Assalammualaikum,Alhamdulillah, semalam sempat
menghabiskan siri-siri The Arrivals. Bagi saya dokumentari tersebut amatlah ____(!)
Taktahu apa yang perlu saya katakan.
Official web The Arrivals.
Duit. Satu satunya kepingan kertas yang
dicop yang menjadikan ianya berharga. Berharga sampai
semua manusia terkejar-kejar untuk mencari dan mendapatkan
kertas tersebut yang diberi nama, DUIT.
Wang, money, dollar, riyal, atau apa-apa yang berkaitan. Kenapa agaknya kita mengejar duit?
Sedangkan duitlah yang menimbulkan banyak masalah. Semua orang pening kerana
DUIT.
Tiba-tiba saya teringat akan
kata-kata cikgu saya ketika saya berada di Tingkatan 4. Cikgu tersebut
mengajar sejarah. Ketika itu kami sedang belajar mengenai
tamadun-tamadun terawal dunia. Mengenai asas kemunculan, ciri-ciri dan juga c
ara pemerintahan rakyat dalam tamadun tersebut. Saya ingat lagi cikgu saya ada
mengatakan lebih kurang begini (
dalam bentuk gurauan),
"Sekarang ni orang indonesia, bangla, vietnam yang buat rumah kite. Nanti bile darurat ke peperangan ke dorang pandai buat tempat berlindung. Korang pandai buat ape je? Ape yang korang belajar : Addmath, chemistry, physics boleh membantu ke? Heh heh heh"
Betul jugak kan? Selame ni kite diajarkan dan ditetapkan
sistem pembelajaran mata pelajaran melalui
silibus yang tertentu. Apa yang kite pelajari
semua sudah ditetapkan.
Semua orang pun nak belajar sebab nak dapat ilmu. Nak dapat ilmu so
besar nanti dapat kerja yang best, gaji best. Kenape kite tidak di ajar atau didedahkan dengan sesuatu yang lebih
mendekatkan kite dengan alam semulajadi? Sesuatu yang lebih praktikal?Macam mane nak cantumkan ni? Hantar kedai je la. $$$ Senang je.
Aplikasikan je la ape yang kite belajar dalam semua mata pelajaran tu dalam kehidupan.
Tapi bagaimana? Macam mana agaknye kan? Kan seronok kalau ape yang kite belajar tu
boleh membantu kite membuat tanaman sendiri, buat makanan sendiri, buat semuanya sendiri.
Tanpa bantuan daripada DUIT. Manusia zaman dulu takde duit pun boleh hidup. Hanya berbekalkan air sungai pun dah
cukup dan boleh membina sebuah tamadun kan. WOW hebat.
Dulu dan sekarang banyak bezanya, eyka. Tak boleh nak samakan. Ya betul. Tapi apa yang berbeza? Sekarang ni semua orang
berkejar-kejar untuk sesuatu yang tidak pasti. Bekejar untuk
mendapatkan duit. Bekejar untuk
menjadi yang terbaik, dan mendapat
penghormatan serta sanjungan dari orang ramai. Untuk apa? Entah, saya kurang pasti di situ.
Tapi itulah realitinya kan? kan seronok
kalau dari kecil kita di ajar cara-cara untuk survive, dan untuk
memenimakan penggunaan duit dalam kehidupan seharian.
Kita terkejar-kejar untuk mencari ilmu. Tapi ilmu yang dicari ini kadang-kadang hanyalah untuk dijadikan
salah satu medium untuk mencari DUIT. Kite hidup sekarang ni banyak
based on money. Nak apepun perlukan duit.
Kerja keras sebab nakkan duit.
Sebab apa nak duit? Nak beli makanan,
nak terus hidup. Kenapa, kalau tak ada duit tak boleh hidup ke? Kalau masyarakat kite diajar
tentang keseronokkan menghasilkan makanan, mungkin kita
tak akan rasa teruja untuk mendapatkan duit, kan?
Mungkin je la macam tu. Sebab, apape sekalipun
duit memang menguasai dunia sekarang ni.
Ada duit ada segalanya. Duit merupakan jalan mudah
untuk memuaskan hati. Kan best kalau
saye pandai hasilkan makanan dengan sendiri. Tanam makanan sendiri dekat halaman rumah. So, t
akyah bergantung sangat pade duit. Pandai bertukang sendiri. Walaupun ianya kelihatan sukar, tapi
tak mustahil kan? Tapi nak menghasilkan
tanaman tu sendiri pun memerlukan duit kan. Duit duit dan duit.
Pening tak dengan duit?P/S : Macam mane nak
mengurangkan penggunaan duit (?)
SEKIAN, 11.55am