Internet hampir memisahkan kite dengan keluarga. (penyalahgunaan IT)
Ye ke. Buktinya?
24 jam lebih baik dihabiskan di depan komputer daripada bersama keluarga. Lebih banyak berinteraksi dengan teknologi daripada yang biologi. Walaupun dekat, satu rumah tapi tak semesra macam zaman dulu. Sebab, semuanya sibuk dengan laptop dan komputer. Bukan saya sorang, malah saya percaya ramai lagi yang macam tu.
Busy? Busy dengan facebook lah tu, takde benda lain dah. Benda-benda macam tu betul dah melalaikan kite, dan saya. Nak stop, tak nak online langsung. Tapi macam tak boleh stop. Kenapa? Mungkin sebab dah terbiasa dengan budaya online sekarang ni kan. Bila tak online, rasa macam tak kena. (padahal boleh je tak online, keh keh)
Budaya alam maya. Ramai terpengaruh dan once dah masuk dunia alam maya, alam nyata dah lupe entah ke mana. Apatah lagi alam akhirat nanti, kan? Kewujudan internet ni sedikit sebanyak telah mewujudkan jurang dalam keluarga sendiri. Lebih rela duduk terperap dalam bilik, online daripada keluar bilik dan beramah mesra dengan ahli keluarga secara nyata.
P/S: Moden, memang moden kan dunia sekarang ni? Modennyee~~
SEKIAN, 3.55pm