Dashboard
Refresh
New Post
Sign Out
Gallery Myspace Facebook Twitter Friendster

Sunday, June 20, 2010

Sedikit Pembaharuan

Boleh klik untuk tumbesaran image.

Blog ni dah bertukar sedikit wajah. Sikit je, tak banyak. Korang mesti perasan punyelah. Sape tak perasan tu mesti baru pertama kali masuk ke sini, bukan? hohoho. By the way. Ape yang saye suke, sebab same dengan profile myspace (Apa?). Myspace memang tak bukak langsung. Dah lupekan dah, sebab ade facebook. Hehe. Ape yang best kedua, sebab background hotpink stripes tu saye yang buat sendiri! Combine warne febret jadilah macam tu. He he. I loike ♥

Heh Heh. Apapepun, ni je yang sempat nak tukar. Saje nak ubah style. Biar tak rase jemu sangat nak update blog ni ha. Haha. Harap-harap lepas ni rajin la nak update blog macam dulu-dulu. Rindu nak update, sebenarnye. Bile bace balik entry yang tahun-tahun lepas punye. Wuu Wuu. Niat di hati memang rase nak tukar entire layout. Tapi nanti-nantilah ye. Hee. ok lah, dah nak siap-siap nak balik kolej. Bye bye korang. Thanks bace! :D

P/S: Anything, tanye lah dekat sini ye! Baru buat tu! Haha ♥

SEKIAN, 8.10pm

Nak tahu rahsia tak?

Buku My Secret. Shh~

Kalau nak tahu, saye ni perahsia orangnye. Kenape? Rahsiaa lah, mane boleh bagitahu. He he. Btw, saye harini tak buat ape sangat. Kat rumah ni sangat bosan, tapi saye tetap suke duduk rumah daripade merayau ke mane-mane. Mungkin kerana faktor duit dalam bank tinggal berape sen sahaje kot tsk tsk sadisnye dengar! haha. Takde la, gurau je. Tapi sememangnye saye suke duduk di rumah! hehe. Ok nak pecah rahsia sikit. Sikit-sikit takpe, jangan sampai jadi bukit. Nanti habis semua rahsia tak lagi boleh dikatakan rahsia.

Rahsia pertama, buat mase ni saya amat menyukai dan meminati lagu Muse - Resistance. Lagu ni anda boleh dengar di dalam blog saye ni. Takyah pergi jauh-jauh. Saya siap letak video lagi tau! Bukan untuk awak, tapi untuk saye jugak. Sebab saya sukaaa. Ini semua sebab Aina merangkap teman sibilikku. Dia yang suruh saye dengar lagu ni. Dah dengar sekali pasti nak dengar lagi sampai muak! Sekarang tak muak lagi so memang saye akan dengar la berkali-kali sampai korang pun jemu nak masuk blog ni lagi. Haha

Rahsia kedua, saye sebenarnye makhluk yang malas nak mandi. Haha. Tapi bukan bermakna saye tak suke mandi. SUKE mandi dan tak takut air, cume malas je. Senang cite, saye ni pemalas orangnye. Haha, gile shame shame eyka ni mengaku diri pemalas depan public. Ceh, hehe. Saye malas untuk melakukan sesuatu yang saye rase saye taknak buat. Kalau saye minat nak buat sesuatu, memang sifat malas yang mendalam dalam diri saye pun tak dapat nak halang. Faham kan maksud saya? Hohoho

Bukan kaki sebenar.

Rahsia ketiga, saya tidak suka makan nasik berlauk, terutama ikan. Kenapa eyka? Ikan kan bagus untuk otak. Entah lah.. mungkin sebab saye suke ayam lebih daripada ikan. Hehe. Tapi betul lah, kalau mak nak masak pun saye mintak mak masak ayam je memanjang. Alasan saye sebab ikan tu banyak tulang. Takut tersekat dekat kerongkong. Dan saye tak berani nak ambil risiko makan ikan yang banyak tulang seperti ikan parang. Ikan yang selalu menjadi pujaan hanyalah ikan pari dan juga fish and chips. Lain tak berani. Takut tercekik tulang. Hehs.

Rahsia keempat, saya suka makanan berkuah. Berkuah ni pulak bukan nye kuah kari ke ape ke, tapi kuah yang macam sup. Nyum nyum delicious. Lagi lagi kalau sup ayam yang ade sayur-sayuran seperti lobak, kentang dan daun sup. Yang sangat simple tapi marvelous tu. Dulu saye selalu masak lauk sup ayam ni lah sebagai makanan petang saye dan adik-beradik. Sebab dulu saye pernah ditugaskan oleh mak saye untuk menyediakan makanan petang untuk adik-beradik memandangkan saye sekolah sesi petang dan mempunyai masa terluang di bahagian pagi. Haiih rindunya saat itu. Hmm~~ T__T

Saya mahukan ini sebagai hadiah! heeee:P

Rahsia kelima, saya banyak hutang cerita untuk dicerita di dalam belog ni kan? Banyak sangat rasenye yang saye selalu nak cerita di next posting kononnye, tapi tak cerita pun sampai sekarang. Faktor apakah itu? Entah.. mungkin berkaitan dengan rahsia saya yang kedua kot, iaitu malas. Haha. Jahat eyka ni semua bende die malas. Hehe bukan malas sebenarnye, cume tidak mempunyai nafsu untuk berbuat demikian. Hohoho. It's all about interest. It will not be interesting if i am not interested. Get it or not? Weee. :P

Rahsia keenam, hati saya sudah pun berpunya! Hiks hiks, akhirnyaa~ ♥! Mukenye ade iras-iras pemain arsenal kegemaranku! Itu juga merupakan salah satu faktor saye mule meminati The Gunners semenjak mule berkenalan dengan beliau. Jika tidak, saye memang seorang yang bute bola dan juga berkaki bangku. Walaupun masih berkaki bangku ketika ini. He. and that is why i chose Spain mase EURO dua tahun lepas. Sebab adanya kembar si dia tu la mwah mwah! Ngeh ngeh. Dan, sedih sekali dalam world cup tahun ni die takde. Wuu wuu, no wonder spain kalah haritu. Haha :P

P/S: Ok nanti sambung, nak mandi ni tak mandi lagi. He. Bye!

THE END, 5.45pm

Saturday, June 19, 2010

Kronologi dan Mitologi-kah

Si pemalas yang menjadi watak utama.

Ok, sekarang dah minggu ke-4. Update satu pun tarak. Takde perkembangan langsung lah eyka ni. Shame shame. Awak ni amat membosankan lah eyka, tahu ke tidak? Tahu. Dulu kemain aktif lagi ye update blog. Tak sah kalau tak penuh blog dengan bebelan bebelan harian. Tapi sekarang, nauzubillah.. payahnye kemain lagi eh nak update. Asal eh eh eh eh? Asarehey. Entah lah. Mungkin sebab faktor umur yang meningkat kot. Haha. Mungkin. Who knows kan kan! :P

Sekarang ni rase macam nak tukar layout je. Macam bosan dah dengan layout ni tapi sukee i loike it this way tapi tapi tapi, tapi.. tapi sayangg, hanyalah impian bulan tak bisa tumbuh di taman dan bilaaa mennnnntaari datangg erk(!) Hapuskan hapuskan! Shuh shuh. Eyka ni dari dulu sampai sekarang tak reti nak plan your blog and blog your plan. Main tibai je kan seperti pepatah ape ade kite redahh je. Terjahh! Haha

Ehem. Please be serious eyka. You're not an 8 minus 1 years old kid anymore. You're hampir an 8 plus ten years old teenager already howkeh! Haiyaa. Okeh okeh, serius ni. Ehem. Kalau sesiape tak tahu dan berminat untuk mengambil tahu, mari saya berkongsi tahu serba serbi sedikit akar umbi mengenai saye semenjak saye meninggalkan diri daripade dunie blogging ini. As far as i can recall and remember, cartanya dan ceritanya, apabila disingkatkan adalah berbentuk begini:

23rd May sehingga seminggu selepas itu.

Ketika berorentasi.

Daftar diri dekat UITM SHAH ALAM. Under jurusan asasi undang-undang UITM. Kod program? P1006. Petempatan dan habitat baru? Kolej Mawar. Di mana? Seksyen 7 lebih dekat kalau ikut pintu belakang Uitm. Kalau pintu utama uitm, seksyen 2. Perlukan peta? Hamboi banyak cantek. Google sendiri okeh. Haha. Ok, sepanjang minggu ni ade orentasi je memanjang dan melintang. Ape yang telah kami lakukan sepanjang orentasi? Macam-macam yang tak berape nak penting untuk diceritakan. Dipendekkan cerita, minggu ni sibuk dengan urusan pendaftaran. Daftar kolej, daftar jurusan dan daftar segala pendaftaran.

Dalam minggu ni juge saye berkenalan dengan orang-orang baru daripade planet yang same yang selame ini tidak pernah lagi kami bersua muka, mahupun berkelipan mata bersama. Ketika ini lah, saye berkenalan dengan kawan baru yang merupakan kawan sebilik sehingga tamat semester pertama. Alhamdulillah, kawan sebilik saye agak manis manis orangnye dan juge baik baik belaka sebelum kenal mahupun setelah berkenalan (ceh ceh). Seorang berasal dari Ampang, dan lagi dua orang daripada Melaka. Termasuk saye, ade 4 orang kesemuanya. Ho ho ho.

Seminggu selepas minggu pendaftaran.

Mula mengenali manusia yang berlainan jantina. Kerana ketika ini, kelas sudahpun selamat diumumkan. Di mana? Di papan kenyataan. Di mana? Di cempaka 3. Di mana? Berdekatan dengan fakulti undang-undang. Di mana? Di hadapan kolej kenanga. Di mana? DI yang berjauhan dengan Kolej Mawar. Di mana saya dan rakan-rakan seperjuangan harus menempuh onak dan duri yang berbukit berbukau untuk sampai ke kelas dalam keadaan panas terik hujan mendung sehingga ketiak pun menangis sama, bak kata Nabel Aziz. Pheww! Jauh tak jauh tak? Jauh, bukan? Haha :P

Antara barang berharga.

Tapi tak kisah sangat, sebab kalau berhasrat untuk menjimatkan perpeluhan, kami boleh ke kelas dengan menaiki bus rapid 603. Bagaimana jika terlepas bus? Jangan risau kerana, pakcik kenari sentiase ade untuk come to the rescue! Tambang same je seorang seringgit. Agak mahal bagi manusia yang tidak ada pendapatan tetap lagi seperti kami ni ha. Sehari ade dalam 3,4 kelas. Kalau malas nak jalan kaki, byebye lah dalam RM8 henget sehari~ Tambah 2ringgit je dah boleh beli topup untuk mesej orang yang tersayang ♥, which is mak abah dan adik-beradik. Hihi. I ni homesick kalau nak tahu. tskk tskk..

Kalau nak tunggu bus UITM entah sampai bile ntah agaknye. Seperti menanti bulan jatuh ke riba dan menanti Johnny Depp datang menerpa. Selame ni, saye penah naik sekali je seumur hidup bus Uitm. Tu pun nasib-nasib je pakcik uitm berhenti kat depan tu dan berwillingly untuk menghantar pelajar-pelajar undang-undang yang manja tidak mahu berjalan seperti saya, ke cempaka melalui jalan yang agak berliku-liku kemain lagi. "Macam naik roller coster", ujar salah seorang pelajar di universiti terbabit. Haha

Ok, dalam minggu ni la saye dapat jadual kelas, lantik class representative iaitu ketua kelas, deputy of class representative (cehceh, deputy.. haha) dan juge bendahari kelas. Time ni jugak ade agenda kenal mengenali antara satu same lain tapi pade peringkal awal minggu ni hanye berkenalan dengan perempuan sahaje kerana masih malu malu miau untuk berinteraksi dengan orang yang berlainan jantina. Sehinggalah minggu berikutnya.

My classmate, The Nana Mu Nate'. haha :P

Minggu berikutnya sehingga minggu ini.

Saya mula membiasakan diri yang sebenarnye sudah biase sedari awal lagi kerana faktor kolej dekat beberape jengkal je dari habitat asal dengan kehidupan sebagai seorang siswi. Tempat makan sangat dekat dengan kolej saye iaitu di hadapan kolej saye tu je memudahkan saye untuk mengisi perut ketika sedang kelaparan. Oleh itu, faktor makanan memang tidak pernah menjadi masalah terhadap saye, kerana jika terasa lapar ketika sedang bosan berada di dalam bilik, saya boleh terus on the spot berjalan menuju ke tempat makan yang diberi nama Dataran Cendekia ataupun D.C Washington.

Time time minggu ni lah hubungan berlainan jantina mula terjalin. Dah boleh cakap-cakap dengan classmate yang berlainan jantina. Assignment? So far, tak sebanyak kelas-kelas lain sebab, panjang ceritanya.. Haha. Ape yang penting, kerjasama saye harap saye boleh bawak subjek-subjek tersebut yang meliputi 6 subjek satu semester. HoHo. Tamatlah kronologi yang tak berape nak ringkas ni. Sekadar exercise untuk tangan bagi yang menaip dan mata bagi yang membaca. Haha.

TAMAT KRONOLOGI. Titik noktah tidak bertindih.

Akhir kata, Spain tak lopek, kot! heh :P

P/S: Anything else, just text me on my phone. Cehceh, poyos.:P

SEKIAN, 2.40pm