Dashboard
Refresh
New Post
Sign Out
Gallery Myspace Facebook Twitter Friendster

Wednesday, March 06, 2013

Kenapa awak amik law?


Kadang-kadang saya tertanya-tanya jugak kenapa saya amik law. Kenapa eyka, kenapa?! *hentak meja* Kalau rujuk balik post-post time sekolah dulu, tak pernah pun terlintas dek akal dan fikiran nak amik undang-undang. Dulu kemain nak jadi angkasawan, arkitek blablabla. Kah kah kah. Kdiam. Serius serius. Ekhem.

So, why was it you chose to put law as one of the UPU choices after SPM, my dear self? The answer is, I don't know. Yes, I don't know.


But with only a single click (cewah) which you don't even know why.. here you are now eyka! 



My journey started with that single click, dan saya diterima masuk sebagai seorang pelajar UiTM Shah Alam. Well, obviously it was not as easy as a single click application like the movie 'Accepted', if you ever watched that movie. It depends on my SPM result too, which brought me here. Huehuehue


Sebenarnya, (dah lama dah rasanya, masa bebudak lepasan SPM tahun lepas nak apply UPU) ada sorang adik ni suruh saya tulis ape kelebihan dan kekurangan amik undang-undang ni, tapi oleh kerana saya macam sibuk dengan twitter dan dunia sendiri, saya pun terlupa nak tulis pasal ni. Buat adik yang request, saya mintak maaf sesangat kalau saya telah membuatkan awak hampa. *kesal*


Apapepun, here it is as promised. I'll tell a bit about my journey in this course. Sesungguhnya, bagi saya masa asasi dulu, saya rasa course ni sangat senang. Takde lah sangat senang. Tapi, boleh lah untuk di bawa. Dengan kelayakan minimum MUET band 4, dan pointer above 3 untuk kedua-dua sem ketika asasi, anda akan layak untuk melanjutkan pelajaran anda ke BLS, which is Bachelor (Hons) Legal Studies, atau dalam bahasanya Sarjana Muda Pengajian Undang-Undang. 


UPS (Untuk pengetahuan semua), asasi UiTM masa time saya dulu (2010) ada dua pilihan, antara P1006 ataupun P1007. P1006 adalah pengajian asasi di bawah UiTM, which means that you have to get at least band 4 MUET, and pointer 3.0 for both semesters to further your studies in Law in UiTM. Lagi satu iaitu P1007 adalah under KPTM, which means that, you have to get at least band 4 MUET and pointer 3.5 above to further your studies in Law in UiTM.


Sesiapa yang memang asasi bawah UiTM, tak boleh apply degree dekat mana-mana universiti lain, manakala yang bawah KPTM, boleh nak apply degree kat memana. Nak dijadikan cerita, saya ni dulu asasi bawah UiTM, dan alhamdulillah ditakdirkan lepas la kelayakan minimum untuk sambung belajar sampai ke degree. Untuk yang bawah UiTM, minimum pointer is 3flat, sebab semua markah untuk paper law di ambil kira. Tapi yang bawah KPTM, hanya dua markah tertinggi paper law akan di ambil kira.


Enough briefing about the course. Sekarang, nak start cerita pengalaman pulak. Ngeh ngeh. So, bagi saya masa asasi tu takde la rumit mana kehidupan. Dah la dapat kolej, dapat biasiswa (semua bebudak asasi akan dapat), so kehidupan agak terjamin dan terpelihara la. Nak pergi fakulti dari kolej kediaman tu memula terasa jauh, lelama terasa dekat pulak. Dalam 10,15 minit boleh sampai. Tapi selalunya, naik bas. Bas dulu banyak bas rapid je tapi sekarang untung sebab banyak dah bas free UiTM yang akan mengangkut student ke fakulti masing-masing.


Subjek walaupun packed time asasi, tetiap hari kelas dari pagi sampai ke petang, tapi terasa ringan tak terbeban sangat sebab subjeknya ringan-ringan belaka. Ape yang saye belajar dulu adelah basic-basic yang sangat penting jugak time degree. Sebab benda tu basic, kena memang dah tahu by heart lah semua tu. Yang paling penting adelah, kena tahu cara nak jawab soalan, dan kene train diri sendiri untuk apply kan principle tu ke dalam soalan. 


Wah, tetiba terngiang saat-saat indah zaman asasi. Memang best. Rindu jangan cakap lah. Memang rindu! Haha. Tapi zaman asasi tak lama, setahun lepas tu je dah masuk degree. Masa masuk degree tu macam excited la jugak sebab berjaya masuk the best law school in Malaysia (katenyeww) kan. Hew hew hew. Kembang kempis jugak hidung ni awal-awal dulu.


Azam awal semester macam biasa, memang semangat habis nak study ape semua tapi.. biasalah azam hanya dipermulaana ye dak? Lepas tuu, bila masuk bilik je kat kolej, terus masuk dalam dunia sendiri dan bertwitter tak hingat dunia. Keh keh keh. Tolong jangan contohi sipat ini ye adik-adik. Hehe. dan dan dan.. degree adalah sangat berbeza dengan asasi. Sangat. Sangat. 


Ape yang beza? Banyak kot. Tak tersenarai dah. Tapi yang paling obvious, masa degree ni tak boleh nak study last minit. Kalau time asasi tu sehari sebelum paper memang takde hal sangat kalau baru bukak notes pe semua tapi time degree, tak boleh nak berlast minit dah, memang tak sempat. Sebab, sangat banyak ye benda nak dihafal, di ingat. Cases belambak, principle banyak yang nak dekat sama, tapi sebenarnya berbeza. Tsk tsk tsk. Menangis jugak terbayang balik penyeksaan sem satu dulu.


That's the big difference la pun. Lagi satu, time degree susahhh sangat nak dapat markah. Bukan pensyarah kedekut, tapi mungkin sebab kita yang tak reti jawab. Yelah, tak baik salahkan pensyarah kan. Tsk tsk. Cakap pasal pointer, kalau masa asasi boleh nak aim DL (Dean's List) 3.5 untuk dedua sem, tapi degree, orang aim untuk lulus pun dah dikira bernasib baik. Nak dapat pointer atas 3 pun tak semudah masa asasi dulu. Tsk tsk. Susah, memang susah...


Patut ramai orang kata law tu susah. Macam kalau orang tanya, amik apa? Dengan muka seposen nye cakap amik Law. Mesti orang akan macam Waahh respek dan kagum sebab amik law. Memula dulu rase macam awkward nak cakap amik ape sebab segan untuk direspek dan dikagumi bila sebut course ni sebab bagi saya, law je pun. Semua belajar law. Takde ape untuk disegani sangat. 


Tapi, pemikiran saye tu berubah bila masuk degree. Sebab memang susah. Taktahu la kalau untuk saya law tu susah sebab memang susah atau sebab saya ni kurang rajin belajar, tapi ianya tetap sukar. harharhar. (Sebenarnya, takde benda senang dalam dunia ni) Sedangkan kengkawan yang amik course lain yang ada belajar subjek law pun diorang dah benci nak masuk kelas law ataupun nak belajar law, inikan pula saya yang memang major in law. T__T


Tapi takde la saya benci sangat pun, sebab saya rasa saya suka belajar Law. Seronok! Sebab menarik! Haa, serius menarik. Cuma kena rajin and kena ade kelincahan menulis laju especially untuk jawab exam. Sebab dalam masa 3 jam tu, selalu cukup-cukup je nak jawab, takde mase nak semak ke ape ke. Kebanyakan ade tak sempat nak jawab soalan-soalan lain sebab menulis lambat. Huaaa.


Ade la sesetengah subjek law yang saye suka, dan yang saya tak suka. Tapi nak tak nak kena belajar semua jugak. Ngehngehngeh. So sekarang dah sem 4. (kalau nak tahu, benda ni dah berada dalam draft since saya nak masuk sem 2 lagi. Haha) Tinggal lagi 2 sem je lagi untuk saya habiskan BLS saya ni. Lepas tu insyaAllah akan sambung ke LLB. Tapi dengar cerita LLB tu sangat menyeramkan. Tak seseronok belajar time BLS. 


Argh. Debar, debar. Apapepun doakan saya tau! InsyaAllah dengan doa rerakan yang dikasihi sekalian, segalanya akan dipermudahkan olehNya. Hihi.


Lepas dah tamat semua ni kemana pulak arah tuju saya? 
Kita nantikan 2 years from now! Zass. :p


5 comments:

Mr K said...

Bila nak kawen?

cimon said...

Best of luck Eyka!! (^_^)

p/s: mmg kene tulis lelaju...ambil basic law dulu pon da pening,byak giler nk hafal (@_@)

p/s/s: jgn lupe upload pics konvo nanti ek (^_~)

Shahmee said...

sama laa kite. tp aku law utk real estate je takde law yang lain. pening wooooo.

Aida Ismail said...

Hye bakal lawyer ^^ Selamat belajar!

Anonymous said...

So, mcm mne kalo org yg x suke brckp dpn public ( mock trial bgai)..it's a big prob sis???