Dashboard
Refresh
New Post
Sign Out
Gallery Myspace Facebook Twitter Friendster

Wednesday, November 18, 2009

Missing in Missing

Which also means, kerinduan dalam kehilangan.

Saya masih di sini, tidak hilang mahupun ghaib. Dalam bahasa inggerisnya, im not missing, im not missing youu~ eh eh! itu lagu stacie orrico! hahaha. But seriously, i am missing you! Hehe. Btw, Im still here walking my daily routine. Saya masih di sini menjalankan rutin harian. Haha. Tahu perkataan walking tak sesuai. Saje letak, siapa kisah kan? :)

Kerana, I blog to have fun and relax. To spend my freetime and stories. To share feelings and thoughts. Untuk berkongsi rahsia hati bersama blog tersayang. Bagi yang membaca, secara tidak langsung anda telah mengetahui rahsia hati saya. Maknanya, rahsia saya semua berada dalam tangan anda. Nak blackmail pon senang ni, bisik hati yang jahat dan nakal. Hahahaha.

Pernah kah anda mengalami situasi dimana diri anda amat memissingkan sesuatu? Missing sesuatu yang telah missing. Iaitu, merindui sesuatu yang telah hilang. Ataupun menghilangkan sesuatu yang merindukan. Pilih mana-mana yang berkaitan. Hehe. Kerana, pada saat ini saya sedang berhadapan dengan konflik perasaan dan emosi sendiri berkaitan missing and missing ini.

Jiwang is my middle name.

Fatin Zulaikha Jiwang Abu Samah. Wah! Hahaha. Bagi yang tahu, simpan sahaja di dalam peti, jangan di cerita di lain hari. Kerana kelak merana diri. Nanti siapa yang rugi? Hati sendiri yang rugi kerana tidak berhati-hati. Tepuk dada tanya diri. Diri sendirilah diri siapa lagi? Boleh kita berdiri tanpa kaki? Hahaha, takde kaitan. Tapi best sebab wujud irama serentak berhuruf 'i' di situ. Heh heh heh.

Sudah lah sudahh, ku harus pergi.. jangan kau tangisi aku lagi. Lagu 6ixth sense. Hehe. Sudah lah, tiba-tiba lari pulak mood nak bercerita. Berjumpa lah kita di lain hari, diharap jangan meninggi diri! hehe, sekarang ni blogging dalam bentuk berirama pulak kan. Baru lah rase lebih bermaya. Kata orang, no music no life. No nada no irama. No women no cry no women they can die. haha :P

P/S : Sebak sebak sebak sebak dan sebak!

SEKIAN, 8.39pm

Sunday, November 01, 2009

Dah bulan November ke?


Boleh klik untuk penjelasan mata.

ALAMAK! Tak sangke kan dah bulan November? EH, siapa kata tak sangke? Aku sangke je, ko je tak sangke, eyka. Tu la kau banyak main-main permainan bermain-main. Bile dah november je mule lah kau ngade-ngade nak sangke tak sangke padahal aku tahu sebenarnye kau sangke kan eyka kan?

Tu suara siapa yang bercakap tu? Ni aku yang taip kan so suare aku la suare siape lagi kan. hahahahaha. Err. okeh. Agak mental sebenarnye. Hehe. Hm, nampak tak gambar kat atas tu? Tak nampak? Peduli ape korang tak nampak yang penting saye nampak. Hahahaha. :P

Tu gambar kelas. Ditempah khas untuk senior page kelas 5 Putra. Siapa yang menempah dan siapa yang ditempah? Diri sendiri la, siape lagi kan. Haha. Itu menempah maut namenye, eykaa. hehe. Saye ni terase macam mental je. Balik-balik cakap dengan diri sendiri. Kesian kan. Korang tak rase macam tu ke? HAHA

Sebenarnye tak sangke zaman sekolah saye hampir berakhir. Lepas berperang 18 november sampai 8 December nanti tamatlah riwayat saye sebagai seorang pelajar. Tak tamat lagi dah rindu ni, macam mane ni? Hmm. Walaupun takde lah suke sangat pergi sekolah tapi tetap rindu sekolah. Rindu ape? nantikan... :P

Tahun ni rasenye tahun paling penat. Walaupun tetiap tahun rase macam tahun paling penat, tapi tahun ni antare yang terpenat kalau nak dibandingkan dengan tahun-tahun penat yang lain. Bukannye tahun yang penat, tapi saye yang penat dengan tahun ni. Kenape eyka, kenapa? KERANA.. jeng jeng jeng..

Tunggu posting seterusnya. Haha. Eyka, nak tunggu ko punye posting seterusnya tu agak berzaman aku malas nak tunggu. Ape kate ko cite je sekarang? Aku malas nak tunggu-tunggu orang lagi-lagi nak tunggu ko eyka. Baik ko cakap sebelum aku yang bercakap. Aku bercakap kang nanti non-stop pulak kang nangis ko eykaa, menangis!

Hahaha. haish, mesti korang pelik kan eyka ni apsal asyik cakap dengan diri sendiri je. Kesian.. stress sangat ke nak pergi berperang sampai macam tu sekali mentalnye? Hahaha. Takde lah, saje je bercakap dengan diri sendiri. Lagipun korang tak sudi cakap dengan saye kan so ape salahnye saye bercakap dengan saye sendiri. Hehe :P

Ok lah nak tahu cerita tunggu je post seterusnya. Dan kepada classmate saye 5 PUTRA, serta para remaja yang sebaya dengan saye all the best guys!:) Tinggal beberapa hari ni sempat lagi kot bace mane yang tertinggal tu especially subjek yang perlukan banyak pembacaan. So, bace lah selagi ade mase. Pastu buat latihan. Sebab kalau takat bace je komfem tak ingat kan kan? :D

P/S : Antara ade border dengan takde border mane better?

SEKIAN, 8.12am