4 haribulan 2 nanti, genap 10 bulan kami bersama. :)
Bersama? Bukan bersama pun. Tapi bercinta. Bercinta? Yaa bercinta. Geli tak dengar perkataan tu? :P Kongsi hati kongsi perasaan-laa sangat. Manis ke pahit rasanya? Dua-dua ada. Banyak yang mana? Yang pahit semestinya. Kenapa? sebab bercinta tanpa ikatan. Rasa pahit lebih daripada manis sebenarnya.
Oh well, kenapa saya boleh tergoda dengan si dia? Saya ni bukan jenis yang cepat tergoda. Ops, silap. Cepat je tergoda, cuma nak meneruskan ketergodaaan tu bukannye senang bagi saya. Selalu tergode kejap kejap je. Seminit dua, lepas tu dah tak suka. Rasa biasa-biasa je. Macam tu lah saya sejak lahir dahulu.
So, this is my first love story. Tak nak lah cerita macam mana saya kenal macam mana kami bercinta. Cuma nak cerita kenapa saya tak pamerkan dia di dalam blog. Kenapa tak letak link dia dekat In A Relationship with ... di dalam facebook. Kenapa tak rajin berhubungan antara satu sama lain dalam internet ni? Kenapa dan kenapa? Kenapa rahsiakan dia daripada public?
And it makes you go round and round.
Hohoho. For me, dia tu masih lah anonymous. Seorang yang tiada ikatan. Seseorang yang belum sah milik saya. So, buat apa nak tayangkan seseorang yang belum ada apapa legal relation ataupun ikatan yang sah dengan kita dekat public? dan juga, buat apa nak bercinta depan orang ramai, sedangkan yang bercinta tu kita, bukannya mereka. :)
For me, orang yang mempamerkan cerita kisah cinta dan gambar-gambar mereka bersama pasangan di khayalak orang ramai itu adalah sesuatu yang sweet. Sweet tapi tak sangat sweet. Sweet itu sweet jangka masa pendek. Jangka masa ketika melihat atau membaca kisah percintaan mereka tu je.
Dan saya, bukan jenis yang macam tu. Saya, kalau sayaanggg, simpan sorang-sorang je dah la. Buat ape nak show to the world that he is mine. HE IS NOT MINE, yet pun. Dan saya pun bukanlah milik dia lagi. So, buat ape tayang sesuatu yang tak pasti? :)
Heart and the key.
Saya tak pasti pun yang kami akan berkahwin. Tak pasti pun yang dia tu jodoh saya. Walaupun kami in love macam mana pun, yakin macam mana pun dengan perhubungan, kalau dah ditakdirkan tak bersama, tetap takkan bersama. So, there's no need to show something that is not yours as YOURS to public.
Dia, saya masih benarkan dia berkawan dengan perempuan. Dia, saya masih bebaskan dia dengan kehidupan dia. Menyekat kebebasan seseorang itu untuk berkawan dengan sesiapa adalah bukan hak saya. Nak kawan, kawan lah. Nak ngorat pun dipersilakan. Mungkin orang yang dia ngorat itu jodoh dia, siapa tahu kan? hehe :)
Tapi saya percaya dia bukan macam tu. Dia memang jenis yang bukan kaki perempuan. Walaupun muka memang boleh tahan, buat saya tak tidur malam, asyik terbayang-bayang (GILE WEH AKU PUJI DIE! HAHA Takpelah, dia bukan bace pun:P), saya tahu dia macam mana. Walaupun begitu, dah namanya lelaki, memang tak boleh nak percaya sangat la sebenarnya. Kui kui kui
Trust is precious.
Ade jugak orang tanye saye kat formspring kenapa tak tayang teman hati saye tu kat blog. Dan jawapan saya: Sebab sayanggg lah. Hehe (wuek wuek). Buat apa nak pamerkan sesuatu yang saya sayang kepada orang ramai. Biar orang tahu dia milik saya? Padahal dia bukan milik saya.
Orang lain masih ada peluang untuk memiliki hati saya ataupun dia. Rampas? Ade pulak istilah merampas dalam percintaan. Dah tu siapa suruh pamerkan kebahagian kehenseman kecantikkan kebaikkan kekasih hati dalam blog, dalam internet? Kan perbuatan anda tu hanya akan menggoda orang lain untuk menyukai apa yang anda pamerkan.
Kalau kekasih anda tu baik dan terbaik, mesti lah ramai akan tergoda. Even tak pamerkan dia dalam internet pun still orang akan tergoda, apetah lagi kalau dijadikan bahan pameran. Bila dah tergoda, dah ada gambar, dah ada link facebook, macam-macam orang boleh buat. Manusia memang gila. Ramai manusia gila wujud sekarang ni tanpa menyedari bahawa mereka tu gila sebenarnya. :)
Beware with strangers.
So, what for saya nak letak gambar letak kisah percintaan saya dalam internet ni kan? Buat ape saye nak kongsi sesuatu yang saye sayang. (HAHA) buat ape saye nak orang lain rase kemanisan percintaan melalu cerita cinta atau gambar cinta yang dipamerkan sedangkan ianya hanya akan menimbulkan cakap-cakap/fitnah orang ramai je. :)
Oh anywayy, sekarang ni saye nak take it easy je in this relationship. Don't push too hard with something that is not certain yet. He's yours, but not trully yours yet. Make him/her YOURS legally and secara sah barulah boleh consider untuk letak dan pamerkan die secara public.
Takde lah rase malu nak tulis HE'S MINE and I'M YOURS and whatever ayat yang sweet-sweet dan jiwang-jiwang yang lain sebab memang he's mine and i'm yours pun bile dah sah. Kalau sekarang bercinta, still orang lain ade chance nak pikat-pikat kite atau kekasih kita tu sebenarnye. Nothing is impossible.:)
because langit tak sentiase cerah.
Diorang tak boleh saman pun orang yang 'merampas' cinta kononnye. Kate perasaan sayang tu anugerah daripade tuhan kan. Dah kalau korang dianugerahkan terjatuh cinta dengan orang yang dah ade orang lain, dan mendapat balasan cinta orang lain tu jugak, nak buat macam mana. Perampas ke namanya?
Siapa suruh tak jaga betul-betul bila dah ada peluang untuk jaga. Bila dah hilang, baru rasa hak dirampas. Kalau dah kahwin takpe, tapi kalau bercinta, ada hak apape ke? Takde kan? Nak bawak kes naik court pun kompom-kompom court tak layan. Hek hek :P
Rilek lah. Baru bercinta je kot. Nampak lah bahagienye. Yelah, masing-masing tengah in love. Adrenalin percintaan masih mengalir. Semua memang sweet-sweet je lah. Baru bercinta. Tak sah. Tak perlu sebenarnye nak tayangkan sesuatu yang belum sah jadi milik kite kepada public. Yes it's my blog, and yes it's my rule but yet, it's not necessary. :)