Dashboard
Refresh
New Post
Sign Out
Gallery Myspace Facebook Twitter Friendster

Saturday, September 10, 2011

Orang Ketiga Dalam Perhubungan


Entry ni ditulis pada 12hb 8, 2011, Pukul 2.42pm.

Kebelakangan ni asal macam banyak je kisah orang ketiga muncul eh? Yang bercinta bertahun, putus cinta. Yang bertunang, putus tunang. Sedih kan. Rasanya, tu top #alasanbreakup yang masih menjadi twitter trending sekarang ni. Boleh check here. Haha. And yeah, I wonder macam mana ada je orang tu sedia nak jadi orang ketiga?


Tak rasa macam memalukan diri sendiri ke? Atau, tak rasa macam jahat ke? Atau, tak rasa macam akan rasa bersalah seumur hidup ke? Atau, diorang sebenarnya tak perasan yang mereka sebenarnya orang ketiga? Atau.. sebagainya. Mungkin ni kot situasi-situasinya bagaimana seseorang itu boleh terjadi orang ketiga dalam sesebuah perhubungan:


#1 - Saya suka awak dan saya lagi hot dari girlfriend awak sekarang.

Perempuan macam ni boleh dikatakan yang ada paras rupa, tapi sifat baik tu kurang sebab suka menggoda lelaki kepunyaan orang. Bukan kurang, tapi memang takde kot sifat kebaikan tu. Dia ni mungkin ada rupa, dan ada akal-tapi maruah takde. Cantik, tapi takde maruah itu satu perkara yang menyedihkan, kan?


Lelaki pulak pasti akan tergugat iman kesetiaannya bila ade gadis yang lebih cantik dari teman wanita dia confess macam tu kat dia. Mesti dia akan berbelah bahagi nak pilih teman wanita yang dah bertahun atau perempuan yang lebih hot dan cantik tu. Makin perempuan tu goda, makin suka la lelaki. Dan makin lama, secara tak langsung perempuan tu jadi orang ketiga.


#2 - Saya suka awak dan saya boleh bagi anything yang girlfriend awak tak boleh.

Ni boleh dikatakan jenis perempuan yang kaya, tapi murah. Dia kaya dan dia mampu nak bagi si lelaki tu macam-macam barang, dan dia juga boleh di bawa ke bilik sesuka hati. Malah, dia akan lakukan apa sahaja untuk lelaki tu.


Lelaki mana nak menolak rezeki yang datang tanpa diminta tu betul tak? So, dengan secara senang je lelaki yang buta mata hati akan pergi berhubungan dengan perempuan macam tu secara sembunyi. Susah lelaki nak tolak rezeki yang datang tanpa diminta ni sebenarnya.


#3 - Saya suka awak dan saya lebih dekat dengan awak di sini.

Jarak. Yes, ni berkaitan jarak. Perempuan ni mungkin terdiri daripada kawan-kawan lelaki tu di perantauan, dan lebih rapat dengan lelaki tu. Perhubungan ni boleh terjalin bermula daripada persahabatan. Bila perempuan tu dekat dengan lelaki, lelaki yang jauh dari teman wanita for sure akan boleh berubah hati.


Lelaki ni kan, mana boleh dibiarkan berseorangan tanpa awek. Lagi-lagi umur memuda cam kite ni, for sure hati tu senang je rasa selesa, senang je rasa nak suka kat orang lain. Senang-senang je kesetiaan dia terhadap teman wanita runtuh bila ada perempuan yang lebih dekat yang lebih care pasal dia.


#4 - Saya suka awak dan awak pun sukakan saya.

Gatal. Yang ni mungkin sukar sikit nak menyatakan siapa yang start dulu. Mungkin lelaki tu yang gatal pergi mengorat perempuan tu atau mungkin perempuan tu pun gatal mengorat lelaki tu walaupun dia dah tahu lelaki tu dah ada kekasih hati.


Lelaki mana pernah tak gatal. Everytime je gatal bila tengok perempuan. Everytime tengok perempuan, time tu jugak dia rasa nak ngorat perempuan tu. Bila tengok perempuan lain, time tu rasa nak ngorat perempuan lain walaupun sudah berpunya.


#5 - Saya suka awak dan saya ingatkan awak belum berpunya.


Jeng jeng jeng. Ni kisah sama ada perempuan tu terlampau baik dengan tidak perasan bahawa lelaki tu sudah berpunya ataupun lelaki tu hebat sangat menyembunyikan statusnya yang sudah berpunya.


Biasalah, kekadang perempuan ni senang terpikat dengan entah sesape yang ngorat diorang. Dan, tak terfikir pulak pasal status laki tu. Sebab laki tu ngorat die, for sure laki tu single kan? Not anymore ye kawan-kawan perempuan ku sekalian. Hihi.


Well, saye boleh bagi sampai #5 je lah sebab malas nak fikir yang lain. Haha. Siapa rasa nak tambah boleh lah tambah. Siapa pernah jadi orang ketiga tu pun dialu-alukan untuk berkongsi pengalaman kenapa boleh jadi orang ketiga? Ditipu ke menipu ke tertipu?

Mungkin ketiga-tiganya sekali.

Anyway, bagi pandangan saya lah kan--tak salah kalau lelaki tu tersuka kat orang lain disepanjang percintaan dia dengan girlfriend dia, tapi jujur lah sikit. Bagi je lah tahu kat awek dia yang dia sebenarnya dah ter-suka kat orang lain, oleh itu kita harus berpisah. Kan senang.


Tapi, tak mungkin la lelaki nak admit macam tu. Sebab nanti akan nampak sangat lah yang dia tak setia-padahal dia pernah janji nak setia. Nampak sangat dia tak baik-sebab tak setia. Dan nampak sangat dia tu lemah-senang tergoda. Mungkin sebab tu kot lelaki susah nak admit.


Atau mungkin sebenarnya lelaki tu pun tak sedar yang dia sebenarnya dah suka kat orang lain. Dia rasa dia sayang kat girlfriend dia, tapi dia suka kat orang yang dok goda-goda dia tu. Laki tu suka, perempuan tu pun melayan, so memang autometik lelaki tu boleh berubah hati, betul tak?

Unconscious .

Takpun sebenarnya, niat lelaki tu hanya nak jadikan orang ketiga tu as a back up plan, so that bila dia break up dengan girlfriend dia, dia dah ada back up yang boleh mengubat hatinya yang lara tu. So nanti dia takde lah rasa terluka sangat kalau girlfriend dia nak tinggalkan dia. Situasi ni sesuai diaplikasi kepada lelaki yang selalu rasa insecure terhadap die pnye galpren.


Lelaki ni kan nampak je gagah tapi sebenarnye hati lemah. Senang tergoda. Nafsu tinggi. Ade 1 nafsu je nak buat cemane. Keh keh. Tapi benda tu tak jalan kalau orang ketiga tu tak melayan kehendak nafsu lelaki yang senang tergoda tu. So, who's to blame here? Lelaki tu ke orang ketiga tu? Jeng jeng jeng.


For me--of course semua pihak yang terlibat tu salah. Lelaki, orang ketiga mahupun si girlfriend. Girlfriend salah sebab tak jaga lelaki tu elok-elok. Takpun, tak ambil berat sangat pasal laki tu sebab tu dia senang jatuh hati kat orang ketiga. Atau, ada kekurangan daripada girlfriend yang lelaki tu dapat penuhkan from the orang ketiga.

Something is missing.

Lelaki tu pulak salah sebab dia tak jaga hati tak jaga iman tak jaga pandangan elok-elok masa berjauhan dengan kekasih hati. Lelaki tu salah sebab melayan orang yang melayan dia. Haha. Kira, lelaki ni tersilap langkah sebab dia ingat dia kuat sangat takkan tergoda, padahal.. jeng jeng jeng. Kekekeke. and lagi satu, sebab laki ni tamak.


Orang ketiga tu pulak, salah sebab melayan orang lelaki. Walaupun mula-mula memang niat nak layan biasa-biasa je, layan biasa-biasa je sebab dah tahu lelaki tu dah ade galpren, tapi lama-lama tersangkut tetiba, dan lelaki tu pun tersangkut tetibe. dan kemudian poff- memang jadi orang ketiga la kan. Haha.


Dan lelaki memang selalu tamak. Dia tahu dia dah ada galpren yang dia sayang, tapi at the same time ada pulak perempuan yang sayang kat dia jugak. So dia, dilemma nak pilih yang mana satu? Dia mungkin akan pilih seseorang tu untuk kebaikan diri dia sendiri depending on the situation kot.

It's in your hand.

For example, antara girlfriend dan orang ketiga yang kaya-yang mampu bagi dia memacam, hidup senang semua. At the same time lelaki tu perlukan duit dan dia sayang kat girlfriend dia, tapi dia lebih rela pergi kat orang ketiga sebab dia sendiri yang akan dapat benefit. Who knows kan?


Contoh lain, bila girlfriend dia jauh dan orang ketiga tu dekat dengan dia. Boleh teman dia sentiasa, pergi memana pun bersama. Dia sayang kat girlfriend dia, tapi maybe dia rasa bad dekat diri sendiri sebab buat macam tu kat girlfriend dia and sebab tu dia pilih orang ketiga tu-yang selalu ada dengan dia.


So, sebenarnye banyak faktor kenapa wujudnye orang ketiga ni, lagi-lagi bila tengah bercinta. Sebab tengah muda kan, mesti rasa macam nak je semua orang yang menarik di depan mata. Nak dia, nak awak, nak semua orang. Sebab tu la rasenye payah bercinta memuda ni. Kehkeh.

Boleh beredam air mata.

Kepada yang pernah putus sebab orang ketiga--biar kan je dia pergi dengan pilihan dia. Tak perlu nak sesedih menyalahkan takdir on why and how. I mean, macam nak kesal-kesal dengan tindakan lelaki tu yang tak mampu melawan godaan. Biar je la dia tu, dah besar dah lebih matang kang tahu la dia fikir balik apa yang dia dah buat di masa lampau. kekeke.


Kepada lelaki yang sentiasa dalam dilemma orang ketiga--tak perlu tamak dalam kehidupan. Beritahu je perkara sebenar kat kekasih anda bahawa anda telah terjatuh hati kat orang lain. Kalau kene marah kena maki tu memang normal la, siapa suruh buat perangai dulu. Tapi yang penting, jangan takut untuk berterus terang. Daripada tinggalkan berpanjangan and perempuan tu tahu sendiri nanti lagi lah teruk. So, go on. Make your choice and confess. :)


Kepada orang ketiga pulak--Hormati hubungan orang lain dulu kalau nak hubungan anda dihormati. Saya rasa ramai yang tak sedar yang diri tu orang ketiga sebenarnya. Dan tak sedar yang mereka tu salah dan masih mahu menyalahkan teman wanita kepada lelaki tu. Orang macam ni mungkin tak boleh terima hakikat kejahilan diri sendiri kot? I dont know, atau mereka sedar tapi tak dapat nak elak perkara tu. Insaflah~ Haha.

White flower turns to blue.

Yang penting sekarang ni, lelaki tu je la. Kalau dah suka kat orang lain haruslah berterus terang. Ape ingat kami perempuan ni kisah sangat ke kalau korang ade orang lain? Haha. I mean, bukan tak kisah, tapi kalau bagitahu kan elok. Daripada duk buat kami tertanya-tanya tentang perubahan korang semenjak ade orang ketiga tu, baik confess sendiri.


Memanglah niat lelaki baik taknak bagitahu pun mungkin sebab taknak sakitkan hati perempuan tu, taknak galpren dia sedih, taknak nampak diri dia jahat--tapi please, jangan jadi pengecut untuk bersemuka dengan kebenaran. Kalau dah terpikat kat orang lain, then go on. Girlfriend korang for sure akan murung, tapi takpe sebab lama-lama elok la tu. Haha. Ape ingat perempuan ni tak cool ke? kitorang cool je tau sebenarnya. Cayalah! ;)


Kenapa saya merujuk kepada situasi lelaki tu yang ada orang lain, dan bukan perempuan yang ada orang lain? Sebab--memang selalunya (tak semuanya) lelaki yang senang sayang kat orang lain, dan perempuan sayang kat sorang je. Sebab apa? Sebab memang macam tu lah lumrah kehidupan. Sebab sifat kita memasing tercipta macam tu.

Woman flies with feeling.

Lelaki memang diciptakan mudah mengasihi dan menyayangi perempuan, bukan kat sorang perempuan je sebab memang tu sifat yang diciptakan untuk mereka. Sebab tu Allah benarkan lelaki kahwin 4. Kalau perempuan pulak--diciptakan dengan sifat keibuan, menjadi seorang yang taat kepada suami sorang je, sebab tu perempuan tak boleh nak sayang kat banyak-banyak lelaki sekaligus. Kan? :)


Tapi best perempuan sebab bila tengah in relationship, kalau dia dah suka kat orang lain selalunye memang akan berterus terang je dekat teman lelaki. Sebab perempuan tak tamak, lepastu tak boleh nak berselindung dan menipu diri sendiri tentang perasaan ni. Kami kan kaum yang tahu apa yang kami nak, so bila kami rasa kami nak yang itu, memang terus terang je la walaupun menyakitkan. At least, kami tak main kayu tiga masa dalam hubungan. :P


Yang penting sekarang, kenapa saya tak letak #sebab orang ketiga : Saya suka awak dan saya lagi baik dari teman wanita awak. Sebab kalau perempuan tu baik, for sure dia akan hormati perempuan lain, dan juga hubungan orang lain. So here, kalau a guy fall for a girl when he was in a relationship, and that girl pun fall for him, biar kan sajo. Sebab memang sesuai sangat lah tu kan dengan perangai masing-masing. Hiihihi

Jadilah epal yang berkualiti.

P/S: Dah lama sangat buat entry ni. dan, dah siap ada entry susulan pasal
orang ketiga lagi dah lepas ni. Tungguu~ :P


SEKIAN, 12.01am. Picture : Flickr.

9 comments:

Anonymous said...

Good points there. I pun tertanya-tanya how a girl can be that cheap to be with someone who's taken. But then everyone has their own reasons right? :) Good post eyka. I'm love reading your posts.

lala*FLORIST* said...

orang ketiga maksudnya... tiada jodoh antara kita dan yang lagi satu tu :)

Anonymous said...

I baru putus tunang. sebab orang ketiga juga. I yang putuskan untuk putus sebab I tak tahan tengok dia dengan perempuan tu. I rasa bersyukur sebab nasib baik masa tu I baru bertunang dan belum berkahwin lagi. Alhamdulillah sekarang I dijodohkan dengan seseorang yang lebih baik daripada yang dulu. :)

Anonymous said...

i pnh berada dlm keadaan suka kt org lain. tp i terus terang kt org tu ckp i dah ada bf.i dah janji.so i tak boleh mungkir.then end up rupa2nya bf i ada org ketiga.mula2 rasa mcm bodoh sgt sbb i beria lah setia.tolak tepi perasaan tersuka org lain ni. tp bila pikir blk. i tak rugi. sbb i buat benda betul :) so org ketiga ni.tlg lah hormat org lain

annur larra said...

i like all your points up there. yang penting lelaki tu sendiri. dan kepada org ketiga. anda mmg jahil tak kira apa pun alasannya. another good entry. :)

EykaHamasuba said...

anonymous 1,
thank you there. anonymous! hehe. em, yup diorang ade reason diorang tersendiri. tapi still rase macam tah pape kan. haha ;p



lala,
haa betul betul :)


anonymous 2,
sedihnya dengar orang putus tunang! :( btw saya doakan awak bahagia bersama dengan yang dia ni. InsyaAllah :)



anonymous 3,
ruginya ex-bf awak tu! tak patut betul. tapi takpe la, nak wat cane kan. orang ketiga tu memang.. tak faham kenapa sanggup jd org ketiga. lepas tu kalau macam berbaik, humble dengan gf tu takpe. ni ade yang jenis ego lebih pastu rase tak bersalah langsung tu yang sgt kelakar sbnrnye kan kan hihi:)



annur,
hehe thanks btw.. hehe. orang ketiga dengan lelaki tu yang jahil. laki tu tak reti handle perasaan sendiri. haha pastu tak reti berterus terang *selalunye*

Tuan Muhammad Amin Abdullah said...

aku ada masalah ni skrg...aku bkn la org ketiga..tetapi hubungan aku diganggu org ketiga..org ketiga ni ex-kpd gf aku, so dia tak dpt terima yang aku dgn gf aku skrg bersama..well, jgn salah anggap, aku declare dgn gf aku time dia dh mmg single..so mamat ni jeles and warning aku jgn rapat dgn dia...gf aku skrg depressed..dia sedih sbb mamat tu kacau hubungan aku dgn dia...n sedih sbb dia anggap dia bg masalah kat hubungan kami..

*kpd org ketiga, silalah hormati hubungan yang sedang terjalin...banyak lagi orang diluar sana...

Anonymous said...

new reader here~ wau, a great post

yup, i admit, i jadik org ke3. and the feelings, mmg x best. rasa bersalah. rasa insecure. lebih2 lagi, ex-gf dier yang in close by dengan my bf (coursemate tuh!). and i'm the one who's far (beribu km). but now eventually, perasaan bersalah and insecure tu makin lama makin hilang la.. and insyaAllah, kitorang akan kawen early next year.. maybe we started of wrongly, but that what made our relationship so strong. we were wrong (from ethical point of view la kan..) but if dia lah my future husband, we might not be wrong in the first place.. but if u can avoid jadik orang ke3, elakkanlah. takde sape (yang normal) nak jadik orang ke3 dengan sengaja.. it sucks.
your point on berterus terang tu, mmg soooo true. guys, jumpa orang lain selagi belum kawen, juz be honest. girls akan meraung, but at one time, she'll let go and move on..

SaddLone said...

ahh..i just love ur post.. :)