Dashboard
Refresh
New Post
Sign Out
Gallery Myspace Facebook Twitter Friendster

Saturday, February 16, 2013

Kecurangan dan ketidaksetiaan

Hai. Jumpa lagi kita kan? Hihi.



Saya tak transfer gambar lagi ke laptop, so nanti-nantilah lekat gambar-gambar yang berkenaan dalam posting sebelum nni. Nampak? Nampak tak sifat saya yang suka menangguh dan tak excited langsung nak letak gambar dalam blog. Bukan sebab taknak, tapi sebab malas.


Takpelah. Mungkin sifat malas saya ni ade hikmahnya jugak kan. 


So sekarang ni topik saya adalah pasal curang. Yes. Curang as in orang tu dah ada relationship, tapi still flirt-flirt dengan orang lain. Tu yang orang kate curang, tak setia dan selalu orang akan put the blame on orang yang curang, dan orang yang melayan orang yang curang tu kan? But as for me...


Ada hikmah orang tu curang ataupun tak setia sebenarnya.
Ada hikmah orang lain tu layan orang yang ada relationship sebenarnya. 


Kita tak tahu, tapi Allah Maha tahu. Kita boleh salahkan orang tu sekarang, tapi di masa depan nanti kita mungkin akan berterima kasih kat orang tu sebab berlaku curang, ataupun tak setia. Buktinya? Saya sendiri. Saya berterima kasih bebanyak sebab kisah cinta lama yang tak berapa nak cinta sangat sebenarnya tu berakhir. Allah is great.


Memula in relationship memang berjanji akan setia semua. Tapi ketahuilah bahawa janji itu janji manusia dan janji manusia kebanyakannya janji palsu ibarat menanam tebu di tepi bibir. dan yes, janji Allah itu pasti. Jodoh Allah akan beri. Kita? Tak boleh berjanji, tapi boleh berusaha.


Lagipun, takde orang yang memang berniat untuk curang bila dah in relationship. Tapi ketidaksetiaan tu datang dengan sendirinya. Tetiba je dah tak setia. Takde sape duga. Lagipun mana ada orang suka jadi orang yang curang dan tak setia ni. Rosak imej. Bersalah seumur hidup. Kecuali dia memang player. 


Tapi player pun selalunye time kanak-kanak, zaman sekolah boleh la nak jadi player. Bila dah besar, dewasa, dah matang sikit, ramai je dah retired jadi player ni sebab memasing dah dewasa, harus lah matang dan ada fokus kat masa depan diri sendiri. Takde masa dah nak curang-curang time ni.


Mungkin Allah sengaja hilangkan rasa sayang dan setia seseorang tu sebab tu je la caranya nak mengajar diri kita untuk jadi lebih matang dan independent. Mungkin itu balasan kita. Mungkin itu keadilan untuk kita. Mungkin juga sebab ianya merupakan salah satu jalan ke jodoh kita, dan demi kebaikan kita sendiri. Allah has plan for each one of us, and His plan is always the best plan. Have faith.


So, dalam kes curang mencurangi, tak de sape salah. 


Walaupun dalam hati ni still ada sikit perasaan 'orang yang melayan tu yang bermasalah. Dah tahu orang tu dah kahwin/in relationship, back off je la'. Tapi still, akan cuba buang buruk sangka tu dan gantikan dengan 'Takpelah, Allah maha mengetahui. Sabar'. Sebab lagipun, kekadang manusia sendiri tak tahu macam mana dia boleh buat sesuatu perkara tu, walaupun dia sendiri tak suka bila perkara tu terjadi kat dia. Itu semua urusan Allah.


Manusia mana pernah setia, sebab syaitan sentiasa ada untuk buat kita jadi tak setia. Ada yang dapat lawan, ada yang tewas. Jadi, kalau betul nak harapkan kesetiaan, setia dekat Allah. 


Sebab Allah je yang akan sentiasa setia dengan kita. :)

SEKIAN, 10.05 PM.

10 comments:

kaka said...

nice post dear :)

twinkle twinkle said...

nice la kak eyka,lama tungguu entry AKK
..
a'ahkan,,kadang2 curang tu dtg sendiri,secara x sedar,,

Eyka Hamasuba said...

kaka,

thank youu :D


twinkle,

rinduu nak update blog! hehe rindu semua orang!

Hakim. said...

Curang tetap jahat sifatnya.

Izz Hazwani said...

Cheating is too mainstream.

Eyka Hamasuba said...

Hakim,
betul! memang jahat and tak patut dipraktikkan.

Hazwani,
Yes! it's too mainstream now. haha.

Anis Farhanah said...

true :)

cimon said...

Yg penting itu jodoh kan? Maybe lebih drpd skali. Tp sumenye dr Allah Taala juga. (^_^)

hananhayati ♥ said...

i love ur post dik. That's what semua orang yang pernah dicurangi patut rasa.
keep on blogging ^^

FT said...

sedihnye haha..