Harini tetiba rasa macam nak buat wasiat untuk kesayangan.
Family, Besfriend(s), Ex, Crush(s), Future husband, Readers.
#Dear Mak,
Mak.... eyka tak tahu nak cakap ape dekat mak tapi mak lah orang yang paling eyka kagumi dalam dunia ni. Mak tetap bersabar dengan karenah eyka yang selalu malas-malas. Mak selalu ajar eyka untuk jadi positif. Mak tak pernah berkasar dengan eyka even eyka ni degil. Kekadang eyka selalu tak dengar cakap mak. Bukan sebab eyka tak dengar, tapi eyka kan degil. Tapi mak tetap sabar dekat eyka. Mak cakap elok-elok dengan eyka. Walaupun eyka suke merajuk tak tentu pasal. Eyka sayang mak sangat-sangat. Perasaan sayang yang tak pernah hilang dalam lubuk hati ini. Walau eyka degil macam mane pun, mak tetap number 1 dalam hati eyka. Always and forever :)
#Dear Abah,
Abah... orang kate hidung kite same. Mane tak same, eyka kan anak abah. Hihi. Abah ni seorang abah yang best dalam dunia. Walaupun kite jarang berinteraksi, sebab eyka lebih rapat dengan mak, tapi eyka tak pernah rase jurang antare kite. Tetap rase rapat dengan abah, serapat dengan mak. Abah selalu marah eyka secara tersirat. Kalau eyka balik lambat, abah risau rupenye tapi abah cakap dekat mak, tak cakap dekat eyka. Mungkin sebab abah taknak tertinggi suare dekat eyka kot kan? Sebab lelaki kekadang kalau marah, tertinggi suare. Tapi eyka memang paling tersentap kalau abah tinggi suara sebab abahkan jenis yang cool. So bila seorang yang cool itu marah, memang boleh menusuk ke kalbu. Abah sentiase jadi lelaki pertama yang paling eyka sayang dalam hidup eyka, sebelum bakal suami eyka nanti. Hihi
#Dear Ana,
Ana! Kakak pertamaku. Aku tahu ko garang, tapi garang-garang pun kau tetap kerek. Eh? Haha. takde la. Garang-garang ko pun, kau sebenarnye care kat aku kan? Aku tahu itu melalui raut wajahmu. Hihi. Kite selalu bertengkar sebab kau ego, aku pun ego. Aku tak tahu kenape kau ego dan aku ego. Mungkin sebab kau sulung, dan aku bongsu kot. Haha. Ana ni suke buat aku gelak dengan pelbagai perbuatan die. Tak tahan na! Aku terbayangkan kau kalau nak buat aku gelak je mesti aku gelak je jugak. Haha. Die ni kakak yang tegas, dan berpengetahuan luas. Selalu share everything yang die tahu pasal anything dekat aku dengan atin since aku kecik-kecik dulu. Aku banyak bende nak cakap pasal ko tapi aku malas. So kalau kau bace ni, aku harap kau diam je buat-buat macam ko tak pernah bace ye? Sayang you bebeh. Mwah mwah.
#Dear Man,
Wah. Dah bertunang ko ye. Harap kau kahwin nanti boleh belanje aku topap hari-hari. Keh keh. Aku tahu takde function aku tulis pasal ko sebab ko takkan bace. Kalau kau sebenarnye bace pun aku tahu kau akan buat macam tak bace, so aku rase baik aku tulis je. Man, kau sedar tak yang kau ni baik? Kau lelaki yang baik sebab ko duduk rumah lebih daripade kau keluar rumah. Mungkin sebab zaman kau meronggeng dah tamat kot, sebab tu ko malas nak keluar. Apapepun kau suke cari pasal dengan aku secara tiba-tiba dan tanpa diduga. Dulu kau ni walaupun pendiam tapi cepat marah orangnye, tapi sekarang makin matang kot tu yang kau jarang marah dah. Apapepun aku taknak admit yang aku sayang ko walaupun aku sayang. Eh? Haha
#Dear Atin,
Atin. Kau ni kakak yang sensitip dan lemah lembut. Berbeza dengan Ana. Kau ni lemah lembut dari segi hati dan perbuatan. Aku harap kau jadi tegas sikit di dunia yang mencabar ini sebab aku takut ko tertipu kang. Tapi aku tahu, orang pun tak sanggup nak tipu ko. Hihi. Kau ni rajin. Ana pun rajin, tapi zaman die rajin dah berakhir. Dulu die rajin lebih daripade kau. Sekarang kau yang rajin. Rajin in term kemas-kemas rumah, teman mak pergi pasar, jemur kain, basuh kain. Kau tak penat ke tin? Haha. Kau dengan ana dah tahap layak untuk berkahwin dah dari segi urusan rumah tangge. Aku harap satu hari nanti aku pulak akan menggantikan kerajinan kau menguruskan rumah tangge kite ni. Mwah mwah. Sayang ko walaupun aku tak ngaku!
#Dear Ijat,
Ijat ni seorang abang yang baik. Memang semua kakak kakak anda abang-abang saye baik baik belaka. Haha. Ok. Die ni degil jugak suke keluar rumah, tapi biase la memude memang gitu. Kang kalau dah penat keluar tu, memang duduk rumah je la macam man. Die ni rajin dan abang yang baik sebab dulu time sekolah die yang rajin hantar and amik kat mane-mane tanpe mempersoalkan kenape die harus amik dan hantar adik die ni. Tanggungjawab abang lah katekan. Keh keh. Aku tak sabar nak tengok ko bercinte jat. Kalau kau dah jumpe perempuan yang betul-betul faham and sesuai dengan ko, jangan lupe ajak aku makan same-same dengan die! Sayang ko sebenarnye tapi.. malas ah nak cakap. Bai. Haha.
#Dear Bestfriend(s),
(Dear my bestfriend(S) kat sini patutnye. Sebab for me, bestfriends memang comes after family. Tapi bestfriends ramai sangat. Dari sekolah rendah, sekolah menengah dan seterusnye universiti. So I'll do it on my next entry k kawan-kawan ku yang dikasihi sekalian. hihi)
#Dear Ex,
Dah jadi ex pun tetap dear ape kes ni? Haha. Ok, taktahu nak bahasakan diri ape tapi I'll address U as P je lah eh. P, banyak bende oh eyka nak cakap senanye. First, eyka nak mintak maaf sebab selalu ego and keras kepala. Bukan sebab tak sayang, tapi sebab dah memang nature macam tu, kot? haha. Eyka selalu cakap kite tak sesuai. Mesti P banyak sakit hati kan dengan Eyka. Tapi takpe, sebab kite dah berpisah dah sekarang. So harap hati yang sakit tu boleh diubati dengan seseorang yang lebih dekat. Eyka tahu P bukan tak setia, tapi mungkin sebab takat tu je kot jodoh kite. Eyka terasa jugak ah mase memula dulu tapi kejap je. Kejap sangat. So sekarang eyka mintak maaf kalau tak boleh nak berkawan balik dengan P as you requested. Bukan sebab eyka taknak, tapi eyka rase baik takyah la sebab perempuan next dengan P tu mesti tak suke kalau kite berkawan. I know because I am a girl. It's a girl instinct. But we're good kan? Apapepun, I nak cakap yang I valued our friendship more than relationship k? Thanks sebab pernah jadi orang yang sentiasa ade untuk Eyka. Sekarang eyka harap P boleh jage the next one after me elok-elok. Jangan jadi macam kite k? and jangan risau sebab eyka dah lame maafkan P dan P pun tahu eyka bukan pendendam dan pemarah orangnye kan. Ngeh ngeh
#Dear Crush 1,
I'm into you sekarang ni. I have the instinct that you're into me too. HAHA. Tapi I know that it's just a feeling. Perasan kan eyka ni. Keh keh. Ok sebenarnya, minat kat dia ni. Lepas dah putus hubungan dengan the ex, tetibe ade perasaan kat die ni. Sebenarnya, ade perasaan kat ramai orang. Biaselah, single. Mude lak tu. tapi ku tahan je perasaan itu. Haha. Ok, this guy seorang yang baik. Kate-kate die pun baik-baik belaka. Pastu kalau borak dengan die, tak pernah gaduh tau. Sentiase macam ok. Hihi. Sekarang ni, kalau ade, ade lah kan kite. Sebab he's a good guy, so mesti ramai perempuan suke. Kalau eyka pun suke, perempuan lain lagi la suke agakye. Tapi buat mase ni, memang taknak bercinte dah bukan sebab serik, tapi sebab penat. Tunggu ade komitmen kang baru start mendalami perasaan minat yang ade dalam diri ni.
#Dear Crush 2,
See. Kate single, memang minat ramai-ramai la. Sebab hati tengah free dan takde terikat dengan mane-mane laki kan sekarang ni so macam senang nak attracted dekat orang yang memang ditakdirkan untuk diminati oleh saye, kot kan? Haha. Ok die ni saye minat sebab.. entah sebab ape. Sebab ape ye. *fikir jap* sebab die ni mental-mental sikit kot. Minat takat minat je sebab rase macam kite tak serasi je. Wuu wuu. Bukan sebab tak serasi ke ape, tapi sebab... tak wujud feeling tu. Belum lagi kot. Mungkin sebab die ni cerah kot. Haha. K, kalau kite ditakdirkan bersame nanti satu hari kite akan ye. Jangan bersedih hati kalau kite tak leh bersame. :P
#Dear Crush 3,
Baru 3 crush, ape ade hal. Haha. Sebab perasaan tak fixed lagi kot memang camni la. Perasaan kukuh penah keluar time dengan ex tu jele, tapi kite terkandas di tengah jalan. Ngeh ngeh. Kalau korang rase macam saye still ade feeling dekat ex, itu tidak salah. Sebab kami berpisah pun bukan sebab tak sayang. Tapi sebab memasing redha kot. Jangan risau sebab saye takde perasaan Nak ataupun Mahu dah kat die sekarang ni. Sebab saye dah minat kat orang lain. Hihi. Tinggal nak tebalkan perasaan tu je dan mane tahu, jadi future husband ke kan? Huahua. Anyway, crush ketige ni best sebab suke gaduh dengan die. Tu je. Haha. Bai.
#Dear Crush 4,
Ok ni last. Die ni saye minat dah lame. Lame since sebelum bercinte dengan si ex dulu. Kehkeh. Sampai sekarang pun still minat gak ah, tapi minat setakat minat je jugak. Die ni orang first yang mude daripade saye yang saye minat. Sebab die mude setahun pun still tak rase die adik. Mungkin sebab dah minat kot, so perasaan mengatakan die tu adalah adik pun hilang. Haha -,-. Anyways perasaan ni bertepuk sebelah tangan je sebab I know he's into who. Jangan risau sebab perasaan minat-minat ni tidak berkekalan dan tidak mudah disemai sebab saye selalu menyekat penyemaiannye. Selalu limitkan perasaan sendiri towards other guys walaupun minat. Sebab, malas ah bercinte. Bosan. dan penat. Kalau kawan best. Hubungan tu berpanjangan dan sentiase diberkati. So takkan sesenang boleh putus, even tak sehaluan. Hihi
#Dear Future Husband,
Sayang! I tak tahu di mana you sekarang. I harap you jaga diri you elok-elok k. I harap you bukan jenis yang main-mainkan perasaan orang lain sebab I yang naya nanti di masa depan kelak bila perempuan yang you main-mainkan tu cari you balik time kita dah berumahtangga. You bukan tak tahu perempuan sekarang ni memacam jenisnye. Suke berdendam tanpa niat yang sah. Apapepun I percaya you orang yang baik sebab kalau tak baik, masakan you boleh jadi I punya husband. Kan kan? hihi.
I masih tertunggu-tunggu waktu untuk kite bertemu sekarang ni. Jangan risau sebab I simpan hati dan perasaan I yang tidak berbelah bagi pada you sorang je. I tahu jugak you akan jadi superhero yang boleh menyelamatkan I daripada kancah duniawi ni. Hehe. I tahu you akan jadi seorang yang boleh menguruskan I, dan boleh diuruskan oleh I. Kita sama-sama menguruskan each other. You mesti boleh lead I kan, sebab I hanya akan tergoda dengan orang yang ade leadership. I nak you tegas dalam memimpin I sebab I ni degil dan ego.
I harap you boleh bersabar dengan karenah I yang macam budak-budak kadang-kadang sebab nakkan attention daripada you. Hihi. Jangan risau sebab I ni sangat setia orangnya. Sebab I tahu macam mana nak kawal perasaan I terhadap orang-orang yang berlainan jantina. I ni kan hati batu. dan buat masa sekarang, I memang sedang nantikan you je. I takkan bercinta lagi walaupun I ada 4 orang yang I minat sekarang ni. Sebab I taknak bina perasaan yang mendalam untuk orang lain selain you seorang.
Cukup lah dengan I punya ex sorang tu yang I rasa macam tak patut bercinta dengan dia sebab dia bukan you, my future husband. I tahu you mesti lagi hebat daripada dia nanti sebab you boleh pikat hati I. I akan lebihkan you lebih dari segala-galanya. Tu yang I buat wasiat untuk you lebih panjang daripada orang lain. Tengok betapa istimewanya you di hati I walaupun kita tak pernah berjumpa lagi sekarang ni, I sudah pun menunjukkan ciri-ciri yang I sentiasa setia menanti you. :P
Nanti apapepun sifat you, I yakin I boleh terima. Dan I yakin you pun boleh terima sifat I, kecacatan I, sebagaimana I terima sifat dan kecacatan you. Maklumlah, I kan you punya tulang rusuk. So I akan sokong you sepanjang hayat dan jodoh kita. I pun akan jaga diri I baik-baik sehinggalah kita bertemu. Andaikata I bercinta lagi selepas ini, dan tetiba itu bukanlah you, I mintak maaf sangat-sangat. Sebab I tak tahu pulak yang dia tu bukan you. Tapi tak pe sebab I akan cuba sedaya upaya untuk tidak bercinta lagi selain dengan you, k sayang?
Sebab I taknak rasa bersalah sepanjang hayat sebab pernah memperduakan cinta I pada you, even before kita bertemu. Tak kiralah di mana you berada sekarang ni, I know we can be a great partner together, insyaAllah. Sebab you kan jodoh I. Eeee! Sayangnye kat you even kite tak bertemu lagi. Hehe. Harap you tak bace ni sampailah kite dah berkahwin nanti. Nanti baru you tahu betapa I dah start menyayangi you even before kite bertemu lagi. Harap jodoh kite kekal sampai akhir hayat, k? K, sayang. I love you very much in advance. :)
#Dear Reader(s),
My silent ataupun tak silent reader, terime kasih sebab bace blog saye dan teruskan membaca walaupun macam tak best sebab banyak lagi blog yang best-best diluar sane untuk di bace. Saye seronok sebab ade pembaca yang sudi membaca. Sebab itu lah tujuan saye berblog. Memule tujuan saye blog sebab saye bosan, so rase macam nak tulis something. Tak sangke time tu ade jugak orang yang bace. Kini bile ternyata memang ramai yang suke baca, saye jadi takut nak kongsi ape yang saye nak. Mengenai perihal sehari-harian saye. Sebab tu saye lebih gemar cite pasal benda yang random dan general. Kekadang je selitkan perihal harian dekat sini. hihi. Apapepun saye harap anda teruskan membaca. Bukan membaca blog saye, tapi membaca apape yang menarik sebab tabiat membaca itu kan satu tabiat yang baik. hihi. Mintak maaf atas segala salah silap bahasa dan pustaka saya selama ini. Korang memang awesome! :)
Sekian, Terima kasih.
12.o1PM. Photos by : Ana Flávia Cador