Dashboard
Refresh
New Post
Sign Out
Gallery Myspace Facebook Twitter Friendster

Thursday, September 30, 2010

Assalammualaikum.


Rindu tak rindu tak rindu tak RINDU TAK? hehehehehehehehehe
*terus mensengih seperti kerangbusuk wangi*

Anonymous : Euw! mesti lah TAK, eyka. kamonnnnnn(!)

Ok fine ah. Tak rindu tak pe, asalkan ade si dia . HAHAHA tibe tibe. Ok lah tu je. BY---! EH lek luuuu !! Taknak BY-E lagi. Nak update sikit. Saje nak update, dah takde keje sangat. CUTI SEMESTER DAH BERMULA yehaa andree andree~ kepada kaum kaum sejenis sebaya dan seumur, jangan jeles dengki atau cemburu, masa anda juga pasti akan tiba kelak!

Oh, sebentar. Gara-gara sudah lama tidak mengupdate blog. Saya rasa saya agak terlepas dengan segala jenis gossip gossip liar dari dalam dunia adam maya alam maya ini (!) as known as internet. Sudah terlepas pandang terhadap mereka yang sudi menterjah blog saya yang agak kusam serta kusut dan sedikit masai, malahan turut berdebu ini.

Kepada mereka yang masih sudi terjah dan membelek, at least paling koman pun yang sudi meng'klik' dan masuk blog saye ni pun walaupun tidak menekan butang nuffnang tu pun tak apa, terima kasih saya ucapkan. Lain kali diharap anda sudi menjengah masuk lagi ya, sambil menekan butang tersebut ok! Saya doakan anda panjang umur murah rezeki, keh keh :P

Takde lah, takyah tekan pun. Sebab tak pernah login pun dah bende bende tu. Dulu mase darah muda tengah mengalir... ERR maksud saya, darah excited berblogging sedang mengalir je saye rasa agak EKSAITED untuk memaparkan benda-benda sebegitu di sidebar saya. Sekarang ni mane tah pergi darah tersebut, disedut nyamuk agaknye. Sangat dahsyat ye kawan-kawan.

Okay guys! Sekarang ni ada beberapa perkara ingin saya sampaikan, mengenai saya lah of course, siapa lagi kan. AUW AUW! haha. In case anda ingin mengetahui tentang saya.

Sebelum tu, kita ngangakan mulut luas luas dahulu, okey =,="

Nama saya Eyka. You can call me eyka for short. err. bukan perkara seperti ini yang ingin saya sampaikan. Itu sungguh old-version punya eyka. Dulu dah puas dah introduce macam tu dekat myspace, friendster, malah dalam room YM juga sudah puas. ECEWAH! Ter-rindu sebentar zaman-zaman tersebut. Di mana manusia hanya berkenalan melalui YM, dan kemudian EMAIL. Sekarang? Hampeh. Email penuh dengan benda-benda yang macam ta-hi sahaja. OPS :P

Okay lah. Sekarang ni saya ingin menyatakan bahawa saya sudah pun tamat SEMESTER PERTAMA sebagai pelajar asasi undang-undang di UITM SHAH ALAM. WOHO! Tadi baru je habis jawab last paper. paper yang agak KILLER which is MTC016 bersamaan Malaysian Politic and Government. Kenapa saya rasa agak Killer? Sebab lecturernya sungguh Killer pandanganya. Haha. Takde laa, sebab memang susah. Tambahan pula, saya tidak cukup persediaan. Kerana, saya dilanda demam kus-kus yang Killer.

Bukan cous cous salad seperti di Nandos tu ya, tapi demam yang panas tak panas, otak mula pening dan hingus mula mengalir itu lah yang di maksudkan. So, bace yang spot sahaje. Dan jawab ape yang saye mampu. Bila lihat candidate di kiri dan kanan saya, mereka jawab penuh yakin dan saksama, malahan penuh ruangan answer booklet dengan karangan yang berjela-jela, saya jadi amat cuaks dan terpegun. Tetapi saya tetap redha.

Seterusnya, saya kini merancang untuk menghabiskan dan mendapatkan lesen P sepanjang cuti semester ini. Doakan saya ya! Sangat gementar untuk menduduki test computer. Grrr.. dan apa lagi ya nak update? oh ya! Tentang laman sesawang facebook saya yang tercinta. Ramai orang tak boleh nak add saya. Saya pun tak faham. Tapi okay, saya akan cerita apa masalah sebenar yang saya faham mengenai facebook saya ni.

Ehmm. Tiba tiba malas pulak nak tulis. HAHA. Sambung nanti lah ye! Saya janji saya akan sambung as soon as possible! Takde dah nak sambung tapi tak sambung sambung. Haha. Sebab serius saya rasa agak pening sekarang. Kepala berpusing mata berpinar rasa nak pengsan dan tidur di atas keyboard ni ha. Mungkin sebab demam masih tak kebah, kot? Takpe, gunakan coolfever, pasti LENA! Haha okay, sempat promote. :P

P/S: Baru tengok cerita 3 IDIOTS. Best SANGAT! :)

SEKIAN, 1.14am

10 comments:

atok said...

mest best kan blaja law hee

EykaHamasuba said...

wow atok! sangat dahsyat ye. pantas betul komen. hehe. best? err, best best !:)

Ayeem Jemain said...

demam demam dia pun, dah bersamaan karangan budak darjah 6 lah! hahaha. goodluck utk lesen P! :D

Sy@hir Ahoy said...

Lpas maen fesbuk, tiba2 teringat blom tido lagi la plak.

Pastu..che' Caghi manno alamat blog Eyka. Yeah,..jumpa dah.

Dok bukak2..eyh dah update dah.. :P

Amik lesen P mesti seronok. Semuga enjoy & selamat menyambot percutian semester ini ~! Hihi :D

Nadiyah Sadeli said...

ey sis nak ambil test comp.eh?
ouh saya sudah.. untuk motorcycle lah.memang agak cuak juga tapi syukur pas..hehe. Good Luck yaw! =)

EykaHamasuba said...

ayeem,
demam tak demam tangan still melekat kat keyboard ni nak buat cemana. HAHA :P btw thanks!

EykaHamasuba said...

syahir,
yeke? hehehe thank you ye sudi jenguk jenguk lagi walaupun lame tak update. terharu+gembira rasanya! :')

hehe. oh thanksss. seram le nak amik test computer tu. taktau asal tapi rase lagi seram daripade jawab exam haritu. :S

EykaHamasuba said...

nadiyah,

thanks nadiyah! bestnye dah dapat lesen P untuk motor! eyka apape pun tarak lagi. :P

Sy@hir Ahoy said...

hye eyka :)

Saya slalu jer lawat blog Eyka. Sjak berkenalan di Nando's. Btw, sy dah linkkan blog ini as favorite site di blog sy. Byk input2 baru yg dapat diketahui. Karangan blog Eyka sgt baik, kritis & kreatif. Macam arkib warisan plak :p

Komputer Test tu x susah. simple je. Cuma, driving test kena btol2 sikit, tp inshaAllah Eyka lulos punyer! jgn bkhayal sudah lar haha!

EykaHamasuba said...

hye syahir :)

hehehe ye ke? terima kasih ye. terharu kejap. muahahaha. emm tapi skrg ni pergerakan blog agak slow sikit. sbb idea yang melimpah ruah sume macam dah hilang je. hahaha. emm. tu la harap2 lulus! seram neh!