Dashboard
Refresh
New Post
Sign Out
Gallery Myspace Facebook Twitter Friendster

Saturday, March 24, 2012

Apa salahnya bermadu?

Find someone who makes you feel like you are home.

Rasa macam pernah tulis dah pasal madu bermadu ni kat blog. Tapi sebelum ni tulis pasal orang ketiga, bukan pasal madu as in bermadu selepas kahwin. Sebenarnya, tak layak lagi la nak tulis pasal ni sebab saye ni kahwin pun belum, apetah lagi nak tulis pasal madu-madu ni kan.


Tapi tak salah kalau kita share ape yang kite rase kan? haa. So harini, tetiba rasa nak kongsi lak apa yang saya rasa pasal madu bermadu ni. Ceritanya bermula begini...


Saya sebenarnya rasa takut nak kahwin. Takut sangat. Bukan sebab saya taknak kahwin, tapi sebab saye takut kehidupan selepas kahwin tu. Yelah, dunia sekarang ni memacam. Memang kita tak doakan yang tak baik, tapi kita kena bersedia untuk sebarang kemungkinan. Walau macam manapun, diri kena kuat.

Belajar berdiri atas kaki sendiri terlebih dahulu.

Mungkin saye rase saye masih muda dan tak sampai seru lagi kot untuk berkahwin. sebab tu takut, kaann? Haha. Takpe, takpe. Go with the flow. Sekarang ni cerita pasal madu. Apa salahnya bermadu kan? sebenarnya idea untuk bermadu ni muncul selepas rasa takut nak berkahwin tu.


Madu in my term is in a good one. Apa salahnya bermadu ye dak? Lagi elok kita membenarkan ataupun mengizinkan suami kite kahwin lagi satu, daripada dia melafazkan talak ke atas kite kan? Allah paling tak suka penceraian. Lagipun, sebab tu Dia membenarkan lelaki kahwin empat. Sebab hanya pencipta yang tahu sifat ciptaan-Nya kan.


Lagipun sekarang perempuan makin ramai. Lelaki makin... tak tahu nak cakap makin ke mane perginye. Ade lelaki yang fight untuk dapatkan lelaki. So, pilihan perempuan sangatlah terhad. Nak keep one good guy sorang-sorang pun banyak pancaroba sebab lelaki senang digoda oleh perempuan lain, dan juga lelaki lain. Eh. Haha.

Daun tak selalunya hijau.

So sebab tu saye terfikir-fikir jugak. Kenapa perempuan tak suka bermadu? Sedangkan bermadu tu dihalalkan dan banyak ganjarannye. Semua perempuan nakkan suami yang baik-baik. Tapi tak semua orang dapat suami yang sememangnya baik. Begitu juga lelaki. Nak isteri yang baik-baik, tapi tak semua boleh dapat isteri yang dah memang baik.


Tu tugas kita la sebagai pasangan, untuk memimpin pasangan memasing berubah ke jalan kebenaran, kan? Hehe. So di sini kalaulah, KALAULAH ditakdirkan jodoh kite tu (suami) terjatuh hati kat perempuan lain mase berumahtangga, ape yang patut kite lakukan? Takkan kite nak meraung mintak break macam zaman percintaan kan? So... sebab tu saye terfikir untuk membuang sifat perempuan yang tak suka bermadu ni. Kah kah.


Ape salahnya berkongsi suami. Memang perit rasenye kot. Lagi-lagi kalau suami kita tu melebihkan kasih sayang die kat isteri yang lagi satu kan? Tapi, biasalah. Benda perit tu sebenarnya berada di fikiran kite je. Semuanya berpunca daripada diri sendiri. Kalau kita boleh terima, insyaAllah Allah akan sentiasa menolong kita.

Blooming like a flower.

Jadi, daripada memecahbelahkan rumah tangga, baiklah kite izinkan suami kite kahwin lagi satu. Kalau dia mampu, apa salahnya kan? Maybe mindset orang sekarang semua memusuhi permaduan sebab tu semua orang nampak buruk je bila dimadukan. Rasa malu? Ish. Ape kate reversekan rasa malu tu kepada rasa seronok. Seronok dimadukan.


Seronok kot bermadu. Nanti rumah takde la sunyi sepi je kan kalau suami busy. Boleh berkawan dengan madu kite. Main masak-masak sesame. Pastu kalau ade anak, anak-anak main bersame-same. Kan bahagia macam tu. Mengeratkan silaturahim sesame manusia. Lagipun, janganlah terlalu kedekut nak berkongsi kasih sayang seorang lelaki.


Perempuan sesame perempuan haruslah belajar mengasihi antara satu sama lain. Daripada dok dengki-mendengki je. Bosan kot. Dah la bosan, stress lak tu kalau asyik-asyik tak puas hati dengan sesame jantina. Haha. Maka, tolonglah ubah mindset tu. Perempuan sesama perempuan, kene la saling mengasihi ok. Bukan untuk dijelesi atau ditarik-tarik rambut. Kahkah

Contohi sifat tak kedekut berkongsi kasih sayang Mr. Woody.

Lagipun hidup ni hanya sementara. Sangat sekejap hidup ni untuk dihabiskan dengan rasa sakit hati kat orang lain. Sebab tuuu, saye rase kalau suami saye tetibe nak kahwin lain, saye akan kuatkan diri untuk tolong pinangkan dia dengan bakal madu saye tu. Statement saye ni mungkin boleh memakan diri sendiri satu hari nanti, tapi saya berharap kalau ditakdirkan saye bermadu nanti, saya harap madu saya tu baik orangnye. Hehe


Cerita pasal madu-madu ni, takde la pulak saye berharap saye akan bermadu. Kalau bermadu pun saya taknak jadi isteri kedua, sebab takut isteri pertama tak sempat nak ubah mindset untuk menyukai permaduan ni. So, saya nak jadi isteri pertama, dan kalau suami tetiba rasa nak kahwin lagi sebab jodoh datang lagi, mungkin saya boleh kot terima dan tolong madu saya tu sekali untuk sama-sama menerima saya. Eceh.


Yang penting, perempuan sekarang ni, sebelum berkahwin ni, kena kukuhkan ekonomi sendiri. Jangan mentang-mentang dah ade boyfriend kaya, atau bakal suami yang kaya, kita rasa taknak belajar pulak. Sebab fikir boleh hidup mewah selamanya. Kekayaan tu tak kekal ye anak-anak. Oleh itu, jangan menggantungkan diri sendiri sangat kat sesapa. Kat manusia, mahupun wang ringgit.

Together, one with another.

Habis tu nak bergantung kat siapa? Kat pencipta kita, dan juga diri sendiri. Perempuan, kenalah ada kedudukan ekonomi sendiri yang stabil. So bila berlaku babak-babak tak menyenangkan di masa depan nanti, takde lah kite terpaksa melakukan sesuatu yang kita tak suka semata-mata sebab kita terlalu bergantung hidup kat dia, iaitu suami kita tu nanti. Hihi.


Yelah, daripada kita asyik tak puas hati sampai berbomoh-bomohan untuk mendapatkan dan mengekalkan kasih sayang, baiklah kite terima je segala ketentuan-Nya kan. Lagipun kalau kite tengok dari sudut positif, tak buruk pun perkara dimadukan ni.


Kalau suami asyik sibuk bekerja, kite dengan madu kita kat rumah boleh lah spend time sesame kan. Haaa. Kan comel tuu! Nak nangis rase sebab rase macam comel je kalau macam tu. Hehe. Lepas tu best kalau anak ramai. Nanti rumah tu boleh jadi nursery. Meriah sikit dengan kanak-kanak. Lepas tu... eee. banyak kot benda menarik boleh dilakukan bersama madu.

Boleh buat pertandingan mewarna dekat rumah sendiri.

Bila kita dah fikirkan benda yang baik je, automatik benda yang buruk tak dapat kita nak fikir. Macam sekarang, bila mindset saya tak kisah dimadukan ni muncul, tetiba rasa macam seronok lak nak kahwin. Sebab macam dah sedia untuk mempunyai madu. Buat masa ni. Belum bersedia untuk berkahwin pun sebenarnya. Tapi dah bersedia untuk bermadu. Apakah semua ini! T___T


Apapepun ni semua apa yang bermain di fikiran saye je. Tak semestinya apa yang saye fikirkan ni akan terjadi seperti ape yang difikirkan. Yelah, benda realiti tak semudah fantasi dan imaginasi kan. Kita tak boleh nak cakap apape. Cuma, buat masa ni. Tu la ape yang saye fikirkan. Mungkin bila dah kahwin nanti, lain pulak jadinye kan. Just wait and see je laa. Hihi. Lambat lagi pun.


Lagi. ape lagi ye saye nak tulis kat sini. Tu je la kot. Lama dah kot tak update. Banyak benda nak diupdate tapi selalu taip separuh jalan je. Kahkahkah. So, sekarang ni harap-harap boleh lebih rajin sikit la nak mengupdatenye ye. Hehe. Terima kasih lah sebab sudi membaca. :)

Jemput minum.

P/S: Tak kisah dimadukan tak bermakna kita berdoa untuk bermadu.


SEKIAN. Photo by : Flickr User.

15 comments:

● ZroTHnkeR™ said...

awesome.. x)~

Eyka said...

lme gilaa tak update!

nice post wey! :)

si ngokngek said...

yg penting as women kena redha,bermadu pun salah satu dugaan,ujian jugak dari-Nya

naziyatul fatihah said...

i pun pernah berfikir kalaulah suatu masa nanti saya akan bermadu. If better i redha dan izinkan daripada si suami berbuat dosa.Dan pastinya saya mahu jadi isteri pertama.



Tapi jika boleh saya tak mahu.

twinkle twinkle said...

ahha lepas ni kalau ade yg nak kahwin lebih boleh la cr kak eyka ek,,hehe joke2 :D

cimon said...

Entry pembukaan yg pelik... hihihi(^_^)

p/s: as always... entry yg cantek bangat!!

p/s/s: thanks

reenapple said...

oh... mungkin. Aku pun tak tahu macam man ank bagi komen tentang ini. Mungkin madu ada juga rasa manisnya. Tapi aku tak suka madu.. ahahaha

G-ming said...

terbaek Eyka~
cetusan pemikiran yang amat terbuka... always support u.. =)

SaddLone said...

jarang perempuan tak kesah dimadukan..depends lah..certains orang tanak..hehe kalau aku, aku jugak tak kesah tapi kalau mcm betul2 tak kesah tu cam sumthgs je dengan aku..so,im just wait n see! :)

Anonymous said...

pada mulanya 1 tulang rusuk utk sorg lelaki, muat ke 4 tulang rusuk?

AzwanRamli said...

Erm...bermadu sebenarnya mengurangkan tugas seorang wanita.

Anonymous said...

I memang pernah rasa mcm ni, i rasa takpe kalau hidup bermadu asalkan madu boleh trima. Sebab bagi i yg andartu ni, dah biasa hidup sorang, i terfikir kalau i kahwin i rasa i akan cepat bosan kalau tengok muka husband setiap hari n kena layan dia setiap hari. Kalau ada madu leh gak off kejap dr tengok suami. I can do my own works n spend my time alone for myself. Tp ada ke org yg sependapat ngan i? Kalau i cerita kat kwn perempuan rata2 ckp x nak bermadu. Tp i plak rasa ok apa bermadu. Madu tu sendiri buat bermadu tu pahit. -- ain ---

Anonymous said...

Saya pun bermadu...isteri kedua...sure mmg kena pulau tp isteri pertama lupa yg saya byk membantu dr segi ekonomi rmhtangga kmi...nampak mcm suami tak mampu..tp kalaudah jodoh kmi kena redha dan bersyukur..kan dah qada dan qadar dariNya...tolonglah isteri pertama bersikap rasional..sbb saya bkn perampas cuma dah ketentuan..jodoh kan rahsia Allah swt..mgkin ada hikmah..jauh d sudut hati saya ingin berdamai tak nak gaduh..sbb mati itu pasti..

sy@hir @hoy said...

kau bijak, pemikiran mendepani zaman dgn usia kau yang maseh muda.

orked violet @ SYA said...

hahahaha.
ms sekolah Sya penah plan nk bermadu ngn my bff. kengkonon nnti xboring.boLeh hangout. boleh same2 boikot hubby.

tp skang biLE besa (besa enough to real adapt myself into that situation) esp bile nak kawen nih, rs nye mintak jauh La bermadu.

sbb ad sorg je pon kdg2 ad ms bz sgt smpai jmpe once a month. kLW bermadu?? ntah. hahaha