Hai korang! :)
Lama sangat saya tak update belog ni. Rasa syahdu je bila bukak blog ni tengok takde entry terbaru. Lagi bertambah syahdu bila takda update pun still ada dua tiga orang pelawat sedang melawat blog ni serentak sekali dengan saya. Siapakah anda? Jengjenjeng.
Oh ye, sekarang ni saya tak tahu kenapa saya malas betul nak melayan orang. Rasanya memang betul la makin meningkat umur, makin malas kita nak berinteraksi. Ok fine, mungkin hipotesis tu hanya berkesan ke atas diri saya je kan. Tapi itu yang terjadi. T___T
Dulu zaman sekolah kemain lagi aktif berinteraksi dan melayan orang yang tak dikenali dekat mespes tu. Tapi sekarang? Malas kemain. Saya rasa, time-time umur saya ni lah patut menikmati dunia berkawan sebanyak mungkin sebelum kahwin kang. Sebab nanti dah kahwin hidup seorang perempuan tu memang 100% terikat dengan suami dan rumahtangga.
So, sekarang ni lah masanya nak mengenal ramai-ramai orang. Masa umur remaja ni lah saya boleh mengembangkan empayar perkenalan dengan mempampangkan bbpin secara public dekat facebook. Entah sesape nak add pun takpe. Add lah, layan tak layan tu cite kedua. Harhar.
Flashback.
Tapi sebenarnya, saya layankan je semua orang sekarang ni. Layan in term of-- ingin berkawan. Mengenali hati budi mungkin selepas berkawan. Lepas tu mungkin bercinte lak kite, dan berkahwin kan. Sape tahu? HAHA~ Tapi maaf lah ye kalau tak layan. Bukan sengaja, cuma... takde jodoh kot kite. Sebab tu ditakdirkan kite tak leh rapat. Kot -___-
So, nanti kalau dah habis belajar ke dah kerja ke dah jumpa pasangan hidup ke, mungkin lagi susah nak bergaul dengan orang-orang baru. Memang takde dah bbpin terpampang secara public dekat laman sesawang. Phone pun bertukar. Memang orang-orang terpilih dan yang ditakdirkan untuk ade je akan berada dalam kehidupan saya selepas ni. Tapi lama lagi. So, chill la dulu :P
Sebab apa makin berumur makin susah bergaul? Mungkin sebab-- masa. Atau mungkin sebab pergaulan seharian terbatas untuk orang-orang yang berada di depan mate je, kan? Layan orang yang kite kenal je. Sebab makin dewasa, makin perasaan inginkan privacy tu meningkat. Takde dah nak chatting hari-hari kat YM dengan random people macam dedulu. Sekarang ni skype pun saya approve orang yang saye kenal dan saye kehendaki je. Huhu. Maap ye, maap.
Sunflower.
Oh ye, (topik lain) minggu depan nak masuk study dah. Hari Ahad ni daftar kolej, Isnin dah start belajar dah. Bai bai cuti. Hai hai UiTM Shah Alam. hihi. Alhamdulillah diberi rezeki untuk menyambung degree dalam bidang undang-undang. Rasa macam berdebar tak henti ni sebab tengok bebudak student yang lain sume macam power je. So rasa macam---- I bet you guys pun boleh bayangkan perasaan ni kan :P hikhik.
dan sekarang, saya memang sangat lost dalam dunia blogging ni. Rasa macam dah tak kenal sesiapa dan tidak dikenali oleh sesiapa. Perasaan ini sangat best, dimana lepas ni boleh la saya hapdet sesuka hati saya mengenai kehidupan seharian. Back to style blogging zaman memula join dulu. Hewhewhew
Siapa nak baca, baca. Siapa nak komen, komen. Siapa nak like, like. OH DAN SAYA BARU JE BUAT BUTTON LIKE TU PADA 11 OGOS 2011! YAYY TO ME! :D :D Ramai dah suggest suruh buat button like tu, cuma sebelum ni keras kepala takda masa nak update layout. eh ada je masa cuma masa tu selalu dihabiskan membuat perkara-perkara yang lain. Hik hik.
Free to do anything.
Thanks to anyone yang masih menunggu-nunggu update daripada saya. Yang suruh saya update blog. Yang concern pasal kewujudan saya kat sini. Terharu gituu rasa nak nangis lak sob sob *lap airmata dengan tisu* Hehehe. Yang DM kat facebook cakap pasal blog. Yang tak suka blog saya (kalau ade) pun terima kasih sebab mengunjungi. :'D
Sebenarnye memang banyak dah benda saya karang. Karangan yang berjela-jela, cuma macam biasa malas nak publish. Bukan takutkan social repercussion, tapi sebab malas datang secara tetiba setiap kali nak tekan publish. Berat ni, berat. Hoho. Takpe lah, lepas ni insyaAllah saya akan komitedkan balik diri dengan blog ni. Kesian blog ni. Menangis die. Isk isk.
So after this, I will publish semua post yang saya dah draftkan awal-awal sebab malas nak tekan publish tu. Doa-doa lah supaya saya rajin mengupdate yeeee. Tu pun kalau sudi doakan. Kalau sudi nak baca ape yang saya tulis lah. Hihi. K la tu je. Bai. Thanks sebab baca. :'D
P/S : Seriusly oh, makin dah tua ni makin suka menyendiri. Huhu.
SEKIAN, 1.50pm. Pictures credit : Flickr.
11 comments:
I'm your silent reader. Memang tetiap hari buka blog ni nak tengok update. Keep on blogging! Good luck for your studies.
xx
sama la miwa..makin lama makin malas..haha yeayyyy eyka update blog ! hehehe
Neeena,
thanks neena for your support! :')
Amirah,
Tu la. makin malas. sedih kan :'( btw, thanks Miwwaaaaaaa mwah mwah sikit hehehe
I always like your blog since awal-2 you join blogspot ni. Friends from myspace.<3
yeah..eyka dah update blog..thanx for those words..kite dlm situasi yg same, makin suke menyendiri..hee :D
Anonymous,
ehh ade lagi kawan dari myspace ehh hehee terharu ni :'D thanks awak :)
nadhira,
tu la. makin suke sengsorang ni. rase best lak kan ;D
akhirnya. update blog sudah. lama menunggu. he he. eyka mungkin tak kenal diri ini tp sy suka bca blog awk. he he.
Semangat semangat!
Selamat meneruskan pengajian.
He he.
Hehe maaf lah ye buat Mathilda tertunggu2. btw, thanks a lot! :)
Senang sikit dah ada button like tu dik.Apapapun teruskan berblogging.And GOOD LUCK!:]
*like that comment* leh tak camtu? :p
entry ni paling terbaeeek..
Post a Comment