunch sma2 ea..

hehehe

sgguh mginsafkn diri

mierul rashdan said...

haha..penah g cniy..banyak kain mura2 an?..tp ta penah nmpak pulek Restoran nie..huhu..

----[PERANTAU]---- said...

rasa insaf tak lepas makan?

||Far|| said...

hey eyka...
cool blog! :thumbsup:

Tak Bernama said...

hey i think i tahu saper yang u maksudkan in the 2 posts before

fezaL Mohd said...

yeah i pon makan di ctu
kalo kesempatan turun kl.

biasa lar dak epoh
jarang turun kl.
sekali sekala turun kl

ape salahnyer makan tmpt tuh

;)

NurulAtiqah said...

eyka! jgn bagi muka la to 'that' girl

Eyka Hamasuba said...

ayyman,
tu laa kat area tu mmg sentiase sesak kan kan!

ueki,
makan pon terase insaf tauu hehe

Eyka Hamasuba said...

milk,
a;ah byk kot sbb tu rmai ske beli belah kt situ kekeke

perantau,
agak insaf jgk la hahahhaa

Eyka Hamasuba said...

far,
thanks ;D

nariez,
ye ke? sapee ? hahaha

Eyka Hamasuba said...

fezal,
so amcam? best tak? heehe

kaktiqa,
which girl?

a n a b e l l a said...

restoran insaf..
pnh mkn..
mmg insaf giler lps mkn..
sbb harge nyew mahal..
haha..

pastuh pnh nmpk 1 peristiwa..
papadom (btul ker eja) jatuh atas lantai, mamak tuh selambe kutip blik msowk dlm pinggan..

trus insaf nk mkn kt ctue!