Dashboard
Refresh
New Post
Sign Out
Gallery Myspace Facebook Twitter Friendster

Saturday, November 09, 2013

Bila eyka dah mula mendewasa

Assalammualaikum semua :)

Kehidupan saya sekarang semakin hari semakin busy. 

Busy dalam hati dan mental je fizikal tak nampak busy sangat sebab banyak baring dan baring dan baring dan tweet dan baring dan serabut sebab kerja tak siap-siap tapi masih baring sampai ade orang tu cakap saye takde tulang belakang. Pun boleh kan? .___.

Hehe. 

(setengah jam kemudian)

Masih tak tahu nak cerita apa.
Makin dewasa makin lupa cara nak bercerita.
Makin dewasa makin hilang rasa nak berkata.
Makin dewasa makin tiada rasa.

Mungkin sebab kita dah dewasa
Jadi kita jadi janggal untuk bercerita.
Nak kongsi apa?
Sebab tiada kata yang mampu tertera
bagi mengubat duka dan lara
yang disimpan dalam satu sudut hati yang semakin hari semakin hilang rasanya.

Tak apa.

Separuh hati saya masih bersama saya.
Lagi separuh telah saya kongsikan
secebis demi secebis bersama orang-orang yang saya sayang
Relakan saja apa yang mereka mahu lakukan
bersama secebis hati yang saya berikan
Nak simpan nak tanam nak lambung nak robek nak tikam

Pilih mana ikut kesukaan
Nak cium nak peluk nak bawa kemana saja pun saya benarkan
Asal jangan pulangkan semula
Simpanlah kerana memang ianya untuk mereka yang saya sayang
Saya ikhlas


Dan awak.
Terima kasih kerana berkongsi hati
dan jangan khuatir
kerana
sebahagian besar daripada hati ini
saya simpan untuk awak
awak yang bakal bergelar suami

Suatu hari nanti. InsyaAllah. :)