Dashboard
Refresh
New Post
Sign Out
Gallery Myspace Facebook Twitter Friendster

Monday, September 07, 2009

Ramai yang tidak tahu

Inilah kisah tentang saya...

Nama saya Abang. Saya baru je tinggal kat sini. Tak sampai beberapa bulan. Umur saya pun belum cukup setahun tapi saya telah berpindah randah ke sini sebanyak dua kali. Mula-mula saya tinggal dengan Pakcik Abu Seman bersama-sama dengan ahli keluarga saya yang lain.

Walaupun dikurung, tapi saya tetap gembira tinggal di situ. Hari-hari saya hanya perlu tidur dan bila makan saya akan disuapkan dengan ikan rebus. Sebab itu badan saya besar dan gemuk berbanding kucing lain yang sebaya dengan saya. Bulan ini genap umur saya 10 bulan hidup di muka bumi ini.

Pada suatu hari, tuan saya memberi saya kepada kawannya, iaitu Pakcik Abu Samah. Saya sangat sedih kerana Pakcik Abu Seman sanggup berbuat begitu terhadap saya. Hari-hari saya menangis kerana rindukan rumah. Sudahlah suasana berbeza, makanan saya tidak lagi disuap seperti selalu. Walaupun hidup bebas tanpa dikurung, saya lebih selesa duduk di dalam kurungan saya.

Saya rindukan Pakcik Abu Seman...

Setelah lebih kurang seminggu saya menangis dan berlakon serta mogok tidak mahu makan, Pakcik Abu Samah akhirnya memulangkan saya kembali kepada Pakcik Abu Seman. Saya berasa sangat gembira! Sampai sahaja di rumah Pakcik Abu Seman, saya terus menyapa ahli keluarga saya yang lain dengan girang sekali kerana saya amat rindukan mereka terutamanya ibu saya!

Ketika itu, saya lihat Pakcik Abu Seman memberi pula kucing yang lain kepada Pakcik Abu Samah. Kucing tersebut merupakan adik-adik tiri saya! Nama mereka berdua ialah Ginger dan Snowy. Ketika itu mereka baru sahaja berusia 4 bulan(kot). Saya tak kisah sangat asalkan bukan saya yang diberi kepada tuan lain. Saya tidak mahu tuan lain selain Pakcik Abu Seman!

Snowy dan ginger...

Selang beberapa minggu, Pakcik Abu Seman bercadang untuk membuang saya. Saya berasa amat sedih sekali! Apa salah saya sehingga beliau tergamak untuk membuang saya? Saya hanya akur kerana tidak mampu untuk membantah. Sebelum dibuang, Pakcik Abu Seman ke rumah Pakcik Abu Samah. Mungkin tuan saya merasakan lebih baik saya dijaga oleh Pakcik Abu Samah daripada dibuang entah ke mana-mana.

Ketika itu, saya curi-curi mendengar perbualan mereka. Pakcik Abu Samah mengatakan bahawa adik tiri saya yang bernama Snowy telah hilang! Mungkin ada orang yang mencurinya, atau mungkin dia tersesat kemana-mana. Kerana, adik saya Snowy sangat cantik. Bulunya putih tanpa secalit tompok pon. Matanya biru dan dia sangat peramah terhadap orang sekeliling.

Gambar kenangan snowy walaupun separuh...

Kata putus sudah dibuat, akhirnya saya bersama-sama adik tiri saya iaitu Simba bertukar tuan kepada Pakcik Abu Samah. Pada mulanya, saya tidak dapat menerima hakikat bahawa Pakcik Abu Seman tidak menyayangi saya lagi. Tapi saya redha kerana mungkin ada masalah lain yang tidak saya mengerti. Kerana dengar khabar, adik-beradik saya yang lain juga telah diberikan kepada teman-temannya yang lain.

Keesokkan harinya, saya telah lari dari rumah Pakcik Abu Samah. Saya mahu mencari jalan pulang untuk ke rumah Pakcik Abu Seman. Kalau boleh, saya ingin bertanya mengapa dia tergamak membuang kami yang tidak bersalah ini. Namun, setelah beberapa hari berusaha mencari, akhirnya saya mulai putus harapan. Berat badan saya susut. Perut saya terasa amat lapar kerana berjalan tanpa bekalan. Lalu saya memutuskan untuk kembali ke rumah Pakcik Abu Samah.

Mereka kelihatan amat gembira menyambut kepulangan saya. Adik-adik tiri saya pada mulanya sudah tidak lagi mengenali saya. Mungkin kerana bau saya sudah berbeza daripada mereka. Tapi tidak mengapa, kerana lambat laun saya pasti kami akan berbaik semula. Tetapi, kucing kepunyaan tuan rumah iaitu Cikteh sangat sombong terhadap kami adik-beradik. Dia terlalu sombong untuk berkawan dengan saya.

Simba dan Ginger...

Mereka berdua sangat rapat

dan suka tidur bersama

Kini, sudah hampir 2 bulan saya menetap di sini. Kesakitan dan kepenatan saya lari daripada rumah pun telah beransur pulih. Adik-beradik saya juga sudah mengenali dan menerima saya kembali. Saya bahagia tinggal di sini. Walaupun kadang-kala Pakcik Abu Seman terlintas di dalam benak, tapi saya tetap bersyukur kerana dipertemukan dengan keluarga Pakcik Abu Samah.

Saya tidak hidup di dalam kurungan. Saya bebas tidur di mana sahaja saya suka. Di atas sofa, atas katil, atas kerusi, bawah meja dan sebagainya. Hampir semua tempat pernah menjadi tempat tidur saya. Makan minum saya dijaga. Dan saya juga telah diberi rantai berloceng oleh tuan saya. Walaupun kemachoan saya hilang, tetapi saya tetap suka memakai rantai tersebut.

Abang abang dan ABANG! :)

Tamatlah kisah tentang saya yang diberi nama Abang. Nama ini Pakcik Abu Seman yang berikan kepada saya. Mungkin kerana saya merupakan anak pertama ibu saya. Mungkin juga saya dilahirkan di Terengganu. Sekarang saya cuma berharap agar saya tidak melanggar peraturan keluarga Pakcik Abu Samah. Peraturannya sangat simple iaitu, saya dan adik-adik saya tidak dibenarkan berak mahupun kencing di dalam rumah. Jika tidak, mungkin kami akan dipindahkan ke tempat lain pula.

Kisah di atas telah diceritakan sendiri oleh Abang kepade saye. Ehem. Percaye je lah korang kan. Hahaha. Tapi kisah benar tu, tiada unsur penipuan di dalamnye. Semua nama dan kisah di atas merupakan fakta yang benar lagi sahih. Hehehe. Dan ketiga-tiga mereka merupakan kucing jantan. Kisah lain tentang mereka: SINI.

P/S : Mak saya mmg meminati kucing yang berwarna oren!

SEKIAN, 10.28pm

15 comments:

Siti.Khatijah said...

kucing pandai cakap eh ? xD

EykaHamasuba said...

A'ah. hanye org tertentu je boleh paham. AHhahahah :P

fix said...

wah..comey nye kucing awk..huhuhu

EykaHamasuba said...

awak ade kucing tak? ;D

ueki said...

hehe cool la crita n kisah bnar c kucing...

feeling abs

ayeh said...

ehh saya tahu..saya selalu nampak kamu..nak tahu x kawan saya tompok hilang.xbalik2 lagi..;(

fix said...

ad sekor..tompok htAM putih

hanny nadia said...

ceyh , panjang gila riwayat
kucing shumill ini :D

nyzm said...

hahaha pandai lah eyka bercerita
bertambah lah kucing dekat rumah
apa cite cik teh? hahaha comel2

. alia . said...

abang sombong,

T_T

. alia . said...

abang sombong,

T_T

miLk+ch0co said...

hahaha..biografdi seekor kucing..cam karangan sekolah rendah dulu an..bayangkan diri anda menjadi sesuatu benda lain..agagagagaga...;D

gila seni said...

awwwww~ comeeeeeeeel :D

~myraie~ said...

hey..

very cute ^^

NinaRzln said...

eeeee comelnye abang ni. geram aii. snowy pun comel gak tapi die cam kurus sket. hueh

abang ohh abangggg pojaan hatiku :D
teramat COMEL!