Dashboard
Refresh
New Post
Sign Out
Gallery Myspace Facebook Twitter Friendster

Thursday, August 11, 2011

Tips-tips putus hubungan

Putus hubungan? Takde hal la. :P

Di sini, saya ingin berkongsi beberapa cara kepada kaum seperjuangan saya, kaum hawa yang semakin lemah emosi dari hari ke hari mengatasi masalah yang susah di atasi oleh kebanyakan kaum perempuan ni which is -- putus hubungan. *haaa semputtt (hubungan cinta muda-mudi ye, bukan putus tunang atau putus saudara)


Semenjak melalui liku-liku percintaan yang entah apa-apa tu saya rasa banyak benda yang saya pelajari sebenarnya. Salah satu daripadanya adalah - Perasaan sayang insan antara insan tu tak pernah kekal. Sentiasa boleh pudar, dan yeah bila dah pudar tu jangan lah emosi sangat. It's a normal thing pun. Haha.


So lepas dah pernah in a relationship dan dah putus baru lah layak nak beri tips-tips putus hubungan ni kan. Haha. Kalau sebelum ni, saye pernah jugak tulis entry pasal ni satu dan dua, tapi tu before mengalami. Sekarang dah pernak mengalami nak share la jugak kan. Kekeke. So here, what I did during my post-break up:


1- Get to know the truth.

Semua orang berhak tahu perkara sebetulnya sebab semua orang pun tahu everything happen for a reason. Reason yang nyata tu kita boleh cari, tapi reason yang tersirat tu hanya Allah saje yang tahu. So here, I'm talking about reason yang nyata.


First of all, lelaki ni kalau kita tanya something yang bersebab, diorang selalu suka ubah topik. Nak lari daripada perkara sebenar. Nak berselindung, nak nampak baik dan sebagainya. Padahal tamak dan konfius sentiasa. Oleh itu, gadis-gadis comel di luar sana haruslah menggunakan kebijaksanaan untuk mensaiko mereka supaya memberitahu perkara sebenar.

Put your spell on.

Kalau dalam kes saya, saya ni entah la tetibe je Allah nak tunjuk tu yang saya tetibe dah tahu perkara sebenar which is-- common reason kot. Korang pun dah boleh agak the reason based on my previous post tu kan. Harhar. And yes. Instinct perempuan sangat kuat. Even jauh berbatu pun still boleh sense something fishy.


That's why lelaki kalau nak menipu, memang susah. Sebab perempuan boleh tahu sesebuah perkara tu even before lelaki tu tahu yang perempuan tu dah tahu. Biasalah perempuan, banyak drama. Lelaki mane ade kelebihan ber-drama ni, so sebab tu kite harus menggunakan bakat drama kita tu sebaiknya. keh keh.


Ok. Bila dah dapat tahu kebenaran on why and how, senang sikit kita nak move on to the next stage. But sometimes, kebenaran ni tak perlu sangat untuk diketahui. Cuma, kalau kita asyik rasa tertanya-tanya tu better la untuk kita bertanya. Ini untuk kebaikan diri kita sendiri je jugak, in order to hilangkan persoalan yang seringkali bermain di minda tu.


2- Lepaskan apa yang patut dilepaskan.

Ok. Benda lepas-melepaskan ni somehow susah nak di-explain how. Sebab, tak semua orang jenis yang melepaskan. Ada orang tu jenis yang menyimpan dan memendam rasa untuk kesakitan diri sendiri. Tapi, tidak kepada saya. Haha. I love myself too much that I wouldn't do a thing to hurt myself. :P


So, what did I do was, lepaskan je ape yang saya rasa saya nak lepaskan terhadap dia-- but not with maki hamun la. Haha. Apa barang maki hamun. So childish. Eceh. Hehe, so segala rasa marah and kecewa yang tersimpan selepas tahu perkara sebenar tu saya luahkan je. Bukan secara down tapi secara ego. Yep yep. Ego itu sangat penting ye anak-anak. haha.

Don't let this happen to yourself.

Ayat saya pun kekadang banyak makan dalam. Tu pasal sometimes orang yang entah siapa-siapa dari mane tah tetibe je terasa pastu membalas balik, which only show me their own stupidity. Keh keh. Oh ye, message-message terakhir haruslah dibina dengan niat menyakiti ye bukan niat untuk dikasihani. Selitkan sedikit sarcasm juga mungkin membantu. Haha.


Tak perlu minta dikasihani, pujuk rayu untuk bersama balik sebab rasanya benda tu macam menyedihkan je untuk dilakukan. Come onn, kalau he betrayed your trust once, memang tak la die nak berubah. For sure akan buat lagi dan lagi dan lagi dan lagi. So, yes. Just lepaskan je orang yang macam tu. Not worth it at all.


Bagi je kat orang yang seterusnya. Mungkin mereka lebih layak mendapat orang yang sebegitu kannn. harharhar. It might be hard at first but trust me, that you'll not regret it. Sebab regret ni hanya untuk orang yang tak dapat lepaskan apa yang patut dilepaskan when they got the chance to. So, don't waste your chance. Let it out. Let all out :)


3- Putuskan segala-galanya.

Yes. Indeed. Benda ni memang baik untuk diri sendiri sebenarnya. Putuskan je persahabatan dengan orang-orang yang tak patut dijadikan sahabat tu. Eceh. Haha. It was the first time I decided not to be friend with someone. Sebab itu adalah untuk kebaikan diri sendiri. Again, ego tu penting. :)


Kalau kita putus cinta dengan orang yang pernah kita bercinta, rasanya baik putus je kawan terus. Putus hubungan. Putus harapan. Putus segalanya. Nak berkawan balik memang tak mungkin. Berkawan boleh je dengan ex sebenarnya kalau putus cara baik, tapi tu pun kalau ex kita tu tak melakukan sesuatu yang tidak boleh dimaafkan la kan. Hehs.

Biarkan semuanya pergi. Kekeke

Putus segala-galanya ni harus dilakukan dengan hati yang redha dan nekad ditambah dengan keazaman yang tinggi untuk tidak berhubungan langsung di masa depan. Jyeah. Sebab selalunye one day orang yang buat jahat kat kita ni for sure akan rindu jugak kat kite even macam mana pun kan. Sebab rasa bersalah, rasanya.


Diorang pasti akan kekadang teringat jugak kat ex-ex mereka termasuk diri kite sendiri lepas tu terimbas kenangan dan kemudian rindu dan kemudian rasa nak contact lepas tu buat missed call la, message la ape la punyaaa kan. So, bile perkara nak contact balik ni terjadi, jangan dilayankan. Ignore saje phonecalls, message and anything else yang melibatkan dia.


Nak meng-ignore ni pulak bukan semua orang ade kekuatan untuk meng-ignore. Kalau macam saye, saye kalau ignore tu memang ignore bermati-matian. Haha. Memang takde peluang langsung nak contact. Once I said my word, I'll do it. And yes, ego tu penting. :)


4- Elakkan diri sendiri bersendiri.

Oh ini adalah satu perkara yang mesti. Sebab perempuan ni kalau bersendirian mesti akan terfikir-terfikir. Dan-dan time tu ada syaitonirojim disebelah yang akan mempengaruhi emosi perempuan tu kan, so semestinya seorang perempuan tu akan rasa sedih mengenangkan hubungannya yang retak itu. Haha.


So, make yourself busy. Sibukkan diri anda dengan aktiviti-aktiviti yang pack dan berfaedah so that kita tidak akan mempunyai sesaat pun untuk mengenang kisah lalu. Macam saya, saya sibukkan diri untuk bekerja. Seriously, berjaya kot. For me la, at least. Hihi.

Just chill and keep on chilling.

Kalau taknak bekerja pun at least cuba la berseronok dengan rakan-rakan. Hilangkan kekosongan hati yang baru dikosongkan tu dan bergaul dengan ramai orang. Bergaul, tapi kena lah ingat batas-batasnya ye. Jangan lah bergaul tak ingat dunia semata-mata untuk move on sampai merosakkan diri sendiri pulak. Parah tu, parah. Haha.


Ape yang penting adalah, kita patut mempunyai rasa sayang terhadap diri sendiri semaksimum mungkin terlebih dahulu. Bile kite sayang diri kite, for sure kita takkan melakukan aktiviti-aktiviti yang memudaratkan diri sendiri dalam jangka masa yang panjang, kan? kan kan kan. Kalau kite tak sayang--mungkin sayang sikit je pun senang je untuk kite terdedah dengan aktiviti yang merosakkan diri sendiri.


So yes. Ego itu penting dan betul kasih sayang kita terhadap diri kita sendiri juga penting. Kalau as a student pulak, memang ade high chances la untuk mensibukkan diri dengan aktiviti yang berfaedah seperti menyiapkan assignments dan juga mengulangkaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaan seterusnya. Nampak remeh, tapi benda ni membantu. :)


5- Jangan malu untuk bercerita.

Bercerita di sini bermaksud- cerita perkara yang benar terhadap orang-orang yang rapat dengan kita. Cerita tokok tambah adalah sangat tidak digalakkan dan ditegah sama sekali. So, setiap kali anda berjumpa dengan rakan-rakan anda, pasti mereka akan bertanya tentang update terbaru anda bersama kekasih anda, bukan?


Bagi yang dah lama tak jumpa, mesti akan macam banyak lost update pasal diri kite kan so, diorang pasti akan bertanyakan--- camne hang dengan pakwe hang ok dak?- and then kite mesti akan rase macam--- oh, die? takde ape dah kami dah putus. Lepas tu kengkawan pasti akan buat muka terkejut dan kita harus bersedia untuk menjawab setiap pertanyaan. Haha.

Be ready to let it out.

So, cerita je ape yang patut dicerita. Luahkan. Keluarkan. Lagi ramai lagi bagus. I mean, ramai, tapi banyak kali. Harini luahkan kat A, esok luahkan kat B, kemudian C, dan seterusnya. Sebab ape? Sebab, makin banyak kali kita ulang benda yang sama, makin senang kita nak bosan dan rasa macam takde apape dah. Haha. Lagi senang nak move on lah senang cerita.


Sebab makin banyak kali ulang benda yang same, makin malas nak fikir. Nanti akhirnya kite akan rasa nothing oh benda tu. Bukan sebab benda tu menyakitkan, sebab benda tu takde lah menyakitkan sangat. Haha. It's like, kita akhirnya macam dah penat nak bercerita and penat nak ingat benda yang sama and penat. Bila penat, manusia ni jadi malas.


Bila malas, kita pun malas dan nanti kita akan rase macam---eh entah pape. Lega, kot. Sebab dah cerita and luahkan semua benda kat orang-orang yang berlainan. Kalau pendam, tak cerita tak kongsi cerita kat orang, sebab kita taknak orang tahu, nanti kita sendiri akan terfikir-fikir. So bile terfikir-fikir benda yang tidak diluahkan, memang menyakitkan. Makanya, go on. Tell to your bestfriends about it! The whole story! :)


6- Redha, redha, redha dan redha.

Yup redha. Redha ni dalam erti kata lain-- terima ketentuan. Ada sebab kenapa Allah pisahkan kite dengan orang yang tertentu. Mungkin sebab die yang kite rase secocoks tu sebenarnye tak sesuai untuk kite. Mungkin sebab selame ni kite dah banyak sangat hanyut dengan perasaan sebab tu Allah tarik balik perasaan tu.


Mungkin sebab Allah taknak tengok kite leka bercinta, so sebab tu ditakdirkan kite putus cinta. Mungkin jugak sebab Allah sengaja bagi kita rasa perasaan putus cinta ni so that kita akan lebih strong untuk mengatasinye dan juga supaya next time boleh improve diri sendiri dan jumpa orang yang lebih sesuai dengan kite.

Go with the flow.

Senang cerita, takde jodoh. Haha. Ye lah, kalau kite sedang bercinta, macam susah untuk kita nak berkenal-kenalan dengan hati budi orang lain, kan? Sebab kite taknak curang--orang kate. Well, cakap pasal curang ni, dalam bercinta ade ke istilah curang? I think bukan curang kot, tapi berubah hati. Yeah. Hati yang berubah-ubah. Tak statik.


So, kita harus lah meredhai setiap apa yang berlaku. Macam saya, saye redha je. Go with the flow. Takde la terimbas-imbas ke bersedih-sedihan ke atau menyalahkan takdir ke ape. Come on, bercinta je pun. Umur pun muda lagi. Banyak lagi cinta-cinta lain yang saye tak rasai dalam hidup ni sebenarnye. So, Allah bagi saya peluang untuk tutup cinta yang tak kekal tu dan cuba mencintai orang lain pulak. Ngehs.


Everything happens for a reason. And jyeah reason yang nyata sudah dicari, ni tinggal reason yang tak nyata je yang Allah saje yang mengetahuinya. So, kite sebagai manusia haruslah rileks dan buat taktahu je-- jalani kehidupan macam biasa. Tak perlu depressed sangat. Murung-murung ni, nak ke mane? Haha.

Don't let yourself drown in your own feelings.

Ok dah. Lagi ape lagi ye yang saye lakukan? Tu je kot. And tak perlu berdendam, cuma.. kita haruslah menghilangkan perasaan sayang tu. Macam mana? Menyayangi orang lain? Tidak. Tapi, dengan mendevelop rase tak suka terhadap orang yang pernah kita sayang tu. Keh keh. Seriously, benda ni sangat berkesan.


Sekarang ni pun, bila tak sengaja ternampak gambar dia ke-- Saya akan rasa kelakar. Haha. Tak rase rindu langsung. Rasa macam mengarut je saya sebab bercinta dengan orang yang di dalam gambar tu. Malu pulak dengan diri sendiri. Keh keh. Sebab tu saya rasa bersyukur berpisah dengan used-to-be kekasih hati sebab rasa macam saya telah diselamatkan daripada malapetaka.


HAHA. Over pulak eyka ni. But yeah, ego tu penting. Kalau takde ego, memang susah nak hidup. Memang susah nak move on. Memang susah nak jadi strong. Susah la. So, perempuan. Ape gunanya ego kalau tak digunakan pada masa putus-putus cinta ni kan. Hihi. Gunakan ia sebaik mungkin. Jangan salahgunakan pulak. Nanti lain jadinye. Kuikui.

Jangan sampai terdampar di tengah jalan.

Actually, banyak lagi cara untuk atasi putus cinta ni. Dan, sebenarnya putus cinta ni takde ape pun sangat. Perasaan, emosi tu yang melebih-lebihkan ape yang tak sepatutnya dilebihkan. So sebenarnya, apepun caranya seseorang perempuan tu pasti akan dapat mengatasi dugaan macam ni punye. Serius. :)


Tengok lah orang lain. Ramai je kot yang pernah mengalami putus cinta and diorang bermurungan macam mane pun one day diorang pasti akan feel alive balik. So, jangan risau jika hubungan anda dan kekasih sudah berakhir sebab benda tu normal untuk orang yang bercinta di waktu muda ni. Biasalah, kata pun muda. Komitmen pun takde lagi. Memang hard to stay la kan. Keh keh.


Lain orang, lain caranya. Yang penting kita tahu limit-limitnya. I mean, kalau putus cinta sekalipun jangan sampai bunuh diri atau kerat jari-jemari ke apa. Nampak macam masalah besar sangat je putus cinta ni padahal kalau berfikir dengan akal-- bukan dengan emosi, kita akan rasa macam remeh sesangat.

Dan kita takkan jadi macam ni.

Serius oh. Putus cinta ni sebenarnya merupakan sesuatu yang remeh. Bercinta tanpa hala tujuan pun remeh. Setakat merasai rasa disayangi tu macam sesuatu yang membuang masa sebenarnya. Lainlah kalau bercinta dengan matlamat. Matlamat+komitmen=happiness. Yang penting, go with the flow. Tu je. Haha. :)


Dan saye sebenarnye tak galakkan lah orang yang dah putus tu, sambung balik hubungan yang dah putus tu sebab kalau dah putus, kenapa perlu sambung balik? Bukan kalau dah putus tu maknenye hubungan tu dah gagal ke? Sebab, selalunya kalau sambung balik pun mesti tak akan jadi se-best masa awal-awal bercinta dulu dengan orang yang sama kan kan? Perasaan tu mesti dah lain.


Serius, lain. Kalau tak lain tu maknanya putus main-main, bukan betul-betul. Kekeke. Kalau putus sebab orang ketiga, maknenye die yang rugi sebenarnye. Harhar. Apapapun, perempuan anda haruslah tabah ye kawan-kawan ku sekalian. Lepaskan je diri kita daripada dibelenggu oleh orang yang sama. Bosan kot asyik sama je. Haha, Dan perempuan juga haruslah tahu untuk berhenti mengharap. Okeng? :D

Burning memories.

P/S: One door is closed, thousands are opened. So, chillex! :)

SEKIAN, 3.50pm. Pictures by: Flickr.

25 comments:

aina ashaari said...

siyes sy tgh mengalami situasi ni.. dy mmg susahkan hidup sy sekarng..start ganggu kwn2...

Anonymous said...

Cantik gambar-gambar ni mana awak ambil yea

KaptenCLOUD said...

I like the first word tu

"Putus cinta?Takde hal la"

Kewl~

Eyka Hamasuba said...

ooo sometimes memang ade yang mcmtu la, bile kite dah move on orang tu pulak selalu ade nak kacau balik kan. pastu ganggu kengkawan. seram. saiko. hahaha.

● ZroTHnkeR™ said...

x)~

ahmadzamri said...

another thing, by time, just let the history fly away, let your ego runaway, be cool with everyone including your ex, gerenti lu x ada feeling dah.

Eyka Hamasuba said...

oooo..aku mmg dah be cool dah ni..kekekeke sbb tu mls nak layan je dah..:P

Taylormade said...

wah kak eyka...terbaek lahh...tapi camne kalau yg ter'kena' tu, lelaki pulak ea? (juz curious) =P

Eyka Hamasuba said...

Ooo. tu tak tahu la pulak sebab kak eyka bukan laki, so tak dapat nak merasai camne. kekeke. :p

Fieza Sani said...

sOoo T R U E . .

"ego itu penting."

thumbs up! ^^

Fieza Sani said...

sOoo T R U E . .

"ego itu penting."

thumbs up! ^^

nadhira said...

sgt stuju bile kak eyka kate 'kalau dah putus, tak payah la sambung balik'..well, sy pernah putus then sambung balik..mmg tak same langsung rasenye..w/pn mule2 sy hepi sbb dpt bersame die balik tp at the end, sy sedar, i can move on WITHOUT him..ehheh..chill je..

Eyka Hamasuba said...

cik fieza,
tu la. mmg penting ego ni. jgn buang ego sbb lelaki. hihi :)



nadhira,
oooo itu la. dah lepas tu patut biarkan je lepas kan. hehe, bgus la dapat move on. good good! :D

Anonymous said...

thanks for ur article. well said. just happened to found ur link from ur twitter account. im facing this situation right now. agreed that mungkin selama ini dah lama hanyut dgn perasaan, Allah nk ingtkan.

Taylormade said...

hahahaha...izinkan i cakap untuk laki gak ea,, "same je...kalo kene kat laki yg betul2 mancari cahaya kebahagiaan, Insyaallah they can understand u the way u want..." peace v(^.^)v

farinaBONCET said...

eyka awesome sangat :D

cite sal ego jangan cakap lah kan, itu part paling best (:

Unknown said...

sedang hampir ke situ...redha atas segala nya. ada hikmah untuk semua. ~senyum~

cimon said...

hopefully eyka recover cepat2 & dpt tulis entry yg lagi2 best (^v^)

p/s: suke tips no.6

amira faqihah said...

betul2,,perpisahan pasi byk nikmatnya,,xrugi dan memudharatkan kita pon,,so tabah je :)

Anonymous said...

byk pengalaman kamu ya..

Far8 budak baik said...

macam mane entah aku sampai kat sini..
lama gile tak update..huh

KAMIHIDUP said...

KAMI kembali, hiyargh! Selamat hari raya, maaf zahir dan batin dari KAMI. :)

amier azrul alias said...

ouh ni kalau clash ni, boleh handle wisely lah ek
hehe!

NurulAtiqah said...

Nice one eyka!

Eyka Hamasuba said...

Anonymous,
thanks for dropping by. hehe how's everything now? hopefully you're doing good. :)


Taylormade,
Hehe mane ye lelaki tu sekarang ni. hoho


Farina,
memang pon. ego tu best. haha :D


cik aletheea,
Redha itu penting! Allah tahu the best :)


Cimon,
eyka dah lama recover la cimon. hihi


Twinkle,
tu la. nikmatnya tersembunyi je kan. hehe :)


Hackerumas,
takde la banyak pun. based on observation :p


far8,
tu la. skrg nak cube rajinkan diri update :D


kamihidup,
hai kami! terima kasih. slmt hari raya jgk :D


Amier,
haha taknak la clash lagi. busuk imej clash byk kali. :p


NurulAtiqah,
thanks :)