Dashboard
Refresh
New Post
Sign Out
Gallery Myspace Facebook Twitter Friendster

Saturday, September 10, 2011

Kenapa perhubungan itu selalu gagal, kalau ada orang ketiga?

Dikarang pada : 9hb 9, 2011, Pukul 7.52pm.

Pernah terfikir tak, kenapa orang bercinta paling tak suka kalau ada orang ketiga muncul dalam perhubungan? Adakah sebab ianya dah terlampau biasa, maka terus jadi norma kehidupan untuk tidak menyukai orang ketiga ataupun sebab ada orang ketiga maksudnya pasangan tidak setia ataupun sebab dah setkan pemikiran bahawa orang ketiga tu harus lah dibenci.


Sebab ape ye agaknye. Kite boleh kongsi bumi, kongsi tanah, kongsi oxygen, ilmu, makanan dan sebagainya tapi tak boleh nak kongsi kasih sayang jantina yang berlainan yang bukan muhrim. Rasa macam tertipu, ditipu, tak betul dan sebagainya. Kenapa kan?


Kenapa tak boleh nak rasa macam--- ok, tak kisah lah awak ada orang ketiga, asalkan awak lelaki. Sebab awak boleh kahwin 4, so siapa je saya nak halang hasrat awak untuk beribadah kan. Yes, kahwin itu kan satu ibadah. Tapi atas dasar niat lah. Kalau kahwin setakat ingin memuaskan nafsu, itu dikira ibadah jugak ke ye? Pepandai lah jawab di akhirat sane~ Harhar.

Flying butterfly!

Ok. Sebenarnya, bagi pandangan saya lah kan. Sebab dah merasai perkara-perkara macam ni, so saye rase kenapa orang ketiga tidak disukai dalam perhubungan--sebab perasaan insecure. Perempuan memang selalu rasa insecure terhadap diri sendiri. Pastu, perempuan pun tamak jugak sebenarnya. Eh, bukan tamak. Tapi kedekut. Takmo ah share lelaki dengan perempuan lain. Rasa macam tak suci lak percintaan tu kalau sharing-sharing ni.


Sebab tu selalu 'it's either me or her'. Lelaki pasti runsing nak buat keputusan kan. Dah la lelaki selalu konfius. Tak tahu nak pilih mana. Kalau pilih dia, takut yang satu sedih. Lepas tu, takut diri sendiri menyesal lak kalau salah pilih. So, padan muka jugak kat lelaki tu sebab mengambil risiko bercinta reramai sampai konfiuskan diri sendiri. Haha.


Tapi kalau difikirkan balik, kenapa it's either me or her, dan bukannya ok, jom sesama bercinta dengan lelaki yang sama? Memang tak boleh kan. Kalau ade pun mungkin kes-kes terpencil yang tak diketahui. Adakah sebab ianya akan muncul bias di pihak lelaki tu. Ye la, perempuan dah la selalu kedekut, pastu kalau share, takut lelaki pulak tak reti nak handle.

Just another chapter in his life.

Tak reti nak handle di sini bermaksud, pasti akan lebihkan yang satu daripada yang satu lagi. Perempuan dah la banyak karenah. So kalau pandai nak bercinta reramai, haruslah pandai nak handle semua karenah tu. Kalau tak pandai, haruslah mengelakan diri daripada bercinta dengan ramai-ramai orang. Hihi.


Atau mungkin sebab, kalau lelaki tu ada 2 orang perempuan, akan rasa macam tak special la sebab ape yang dia rasakan kat kita dia rasakan kat perempuan yang satu lagi tu. Rasa macam tak seronok lah kena share. Macam rasa- something yang sukar diungkapkan dengan kata-kata. Eceh. Hehe.


Adakah itu bisikan syaitonnn supaya kita membenci kewujudan orang ketiga dan tidak berlapang dada berkongsi kasih? Kesian kat kaum lelaki ni sebenarnya. Yelah, mereka kan memang ditakdirkan, dibentuk dan diwujudkan untuk mencintai perempuan. Yang cinta kaum sejenis tu kes lain. Ni cakap pasal lelaki yang mencintai perempuan je. :P

Perempuan lebih seksi daripada lelaki. :P

So, bila dah dicipta untuk mencintai perempuan, memang banyaklah perempuan untuk dicintai. Dan takde pun istilah lelaki diciptakan untuk mencintai seorang perempuan sahaja di dunia ini. Sebab tu Allah tak haramkan poligami, tapi melaknat isteri yang menduakan suami. Lain pulak di pihak lelaki.


Lelaki kalau menduakan isteri dengan cara yang halal---iaitu mengahwini kedua-dua isteri, besar tau ganjarannya. Besar untuk lelaki, besar jugak untuk si isteri. Tapi kenapa susah untuk perempuan nak benarkan lelaki menduakan dirinye? Mungkin sebab ganjaran yang sangat banyak di akhirat sana tu bukannya senang untuk didapati. Sebab tu lah agaknye kan.


Itu kalau menduakan dengan cara yang halal la. Dan cara baik. Dan cara berterus terang, bukan menipu dan melakukannya secara senyap-senyap. Tak faham kenapa lelaki kalau nak bercinta dengan orang lain, perlu melakukannya secara sulit. Takut dimarahi ke ape? Atau sebab memang mindset kalau aku bercinta dengan orang lain, dia mesti akan mintak putuskan hubungan?

Pecah kepala nak buat keputusan.

Rasenye sebab dedua tu kot. Lelaki ni penakut jugak kekadang. Takut dengan perempuan. Bukan takut sebenarnya, tapi lelaki tak sanggup tengok perempuan penatkan diri sendiri dengan perasaan sedih dan marah. Tapi siapa kata perempuan tak boleh terima, kalau lelaki tu ada perasaan sayang kat perempuan lain?


Boleh je terima, tapi susah. Lelaki tu punya peranan lah nak tenangkan balik perasaan perempuan tu. Kenapa saye kate boleh? Sebab, kalau tak boleh--takkan Allah benarkan lelaki kahwin lebih daripada 1 kan? Sebab lelaki ni pun susah jugak. Diorang sebenarnya senang sayang dekat ramai perempuan yang baik dengan diorang, cuma tak reti nak handle je.


Cuba handle secara ikhlas. Cara macam--- awak, saya sayang kat dia. Saya sayang kat awak jugak. Saya nak awak berdua berbaik, sebab saya akan usaha untuk membahagiakan awak berdua tanpa rasa bias. Wow. bunyik macam senang je kan? Hihi. Tapi memang senang pun. Cuma bisikan syaitonirojin dan keras kepala diri sendiri je membuatkan sesuatu tu nampak susah.

Bisikan tu yang buat orang stress.

Lagi satu, sebab kenapa perempuan tak leh terima kewujudan perempuan ketiga--sebab lelaki tu sendiri yang tak pernah berterus terang. Lelaki tu rasa bersalah kot ada perasaan sayang kat orang lain jugak, tapi dia tak sedar yang normal la tu wujudnya perasaan sayang kat bebanyak perempuan, dalam diri seorang lelaki.


Rasanya kalau lelaki tu berterus terang, dan cuba melapangkan dada dan hati si perempuan tu untuk berkongsi, rasanya takda masalahlah benda-benda ni semua, kan? Ni tidak. Setiap kali sayang kat orang lain, mesti lupa kat orang yang satu lagi. Lepas tu terus putus hubungan dan konfius dengan perasaan yang diciptakan dalam diri tu. Kesiannye. Hoho


Ni mesti pengaruh kisah-kisah cinta yang direka oleh manusia sendiri ni. Kisah cinta tipikal di mana seorang lelaki haruslah mencintai dan berkahwin dengan sorang perempuan je, tak lebih. Kalau nak sayang perempuan lain, kene sayang secara senyap dan berlaku curang serta membuat dosa. Gitu ke? Gitu lerr yang selalu dipampangkan di kaca television.

Pengaruh musik dan media.

Kalau dalam lagu pulak, kisah cinta mesti antara sorang lelaki dan sorang perempuan je, tak pun curang. Ataupun, kesetiaan ke putus hubungan sebab ada orang lain ke. Orang yang dengar pun terpengaruh lalu emo sengsorang bila diduakan sebab dengar lagu-lagu dan tengok cite-cite yang macam tu. Sebab dah setkan pemikiran macam tu. Macam, dah memang sebati dengan pemikiran kot. Entah lah.


Takde pulak lagu yang menyokong lelaki untuk mencintai kaum wanita dan menghormati perasaan sayang dia terhadap wanita, lebih daripada seorang kan. Banyaknye mesti pasal curang lah, tak setia la ape la, mane tak terpengaruh. Huhu. Lelaki kan dilahirkan sebagai ketua. So lelaki yang patut mengetuai seorang perempuan tu, dalam semua segi.


Kalau perempuan lak, memang diciptakan untuk sorang laki je, tak leh reramai sebab perempuan kan diciptakan suci. Kalau perempuan sorang bersama laki ramai-ramai, tak suci dah la kan jadinye. Dan, memang pun, perempuan susah nak bercinta dengan ramai-ramai orang sekaligus macam lelaki. Sebab tu kalau perempuan tu ada orang lain, selalu berterus terang je dan berpisah. Senang. kann. hihi

Takda lah rumit sangat.

Oh, kejap. Posting saya kali ni takde lah pulak saye galakkan lelaki untuk bercinta banyak-banyak orang sekaligus. Tapi, amik point yang as a leader, lelaki harus mengawal perempuan. Kalau betul sayang dua-dua orang sekaligus, haruslah berusaha untuk mendapatkan kedua-duanya ye. Banyak dugaan oo kalau nak menduakan perempuan ni.


Pertama bila nak duakan perempuan, memula kene pandai uruskan perasaan kedua-dua perempuan untuk menerima satu sama lain. Kedua, kenalah stabilkan diri dalam perihal kewangan dan harta benda. Ketiga, hubungan dengan Allah kena jaga, nanti takde lah isu bias atau berat sebelah antara dedua orang perempuan tu. Keempat, fikir sendiri, malas lak nak fikir hehe :P


Teringin jugak nak tengok keadaan di mana orang ketiga diterima dengan hati yang lapang. Tapi selalunye susah nak lapang kalau lelaki tu sendiri tak melapangkan hatinya untuk berterus terang, kan kan? :) Perempuan boleh je terima sebenarnya. Saye yakin perempuan boleh terima keadaan ni, cume lelaki tu la kene pandai handle situasi macam ni.

Kuota.

P/S: Kebanyakkan perempuan sebenarnya tak boleh terima bila lelaki tu menipu je,
bukan sebab lelaki tu menduakan dirinye.


SEKIAN, 10.10pm. Pictures credit to: Flickr.

25 comments:

yunZatie said...

boleh tak aku cakap ceni..ko exceli layak untuk masuk salah seorang dari penulis terfaktab.:)

farinaBONCET said...

"Kebanyakkan perempuan sebenarnya tak boleh terima lelaki tu menipu je, bukan sebab lelaki tu menduakan dirinya"

itu fakta lagi hakikat yang nyata (:

Eyka Hamasuba said...

yunZ,
oh ye ke.. kenape ye.. hihi ;p


Farina,
kaannn. lelaki memainkan peranan penting dalam mengatasi masalah ni. tapi diorang selalu amik cara mudah je. tipu pastu buat-buat suci. haha :p

Yus Tawau said...

betulkah ni perempuan boleh terima.. ????

Anonymous said...

Walaupun rasa insecure atau tak dapat memiliki si-Dia tapi yang paling teruk adalah rasa dikhianati.

Bayangkan kawan rampas Bf sendiri.Siapa yang dah rasa tahulah macam mana rasanya. Malu dan macam macam perasaan.

:: Le3ya :: said...

psstt2 pengakuan terbuke ni ..
sy org ketiga ,, n sy still bertahan ngn dye .. ade yg ckp sy xde aty dan perasaan .. tp sy ok je ,, i dont even care wut they wanna say bout me .. hanya kami yg rase perasaan tu .. and 4 me ,, its ok if we have 2 'bermadu' ,, as long as he can handle us properly ..

huhu .. a long comment ..

Mathilda Chung said...

Post awak ini sangat2 banyak mengajar saya. Mengajar saya untuk menjadi seorang yang terbuka dan menerima.

Biasanya akan membenci orang ketiga tetapi awak sebaliknya.

respek la kat awak! he he.

amira faqihah said...

fact yg benar,,:) lelaki suka khianat itu yg pmpuan x suke

Eyka said...

terfaktab sesuai geng dgn kau..hebadd weyy! :)

cimon said...

betul ke perempuan boleyy terima nie? kat opis nie...lelaki suka lg berskandal drpd kawen lagi satu.

hmm...

agak2nye bini diorang musti jenis yg garang2 kan? (@_@)

Anonymous said...

adoi
sekarang baru terjumpa ayat peneranghati ni:
Kebanyakkan perempuan sebenarnya tak boleh terima bila lelaki tu menipu je, bukan sebab lelaki tu menduakan dirinye
nasi sudah jadi bubur takpun dah basi
sangat sayang kedua2nya
tapi dia takmau menerima
asal2nya tak diberitau, ops pembetulan: belum diberitau, sebab tu lah - mesti dia kata takmau takmau!
kini dia pergi sudah :-(

akan kusimpan
kenangan cinta kita
yang tak akan terpadam selamanya
kehangatan cintamu
msih ku terasa
bagai baru semalam kita berpisah


-average joe-
klakka-la.blogspot.com

Hakim. said...

orang ketiga.

Bagi lelaki,kalau orang ketiga itu adalah perempuan,i'm in heaven.

Kalau orang ketiga itu adalah lelaki,You're dead meat i tell you!

Plus,buat apa la si perempuan nak pasang ramai.Bukan boleh kahwin ramai pun.Alih2,sorang jer suami dia boleh ada.Membazir masa dan tenaga.



Lain la....

Lain la kalau Lelaki..Kehkehkeh

elisa amirah said...

iye, perempuan memang sedikit tamak dan kedekut untuk share suami dia dgn perempuan lain. walaupun si isteri tu setuju sekalipon laki dia nk berkahwin satu lagi, mesti akan menitis jugak air mata si isteri.


pengorbanan itu sangat berat. (: tapi ia bukti kepada cinta.

sangat respect dgn perempuan2 yg setuju dgn org ketiga (:

Botak said...

pelikan., walaupun tak suka diduakan., tapi perempuan juga yang buat macam tu..

Sofea Iman said...

act betul ckp eyka (:
perempuan memang terima kalau lelaki jujur (:
kalau dia jujur dia pasang pun perempuan still terima ,
mcm kes i , bf i jujur yg dia psg dgn sorg girl niyh then siap tunjuk siapa girl,,
at first sakit la tp dpt terima sbb dia pandai jge perasaan i,
even though sakit diduakan, tp lagi sakit di tipu belakang :'(

amyzza azzyz said...

needs some advice here..please help me..
bf i ada gf lagi satu..dia baru je bgtau i..mula2 i memang xdapat nak terima..
sakit sangat rasanya..but then i learn to accept the fact yg dia syg i and dia syg girl tuu..
i try to open my mind and set it towards the positive side..
tapi i tengok bf i tuu macam lebihkan girl yg tuu pulak..
i'll try to make it easier for us tapi apa yg i nampak bf i lg syg that girl..
then how should i do?
really needs a help..tq

Aing said...

ok, entri kau memang panjang2 ea? nasib baik aku jenis yg tak cepat bosan first sbb ada lagu2 best lah kan kat sini..hehe

ok, aku penah di curangi, ex aku menduakan aku.then lebih menyayat aku yg undur diri..kedekut kah aku? macam kau cakap lah..aku tak kesah dia nak mendua, mentiga,4,5 tapi aku pantang bila dia tipu aku je..so, aku benci org ke3!

sobs~ :(

FadzilZahari said...

setuju

Anonymous said...

dlm kes ny aku owg k3 ! at 1st kmi kuar,dye mmg pndai srok gf dye! da 2 3bln bwu kntoi.. dye ckp mmg da nk ptus n ak prcye coz dye salu ad ngan aku!! anytime aku suh dtg dye salu ade tok aku!!tp upenye dowg still brhubung! aku da jd kkasih gelap bout 1 year! alsn dye xnk tgalkn gf dye,xnk salh 2 dtg dri dye! skang gf dye da taw psal aku! n aku msh tggu kptusan dye tok plih ak or gf 2! mmg ad risk,ye r law x plh aku mmg frust r tp naoe bg hrapan at pompuan law kowg da ade awek!!!

Anonymous said...

dlm kes ny aku owg k3 ! at 1st kmi kuar,dye mmg pndai srok gf dye! da 2 3bln bwu kntoi.. dye ckp mmg da nk ptus n ak prcye coz dye salu ad ngan aku!! anytime aku suh dtg dye salu ade tok aku!!tp upenye dowg still brhubung! aku da jd kkasih gelap bout 1 year! alsn dye xnk tgalkn gf dye,xnk salh 2 dtg dri dye! skang gf dye da taw psal aku! n aku msh tggu kptusan dye tok plih ak or gf 2! mmg ad risk,ye r law x plh aku mmg frust r tp naoe bg hrapan at pompuan law kowg da ade awek!!!

Anonymous said...

Sy ssah nk trima post nie..maaf lh..mgkin sbb keadaan kt sume xsma..sy amt mnyintai kkasih sy..dan mrancang unt mdiri kn msjid taun nie..tp mslh nya ati sy brat sgt sbb ada khadiran owg ke3..dh 2 taun dia mgangu ubungn kmi bdua..scara emosi,fizikal dan spritual(sihir)..sy cuba kuat dan jd yg tbaek unt dia..tp kdg2 rasa nk mngalah sbb dh pnat sgt ptahan kn ubungn nie..sy pcaya kkasih cnta kn sy spenuh ati..tp tlalu byk dugaan yg dtg..Ya Allah..Ya Mummit..kau mati kn lh sgala niat jhat dia thadap kmi..umphhh.. -insan tluka-

Anonymous said...

Menajdi org ketiga mmg sukar..sy amat mncintainya tapi nk lepaskan dia sngt susah..bkn sy xnk lpskn dia tapi dh hmpir setahun kami brhubung tnpa kaple atau sbrg ikatan..dia dh ade gf yg dh lama dia kaple..kdg2 trniat jgk sy utk dia putuskan hbgn ngn perempuan itu atau mmberitahunya tapi sapa lah sy utk mnghalang..sy sntiasa dan brdoa agar Allah mmberikan ksbran dan ketenangan dlm diri sy..smoga tiada sapa yg disakiti..Allah maha adil biar dia shj yg mnentukan trbaik utk kami smua..

Anonymous said...

Tunang aku jatuh hati kat org lain. Mcm mana ekk. Dia gf aku. Dia ada Kawan laki. Rapat kat tempat kerja. Jatuh hati. Sedih. Tapi hubungan still baik. Cuma aku pendam lah apa yg aku rasa. Jeles sakit sangat. Hmm

Anonymous said...

Aku dah kenal 2 orang gadis. Cinta dah berputik. Rupanya dua2 dah kena tebok.

Hidup ni memang babi. Aku malas nak terbitkan rasa cinta lagi.



Fuckoff.

o said...

bagus pendirian anda. sokong sgt2. pedulikan org. janji kita bahagia. kalau lepas ni suami jumpa org lain pun kita tak kisah sebAb buat apa diorang nak kisah perasaan kita. lagipun Allah maha adil, balasan sama ada waktu muda, waktu tua atau pada anak keturunan kita. tapi takpe, janji sekarang kita bahagia. why bother